Keluarga hidup 7 tahun tanpa elektrik, anak tidak cukup makan - KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik di Malaysia yang memerlukan bantuan. Bantuan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang ada di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Pasir Mas - Bekalan elektrik rumah telah dipotong sejak tujuh tahun lepas akibat tunggakan bil elektrik sebanyak RM2,000 yang tidak mampu...

Keluarga hidup 7 tahun tanpa elektrik, anak tidak cukup makan


Pasir Mas - Bekalan elektrik rumah telah dipotong sejak tujuh tahun lepas akibat tunggakan bil elektrik sebanyak RM2,000 yang tidak mampu dilunaskan kata pasangan suami isteri di Kampung Batu Karang.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah nasib keluarga Mahasan Salleh, 44, dan Sulaina Ismail, 38, yang terpaksa mengharungi kehidupan hanya bercahayakan lilin dan pelita selama hampir tujuh tahun tanpa bekalan elektrik.

Lebih menyedihkan apabila rumah yang gelap dan berbumbung bocor itu juga tempat mereka membesarkan lima anak mereka yang berusia antara enam hingga 13 tahun.

Sulaina berkata, disebabkan kedaifan hidup juga, mereka perlu berulang alik sejauh 200 meter bagi mendapatkan bekalan air untuk kegunaan harian yang hanya diperoleh dari telaga tanah tidak jauh dari kawasan rumahnya.

Katanya, akibat buntu dengan keadaan hidup yang menakutkan apabila menjelang malam, sejak beberapa bulan lepas Sulaina mengambil inisiatif memasang lampu menggunakan bateri motosikal namun masih dalam cahaya yang malap.

Sulaina berkata, kehidupan dia sekeluarga sangat susah memandangkan dia mengambil upah membuat kerja kampung dengan mendapat upah RM30 sebulan dan pendapatan suami hanya RM700 sebagai pengutip kelapa sawit di Gua Musang.

"Kehidupan kami ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Apa yang ada di dapur itulah yang kami makan dan ada ketika kesempitan, anak hanya diberi nasi putih berlaukkan ulam yang dipetik sekitar rumah.

"Malah, dugaan yang lagi berat apabila anak kedua saya Muhammad Syamsul,12, disahkan menghidap sakit jantung sejak enam bulan lepas yang memerlukan dia berulang-alik ke Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu bagi mendapatkan rawatan susulan," katanya.

Sulaina juga penerima bantuan JKM sebanyak RM450 sebulan yang digunakan untuk keperluan persekolahan anak.

Terdahulu, Penggerak Thirdforce Rantau Panjang Tuan Zaimah Raja Omar mengunjungi keluarga ini dan menyampaikan sumbangan keperluan asas termasuk beras, susu dan gula.

"Pihak kami berharap sedikit sebanyak dengan sumbangan yang diberikan dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh keluarga ini dan kita akan cuba membantu mendapatkan sumbangan orang ramai jika ada," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada keluarga ini bagi meringankan beban boleh menyalurkan bantuan menerusi akaun bank berikut atas nama Sulaina Ismail:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM2000

0 comments:

Kongsi Portal Ini