Derita keluarga susah, suami lumpuh dan isteri pula hamil anak kelima - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Tumpat - Wan Sukri kini sudah tidak mampu bekerja mencari rezeki untuk isteri serta empat anak yang berusia dua hingga 11 tahun. Insid...

Derita keluarga susah, suami lumpuh dan isteri pula hamil anak kelima


Tumpat - Wan Sukri kini sudah tidak mampu bekerja mencari rezeki untuk isteri serta empat anak yang berusia dua hingga 11 tahun.

Insiden jatuh dari bumbung rumah ketika bertukang lebih sebulan lalu menyebabkan seorang nelayan di Tumpat tidak mampu berjalan.

“Kepala saya pecah, tulang di bahagian bahu kanan tercabut dan retak tulang belakang menyebabkan saya dirawat hampir tiga minggu di hospital.

“Ujian imbasan yang dibuat juga mendapati tulang leher saya tercucuk saraf dan perlu menjalani pembedahan memasukkan besi di bahagian itu,” katanya di rumahnya di Kampung Baru Nelayan, Tumpat.

Wan Sukri kini sudah tidak mampu bekerja mencari rezeki untuk isteri serta empat anak yang berusia dua hingga 11 tahun dan terpaksa mengharapkan ehsan keluarga serta jiran yang datang menziarah.

Isterinya, Jariah berkata, mereka bimbang memikirkan perbelanjaan harian yang perlu ditanggung untuk kos pembelian lampin pakai buang serta susu khas suaminya yang mencecah RM1,000 sebulan.

Katanya, doktor ada memaklumkan suami akan pulih, namun prosesnya mengambil masa dan kami buntu memikirkan bagaimana lagi untuk mencari sumber kewangan.

“Keadaan bertambah genting mengenangkan sesi persekolahan akan dibuka tidak lama lagi yang memerlukan perbelanjaan lebih untuk dua anak termasuk persediaan kelahiran anak kelima kami nanti,” katanya.

Terdahulu, mereka menerima kunjungan dari NGO Cakna Kelantan yang hadir memberikan sumbangan makanan keperluan harian.

“Kami difahamkan dua peralatan yang digunakan Wan Sukri itu kini dipinjam dari pihak tertentu dan disebabkan itu kami akan mengusahakan untuk mencari yang lain sebagai gantinya,”.

Kepada yang ingin membantu keluarga ini boleh hubungi Jariah di talian berikut:

019-9342831
Progress:

RM0 raised

Goal: RM2000



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini