Ibu pohon tampung kos perubatan anak hidap penyakit jantung berlubang - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Rantau Panjang - “Jika pembedahan terus ditangguhkan, kami bimbang kesihatan Adam semakin merosot dan ia boleh mengancam nyawanya,” kata ...

Ibu pohon tampung kos perubatan anak hidap penyakit jantung berlubang


Rantau Panjang - “Jika pembedahan terus ditangguhkan, kami bimbang kesihatan Adam semakin merosot dan ia boleh mengancam nyawanya,” kata Siti Zahirah Deraman, 32, ibu kepada Muhammad Adam, dua tahun.

“Adam perlu dibedah segera bagi merawat penyakit jantung berlubang dan saluran injap paru-paru tersumbat yang dihidapi, namun kos RM60,000 di luar kemampuan kami sekeluarga.

Suri rumah dari Rantau Panjang, Kelantan itu berkata, anak bongsu dari dua beradik itu dikesan mempunyai penyakit jantung berlubang dan saluran injap paru-paru tersumbat sejak dilahirkan.

Dia berkata, sejak itu dia dan suami, Mat Jusoh Mohamed, 49, terpaksa berulang-alik ke Hospital Kuala Krai untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, doktor yang merawat anaknya memaklumkan pembedahan segera perlu dilakukan bagi memastikan Muhammad Adam dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa seperti kanak-kanak lain.

Ini kerana Muhammad Adam tidak boleh terlalu aktif selain cepat keletihan, kurang selera makan dan berat badannya hanyalah 10 kilogram.

“Kami sekeluarga benar-benar buntu kerana pendapatan suami sebagai buruh kasar hanyalah sekitar RM400 sebulan dan saya pula tidak bekerja.

“Jika hanya bergantung kepada gaji suami, entah sampai bila kami dapat mengumpul wang untuk membiayai pembedahan yang akan dilakukan oleh pakar di Pusat Perubatan Hospital Gleaneagles.

“Kami sudah tidak sanggup melihat penderitaannya dan berharap orang ramai dapat membantu menampung kos pembedahan Adam,” katanya.

Bagi yang ingin membantu, sumbangan bagi kos pembedahan Muhammad Adam boleh disalurkan melalui berikut:


Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini