Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia: bachok

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Memaparkan catatan dengan label bachok. Papar semua catatan

Bachok - Seorang suri rumah memanfaatkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan pada 18 Mac lepas dengan menjual ...



Bachok - Seorang suri rumah memanfaatkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan pada 18 Mac lepas dengan menjual jeruk mangga bagi menampung perbelanjaan anak tunggalnya yang terlantar akibat menderita penyakit paru-paru kronik.

Norhayati Abdullah, 26, berkata dia terdetik untuk menjalankan perniagaan makanan ringan berkenaan untuk membantu suaminya Mohd Saiful Azrin Hazmi, 28, yang hanya bekerja sebagai buruh, mencari pendapatan tambahan.

“Sebelum tempoh pelaksanaan PKP, kami tiga beranak bergantung harap dengan pendapatan suami sebanyak RM350 seminggu, namun sejak perintah ini dilaksanakan kami kesempitan hidup disebabkan suami tidak dapat keluar bekerja,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pauh Sembilan di sini.

Norhayati berkata anak tunggalnya Nur Amni Fatini Mohd Saiful Azrin, 4, disahkan menghidap penyakit paru-paru ketika berusia dua tahun selepas sering kali mengalami demam yang berpanjangan.

“Anak saya mengalami komplikasi kekurangan oksigen ke otaknya sejak lahir dan disebabkan itu hampir tiga bulan dia terpaksa berulang-alik ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Nor Hayati berkata, Nur Amni Fatini terlantar sepanjang hari itu tidak boleh berjalan dan bercakap seperti kanak-kanak lain seusianya dan hanya bergantung sepenuhnya kepada susu khas yang diberikan melalui tiub yang dipasang pada bahagian perutnya.

Beliau berkata Nur Amni Fatini diberikan susu enam kali sehari dan susu berkenaan yang berharga RM150 setin hanya mampu bertahan bagi tempoh seminggu.

“Walaupun saya menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan, ia masih tidak mencukupi kerana untuk menyiapkan keperluan Nur Amni Fatini sahaja peruntukan sebanyak RM1,000 sebulan diperlukan untuk membeli susu khas sebanyak RM600 (empat tin) dan lampin pakai buang,” katanya.

Nor Hayati berkata beliau menjual jeruk dengan harga RM10 sebekas dan hasilnya mampu menampung kekurangan perbelanjaan mereka sekeluarga sekali gus membeli keperluan Nur Amni Fatini.

Ditanya bekalan mangga untuk dibuat jeruk, Nor Hayati berkata ia dibeli daripada penduduk di sekitar kawasan Bachok dengan harga RM2 sekilogram.

“Saya mempromosikan jeruk mangga ini di laman Facebook serta aplikasi WhatsApp saya dan pelanggan akan membuat tempahan sehari sebelum. Kebiasaannya, purata pendapatan harian yang diperoleh adalah sekitar RM70 bergantung kepada tempahan.

“Bagi pelanggan yang memesan untuk dihantar secara terus ke rumah, kos penghantaran akan dikenakan antara RM3 ke RM4 bergantung jarak perjalanan. Biasanya pelanggan saya terdiri daripada penduduk di sekitar Kota Bharu dan juga Bachok,” katanya.

Beliau yang juga penerima manfaat Bantuan Prihatin Nasional (BPN) menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada kerajaan di atas bantuan sebanyak RM1,600 yang diberikan kepada golongan isi rumah B40.

“Saya akan menggunakan bantuan ini sebaiknya bagi kegunaan keperluan harian selain untuk membeli susu dan lampin anak saya,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban keluarga ini boleh meyalurkan bantuan menerusi akaun bank berikut atas nama Nor Hayati Abdullah atau menghubunginya:

011-25560464
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500



blog counter views

Bachok - Bapa kepada tiga anak buntu memikirkan untuk mendapatkan RM15,000 bagi menampung kos pembedahan jantung kronik yang bakal dilak...


Bachok - Bapa kepada tiga anak buntu memikirkan untuk mendapatkan RM15,000 bagi menampung kos pembedahan jantung kronik yang bakal dilakukan minggu hadapan.

Afrizam Drawi @ Md Arif, 40, berkata, dia menghidap penyakit jantung kronik iaitu jantung lemah dan injap jantung bermasalah yang kemungkinan dialaminya sejak lahir.

Bukan setakat itu sahaja, dia juga turut menderita akibat penyakit batu sebesar 1.7 sentimeter di dalam hempedu yang turut dikesan oleh doktor pada Ogos lalu.

“Pada mulanya saya ingatkan hanya gastrik biasa, rupa-rupanya bukan. Terkejut apabila doktor sahkan saya hidap sakit jantung kronik dan perlu segera dibedah elak serangan berulang lagi,” katanya di rumahnya di Kampung Pak Badol.

Afrizam yang bekerja sebagai jurujual di sebuah syarikat swasta memberitahu, doktor turut mengesahkan jantungnya juga sangat lemah yang mana berfungsi hanya 29 peratus.

“Sebelum ini saya sudah menjalani prosedur Angiogram dan Angioplasti untuk memasang sten, namun usaha berkenaan gagal berikutan jantungnya tersumbat 100 peratus pada tiga saluran,” katanya yang mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia.

Tambahnya, pada Rabu ini dia perlu dimasukkan ke wad bagi menunggu giliran untuk menjalani pembedahan pintasan dan membaiki atau menukar injap yang dijadualkan dibuat 15 Disember ini.

Katanya, pakar juga memberitahu jika dibandingkan dengan pesakit lain, pembedahan yang bakal dilaluinya nanti berisiko tiga kali ganda daripada biasa.

“Ini memandangkan jantung saya sangat lemah. Selepas pembedahan juga saya perlu berada di wad dalam tempoh agak lama bagi membolehkan fungsi jantung meningkat sekurang-kurangnya 45 peratus,” katanya.

Katanya, selepas enam bulan menjalani pembedahan jantung, dia juga perlu melalui prosedur membuang batu di dalam hempedu.

Katanya, dia hanya memperoleh gaji bersih RM1,200 sebulan dan isterinya, Habsah Ismail,40, hanya seorang suri rumah dan perlu menampung tiga lagi anak yang masih bersekolah, dia tidak mampu untuk mengumpulkan wang tersebut apatah lagi dengan kudratnya yang kini terbatas.

Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban Afrizam boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Habsah Ismail atau boleh menghubungi:

010-9261998
Progress:

RM0 raised

Goal: RM15000



blog counter views

Bachok - Melalui posting Facebook yang dimuatnaik oleh Adi Aqeed yang mengisahkan pengorbanan sepasang suami isteri yang ‘berjuang’ demi...


Bachok - Melalui posting Facebook yang dimuatnaik oleh Adi Aqeed yang mengisahkan pengorbanan sepasang suami isteri yang ‘berjuang’ demi anak sulung mereka yang menghidap sakit paru-paru kronik sejak lahir.

Tiada yang dapat menafikan kasih sayang dan pengorbanan mereka demi anak-anak tercinta. Benarlah kata orang, kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa.

Walaupun terpaksa tinggalkan Amni seketika dirumah, ibunya mesti lakukan juga demi menambah pendapatan untuk menampung kos susu khas anaknya Nur Amni Fatini yang kini berusia 3 tahun itu.

Selain mengharap pendapatan suami, ibunya turut mengambil upah menghantar makanan kepada pelanggan menggunakan motosikal.

“Saya perlu kerja kuat supaya bekalan susu khas anak saya tak terputus” – Norhayati Abdullah.

Kos ulang alik dan lampin dapat ditampung melalui bantuan bulanan JKM sebanyak RM350.

Bapa Amni juga cuba melakukan pelbagai kerja kampung selain membela biri biri bagi menampung sara hidup dan kos susu anaknya yang mencecah RM500 sebulan.

Amni hanya bergantung pada susu khas ‘pediasure’ yang disalurkan ke perut melalui saluran khas.

Semoga diberi keajaiban dan kesembuhan dari penyakit paru paru kronik yang dihidapi adik Amni.

Mereka yang ingin santuni adik Amni atau membantunya boleh ke rumah keluarga ini di Kg Pauh Sembilan, Bachok.

Bagi orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan kepada keluarga ini boleh berbuat demikian melalui akaun bank berikut atas nama Norhayati Abdullah atau hubungi ibubapanya:

011-2556046
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Bachok - Walaupun dimamah usia, namun dengan kudrat yang masih bersisa, warga emas tetap setia mencurahkan kasih kepada anaknya yang juga...


Bachok - Walaupun dimamah usia, namun dengan kudrat yang masih bersisa, warga emas tetap setia mencurahkan kasih kepada anaknya yang juga Orang Kelainan Upaya.

Lebih menyedihkan, Gayah Mamat, 68, terpaksa ‘mengurung’ diri dari dunia luar demi sentiasa bersama dengan anaknya, Mohd Asrul Hafiz Mahmood, 28.

Warga emas itu hanya keluar rumah beberapa minit bagi membeli keperluan harian dan makan minum, selebihnya menghabiskan masa di dalam rumah demi keselamatan Asrul yang mengalami sindrom down sejak lahir.

“Bila nak keluar, saya terpaksa kurung anak sekejap di rumah. Kalau nak pergi jauh, saya bawa dia naik kereta peninggalan suami yang dipandu penduduk.

“Kalau Asrul buat perangai, saya tak dapat keluar rumah dan kami terpaksa berlapar atau makan apa yang ada,” katanya ketika ditemui di Kampung Alor Bakat, di Bachok, hari ini.

Gayah berkata, rumahnya juga dikelilingi pagar besi di setiap penjuru kerana anaknya suka merosakkan barang selain turut makan apa yang ada di depan matanya termasuk daun kering atau kertas.

“Hati ibu mana tak sedih apabila terpaksa kurung anak, tapi demi keselamatan dia, saya terpaksa berbuat demikian. Malah hidup kami dua beranak hanya berlegar sekitar rumah ini sahaja,” katanya yang terpaksa berjaga 24 jam.

Katanya, sebelum ini dia dibantu arwah suami, Mahmood Awang Mat, 80, sebelum suaminya meninggal dunia akibat penyakit tua Disember lalu.

“Sejak itu, saya dan anak hanya bergantung pada simpati penduduk kampung yang sudi membantu membeli keperluan harian atau membawa anak ke klinik jika sakit.

“Anak saya seorang lagi hasil perkahwinan terdahulu juga turut membantu meringankan beban kami selain bantuan JKM sebanyak RM250 sebulan.

“Paling sedih bila anak sakit, sekarang Asrul sakit gigi dan saya terpaksa beli ubat tahan sakit, jika tidak dia akan menjerit dan menangis sepanjang hari,” katanya.

Katanya, dia sentiasa memikirkan masa depan anak lelakinya memandangkan matanya kini semakin rabun dan kudratnya semakin lemah.

“Saya banyak kali fikir bila saya mati siapa yang akan jaga Asrul, itu yang buat saya sedih, tapi saya serah segalanya pada Allah,” katanya yang mempunyai penyakit darah tinggi.

“Sebagai terapi diri, saya suka menanam pelbagai jenis sayuran seperti terung, cili pada dan pisang bagi mengubat kedukaan.

“Biasanya, selepas mandi dan memberi Asrul makan dan minum, saya akan ke kebun kecil di tepi rumah,” katanya. Orang ramai yang ingin membantu beliau boleh berbuat demikian.

Bachok - Asmaliza Abdul Rahman,25, berkata ini pendapatan suaminya, Muhamad Daud,36, sebanyak RM600 sebulan sebagai tukang rumah tidak me...


Bachok - Asmaliza Abdul Rahman,25, berkata ini pendapatan suaminya, Muhamad Daud,36, sebanyak RM600 sebulan sebagai tukang rumah tidak mencukupi bagi merawat tangan anaknya, Muhammad Adam Asyraf berusia 4 tahun yang sehingga kini masih terpaksa berulang-alik ke Hospital Raja Perempuan Zainab HRPZ II kerana kecederaan parah yang dialami.

Suri rumah itu memohon bantuan merawat anaknya yang mengalami kecederaan parah di tangan akibat tercelup ke dalam air gula panas tiga tahun lepas.

"Sudah tiga tahun dia menderita sakit pada lima jari tangan kiri kerana tercelup dalam air gula yang baru diangkat dari dapur dan sehingga kini saya masih menukar balutan untuk memastikan lukanya bersih," kata Asmaliza.

Beliau berkata kejadian malang itu berlaku pada Julai 2016 ketika beliau sedang sibuk menyediakan juadah berbuka puasa, tanpa disedari Muhammad Adam yang baru bangun tidur dan datang dari belakang telah mencelupkan tangannya ke dalam bekas berisi air gula yang panas.

Asmaliza berkata beliau segera menghantar anaknya ke hospital Kelaboran Tumpat, sebelum digegaskan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Raja Perempuan Zainab HRPZ II kerana kecederaan yang terlalu parah.

"Pada awal rawatan, doktor mengambil kulit paha Muhammad Adam bagi menggantikan kulit jari tangannya sebanyak empat kali.

Katanya Muhammad Adam yang kini belajar di Tadika KEMAS Pak Simpol, sering menangis terutama apabila jarinya sakit atau luka (berair) dan jahitan tercabut, katanya.

"Minggu lepas dia baru sahaja keluar hospital selepas menjalani pembedahan yang dinamakan 'K-Wire', yang mana doktor kata besi seperti dawai digunakan bagi menyelamatkan ibu jari dan jari kelingking boleh berfungsi dan mampu digerakkan," katanya.

Beliau berkata mereka sekeluarga termasuk dua lagi anaknya Nur Putri Maya, 7 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kolam dan Nur Putri Alesya, 2, cuma mampu menyewa sebuah bilik RM100 sebulan sebagai tempat berteduh.

Asmaliza berkata beliau sudah menghantar permohonan bantuan kos ulang-alik daripada MAIK tetapi belum menerima jawapan.

Mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh mengunjungi keluarga ini di Kampung Permatang Piah, Pak Badol atau menghubungi talian telefon berikut bagi maklumat lanjut:

014-2183233
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Bachok - Dua keluarga termasuk ibu tunggal bersama tiga anaknya mendiami sebuah rumah kecil yang uzur dan dipenuhi lubang di Kampung Pad...


Bachok - Dua keluarga termasuk ibu tunggal bersama tiga anaknya mendiami sebuah rumah kecil yang uzur dan dipenuhi lubang di Kampung Padang Lati Hilir, Bukit Marak.

Lantai kayunya yang sudah reput membahayakan nyawa 10 penghuni itu terutama anak kecil berusia antara enam bulan hingga 10 tahun.

Malah rumah itu tidak mempunyai bilik tidur dan hanya ditutup dengan tirai kain untuk memisahkan dapur dua keluarga.

Ibu tunggal, Siti Nur Azlina Ghani, 27, berkata, dia bersama abang kandungnya, Mohd Maliki, 29, dan isteri serta empat anak mereka tinggal di rumah milik abang sulung mereka Mohd Azmi, 38.

Katanya, dia sudah dua bulan menumpang di situ selepas suaminya, Mohd Zulkifli Abd Ghaffar, 48, yang bekerja sebagai pemandu lori meninggal dunia akibat serangan jantung.

“Selepas suami meninggal, saya dan tiga anak hilang tempat bergantung sebelum mengambil keputusan menumpang di rumah ini.

“Walaupun rumah ini menunggu masa untuk menyembah bumi, saya tiada pilihan disebabkan tiada tempat tinggal lain dan ibu bapa juga orang susah.

“Tiga anak juga masih kecil berusia antara lapan bulan hingga tujuh tahun yang menyukarkan saya untuk keluar bekerja,” katanya di rumahnya.

Siti Nur Azlina berkata, dia kini mengharap belas ihsan keluarga untuk meneruskan kelangsungan hidup manakala keperluan sekolah anak sulungnya, Muhammad Danial, 7, dibantu ahli keluarga dan jiran tetangga.

Kepada orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh salurkan ke akaun bank berikut milik Siti Nur Azlina Ghani:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Bachok - “Selama ini dia rajin mengambil upah memotong rumput, memasang pendawaian, membaiki paip dan buat kerja kampung. Dapatlah upah ...


Bachok - “Selama ini dia rajin mengambil upah memotong rumput, memasang pendawaian, membaiki paip dan buat kerja kampung. Dapatlah upah RM300 ke RM350 seminggu, tetapi kini tiada lagi.

“Kehidupan kami yang sekadar cukup makan semakin terhimpit dan terpaksa menagih simpati jiran untuk makan minum dan keperluan harian lain.

“Pernah ada ketika dua hari kami kehabisan makanan dan sudah lama tidak beli susu dan lampin pakai buang anak disebabkan tiada wang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Cherang Hangus, Jelawat di Bachok.

Nabilah berkata, untuk mengisi perut anaknya, dia hanya memasak nasi kosong yang dimakan tanpa lauk atau berkuahkan budu, manakala menggantikan susu dengan air kosong atau teh.

“Pernah suatu ketika saya menangis tanpa henti kerana memikirkan nasib anak, namun kini saya reda dan kuat kerana mereka. Sepatutnya saya bersyukur kerana suami masih hidup walaupun koma 15 hari selepas kemalangan itu,” katanya.

Anaknya, Muhammad Izzat Izhan, 8; Nurul Izzah Izzati, 7; Muhammad Izzu Izzuddin, 2, dan Nurul Irma Syafiqa, 1, memahami derita mereka.

Dia juga memberitahu menerima bantuan kewangan penduduk kampung dan berjimat cermat dengan sumbangan itu memandangkan suami masih perlu menjadi rawatan susulan dan fisioterapi di HUSM Kubang Kerian.

Orang ramai yang mahu membantu keluarga itu boleh menyalur bantuan ke akaun bank berikut atas nama Nabilah Bahri:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Bachok - Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, namun ibu tunggal, Wan Fazilah Wan Yusof, yang OKU penglihatan, tidak pernah me...


Bachok - Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, namun ibu tunggal, Wan Fazilah Wan Yusof, yang OKU penglihatan, tidak pernah mengeluh membesarkan empat anaknya dalam keadaan serba kekurangan. Derita Wan Fazilah, 57, bertambah berat apabila lumpuh separuh badan diserang angin ahmar enam bulan ini, sehingga dia kini terpaksa mengharapkan belas ihsan jiran dan saudara untuk menanggung empat anak termasuk dua yang juga OKU.

Dua anak perempuannya Nur Farah Izzati, 18, dan Nur Fatin Inani, 12, OKU fizikal dan lembam sejak lahir manakala dua anak lelaki, Muhammad Afzainizam Che Ibrahim, 23; Muhammad Izzat Farhan, 20, normal. Suaminya pula, Che Ibrahim Che Leh, 52, meninggal dunia akibat pendarahan otak, dua minggu lalu.

"Suami juga OKU fizikal terpaksa berhenti kerja untuk jaga saya, malangnya dia pula meninggal dunia menyebabkan kehidupan kami semakin terhimpit," katanya ditemui di Kampung Padang, Jalan Nakhoda Saamah, di sini. Dengan keadaannya sekarang, Wan Fazilah terpaksa menumpang rumah saudaranya selepas terpaksa keluar dari rumah sewa kerana tidak mampu melunaskan tunggakan sewa.

Wan Fazilah berkata, dia kini sedih memikirkan masa depan keluarganya, tambahan pula perlu menanggung pelajaran anak sulungnya, Afzainizam yang juga penuntut semester tiga jurusan Pendidikan Biologi di Universiti Pendidikan Sultan Idris. "Sekurang-kurangnya saya memerlukan RM300 sebulan untuk membeli lampin pakai buang dan ubatan saya sendiri. Ia tidak termasuk perbelanjaan harian dan pengajian anak sulung saya.

"Kini hanya anak kedua, Izzat yang bekerja kampung di Terengganu menyara kami. Apabila Afzainizam pergi belajar, tinggal kami tiga beranak termasuk dua anak perempuan yang OKU di rumah mengharapkan bantuan makan minum daripada jiran dan saudara," katanya sebak. Wan Fazilah yang menerima bantuan RM300 sebulan daripada JKM, berkata ketika ini saudaranya, Siti Noraiha Mahmud, 50, yang paling banyak membantu mereka sekeluarga.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga Wan Fazilah Wan Yusof, boleh hubungi anaknya, Nur Farah Izzati di talian berikut:

016-9374385
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Bachok - Masjid Pasar Bandar Bachok mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk bahan binaan / kelengkapan masjid bagi menyiapkan masjid t...


Bachok - Masjid Pasar Bandar Bachok mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk bahan binaan / kelengkapan masjid bagi menyiapkan masjid tersebut.

Sumbangan boleh disalurkan samada dari segi wang ringgit atau kelengkapan masjid.

Orang ramai yang bermurah hati untuk menyumbang boleh berbuat demikian melalui akaun bank berikut atas nama Masjid Pasar Bandar Bachok atau hubungi AJK Masjid (W.Nawang) untuk sebarang pertanyaan:

019-9291758
Progress:

RM0 raised

Goal: RM5000

Bachok - Mohd Abd Malik Ismail yang beralamat di Kampung Aril, Bachok, Kelantan memohon bantuan menampung kos perubatan dan rawatan anakn...


Bachok - Mohd Abd Malik Ismail yang beralamat di Kampung Aril, Bachok, Kelantan memohon bantuan menampung kos perubatan dan rawatan anaknya Nur Solehah Mohd Abd Malik yang disahkan menghidap acute myelogenous leukemia (AML).

Orang ramai yang ingin membantu Nur Solehah Mohd Abd Malik boleh hulurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Mohd Abd Malik Ismail atau hubunginya:



017-9038282
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kongsi Portal Ini