
Tumpat - Hakim Danial Razali, 17, pelajar SMK Wakaf Bharu yang sedang bertarung melawan penyakit ketumbuhan pada otak memerlukan sumbangan orang ramai bagi menampung kos rawatannya terutama kemoterapi.
Menurut ibunya, Zainab Awang, 65, sejumlah RM22,088 diperlukan untuk rawatan susulan tersebut bagi memastikan sel-sel ketumbuhan tidak kembali aktif.
“Setakat ini, Hakim Danial sudah menjalani lima pembedahan untuk membuang ketumbuhan di bahagian kepala sejak disahkan menghidap penyakit itu pada 2017.
“Sejak itulah saya banyak ‘berkampung’ di HUSM bagi merawat penyakit yang dihidapi oleh anak,” katanya di kediaman mereka di Kampung Bechah Temalang di sini hari ini.
Dalam pada itu, Zainab memberitahu, keluarganya ketika ini bergantung sepenuhnya kepada bantuan bulanan JKM yang diterima oleh Hakim bagi membeli barangan keperluan anaknya itu.
Katanya, dia sedikit lega apabila anak-anaknya yang lain turut membantu serba sedikit walaupun masing-masing sudah mempunyai keluarga dan hidup sederhana.
Orang ramai yang ingin membantu boleh salurkan ke akaun bank di atas nama Hakim Danial Razali:
0 comments: