Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia: kelantan

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Memaparkan catatan dengan label kelantan. Papar semua catatan

Machang – Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah nasib adik Nur Fikriyah Elias, 9 bulan, yang mengalami masalah kepala bes...


Machang – Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah nasib adik Nur Fikriyah Elias, 9 bulan, yang mengalami masalah kepala besar, selain penglihatannya kabur akibat hydrocephalus atau penyakit lebihan cecair dalam otak sejak dua bulan dilahirkan.

Ibu bayi berkenaan Nik Ishazalwani Ismail, 35, berkata, kos per­belanjaan anaknya mencecah RM500 sebulan sementara suaminya bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah dengan pendapatan RM1,000 sebulan.

Menurutnya, anaknya perlu minum susu khas berharga RM21.90 bagi 400 gram dan hanya mampu bertahan tiga hingga empat hari sahaja.

“Keadaan Nur Fikriyah yang tidak mampu bergerak atau me­rangkak selain memerlukan perhatia­n dan jagaan rapi pada setiap masa menyukarkan saya untuk bekerja.

“Dia juga terpaksa menjalani pemeriksaan sebulan sekali bersama pakar kanak-kanak di sebuah hos­pital bandar di sini untuk menge­tahui perkembangan semasa termasuk mata dan telinganya,” katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Kampung Alor Melaka di Pulai Chondong di sini semalam.

Nur Fikriyah merupakan anak bongsu daripada tiga beradik dikesan mengalami masalah berkenaan sejak dilahirkan sebagai bayi pramatang ketika berusia 7 bulan pada Ogos lalu. Dia mempunyai dua kakak, Nur Fakhira dan Nur Faqihah, masing-masing berusia 8 dan 4 tahun.

Nik Ishazalwani memberitahu, bayinya itu telah menjalani dua kali pembedahan pertama bagi membuang cecair yang ada dalam kepala dan telah dimasukkan sejenis wayar ke dalam kulit kepala dan masing-masing menelan belanja RM700 bagi setiap pembedahan,” ujarnya.

Bagi yang ingin menghulurkan bantuan boleh salurkan menerusi akaun bank berikut milik Nik Ishalzawani:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Pasir Puteh - Kekangan kemiskinan memaksa seorang ibu tunggal dan tiga anak tinggal dalam reban ayam di belakang rumah ibunya, di Kampung...


Pasir Puteh - Kekangan kemiskinan memaksa seorang ibu tunggal dan tiga anak tinggal dalam reban ayam di belakang rumah ibunya, di Kampung Banggol Tiga Daerah, Bukit Abal, di sini tanpa sebarang kemudahan.

Rabiatuladawiyah Ayub, 32, yang berpisah dengan suaminya sejak enam bulan lalu memilih reban ayam yang dibaiki dengan dinding zink terbuang sebagai kediaman mereka sekeluarga kerana tidak mahu mengganggu dan membebankan ibunya.

Menurutnya, bekalan letrik disambung dari rumah ibunya sekadar untuk satu lampu sahaja dan tiada ruang dapur mahupun bilik tidur. "Saya juga mendapat bekalan air dari rumah ibu dan sekali sekala memasak dan makan di luar rumah yang dahulunya adalah reban ayam.

" Rumah ibu juga kecil dan hanya ada satu bilik sahaja sememangnya tidak sesuai untuk kami tinggal di situ. Apa lagi ibu baharu sahaja berkahwin dengan lelaki pilihannya," katanya yang tinggal di situ sejak dua bulan lalu.

Rabiatuladawiyah berkata, anaknya, Wan Nurdhia Irdina Wan Rubuan, 7, Wan Mohd. Aniq Anaqi, 6, dan Wan Mohd Firas Irfan, setahun, hanya makan nasi sekali sehari kerana tidak ada sumber pendapatan.

"Saya juga gagal membekalkan wang saku sekolah kepada Wan Nurdhia Irdina. Saya tidak memasak kerana tidak ada dapur, duit jiran bagi saya gunakan untuk beli makanan. Paling utama empat bungkus nasi untuk sekali makan," katanya.

Kisah keluarga ini tular di laman sosial selepas pemderitaan hidup mereka dikesan NGO yang diketuai Mohd. Asri Abdullah. Menurut Mohd. Asri gabungan lebih 12 NGO bersetuju untuk membantu keluarga tersebut dengan pelbagai pendekatan bagi membela nasib ibu tunggal berkenaan.

Katanya, salah seorang pimpinan NGO, Mohd. Zamrud Hassan sedang berusaha mendapatkan dana untuk membina rumah bagi menggantikan reban ayam. Sementara itu, Ketua Jajahan Pasir Puteh, Abd. Pattah Hasbullah berkata, kisah keluarga berkenaan sudah mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk JKM.

“JKM telah menghulurkan bantuan segera bagi meringankan bebanan ibu tunggal yang tinggal dalam ruang sempit di atas tanah yang hanya beralaskan tikar.

"Kita juga sedang mengurus bantuan bulanan untuk anaknya sebanyak RM300 sebulan, manakala siasatan lebih terperinci sedang dilakukan oleh penggawa kawasan tersebut," katanya.


Progress:

RM0 raised

Goal: RM1500

Kota Bharu - Mohd Amirul Aizat Mohd Usok, 20, mengambil keputusan berhenti sekolah ketika di Tingkatan Empat iaitu selepas setahun kemat...


Kota Bharu - Mohd Amirul Aizat Mohd Usok, 20, mengambil keputusan berhenti sekolah ketika di Tingkatan Empat iaitu selepas setahun kematian bapa mereka, Mohd Usok Ismail, 69.

Anak mithali itu nekad berhenti persekolahan empat tahun lalu, untuk mencari pekerjaan bagi menyara ibu orang kurang upaya dan tiga adiknya.

Anak sulung daripada empat beradik itu kini bekerja sebagai tukang paip dengan pendapatan antara RM40 hingga RM45 sehari.

Mohd Amirul Aizat berkata, bapanya meninggal dunia lima tahun lalu akibat penyakit asma kronik, menyebabkan mereka sekeluarga hilang tempat bergantung sebelum dia mengambil keputusan berhenti belajar.

“Selepas berhenti sekolah, saya bekerja sebagai tukang paip untuk menyara ibu dan tiga adik. Alhamdulillah walaupun gaji kecil, namun saya boleh menanggung keperluan harian dan sekolah dua adik yang belajar di Tingkatan Lima dan Kolej Vakasional Kuala Krai.

“Ibu, Kamariah Mohd Zain, 51, pula menghidap penyakit kencing manis sejak 20 tahun lalu dan kaki kirinya terpaksa dipotong hingga paras lutut, Oktober tahun lalu.

“Sejak kaki ibu dipotong, fokus saya hanya kepada keluarga dan tiada lagi istilah melepak dengan kawan. Selepas habis bekerja, saya bergegas pulang untuk menyediakan makanan kepada ibu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Mek Mas, di sini.

Beliau berkata, pergerakan ibu kini menggunakan kerusi roda menyebabkan ia agak terbatas dan perlu dibantu.

“Dua adik saya yang masih belajar tinggal di asrama, maka saya yang perlu menguruskan ibu di rumah. Jika sebelah pagi saya tidak sempat menyediakan makan untuk ibu, saya akan meminta bantuan saudara yang tinggal berdekatan.

“Alhamdulillah ibu mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan dan bantuan itu sekurang-kurangnya dapat menampung keperluan kami sekeluarga,” katanya.

Katanya, tugas yang perlu digalas ketika usia muda itu tidak pernah membebankannya sebaliknya dia rasa bersyukur kerana berpeluang menjaga ibu dan adik-adiknya.

“Sebagai anak sulung, saya sanggup berkorban apa saja demi ibu dan pelajaran adik,” katanya. Orang ramai boleh memberi sumbangan melalui akaun bank berikut atas nama Kamariah Mohamed Zin:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Tumpat - Hakim Danial Razali, 17, pelajar SMK Wakaf Bharu yang sedang bertarung melawan penyakit ketumbuhan pada otak memerlukan sumbanga...


Tumpat - Hakim Danial Razali, 17, pelajar SMK Wakaf Bharu yang sedang bertarung melawan penyakit ketumbuhan pada otak memerlukan sumbangan orang ramai bagi menampung kos rawatannya terutama kemoterapi.

Menurut ibunya, Zainab Awang, 65, sejumlah RM22,088 diperlukan untuk rawatan susulan tersebut bagi memastikan sel-sel ketumbuhan tidak kembali aktif.

Anak bongsu daripada 12 beradik itu perlu menjalani rawatan tersebut sebanyak 30 kali bermula minggu depan.

“Setakat ini, Hakim Danial sudah menjalani lima pembedahan untuk membuang ketumbuhan di bahagian kepala sejak disahkan menghidap penyakit itu pada 2017.

“Sejak itulah saya banyak ‘berkampung’ di HUSM bagi merawat penyakit yang dihidapi oleh anak,” katanya di kediaman mereka di Kampung Bechah Temalang di sini hari ini.

Dalam pada itu, Zainab memberitahu, keluarganya ketika ini bergantung sepenuhnya kepada bantuan bulanan JKM yang diterima oleh Hakim bagi membeli barangan keperluan anaknya itu.

Katanya, dia sedikit lega apabila anak-anaknya yang lain turut membantu serba sedikit walaupun masing-masing sudah mempunyai keluarga dan hidup sederhana.

Orang ramai yang ingin membantu boleh salurkan ke akaun bank di atas nama Hakim Danial Razali:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM22000

Kota Bharu - Akibat kesempitan hidup, ibu tunggal dikenali sebagai Nurliza Yaakob yang menetap di Kampung Langgar, Kota Bharu ini terpaks...


Kota Bharu - Akibat kesempitan hidup, ibu tunggal dikenali sebagai Nurliza Yaakob yang menetap di Kampung Langgar, Kota Bharu ini terpaksa memberi minum air kosong kepada bayinya yang berusia dua tahun sebagai pengganti susu.

Sudahlah diri sendiri menghidap sakit tulang belakang, ibu tunggal berusia 36 tahun ini buntu memikirkan nasib dua lagi anaknya apabila terpaksa menjalani kehidupan seharian tanpa sumber kewangan tetap. 

Seorang lagi anaknya berusia 11 tahun pula mendapat wang saku sebanyak RM5 setiap hari hasil sumbangan kelab guru dan pengurusan Sekolah Kebangsaan (SK) Langgar.

Memetik laporan media, Nurliza hanya bergantung kepada kerja membuat kuih secara kecil-kecilan untuk menampung hidupnya tiga beranak.

Dalam masa sama, dia terpaksa berjimat cermat kerana terpaksa membayar sewa rumah sebanyak RM250 sebulan.

Semoga ada jalan penyelesaian untuk mereka sekeluarga termasuk ihsan orang ramai untuk meringankan beban keluarga ini.

Pembedahan untuk tulang belakang Nurliza akan dibuat dalam tempoh terdekat namun dia masih dalam dilema terhadap pelbagai kemungkinan termasuk pengurusan hidup dua anaknya. Sehubungan itu, orang ramai yang sudi membantu boleh berbuat demikian.


Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Rantau Panjang - “Jika pembedahan terus ditangguhkan, kami bimbang kesihatan Adam semakin merosot dan ia boleh mengancam nyawanya,” kata ...


Rantau Panjang - “Jika pembedahan terus ditangguhkan, kami bimbang kesihatan Adam semakin merosot dan ia boleh mengancam nyawanya,” kata Siti Zahirah Deraman, 32, ibu kepada Muhammad Adam, dua tahun.

“Adam perlu dibedah segera bagi merawat penyakit jantung berlubang dan saluran injap paru-paru tersumbat yang dihidapi, namun kos RM60,000 di luar kemampuan kami sekeluarga.

Suri rumah dari Rantau Panjang, Kelantan itu berkata, anak bongsu dari dua beradik itu dikesan mempunyai penyakit jantung berlubang dan saluran injap paru-paru tersumbat sejak dilahirkan.

Dia berkata, sejak itu dia dan suami, Mat Jusoh Mohamed, 49, terpaksa berulang-alik ke Hospital Kuala Krai untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, doktor yang merawat anaknya memaklumkan pembedahan segera perlu dilakukan bagi memastikan Muhammad Adam dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa seperti kanak-kanak lain.

Ini kerana Muhammad Adam tidak boleh terlalu aktif selain cepat keletihan, kurang selera makan dan berat badannya hanyalah 10 kilogram.

“Kami sekeluarga benar-benar buntu kerana pendapatan suami sebagai buruh kasar hanyalah sekitar RM400 sebulan dan saya pula tidak bekerja.

“Jika hanya bergantung kepada gaji suami, entah sampai bila kami dapat mengumpul wang untuk membiayai pembedahan yang akan dilakukan oleh pakar di Pusat Perubatan Hospital Gleaneagles.

“Kami sudah tidak sanggup melihat penderitaannya dan berharap orang ramai dapat membantu menampung kos pembedahan Adam,” katanya.

Bagi yang ingin membantu, sumbangan bagi kos pembedahan Muhammad Adam boleh disalurkan melalui berikut:


Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Tumpat - Sambil mendukung bayi, tangannya menguis sampah dalam tong sampah untuk mencari besi buruk. Kelibat Atikah Sallehuddin, 40, be...


Tumpat - Sambil mendukung bayi, tangannya menguis sampah dalam tong sampah untuk mencari besi buruk.

Kelibat Atikah Sallehuddin, 40, bersama bayi perempuannya yang berusia sembilan bulan kerap dilihat di kawasan pembuangan sampah di sekitar Wakaf Bharu untuk mencari besi buruk.

Tindakannya itu adalah untuk membantu meringankan beban suami, Mohd Noor Deraman, 60, yang hanya bekerja sebagai tukang sapu di sebuah sekolah di Tumpat dengan upah tidak seberapa.

Atikah berkata, setiap hari, kira-kira jam 7 pagi dia akan menghantar suami terlebih dulu ke tempat kerja dengan motosikal sebelum dia dan bayinya bergerak dari satu tong ke satu tong sampah bagi mencari besi buruk.

“Saya terpaksa membawa sekali anak kerana tiada sesiapa yang boleh menjaga kerana tiga lagi anak bersekolah.

“Besi buruk yang diperoleh dibawa pulang dan disimpan di stor di sebelah rumah sewa sementara menunggu pembeli besi buruk datang.

“Secara puratanya saya memperoleh sekitar RM13 hingga RM15 sehari hasil jualan besi buruk. Sudah cukup untuk membeli lauk kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Chenderong Batu Timur, Tumpat.

Menurutnya, dia tidak menghiraukan pandangan orang ramai kerana hanya ingin membantu meringankan beban suami yang turut mengalami masalah saraf di mata menyebabkan penglihatan kabur.

“Pendapatan yang diperoleh suami digunakan untuk membayar sewa rumah sebanyak RM50 sebulan serta perbelanjaan persekolahan tiga anak berusia enam hingga 18 tahun.

“Kami juga bersyukur kerana suami menerima bantuan bulanan JKM sebanyak RM300 sebulan manakala anak sulung yang mengalami masalah pembelajaran juga mendapat elaun yang sedikit sebanyak meringankan beban,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun bank berikut milik Mohd Noor Deraman:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kubang Kerian - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Khalish yang masih kecil bertarung dengan sel kanser, hanya tangisan ...


Kubang Kerian - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Khalish yang masih kecil bertarung dengan sel kanser, hanya tangisan menjadi luahan kesakitan.

Muhammad Khalish Affan, 1 tahun 5 bulan, anak yang aktif dan ceria kini sering diserang demam. Semenjak beberapa bulan yang lalu selepas disahkan menghidap leukemia, selera makannya tidak seperti dulu.

Malah rambutnya yang lebat kini semakin menipis. Badannya yang dulu tembam dan gebu kini menyusut. Menurut ibunya, Nuhanabilla Hazani berkata ketika mula-mula dia melihat itu Khalish sering demam dan kurang selera makan, tidak menyangka ada sel kanser sedang menyerang. 

Paras Hb ketika itu hanya 5 dan platelet juga sangat rendah. Ketika itu Khalish berusia 11 bulan. Ketika leukemia mulamula dikesan, kira-kira 15% sel kanser sedang agresif di dalam darah anak kecil ini. Ia meningkat kepada 28% ketika kali kedua.

Sejak itu, Khalish telah pun melalui beberapa kali kimoterapi dan kini memasuki cycle ketiga. Hati ini mana yang dapat melihat kesakitan ditanggung anak. Setiap kali mendengar tangisan kesakitan anak, ia benar-benar menghiris hati ibu ini. Tapi Nabilla perlu terus kuat.

Dalam perkembangan terkini, Khalish bertahan. Anak kecil yang comel ini anak yang kuat. Menurut Nabila, Khalish akan melalui rawatan kimoterapi semula esok. “Khalish masih macam ni, tak ada perubahan. 

Esok start treament chemo balik. Lama dah tangguh kimo ni sebab dia demam. Kalau demam tak boleh kimo. Nanah dalam perut tu masih ada. Hanya Tangisan Dapat Meluahkan Kesakitan. Khalish Hidap Leukemia Terus Kuat Bertarung Dengan Sel Kanser.

“Minggu lepas kami membuat bayaran RM700 untuk hantar sampel darah ke Australia. Nanah dalam perut bermula dari bulan 11 tahun lepas dan punca tidak diketahui sama ada kuman atau pun sel kanser.

Kepada yang ingin menghulurkan sumbangan kepada Muhammad Khalish Affan boleh menyalurkan sumbangan anda kepada akaun bank berikut milik Nurhanabilla Hazani:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM700

Gua Musang - Fatimah Sulaiman, 70, yang kematian suami 13 tahun lalu menguruskan anak sulungnya, Mohd. Azizi Abas, 39, yang hilang keupay...


Gua Musang - Fatimah Sulaiman, 70, yang kematian suami 13 tahun lalu menguruskan anak sulungnya, Mohd. Azizi Abas, 39, yang hilang keupayaan bergerak dan berjalan akibat kemalangan jalan raya lapan tahun lalu.

Ibu yang tinggal di Rancangan Kemajuan Tanah Kesedar Jeram Tekoh di sini rela berkorban menjaga anak lelakinya yang lumpuh hampir lapan tahun lalu walaupun dirinya sendiri sudah uzur.

Kehidupan anak sulung daripada empat beradik itu yang ceria mula berubah selepas terlibat kemalangan kereta di Triang, Pahang pada tahun 2012.

Lebih menyedihkan Mohd. Azizi telah ditinggalkan oleh isteri dan dua anaknya tanpa khabar berita selepas kejadian kemalangan itu.

Selepas peristiwa itu, Fatimah telah menguruskan kehidupan seharian Mohd. Azizi termasuklah membersihkan diri serta memberi makan.

Fatimah yang mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi berkata, mereka hanya bergantung kepada wang JKM Mohd. Azizi sebanyak RM350 sebulan.

Katanya, bantuan kewangan itu tidak mencukupi apabila mereka berlapar kerana kehabisan wang untuk membeli beras dan keperluan dapur. "Hari ini kami sudah dua hari terpaksa mengikat perut kerana kehabisan wang belanja.

"Duit yang diberikan oleh pihak JKM hanya cukup makan untuk membeli lampin pakai buang dan susu Mohd. Azizi," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Fatimah berkata, kudratnya tidak seberapa kerana sudah berusia, namun sebagai ibu dia akan terus menjaga Mohd. Azizi sehingga akhir hayat.

Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh salurkan ke akaun bank milik Fatimah atau menghubunginya:

018-9049619
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Gua Musang - Daniel mula mengalami ketumbuhan itu sejak berusia lapan tahun. “Ia bermula dengan tanda lahir, waktu dia lapan tahun baru b...


Gua Musang - Daniel mula mengalami ketumbuhan itu sejak berusia lapan tahun. “Ia bermula dengan tanda lahir, waktu dia lapan tahun baru benda itu mula membesar.

Pernah rujuk hospital tapi mereka pun tak boleh buat apa dan katanya ia melibatkan risiko nyawa "Dah doktor kata macam tu, keluarga dia nak buat macam mana lagi? Ketumbuhan tu berdenyut macam nadi, setiap kali berdenyut pasti akan keluar darah.

Kalau pergi sekolah, darah akan melekat di pakaian seragam. “Selepas bapa dia meninggal bulan lepas, keadaan makin teruk dan dia kerap tak pergi sekolah,” ujar Seha sewaktu dihubungi.

Kata Seha, keluarganya buntu mencari penawar untuk Daniel dan mereka mahu dia kembali pulih untuk menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain.

Malah, mereka juga tidak mengharapkan sumbangan sebaliknya terbuka hati jika ada mana-mana pihak yang boleh merungkai misteri penyakit tersebut. "Benda tu sakit dan gatal, tak lena dia nak tidur. Hampir sebesar penumbuk juga ketumbuhan tu.

"Dia tidur pun kena mengiring. Ada satu malam tu, keluar darah dan nanah sampai basah sehelai kain "Kami ni bukanlah nak minta sumbangan, kalau ada orang bagi kami terima sahaja.

Tapi apa yang lebih penting, mungkin ada pihak berkepakaran di luar sana yang boleh bantu untuk sembuhkan penyakit dialami Daniel," ujar Seha lagi.

Posting mengenai Daniel yang menarik perhatian warga Twitter sejak ia dimuat naik pada Ahad. Menetap di Gua Musang, Kelantan, Daniel merupakan anak ketiga daripada lima beradik dan dia kini tinggal bersama ibunya setelah kematian bapa, Halim Setapa pada 18 Februari lalu.

Dalam pada itu, Tweet mengenai kisah Daniel turut dihujani komen netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib yang menimpa kanak-kanak itu.

"Lemah la bab-bab ni. Mesti nak nangis. By the way, dia okay ke sekarang? Hopefully cepat la sembuh ye. Amin," tulis @elyshazi. "Semoga diberi kesembuhan untuk adik Daniel. InsyaAllah cuba bantu semana yang mampu. Tq so much," tulis @OfficialSiti. Orang ramai yang ingin membantu boleh berbuat demikian.


Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kota Bharu - Suhana Abdullah, 29, berkata, kehidupan keluarganya berubah 180 darjah selepas suami, Mohd Zaid Mat Yusof, 33, terbabit dala...


Kota Bharu - Suhana Abdullah, 29, berkata, kehidupan keluarganya berubah 180 darjah selepas suami, Mohd Zaid Mat Yusof, 33, terbabit dalam kemalangan di tempat kerja menyebabkan retak tempurung kepala pada Ogos tahun lalu.

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib ibu yang perlu menggalas tugas berat menjaga tiga anak kecil. Lebih menyedihkan, suaminya pula kini terlantar sakit.

Katanya, ketika kejadian, suaminya sedang memasang papan tanda kedai di Tumpat sebelum dia tiba-tiba tergelincir jatuh dan kepalanya terhentak di jentera forklift.

“Ketika kejadian, suami baru sahaja tiga bulan membuka perkhidmatan kimpalan dengan sepupu, malah banyak lagi barang yang dibeli belum digunakan lagi.

“Niat suami mahu tambah pendapatan keluarga tapi apa daya ini pula yang terjadi,” katanya ketika menemani suami di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.

Katanya, suaminya baru sahaja selesai pembedahan bagi memasukkan wayar ke dalam perut bagi memudahkan dia makan dan minum, dan kini berada dalam keadaan stabil.

Suhana berkata, dia yang tidak bekerja terpaksa mengharapkan ihsan saudara bagi menampung keperluan harian suami seperti lampin pakai buang, kapas, tisu dan susu mencecah lebih RM300 sebulan.

Katanya, dia juga turut risau memikirkan nasib tiga anaknya, Muhammad Zarif Ikhwan, 4; Muhammad Zaim Irsyad, 3; dan Muhammad Zafran Aiman, tiga bulan.

“Buat masa ini, keluarga mentua dan ibu saya di Kampung Gong Manak, Pasir Puteh dan Kampung Wakaf Mek Zainab, di sini bergilir-gilir bantu menjaga anak kami apabila saya perlu berulang-alik ke hospital,” katanya.

Bagi yang ingin membantu, boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Suhana Abdullah:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kota Bharu - Dianugerahkan anak berstatus OKU bukan sesuatu yang memalukan bagi pasangan suami isteri ini, malah mereka tabah membesarkan...


Kota Bharu - Dianugerahkan anak berstatus OKU bukan sesuatu yang memalukan bagi pasangan suami isteri ini, malah mereka tabah membesarkan amanah Allah SWT itu dengan sebaiknya walaupun berdepan pelbagai kesukaran.

Mazlan Ab Rahaman, 53, dan Wan Noor Maziah Wan Abdollah, 42, tidak pernah mengeluh apatah lagi kecewa apabila anak mereka, Hafizul Rahman, 14, dan Nur Qaseh Umairah, 6, dilahirkan OKU ketidakupayaan fizikal.

Wan Noor Maziah berkata, melalui perkahwinan keduanya itu, dia dikurniakan dua anak istimewa dan sebagai ibu bapa, mereka berusaha memberikan kehidupan terbaik kepada anak syurga itu.

“Saya mendirikan rumah tangga yang kedua selepas arwah suami meninggal dunia akibat kemalangan pada 1999 dan daripada perkahwinan terdahulu saya dikurniakan tiga anak yang berusia antara 20 hingga 22 tahun.

“Walaupun dua daripada lima anak dilahirkan OKU, namun saya tidak pernah menganggap mereka sebagai beban tetapi kurniaan Allah yang tidak ternilai,” katanya di Majlis Meraikan OKU di Jalan Dusun Muda di Kota Bharu.

Katanya, ketika proses kelahiran Hafizul dan Qaseh, kedua-duanya lemas dan keadaan itu menyebabkan mereka membesar menjadi OKU selain tidak boleh bercakap dan berjalan.

Menurutnya, selepas dilahirkan Hafizul ditempatkan di Pusat Penjagaan Intensif Pediatrik Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian selama seminggu.

Berat Hafizul kini hanya 13.5 kg dan tidak membesar seperti remaja seusianya dan hanya bergantung kepada susu.

“Berbeza dengan Qaseh yang kelihatan normal selepas dilahirkan, namun ketika berusia lima bulan saya melihat dia tidak seperti bayi lain kerana hanya terbaring dan tidak memberi tindak balas.

Qaseh dirujuk ke HUSM dan ditempatkan di PICU sebelum doktor mengesahkan Qaseh OKU ketidakupayaan ketika berusia lapan bulan.

“Setiap bulan saya memperuntukkan belanja hampir RM2,000 untuk dua anak termasuk lampin pakai buang, susu dan kos ulang-alik ke hospital untuk berjumpa pakar serta rawatan fisioterapi.

“Bagi menampung perbelanjaan, kami bergantung kepada pendapatan suami yang bekerja di tempat pemprosesan ayam dengan upah RM30 sehari dan ada kalanya terpaksa meminjam wang daripada adik-beradik,” katanya yang tinggal di Wakaf Aik, Tawang, Bachok.

Katanya, dia bersyukur kerana dua anaknya mendapat bantuan JKM masing-masing RM300 sebulan dan ia boleh mengurangkan bebanan mereka.

Wan Noor Maziah berharap ada pihak sudi menyumbang mesin jahit kerana dia boleh menjahit dan mahu membantu meringankan beban suami menyara keluarga.

“Saya tidak pernah berenggang dengan dua anak kerana perlu penjagaan rapi dan dipantau kerana bimbang mereka melakukan perkara yang boleh memudaratkan diri.

“Masa depan mereka, cuma Allah yang tahu. Saya reda dan terima hakikat kekurangan anak dan selagi hayat dikandung badan, saya mahu terus menumpahkan seluruh kasih sayang kepada mereka.

“Bagi memudahkan untuk menguruskan mereka terutamanya setiap kali temu janji di hospital, saya juga memerlukan kereta sorong bayi,” katanya.

Orang ramai yang mahu membantu boleh menyalurkan bantuan menerusi akaun bank berikut atas nama Wan Noor Maziah Wan Abdollah atau boleh menghubunginya:

017-9043577
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Machang - Seorang ibu tidak menyangka, anaknya yang dilahirkan tidak cukup bulan disahkan menghidap hydrocephalus atau penyakit lebihan c...


Machang - Seorang ibu tidak menyangka, anaknya yang dilahirkan tidak cukup bulan disahkan menghidap hydrocephalus atau penyakit lebihan cecair dalam otak.

Nik Ishazalwani Ismail, 37, berkata, bayinya, Nur Fikriah Elias, 7 bulan, tidak mampu bergerak atau merangkak sebagaimana bayi seusianya apabila kepalanya membesar sejak berusia dua bulan. 

Menurutnya, sejak melahirkan anak bongsunya itu, dia terpaksa berhenti kerja sebagai pembantu di stesen minyak dan terpaksa menjual kereta bagi menampung kos sara hidup keluarganya.

Berat Nur Fikriah hanya 3.5kg berbanding sepatutnya 5kg apabila ibu bapanya dak mampu menampung kos susu disyorkan doktor. Katanya, dengan pendapatan suami RM1,000 sebulan sebagai pengawal keselamatan tidak mencukupi, malah gaji turut ditolak apabila suaminya terpaksa bercuti bagi mendapatkan rawatan susulan untuk Nur Fikriah. 

“Setiap bulan, kami perlu berulang-alik ke hospital sekurang-kurangnya empat kali. Akibat masalah kewangan juga, kami tidak mampu membayar bil Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu yang masih berbaki RM500. 

“Doktor nasihatkan saya berikan anak susu jenis Dumex Dupro Post Discharge memandangkan beratnya tidak seiring dengan umur, tapi kami tak mampu dan hanya berikan Dumex Dupro biasa. Beratnya kini hanya 3.5 kilogram, sepatutnya sudah mencecah 5 kilogram,” katanya. 

Nik Ishazalwani berkata, selain Nur Fikriah, dia juga mempunyai dua anak berusia 8 dan 4 tahun. Lima beranak itu kini tinggal menyewa di Kampung Alor Melaka, dekat sini, dengan kadar sewa RM150 sebulan.

Orang ramai yang ingin membantu boleh salurkan sumbangan menerusi akaun bank berikut atas nama Elias Zakaria:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kongsi Portal Ini