Ibu tunggal menderita sakit tulang belakang harap bantuan orang awam - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Kota Bharu - Akibat kesempitan hidup, ibu tunggal dikenali sebagai Nurliza Yaakob yang menetap di Kampung Langgar, Kota Bharu ini terpaks...

Ibu tunggal menderita sakit tulang belakang harap bantuan orang awam


Kota Bharu - Akibat kesempitan hidup, ibu tunggal dikenali sebagai Nurliza Yaakob yang menetap di Kampung Langgar, Kota Bharu ini terpaksa memberi minum air kosong kepada bayinya yang berusia dua tahun sebagai pengganti susu.

Sudahlah diri sendiri menghidap sakit tulang belakang, ibu tunggal berusia 36 tahun ini buntu memikirkan nasib dua lagi anaknya apabila terpaksa menjalani kehidupan seharian tanpa sumber kewangan tetap. 

Seorang lagi anaknya berusia 11 tahun pula mendapat wang saku sebanyak RM5 setiap hari hasil sumbangan kelab guru dan pengurusan Sekolah Kebangsaan (SK) Langgar.

Memetik laporan media, Nurliza hanya bergantung kepada kerja membuat kuih secara kecil-kecilan untuk menampung hidupnya tiga beranak.

Dalam masa sama, dia terpaksa berjimat cermat kerana terpaksa membayar sewa rumah sebanyak RM250 sebulan.

Semoga ada jalan penyelesaian untuk mereka sekeluarga termasuk ihsan orang ramai untuk meringankan beban keluarga ini.

Pembedahan untuk tulang belakang Nurliza akan dibuat dalam tempoh terdekat namun dia masih dalam dilema terhadap pelbagai kemungkinan termasuk pengurusan hidup dua anaknya. Sehubungan itu, orang ramai yang sudi membantu boleh berbuat demikian.


Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini