Seorang OKU terpaksa merana seumur hidup kerana sakit buah pinggang - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Pasir Puteh - Seorang OKU fizikal Norini Abdullah, 33, merayu sumbangan daripada masyarakat kerana menghidapi sakit buah pinggang dan t...

Seorang OKU terpaksa merana seumur hidup kerana sakit buah pinggang


Pasir Puteh - Seorang OKU fizikal Norini Abdullah, 33, merayu sumbangan daripada masyarakat kerana menghidapi sakit buah pinggang dan tidak mampu bekerja.

Anak yatim piatu dari Kampung Baru Pupoh, Selising di sini berkata beliau tidak menyangka kesukaran untuk membuang air kecil sejak sepuluh tahun lalu menjadi petanda beliau menghidap penyakit buah pinggang.

“Saya sering sakit dan merasa sukar ketika ingin membuang air kecil dan selepas membuat pemeriksaan doktor sahkan saraf pundi kencing saya telah rosak,” katanya.

Norini yang hidup bersendirian berkata akibat dari kerosakan saraf itu memberi kesan kepada buah pinggangnya yang menyebabkan dia terpaksa menjalani pembedahan.

Pembedahan itu untuk mewujudkan saluran kencing di HUSM Kubang Kerian pada 2010 dan kini perlu memakai beg kencing seumur hidupnya.

Dia juga perlu mendapatkan rawatan susulan di HUSM sebanyak dua hingga empat kali sebulan.

Norini kini bergantung hidup sepenuhnya dengan bantuan kewangan sebanyak RM400 sebulan dari MAIK.

Orang ramai yang bersimpati dan bermurah hati ingin membantunya boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Norini Abdullah atau menghubunginya:

017-8779521
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini