Yayasan Ikhlas rayu sumbangan orang ramai bantu 2000 pelajar miskin - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Bangi - Yayasan Ikhlas, sebuah pertubuhan peduli dan prihatin, melaksanakan program Kit Bantuan ke Sekolah dengan sasaran membantu 2,000...

Yayasan Ikhlas rayu sumbangan orang ramai bantu 2000 pelajar miskin


Bangi - Yayasan Ikhlas, sebuah pertubuhan peduli dan prihatin, melaksanakan program Kit Bantuan ke Sekolah dengan sasaran membantu 2,000 pelajar miskin di seluruh Malaysia, tahun ini.

Pegawai Tugas-Tugas Khas Yayasan Ikhlas, Syafiq Syahmi berkata, pelajar yang menerima bantuan adalah daripada keluarga yang memerlukan sumbangan kewangan dan peralatan persekolahan demi meneruskan pembelajaran.

“Insya-Allah, sasaran kita pada program kali ini ialah 2,000 pelajar. Kita akan menumpukan kawasan miskin bandar di Semenanjung dan kawasan pedalaman di Borneo.

“Kita telah bermula sejak 7 Disember 2019, dan pada 23 Disember lalu, kita telah sampaikan bantuan sekolah kepada 822 orang pelajar dari keluarga miskin.

“Kita masih memerlukan sumbangan dari orang ramai bagi menjayakan sasaran bantuan kepada 2,000 pelajar,” katanya.

Program Kit Bantuan Ke Sekolah ini adalah siri kelima penganjuran. Tahun 2018 mencatatkan seramai 1,000 pelajar menerima bantuan, dan setiap tahun berlaku peningkatan penerima bantuan sekolah.

Setiap pelajar akan menerima bantuan sekolah sumbangan berupa wang tunai RM100 dan barangan sekolah bernilai RM100 berupa beg sekolah, alat tulis, buku motivasi dan lain-lain peralatan.

Fokus utama penerima bantuan sekolah adalah yang berada di sekolah menengah kerana mereka tidak menerima bantuan dari Tabung Kewangan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM).

Bagi meningkatkan jumlah penerima sumbangan, Yayasan Ikhlas menyeru seluruh masyarakat sama ada syarikat atau individu yang berkemampuan untuk menyalurkan sumbangan kepada Yayasan Ikhlas.

“Insya-Allah, kita akan tamat program Bantuan Sekolah ni pada 31 Januari 2020. Kita akan usaha untuk membantu para pelajar daripada keluarga miskin supaya mereka dapat ke sekolah dan mendapat pendidikan dengan baik, seterusnya menjadi modal insan untuk agama, bangsa dan negara,” katanya.

Pihak yang berminat untuk menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian ke akaun bank berikut atas nama Yayasan Ikhlas atau untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi pejabat Yayasan Ikhlas di talian telefon atau melalui emel:

03-89265954
admin@yayasanikhlas.org.my
Progress:

RM0 raised

Goal: RM100000



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini