Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia: kelantan

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Memaparkan catatan dengan label kelantan. Papar semua catatan

Kota Bharu - Assalamualaikum. Saya adalah ibu kepada Nur Hasfiza Aswaty binti Ayub. Anak saya disahkan menghidap kanser neuroblastoma ta...


Kota Bharu - Assalamualaikum. Saya adalah ibu kepada Nur Hasfiza Aswaty binti Ayub. Anak saya disahkan menghidap kanser neuroblastoma tahap 4 sejak bulan 5 pada tahun ini.

Saya hanya berkerja sebagai pembantu di kantin sekolah sebelum anak saya disahkan ada kanser, dan saya hanya ibu tunggal (bercerai hidup).

Setelah anak saya sakit saya tidak dapat berkerja disebabkan rawatan intensif kimoterapi terhadap anak saya.

Anak saya telah membuang tumor kanser pada 19.9.2019 di Hospital Raja Perempuan Zainab II. Tapi malangnya pada 10 Oktober telah buat ct scan brain dan result telah menunjukan sel kanser telah merebak di tengkorak kepala dan yang terbaru doctor mengatakan ada ketulan di limpa.

Saya masih ada 2 orang anak lagi yang umur 12 tahun dan 6 tahun, yang umur 12 tahun terpaksa diberhentikan sekolah kerana saya tidak mampu membayar tuisyen untuk UPSR dan saya mengambil keputusan menghantar ke pondok. 

Anak saya yang usia 6 tahun dijaga sepenuhnya oleh ibu saudara saya. Tahun depan akan melangkah ke tahun 1 dan satu apa pun persiapan tidak dapat dilakukan lagi.

Saya penerima bantuan JKM atas kelayakan ibu tunggal dan hanya menerima RM300 sahaja, dengan keadaan saya yang tidak berkerja dan perlu berulang alik ke hospital duit JKM itu tidak mencukupi kerana saya juga perlu membeli pampers bila anak saya perlu kimo.

Alhamdulillah, baru lepas kimoterapi. Nur baru mula nak makan. Walaupun masih lagi letih dengan kesan kimo. Kuat bangkit sebab harapan Nur nak sihat. Nur nak pergi sekolah katanya. Ummi hanya iakan ja. Yang sebenarnya rawatan Nur masih panjang lagi.

Dengan rendah diri saya memohon bantuan sedikit untuk meringankan beban saya. Jika tidak dapat membantu saya dengan wang ringgit saya harap dapat membantu dengan share kisah ini.

Orang ramai yang ingin membantu boleh salurkan ke akaun bank berikut atas nama Emy Ezilliani bt Muhd Saidi:

Emy Ezilliani
Progress:

RM0 raised

Goal: RM2000



blog counter views

Machang - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun terpaksa bergantung harap sepenuhnya kepada ibunya apabila tidak lagi mampu berj...


Machang - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun terpaksa bergantung harap sepenuhnya kepada ibunya apabila tidak lagi mampu berjalan seperti rakan-rakan lain.

Nur Alya Mohd Sufian kini terbaring dan hanya mampu mengukir senyum jika disapa dan diusik ibu atau saudara mara yang menziarahinya.

Menurut ibunya, Aishah Othman, 50, Alya pada mulanya diserang demam panas yang teruk sehingga dia dikejarkan ke hospital kerana keadaan yang sangat kritikal.

"Alya demam panas pada hari ke-39 arwah bapanya meninggalkan kami. Saya juga terpaksa melupakan hasrat untuk menguruskan jamuan tahlil 40 hari untuk arwah kerana terpaksa berkejar ke hospital.

"Mujurlah ketika itu ibu saudara arwah membantu menguruskan majlis. Memang sedih sebab saya sebagai isteri baru sahaja kehilangan suami kini anak pula tidak mampu berjalan," katanya di kediaman saudaranya di Kampung Selimbar, Muka Bukit di sini.

Aishah berkata, suaminya meninggal dunia akibat sakit jantung pada Ogos lalu dan selepas itu dia mengambil alih semua tugasan menjaga Alya.

Sejak lima bulan lalu, anak bongsu daripada empat beradik itu tidak mampu bangun dan makan sendiri.

Aishah yang bekerja di kedai makan mengakui perbelanjaan tidak mencukupi untuk membeli susu dan lampin pakai buang kerana terpaksa bercuti untuk menjaga Alya.

Katanya, sebelum ini Alya berada dalam keadaan koma di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Keadaan semakin perit apabila kediaman mereka bocor teruk sehingga memaksa keluarga itu menumpang di rumah ibu saudara arwah bapa Alya.

"Sekarang musim tengkujuh. Saya tidak ada duit untuk membaiki kebocoran itu. Sebab itu saya menumpang di rumah mak saudara arwah," katanya.

Aishah berkata, dia akan mengajar anak sulungnya, Mohd Shahnizam, 19, untuk menguruskan Nur Alya sementara dia keluar mencari rezeki.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan bantuan menerusi akaun bank berikut atas nama Aishah Othman atau boleh menghubunginya di talian berikut:

011-29382120
Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000



blog counter views

Machang - Bukan tidak memikirkan masa depan dan bekerja seperti remaja lain, namun tanggungjawab menjaga ibu yang terlantar lebih menjad...


Machang - Bukan tidak memikirkan masa depan dan bekerja seperti remaja lain, namun tanggungjawab menjaga ibu yang terlantar lebih menjadi keutamaan kepada Nur Farah Syakila Ramli, 23.

Ibunya, Noraini Abu Seman, 59, terlantar sejak dua tahun lalu selepas terjatuh ketika menunggang motosikal sehingga mengalami pendarahan dan kecederaan parah di bahagian kepala.

Sejak saat itu, Nur Farah yang ketika itu bekerja di Kuala Lumpur melakukan pengorbanan besar berhenti kerja untuk menjaga ibunya di Kampung Simpul Belubang, Machang memandangkan adik-beradik lain mempunyai komitmen masing-masing, termasuklah dua di universiti dan seorang lagi masih di bangku sekolah.

"Saya tidak pernah mengeluh untuk jaga mak. Cuma yang saya risau sekarang ialah apabila ayah saya, Ramli Che Ngoh juga kini sudah tidak mampu bekerja selepas serangan jantung bulan lalu.

"Saya risau sumber pendapatan kami semakin terhad dan saya pula tidak boleh meninggalkan ibu sendirian untuk bekerja.

"Adik-beradik yang lain ada juga membantu tapi sekadar yang mampu sahaja sebab mereka juga membantu dua lagi adik-beradik kami di universiti dan seorang tingkatan empat," katanya.

Sebelum ini, tular di laman sosial Facebook mengenai kegigihan Nur Farah yang sanggup berhenti kerja menjaga ibunya yang sakit akibat kemalangan tersebut.

Ketika kejadian dua tahun lalu, Noraini dikatakan mengalami pening kepala selepas menghantar suami ke tempat kerja, namun tetap meneruskan perjalanan ke bank untuk memasukkan duit kepada anaknya yang berada di universiti ketika itu.

Dalam perjalanan pulang, Noraini dikatakan rebah dan mengalami pendarahan yang teruk di kepala.

Nur Farah memberitahu, ibunya memerlukan sekurang-kurangnya RM1,700 sebulan untuk pengurusan melibatkan pembelian susu, lampin pakai buang, perkakasan perubatan cuci luka dan sebagainya.

Katanya, susu diperlukan ibunya lebih mahal berbanding susu lain memandangkan ia mempunyai rumusan khas untuk penghidap kencing manis.

"Untuk susu sahaja saya perlukan RM1,200 sebulan memandangkan ibu memang tidak boleh makan makanan lain. Saya cuba kecilkan perbelanjaan lain bagi memastikan keperluan ibu terjaga.

"Saya berharap ada pihak boleh bantu kami untuk mengurangkan bebanan yang ditanggung. Kalaulah saya boleh bekerja sendiri, saya tidak akan menyusahkan orang lain tapi apakan daya, menjaga ibu lebih penting buat saya. Ayah pun sudah tidak boleh buat kerja berat lagi," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh salurkan melalui akaun bank berikut atas nama Nur Farah Shakylla Ramli:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM2000



blog counter views

Bachok - Bapa kepada tiga anak buntu memikirkan untuk mendapatkan RM15,000 bagi menampung kos pembedahan jantung kronik yang bakal dilak...


Bachok - Bapa kepada tiga anak buntu memikirkan untuk mendapatkan RM15,000 bagi menampung kos pembedahan jantung kronik yang bakal dilakukan minggu hadapan.

Afrizam Drawi @ Md Arif, 40, berkata, dia menghidap penyakit jantung kronik iaitu jantung lemah dan injap jantung bermasalah yang kemungkinan dialaminya sejak lahir.

Bukan setakat itu sahaja, dia juga turut menderita akibat penyakit batu sebesar 1.7 sentimeter di dalam hempedu yang turut dikesan oleh doktor pada Ogos lalu.

“Pada mulanya saya ingatkan hanya gastrik biasa, rupa-rupanya bukan. Terkejut apabila doktor sahkan saya hidap sakit jantung kronik dan perlu segera dibedah elak serangan berulang lagi,” katanya di rumahnya di Kampung Pak Badol.

Afrizam yang bekerja sebagai jurujual di sebuah syarikat swasta memberitahu, doktor turut mengesahkan jantungnya juga sangat lemah yang mana berfungsi hanya 29 peratus.

“Sebelum ini saya sudah menjalani prosedur Angiogram dan Angioplasti untuk memasang sten, namun usaha berkenaan gagal berikutan jantungnya tersumbat 100 peratus pada tiga saluran,” katanya yang mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia.

Tambahnya, pada Rabu ini dia perlu dimasukkan ke wad bagi menunggu giliran untuk menjalani pembedahan pintasan dan membaiki atau menukar injap yang dijadualkan dibuat 15 Disember ini.

Katanya, pakar juga memberitahu jika dibandingkan dengan pesakit lain, pembedahan yang bakal dilaluinya nanti berisiko tiga kali ganda daripada biasa.

“Ini memandangkan jantung saya sangat lemah. Selepas pembedahan juga saya perlu berada di wad dalam tempoh agak lama bagi membolehkan fungsi jantung meningkat sekurang-kurangnya 45 peratus,” katanya.

Katanya, selepas enam bulan menjalani pembedahan jantung, dia juga perlu melalui prosedur membuang batu di dalam hempedu.

Katanya, dia hanya memperoleh gaji bersih RM1,200 sebulan dan isterinya, Habsah Ismail,40, hanya seorang suri rumah dan perlu menampung tiga lagi anak yang masih bersekolah, dia tidak mampu untuk mengumpulkan wang tersebut apatah lagi dengan kudratnya yang kini terbatas.

Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban Afrizam boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Habsah Ismail atau boleh menghubungi:

010-9261998
Progress:

RM0 raised

Goal: RM15000



blog counter views

Kubang Kerian - Pada tanggal 29 Februari 2018 Adik Mohd Alif Nasrulhuq bin Rosmadi disahkan menghidap kanser buah pinggang sebelah kiri ...


Kubang Kerian - Pada tanggal 29 Februari 2018 Adik Mohd Alif Nasrulhuq bin Rosmadi disahkan menghidap kanser buah pinggang sebelah kiri tahap 3. Luluh hati kami sekeluarga mendengar perkhabaran seperti itu.

Kemudian pada 11 Mac 2018, adik Aliff dikehendaki untuk melalui proses pembedahan pembuangan buah pinggang sebelah kiri kerana kanser sudah pun merebak dan meroskkan buah pinggang sebelah kiri adik Alif. Kami dengan berat hati dan redha hanya berserah kepada Allah.

Tidak dapat dibayangkan perasaan seorang ibu apabila anak yang dikandung selama 9 bulan menghidapi sakit kronik dan keadaan kesihatan anak ini dilihat semakin serius. Tambah perit lagi, apabila keadaan kewangan keluarga tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan rawatan hospital yang tinggi.

Seperti nasib seorang ibu muda, Zairazma memiliki seorang anak penghidap Tumor Wilms atau lazimnya turut disebut nephroblastoma iaitu ketumbuhan di buah pinggang. Tumor ini menyebabkan gejala seperti lebam di dalam perut. Ia juga disertai gejala seperti demam, sakit, mual dan selera makan yang rendah.

Selepas pembedahan buah pinggang sebelah kiri, doktor memaklumkan bahawa limpa adik Alif juga terpaksa dibuang kerana sel kanser nya sudah merebak dan limpa terpaksa dipotong keluar bersama buah pinggang sebelah kiri. Ketumbuhan bersalut buah pinggang dan limpa.

Adik Alif merupakan penghidap kanser Wilms Tumour iaitu kanser buah pinggang kronik stage 4. Adik Alif sekarang ini sekarang menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk sesi kimoterapi. Anak saya telah membuat pembedahan yang besar iaitu membuang buah pinggang belah kiri dan limpa.

Sehubungan itu, saya tidak lagi dapat menampung kos-kos ulang alik kerap ke hospital. Saya merupakan seorang ibu yang tidak bekerja hanya melakukan dropship sahaja. 

Suami berkerja tetapi pendapatan banya sekadar RM1000 denga menyara 2 lagi anak yang bersekolah. Bantuan dari PeKa sekadar RM100 dan JKM RM150 sahaja itu pun tidak mencukupi dari segi kewangan.

Disebabkan ada kitaran kimoterapi yang banyak menyebabkan perlu berulang alik ke hospital yang memerlukan perbelanjaan yang banyak dan bil hospital pun banyak yang tertunggak. Dengan ini saya merayu agar warga Facebook atau mana-mana badan yang dapat membantu sedikit sebanyak kos rawatan Alif selama sesi kimoterapi. Jika tidak dapat membantu dari segi kewangan bantu dengan share post ini sudah memandai bagi saya.

Semoga urusan adik Aliff sekeluarga dipermudahkan dan anak kecil ini diberi kesembuhan supaya dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain.

Buat anda yang ingin menghulurkan bantuan kewangan kepada keluarga ini, boleh berbuat demikian ke akaun bank berikut milik Zairazma Bte Ghani:

Zairazma
Progress:

RM0 raised

Goal: RM2000



blog counter views

Tumpat - Wan Sukri kini sudah tidak mampu bekerja mencari rezeki untuk isteri serta empat anak yang berusia dua hingga 11 tahun. Insid...


Tumpat - Wan Sukri kini sudah tidak mampu bekerja mencari rezeki untuk isteri serta empat anak yang berusia dua hingga 11 tahun.

Insiden jatuh dari bumbung rumah ketika bertukang lebih sebulan lalu menyebabkan seorang nelayan di Tumpat tidak mampu berjalan.

“Kepala saya pecah, tulang di bahagian bahu kanan tercabut dan retak tulang belakang menyebabkan saya dirawat hampir tiga minggu di hospital.

“Ujian imbasan yang dibuat juga mendapati tulang leher saya tercucuk saraf dan perlu menjalani pembedahan memasukkan besi di bahagian itu,” katanya di rumahnya di Kampung Baru Nelayan, Tumpat.

Wan Sukri kini sudah tidak mampu bekerja mencari rezeki untuk isteri serta empat anak yang berusia dua hingga 11 tahun dan terpaksa mengharapkan ehsan keluarga serta jiran yang datang menziarah.

Isterinya, Jariah berkata, mereka bimbang memikirkan perbelanjaan harian yang perlu ditanggung untuk kos pembelian lampin pakai buang serta susu khas suaminya yang mencecah RM1,000 sebulan.

Katanya, doktor ada memaklumkan suami akan pulih, namun prosesnya mengambil masa dan kami buntu memikirkan bagaimana lagi untuk mencari sumber kewangan.

“Keadaan bertambah genting mengenangkan sesi persekolahan akan dibuka tidak lama lagi yang memerlukan perbelanjaan lebih untuk dua anak termasuk persediaan kelahiran anak kelima kami nanti,” katanya.

Terdahulu, mereka menerima kunjungan dari NGO Cakna Kelantan yang hadir memberikan sumbangan makanan keperluan harian.

“Kami difahamkan dua peralatan yang digunakan Wan Sukri itu kini dipinjam dari pihak tertentu dan disebabkan itu kami akan mengusahakan untuk mencari yang lain sebagai gantinya,”.

Kepada yang ingin membantu keluarga ini boleh hubungi Jariah di talian berikut:

019-9342831
Progress:

RM0 raised

Goal: RM2000



blog counter views

Pasir Puteh - Seorang OKU fizikal Norini Abdullah, 33, merayu sumbangan daripada masyarakat kerana menghidapi sakit buah pinggang dan t...


Pasir Puteh - Seorang OKU fizikal Norini Abdullah, 33, merayu sumbangan daripada masyarakat kerana menghidapi sakit buah pinggang dan tidak mampu bekerja.

Anak yatim piatu dari Kampung Baru Pupoh, Selising di sini berkata beliau tidak menyangka kesukaran untuk membuang air kecil sejak sepuluh tahun lalu menjadi petanda beliau menghidap penyakit buah pinggang.

“Saya sering sakit dan merasa sukar ketika ingin membuang air kecil dan selepas membuat pemeriksaan doktor sahkan saraf pundi kencing saya telah rosak,” katanya.

Norini yang hidup bersendirian berkata akibat dari kerosakan saraf itu memberi kesan kepada buah pinggangnya yang menyebabkan dia terpaksa menjalani pembedahan.

Pembedahan itu untuk mewujudkan saluran kencing di HUSM Kubang Kerian pada 2010 dan kini perlu memakai beg kencing seumur hidupnya.

Dia juga perlu mendapatkan rawatan susulan di HUSM sebanyak dua hingga empat kali sebulan.

Norini kini bergantung hidup sepenuhnya dengan bantuan kewangan sebanyak RM400 sebulan dari MAIK.

Orang ramai yang bersimpati dan bermurah hati ingin membantunya boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Norini Abdullah atau menghubunginya:

017-8779521
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500



blog counter views

Kota Bharu - Ibu muda ini mohon bantuan orang ramai untuk biayai rawatan anak hidap kanser T-lymphoblastic lymphoma (T-LBL) iaitu sejeni...


Kota Bharu - Ibu muda ini mohon bantuan orang ramai untuk biayai rawatan anak hidap kanser T-lymphoblastic lymphoma (T-LBL) iaitu sejenis kanser limfoma yang agresif dan jarang berlaku.

Menurut perkongsian beliau di Facebook, anaknya itu kini menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kelantan.

Di dunia ini, tidak semua orang berkemampuan terutamanya bila berkait dengan pembiayaan rawatan hospital yang tinggi. Bukan ratusan ringgit, malah mencecah puluhan ribu ringgit.

Seperti nasib seorang ibu muda ini yang dikurniakan seorang anak lelaki berusia 2 tahun dan kini menghidap kanser T Cell Lymphoblastic Lymphoma.

Sel kanser itu telah menyerang di bahagian dada iaitu ada mediastinal mess yg mengganggu saluran pernafasan anak kecil ini.

Pada 22 September 2019 yang lalu, Afiq sudah genap berusia 2 tahun. Ibunya hanya mendoakan supaya anak ini bebas dari penyakit kanser ini.

Paling baru, Afiq telah menjalani pembedahan untuk membuang kimopod disebabkan jangkitan kuman pada 11 September 2019 lalu dan pada 1 Oktober 2019, Afiq juga telah ditolak masuk ke dewan pembedahan untuk masukkan kimopod.

Buat anda yang ingin menghulurkan bantuan kewangan kepada keluarga ini, boleh berbuat sedemikian kepada akaun bank berikut atas nama Nur Hazirah Bt Nordin:

Nur Ira
Progress:

RM0 raised

Goal: RM5000



blog counter views

Pasir Mas - Bekalan elektrik rumah telah dipotong sejak tujuh tahun lepas akibat tunggakan bil elektrik sebanyak RM2,000 yang tidak mampu...


Pasir Mas - Bekalan elektrik rumah telah dipotong sejak tujuh tahun lepas akibat tunggakan bil elektrik sebanyak RM2,000 yang tidak mampu dilunaskan kata pasangan suami isteri di Kampung Batu Karang.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah nasib keluarga Mahasan Salleh, 44, dan Sulaina Ismail, 38, yang terpaksa mengharungi kehidupan hanya bercahayakan lilin dan pelita selama hampir tujuh tahun tanpa bekalan elektrik.

Lebih menyedihkan apabila rumah yang gelap dan berbumbung bocor itu juga tempat mereka membesarkan lima anak mereka yang berusia antara enam hingga 13 tahun.

Sulaina berkata, disebabkan kedaifan hidup juga, mereka perlu berulang alik sejauh 200 meter bagi mendapatkan bekalan air untuk kegunaan harian yang hanya diperoleh dari telaga tanah tidak jauh dari kawasan rumahnya.

Katanya, akibat buntu dengan keadaan hidup yang menakutkan apabila menjelang malam, sejak beberapa bulan lepas Sulaina mengambil inisiatif memasang lampu menggunakan bateri motosikal namun masih dalam cahaya yang malap.

Sulaina berkata, kehidupan dia sekeluarga sangat susah memandangkan dia mengambil upah membuat kerja kampung dengan mendapat upah RM30 sebulan dan pendapatan suami hanya RM700 sebagai pengutip kelapa sawit di Gua Musang.

"Kehidupan kami ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Apa yang ada di dapur itulah yang kami makan dan ada ketika kesempitan, anak hanya diberi nasi putih berlaukkan ulam yang dipetik sekitar rumah.

"Malah, dugaan yang lagi berat apabila anak kedua saya Muhammad Syamsul,12, disahkan menghidap sakit jantung sejak enam bulan lepas yang memerlukan dia berulang-alik ke Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu bagi mendapatkan rawatan susulan," katanya.

Sulaina juga penerima bantuan JKM sebanyak RM450 sebulan yang digunakan untuk keperluan persekolahan anak.

Terdahulu, Penggerak Thirdforce Rantau Panjang Tuan Zaimah Raja Omar mengunjungi keluarga ini dan menyampaikan sumbangan keperluan asas termasuk beras, susu dan gula.

"Pihak kami berharap sedikit sebanyak dengan sumbangan yang diberikan dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh keluarga ini dan kita akan cuba membantu mendapatkan sumbangan orang ramai jika ada," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada keluarga ini bagi meringankan beban boleh menyalurkan bantuan menerusi akaun bank berikut atas nama Sulaina Ismail:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM2000

Kongsi Portal Ini