Kutip besi buruk untuk sara keluarga, seorang ibu tidak kisah apa kata orang - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Tumpat - Sambil mendukung bayi, tangannya menguis sampah dalam tong sampah untuk mencari besi buruk. Kelibat Atikah Sallehuddin, 40, be...

Kutip besi buruk untuk sara keluarga, seorang ibu tidak kisah apa kata orang


Tumpat - Sambil mendukung bayi, tangannya menguis sampah dalam tong sampah untuk mencari besi buruk.

Kelibat Atikah Sallehuddin, 40, bersama bayi perempuannya yang berusia sembilan bulan kerap dilihat di kawasan pembuangan sampah di sekitar Wakaf Bharu untuk mencari besi buruk.

Tindakannya itu adalah untuk membantu meringankan beban suami, Mohd Noor Deraman, 60, yang hanya bekerja sebagai tukang sapu di sebuah sekolah di Tumpat dengan upah tidak seberapa.

Atikah berkata, setiap hari, kira-kira jam 7 pagi dia akan menghantar suami terlebih dulu ke tempat kerja dengan motosikal sebelum dia dan bayinya bergerak dari satu tong ke satu tong sampah bagi mencari besi buruk.

“Saya terpaksa membawa sekali anak kerana tiada sesiapa yang boleh menjaga kerana tiga lagi anak bersekolah.

“Besi buruk yang diperoleh dibawa pulang dan disimpan di stor di sebelah rumah sewa sementara menunggu pembeli besi buruk datang.

“Secara puratanya saya memperoleh sekitar RM13 hingga RM15 sehari hasil jualan besi buruk. Sudah cukup untuk membeli lauk kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Chenderong Batu Timur, Tumpat.

Menurutnya, dia tidak menghiraukan pandangan orang ramai kerana hanya ingin membantu meringankan beban suami yang turut mengalami masalah saraf di mata menyebabkan penglihatan kabur.

“Pendapatan yang diperoleh suami digunakan untuk membayar sewa rumah sebanyak RM50 sebulan serta perbelanjaan persekolahan tiga anak berusia enam hingga 18 tahun.

“Kami juga bersyukur kerana suami menerima bantuan bulanan JKM sebanyak RM300 sebulan manakala anak sulung yang mengalami masalah pembelajaran juga mendapat elaun yang sedikit sebanyak meringankan beban,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun bank berikut milik Mohd Noor Deraman:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini