Seremban - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Seorang ibu tunggal merayu sumbangan untuk meringankan beban kewangan yang d...
Seremban - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Seorang ibu tunggal merayu sumbangan untuk meringankan beban kewangan yang ditanggung setelah anak perempuannya menderita tulang belakang bengkok.Murni Mansor, 47, dari Taman Paroi Jaya, dekat sini menjelaskan, anak perempuannya, Shafiyah Laiyinah Ishak, 15, yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Pendeta Za'aba telah menderita penyakit itu sejak setahun yang lalu.
“Sebelum ini, anak keempat saya juga mengalami masalah sakit tulang belakang (skoliosis) yang sama dan kami juga menerima kos pembedahan hasil daripada bantuan orang ramai kerana kami kurang berkemampuan.
"Sekarang, anak bungsu saya mengalami nasib yang sama dan saya harap orang ramai dapat memberikan bantuan kerana sebanyak RM35,000 diperlukan untuk kos pembedahan dan wad di Hospital Universiti Kebangsan Malaysia pada 16 Mac," katanya.
Menurutnya, dia yang bekerja sebagai pembantu tukang masak di syarikat katering hanya menjangkakan gaji RM1,200 sebulan dan tidak mampu mengumpulkan wang yang diperlukan dalam masa dua bulan.
“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Mac lalu, perniagaan katering yang dikendalikan oleh kakak saya tidak banyak menerima pesanan. Saya tidak mampu membayar pembedahan kerana saya mengambil gaji sehari.
"Anak saya sekarang, perlu berehat dan menunggu pembedahan untuk memperbaiki tulang belakangnya yang berbentuk seperti huruf C.
Doktor memaklumkan bahawa mereka akan memasang 14 skru titanium dan dua batang batang pada tulang belakang anak saya untuk membolehkan tulang belakangnya berdiri seperti biasa, "katanya. lima kanak-kanak berumur 15 hingga 26 tahun.
Murni, yang telah berpisah dengan suaminya selama 10 tahun terakhir, menambah bahawa dia juga menjaga ibunya yang sakit.
“Anak sulung dan kedua yang sudah bekerja juga membantu dari sudut kewangan untuk mengurangkan beban perbelanjaan untuk menghantar Shafiyah Laiyinah sebulan sekali untuk rawatan di HUKM.
"Saya harap ada pihak yang sudi menolong kerana saya tidak dapat dana yang mencukupi untuk menampung kos pembedahan. Saya juga membuat permohonan dari Baitulmal Negeri Sembilan untuk mendapatkan kos pembedahan," katanya.
Orang yang ingin menolong boleh menyalurkan bantuan ke akaun bank berikut atas nama Murni Mansor:
views
Seremban - Sepasang suami isteri meminta pertolongan orang ramai untuk menolong kedua-dua anak mereka yang mengalami sawan kronik dan me...
Seremban - Sepasang suami isteri meminta pertolongan orang ramai untuk menolong kedua-dua anak mereka yang mengalami sawan kronik dan mengalami autisme.
Adzhar Andi, 37 dan Nurul Ashafiqah Azlan, 24, mengatakan bahawa mereka sekarang harus berhenti kerja kerana kedua-dua anak mereka memerlukan penjagaan rapi.
Menurut Nur Ashadiqah, anak pertamanya, Nur Iman Fitriyah, 3, menderita sawan kronik sejak berusia tiga bulan dan kini bergantung sepenuhnya kepada mesin oksigen.
"Dalam sehari dia mengalami sawan sembilan kali dan memerlukan perawatan sepenuhnya dan hanya bergantung pada susu.
"Anak kedua, Muhammad Iman Khalifah, 2, menderita asma dan autisme serta emosi yang tidak menentu dan perlu dikawal sepenuhnya," katanya di kediamannya di Pangsapuri Sri Perdana, Paroi.
 |
Perlakuan menyusun sesuatu objek secara berterusan dan berulang kali sering kali dikaitkan dengan autisme. |
Katanya, doktor mengesyaki bahawa anak keduanya menghidap autisme kerana dia mempunyai emosi yang tidak stabil dan agak lambat untuk berjalan serta kurang bergaul seperti kanak-kanak lain.
“Saya dan suami terpaksa berhenti bekerja di sebuah kedai mainan kanak-kanak di Senawang pada bulan Ramadan lalu kerana keadaan Nur Iman Fitriyah pada waktu itu.
"Kami juga menghadapi masalah membayar sewa rumah dan bil elektrik yang tinggi kerana Nur Iman Fitriyah menggunakan mesin oksigen sepenuh masa," katanya.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Nurul Ashafiqah di talian berikut atau menderma terus melalui nombor akaun bank berikut atas nama Nurul Ashafiqah Azlan:
views
Seremban - Susah dan senang bercampur, silih berganti. Kata orang tua-tua, “Asam garam hidup.” Lima beranak yang menyewa dua bilik di T...
Seremban - Susah dan senang bercampur, silih berganti. Kata orang tua-tua, “Asam garam hidup.” Lima beranak yang menyewa dua bilik di Taman AST dekat sini hanya mampu bersahur dan berbuka puasa dengan hanya memakan biskut dan air kosong disebabkan ketiadaan wang berikutan tidak lagi bekerja sejak pandemik COVID-19 melanda negara.
Ibu tunggal, Rohani Ab Ghani, 41, berkata dia sudah dua bulan tidak bekerja sebagai tukang cuci di hotel selepas negara dilanda Covid-19 dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Dua anak saya, Mohd Fitri Lotpi, 21, dan Nurayuni Lotpi, 17, terpaksa bercuti bekerja sebagai pembantu kedai makan manakala dua lagi anak, Nuralini Lotpi, 14, dan Mohd Aswari Lotpi, 11, masih bersekolah.
"Keadaan semakin meruncing kerana gagal melunaskan sewa dua bilik (RM500 sebulan) selama dua bulan. Kami sudah diberi amaran akan dihalau jika sewa tertunggak tiga bulan sedangkan duit nak beli makanan pun sudah habis," katanya.
Katanya, dia bernasib baik kerana semua empat anaknya memahami masalah dihadapi dan tidak merungut kelaparan.
"Anak akan turut menangis jika saya menangis dan mereka tidak pernah menyesali takdir, tetapi ibu mana yang tahan melihat anak kelaparan selepas seharian berpuasa.
"Mungkin mereka sudah biasa hidup susah bersama saya kerana kami pernah menjadi gelandangan di Kelantan dan di Seremban beberapa tahun lalu selepas saya berpisah dengan suami," katanya yang kini berusaha mencari pekerjaan baru sesuai untuk mencari belanja mereka lima beranak.
Rohani berkata, Nuralini dan Mohd Aswari yang masih bersekolah adalah orang kurang upaya (OKU) kategori lemah pembelajaran.
Katanya, mereka kerap ponteng sekolah kerana masalah tiada pengangkutan untuk ke sekolah dan hanya bersekolah jika abangnya menghantar mereka.
"Saya amat berharap agar masalah Covid-19 ini segera berakhir dan kami boleh keluar mencari pekerjaan sesuai. Sampai bila kami nak harapkan bantuan orang ramai," katanya yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan.
Sementara itu, Norfadilah berkata, pihaknya sedang berusaha mencari kediaman sesuai kerana bilik disewa keluarga itu sangat sempit.
Beliau berkata, orang ramai yang ingin membantu keluarga berkenaan boleh menghubunginya di talian:
Seremban - Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. P usat Jagaan Anak-anak Yatim Walidaina Senawang (PUJAYWA) membuka peluang kepada ...
Seremban - Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Walidaina Senawang (PUJAYWA) membuka peluang kepada Tan Sri/ Dato' / Datuk / Datin / Tuan / Puan
untuk menaja pembelian barangan persekolahan / makanan anak-anak dan asnaf di tempat ini seramai 12 orang.
Tajaan Back To School Anak Yatim
Anggaran kasar bagi seorang adalah sebanyak RM250 ianya termasuk :-
- baju + seluar sekolah 2 helai
- stokin 2 pasang
- songkok
- kasut sekolah
- buku-buku (RM 120 +-)
Tajaan Makan untuk Anak Yatim
Sarapan pagi + makan tengahari + makan malam. Total RM150 sahaja. Buka peluang kepada sesiapa yang berminat. Boleh niatkan kepada arwah yang kita sayangi.
Sesiapa yang berhajat untuk mengambil bahagian untuk menaja salah seorang atau beberapa orang.
Selepas membuat sumbangan atau transfer, WhatsApp pengurus dan maklumkan segera untuk rujukan pengurus.
Kami bukan peminta sedekah, tapi kami cuma membuka peluang sahaja untuk pembaca memgambil manfaat di dunia dan di akhirat kelak. Semoga rezeki penyumbang dimurahkan dan diberkati oleh Allah SWT.
“Mereka bertanya kepadamu tentang apa yang mereka nafkahkan. Jawablah: “Apa saja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu-bapak, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan.” Dan apa saja kebajikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.” (QS. Al-Baqarah [2] : 215)
“Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (QS. Al-Baqarah [2] : 262)
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank berikut atas nama Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Walidaina atau hubungi Pengurus PUJAYWA, En Muhammad @ En Zack:
views
Seremban - Keluarga pesara tentera, Abd Aziz Yunus, 63, mengharapkan bantuan orang ramai bagi membiayai kos membawa pulang warga emas be...
Seremban - Keluarga pesara tentera, Abd Aziz Yunus, 63, mengharapkan bantuan orang ramai bagi membiayai kos membawa pulang warga emas berkenaan dari Hospital King Abdullah, Jeddah berjumlah RM150, 000.
Warga emas yang berasal dari Felda Raja Alias 1, Jempol itu telah dimasukkan ke ICU hospital berkenaan kerana masalah komplikasi jantung dan buah pinggang ketika sedang menunaikan umrah.
Anak sulungnya, Mohd Faizal Abd Aziz, 35, berkata, bapa dengan ibunya ke Makkah menunaikan umrah pada 8 November namun pada hari terakhir di sana iaitu pada 18 November dia tiba-tiba rebah ketika sedang menunggu penerbangan.
"Ayah tak dapat pulang dan terpaksa ditahan di wad dan kini terpaksa bergantung dengan alat bantuan pernafasan.
"Sebelum pergi umrah ayah sihat sahaja dan hanya ada penyakit kencing manis tapi terkawal. Tapi selepas seminggu di sana, ayah mula tak sihat dan demam," katanya.
Menurutnya, ketika ini ibu dan dua adiknya serta adik ipar berada di Jeddah untuk menemani ayahnya.
Katanya, keluarga berusaha untuk membawa ayahnya pulang tetapi doktor hanya benarkan pulang dengan menaiki penerbangan khas dengan kos RM150,000.
"Kami dah cuba berusaha minta bantuan daripada pelbagai pihak seperti Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia sebab ayah bekas tentera, Wisma Putra dan Kedutaan Malaysia di sana.
"Mereka kata boleh bantu urusan bawa pulang tapi kos perlu tanggung sendiri. Keluarga dah buntu sebab kos itu terlalu besar, kami memang tak mampu dan sangat berharap ayah dapat dibawa balik ke sini untuk teruskan rawatan," katanya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh hubungi Mohd Faizal di talian berikut:
views
Seremban - Adik Nur Iman Fitriah baru berusia dua tahun dan terlantar sakit kerana menghidap sawan saraf menyebabkan dia diserang sawan ...
Seremban - Adik Nur Iman Fitriah baru berusia dua tahun dan terlantar sakit kerana menghidap sawan saraf menyebabkan dia diserang sawan dalam tujuh hingga sembilan kali sehari.
Siapa yang tidak sedih apabila anak yang dikandung sembilan bulan 10 hari menderita dan terlantar sakit dengan tiub di mulut.
Lebih menyedihkan lagi apabila setiap hari mengalami sawan berulang-ulang sehingga tiada daya untuk menangis.
Ibu kepada kanak-kanak tersebut, Nurul Ashafiqah Azlan, 23, memberitahu bahawa dia dan suami telah dibuang kerja berikutan kerap mengambil cuti kecemasan kerana ingin menguruskan anaknya itu.
Mereka yang hanya mempunyai motosikal terpaksa berulang-alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan anaknya.
Kini, mereka berdua mengusahkan perniagaan kecil-kecilan dengan membuat tauhu begedil dan dihantar ke tiga buah kedai.
Namun begitu, keuntungannya yang hanya mendapat RM500-RM900 sebulan tidak mampu menampung kos perbelanjaan memandangkan adik Nur Iman Fitriah hanya minum susu khas yang berharga RM500 sebulan.
Ibu kepada bayi tersebut juga menambah bahawa mereka terpaksa mengutip barangan terpakai bagi memulakan perniagaan sebelum ini dan sewa rumah sudah hampir setahun tidak berbayar berikutan lebih menfokuskan kepada kos rawatan anak.
Sehubungan dengan itu, sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah menyalurkannya ke akaun bank berikut atas nama Nurul Ashafiqah atau boleh menghubunginya:
views
Seremban - Sudah hampir 10 bulan ayah meninggalkan mereka, namun hanya Allah SWT sahaja yang tahu perasaan anak-anak yatim ini setelah ke...
Seremban - Sudah hampir 10 bulan ayah meninggalkan mereka, namun hanya Allah SWT sahaja yang tahu perasaan anak-anak yatim ini setelah kehilangan ayah yang kembali ke Rahmatullah 6 Januari lalu, kerana kanser tiroid.
Muhammad Hailfie Jasni, 19, yang bakal menduduki STPM tahun ini kini bekerja sambil belajar bagi menampung kehidupan dua adiknya selepas kematian bapa pada awal tahun ini manakala ibunya pula meninggalkan mereka pada tahun 2016.
Dua adik yang dijaganya, Muhammad Hailzrul, 15, bakal menduduki peperiksaan PT3 manakala Normia Zahrah, 12, akan menduduki UPSR.
Dua lagi adiknya, Muhammad Hailrun, 18, dan Normi Azrina, 16, berada di bawah jagaan ibu saudaranya di Sepang.
Katanya, dia mencari ikhtiar hidup dengan bekerja sambilan di sebuah restoran makanan segera dengan gaji sebanyak RM500 sebulan selepas kematian bapa.
“Saya tidur tiga jam sehari. Rutin harian saya jam 8 pagi hingga jam 4 petang ke sekolah, jam 5 petang hingga tengah malam saya bekerja.
“Pada jam 4 pagi, saya mengulang kaji pelajaran sehingga jam 6 pagi. Selepas itu, saya menyiapkan sarapan, kelengkapan dan menghantar adik-adik ke sekolah dengan motosikal satu-satunya peninggalan arwah bapa.
“Adik-adik adalah nyawa saya dan harta yang bapa tinggalkan. Amanat akhir bapa, jangan sesekali berpisah. Sebab itu, saya bimbang jika mereka diambil JKM,” katanya di rumah sewanya di Taman Negeri Ampangan.
Muhammad Hailfie berkata, dia meletakkan dirinya sebagai ibu, bapa, kakak, abang, imam, kawan dan guru kepada adik-adik.
Katanya, ketabahan bapa berjuang melawan penyakit kanser tiroid sehingga nafas terakhir demi anak-anak dijadikan pembakar semangat setiap kali dia berasa sedih dan kecewa.
“Saya masih ingat pada 2016, ibu bercerai dan meninggalkan arwah abah selepas disahkan menghidap usus pecah. Ketabahan arwah amat luar biasa. Selepas seminggu menjalani pembedahan, dia terus kembali bekerja demi mencari nafkah untuk anak-anaknya.
“Malah ketika doktor memaklumkan jangka hayatnya tinggal tiga bulan sahaja lagi, arwah tetap yakin dia boleh sembuh,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, demi memujuk hati arwah bapanya, dia memberitahu tempoh tiga bulan itu bukan jangka hayat tetapi tempoh doktor menjaga bapanya untuk pulih seperti sedia kala.
Muhammad Hailfie pernah berjaya mencatat keputusan 6A ketika Sijil Pelajaran Malaysia tetapi memutuskan untuk mengambil STPM demi menjaga adik-adiknya ketika arwah bapa sakit.
“Tiada lagi bermain futsal atau keluar makan dengan rakan-rakan. Kehidupan saya hanyalah untuk adik-adik.
“Perjalanan hidup adik-adik saya masih jauh. Arwah bapa tidak meninggalkan harta benda tetapi mendidik kami adik beradik dengan nilai diri yang terbaik. Kami saling membantu dan melindungi satu sama lain,” katanya sebak.
Beliau yang bercita-cita menjadi pakar ekonomi berharap adik-adiknya menerima bantuan untuk persekolahan.
Difahamkan JKM dan Baitulmal sudah menerima permohonan Muhammad Hailfie yang dikemukakannya sendiri, baru-baru ini.
“Saya menghubungi pemilik rumah sewa kami, Noor Ashikin Radzali memaklumkan tunggakan sewa selama enam bulan belum dapat dibayar, harap Baitulmal luluskan permohonan,” katanya.
Orang ramai yang sudi menyumbang boleh terus ke akaun bank berikut atas nama Muhammad Hailfie atau menghubunginya:
Seremban - Salam sejahtera, Mohon sumbangan derma kepada pelajar Siti Aishah binti Muhammad, pelajar UiTM Seremban 3 yang mengalami kema...
Seremban - Salam sejahtera, Mohon sumbangan derma kepada pelajar Siti Aishah binti Muhammad, pelajar UiTM Seremban 3 yang mengalami kemalangan dan kini terlantar di Hospital Tuanku Ja'afar.
Kepada yang ingin menghulurkan bantuan dalam bentuk wang ringgit, bantuan boleh terus disalurkan ke akaun bank beliau Siti Aishah binti Muhammad:
Seremban - Khairul Adli bin Adnan bekerja sebagai pemandu lori seorang bapa tunggal kematian isteri 4 tahun yang lalu. Beliau mempunyai...
Seremban - Khairul Adli bin Adnan bekerja sebagai pemandu lori seorang bapa tunggal kematian isteri 4 tahun yang lalu.
Beliau mempunyai empat orang anak dengan rasa rendah diri ingin memohon jasa baik insan-insan prihatin membantu menghulurkan sumbangan tidak kiralah berapa bagi pembedahan anak beliau yang berumur 7 tahun, Muhammad Noor Haqim yang dijadualkan pada bulan Julai 2018 ini di PPUKM Kuala Lumpur.
Anak beliau mengalami penyakit tulang belakang bengkok ( scoluosis) dimana memerlukan Implan Growing Rod dengan kos berjumlah RM21,306.
Walaupun telah mendapat bantuan daripada Baitulmal sebanyak RM5000 tetapi masih banyak di perlukan lagi bagi kos pembedahan tersebut.
Mari bersama kita segerakan tabung adik Haqim ini semoga pembedahan berjalan dengan lancar.
Kepada yang ingin membantu sumbangan boleh menerusi akaun bank berikut atas nama Khairul Adli bin Adnan atau hubunginya:
Seremban - “Kalau selalu minta tolong pun, lama-kelamaan akan menjadi kebencian orang. Sekarang ini saya hanya berserah kepada-Nya dan h...
Seremban - “Kalau selalu minta tolong pun, lama-kelamaan akan menjadi kebencian orang. Sekarang ini saya hanya berserah kepada-Nya dan hanya mohon doa orang ramai untuk kesembuhan anak saya. Demikian luah Mastura Osman, 54, ibu kepada Mohd Hanif Fadhli Mohd Sofian, 30, yang kini menderita menghidap penyakit kulit plaque chronic psoriasis tahap kritikal sejak dua tahun lalu.
Seluruh anggota badan Mohd Hanif Fadhli bukan sahaja kemerahan, tetapi kulitnya bersisik tebal dan akan mengelupas walaupun setelah disapu dengan ubat yang memerlukan Mastura sentiasa membersihkan tempat tidurnya. Anak sulung dari empat beradik itu kini hanya bergantung dengan ubat steroid, namun kesannya menyebabkan Mohd Hanif sukar untuk bergerak kerana bandannya menjadi lemah.
“Dia menghidap penyakit ini ketika berusia belasan tahun lagi. Tapi sejak dua tahun lalu, keadaannya semakin teruk dan membimbangkan. “Doktor beritahu yang keadaannya tidak boleh pulih. Dia kini hanya bergantung dengan ubat steroid, tapi kesannya, anak saya kini sukar untuk bergerak kerana badannya menjadi lemah.
“Kulitnya juga jadi panas dan gatal. Apabila digaru, akan berdarah menyebabkan dia kini hanya terbaring di rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bandar Enstek di sini. Apa yang menyedihkan Mastura kerana Mohd Hanif Fadhli kerap kali memberitahu yang dia berharap nyawanya diambil segera kerana tidak tertanggung lagi dengan derita dialami.
Kata Mastura, anaknya itu sangat tertekan lebih-lebih lagi selepas perkahwinan yang dibina dua tahun lalu berakhir dan kini terpaksa pula menyusahkan keluarga. “Sekarang ini hidup saya, Hanif dan dua lagi anak saya yang masih belajar terpaksa bergantung dengan anak kedua saya yang bekerja sebagai pembantu jualan di syarikat perumahan.
“Saya tak boleh nak tinggalkan Hanif kerana dia perlukan saya. Itu pun kadang-kadang saya cuba cari duit dengan bantu kawan berniaga gerai makan,” katanya. Ada yang menyarankan Mastura membawa Mohd Hanif Fadhli mendapatkan rawatan di luar negara, namun terpaksa dilupakan kerana memikirkan kos yang perlu ditanggung.
Dia bersyukur kerana ada insan prihatin yang sudi membantu menawarkan rawatan alternatif, namun masih belum diizinkan oleh-Nya untuk sembuh. “Ramai yang datang membantu bila pertama kali kisah anak saya dilaporkan tahun lalu dan kami sangat-sangat menghargainya.
“Kalaulah kesakitan yang dialami itu boleh diganti, mana-mana ibu pun akan sanggup berkorban nyawa. Tapi saya dah habis ikhtiar dan hanya mohon doa orang ramai untuk kesembuhan anak saya," katanya yang juga menerima bantuan bulanan RM280 daripada JKM dan RM200 daripada Baitulmal.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank atas nama Mohd Hanif Fadhli Mohd Sofian atau hubunginya di talian:
Follow Us
”Jika kalian menampakkan sedekah maka hal itu baik sekali. Dan jika kalian menyembunyikannya dan memberikannya kepada orang-orang fakir maka hal itu lebih baik bagi kalian…” (QS: Al-Baqarah [2]: 271)