Sandakan - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang dialami seorang bapa yang sangat risaukan akan nasib dan mas...
Sandakan - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang dialami seorang bapa yang sangat risaukan akan nasib dan masa depan anaknya yang berusia lebih dua tahun setelah terpaksa menggunakan beg kolostomi untuk membuang air besar kerana disfungsi usus.
Sidi Gazalba Syamsu Alam, 39, mengatakan bahawa satu-satunya anaknya, Muhammad Yafiq Yusuf, mengalami masalah sejak lahir dan tidak dapat membuang air besar menyebabkan perut anaknya kelihatan kembung.
Menurutnya, Muhammad Yafiq Yusuf memerlukan kaedah manual membuang najis dengan menyedutnya menggunakan peralatan perubatan.
"Namun, baru-baru ini, membuang najis melalui kaedah tersebut tidak dapat dilakukan kerana anak itu sudah dewasa.
"Makanan anak tidak lagi seperti ketika dia masih bayi dan keadaan najisnya juga lebih sukar untuk disedut," katanya ketika ditemui, hari ini.
Sidi Gazalba dari Desa Gum-Gum, Sandakan mengatakan, awal bulan ini Muhammad Yafiq tidak dapat membuang air besar selama lima hari.
"Kami membawanya ke Hospital Duchess of Kent Sandakan sebelum dipindahkan ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas di Kota Kinabalu dan menjalani pembedahan kolostomi semalam.
"Sekarang anak saya masih menerima rawatan di wad dan difahamkan bahawa selepas ini akan ada rawatan susulan," katanya.
Katanya, dia yang hanya bekerja sebagai pemandu bas sekarang bingung memikirkan masalah kewangan dalam menghadapi situasi yang terpaksa dilalui oleh anaknya.
"Selama beberapa hari di Kota Kinabalu, saya terpaksa tinggal di rumah rakan yang menyewa di Telipok.
"Pada masa yang sama, saya sudah lama tidak menaiki bas. Nasib baik ada keluarga dan rakan-rakan yang membantu dari segi kewangan.
"Semua ini adalah ujian bagi saya, Muhammad Yafiq adalah cahaya mata saya dan isteri pertama sejak menunggu kira-kira lapan tahun.
"Saya sangat berharap keadaannya pulih dan dia dapat menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain," katanya.
Mana-mana individu yang bermurah hati diharap dapat menolong keluarganya dengan menyalurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Sidi Gazalba b Syamsu Alam atau menghubunginya di talian berikut:
views
Tawau - Assalamualaikum w.b.t. Kutipan derma kilat bagi mangsa bencana kebakaran. Makluman mengenai seorang pelajar FTK UTHM Khairul Niz...
Tawau - Assalamualaikum w.b.t. Kutipan derma kilat bagi mangsa bencana kebakaran. Makluman mengenai seorang pelajar FTK UTHM Khairul Nizam bin Jatjo, tahun 3 semester 2 telah ditimpa bencana kebakaran di rumah keluarganya di Kg Sungai Imam, Tawau Sabah.
Segala kerjasama dan perhatian berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sehubungan itu, orang ramai digalakkan untuk menderma bagi membantu pelajar tersebut. Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun bank berikut atas nama Khairul Nizam bin Jatjo atau menghubunginya:
views
Tawau - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, itulah perumpamaan buat Mimi Minerva dan pasangan yang kini sedang diuji den...
Tawau - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, itulah perumpamaan buat Mimi Minerva dan pasangan
yang kini sedang diuji dengan keadaan anak yang masih kecil dan baru sahaja disahkan menghidap kanser
Limfoma atau kanser darah.
Menurut Mimi dalam perkongsiannya di Facebook, anak perempuannya yang diberi nama Aqila Almeera,
dimasukkan ke hospital pada 28 Januari yang lalu disebabkan ada jangkitan kuman dalam paru-paru.
Kena jangkitan kuman dalam paru-paru, Aqila ditahan di wad
Assalamualaikum sya ibu aqila almeera.
Anak saya terkena jangkitan kuman dalam paru paru skrng anak sya bergantung pernafasan oksigen
yg level kuat.
Saya mau tanya leher anak sya membengkak dan lebam. Anak saya dalam icu keadaan
yg kritikal disebabkan leher membengkak lama lama jadi lebam seluruh leher dia. Pada awal nya
anak saya duduk wad biasa 13 hari. Dan tiba2 semakin teruk terus masuk icu. Hari demi hari bawa
leher anak sya membengkak dan lebam.
Doktor sndiri tidak boleh kesan bengkak dan lebam tu dtg
dari mana. Ada siapa2 perna lalui tak ? Lebam dan bengkak tu berapa lama akan hilang ?
Siapa perna alami leher anak jadi mcm ni ?
Membengkak dan lebam
Pendarahan di leher, anak masuk ICU
Namun keadaan anaknya itu sedikitpun tidak menampakkan untuk sembuh malah semakin teruk dengan
dengan leher yang membengkak, lebam dan mula mengeluarkan darah. Hal tersebut membuatkan Mimi agak
gusar tambahan pula anaknya itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital berkenaan.
Salam, Aqila pendarahan bahagian leher sebab kekurangan darah kuning doktor selalu tambah
darah kuning jugak . Makin hari makin bengkak lebam tu makin merebak kebawa risiko boleh kacau
pernafasan aqila . Siapa yang perna lalui mcm ni berapa lama akan surut dan hilang ? Sebab apa
sampai jadi mcm ni
Aqila duduk wad 13 hari sebab jangkitan kuman dalam paru2 subuh tu aqila makin teruk dan terus
masuk dlm icu.
Saya tanya doktor aqila pendarahan bahagian leher sebab kekurangan darah kuning .
Hari2 masuk darah kuning tapi smpai skrng tiada perubahan. Siapa perna alami mcm ni berapa lama
ambil masa untuk sembuh dari bengkak dan lebam.
Jangkitan kuman dalam paru2 aqila ada lagi.
Tu sebab aqila kekurangan darah kuning sebab virus tu
Anak disahkan menghidap kanser darah dan semakin kritikal, perlu RM150 ribu untuk
rawatan
Menerusi perkongsian terbaru Mimi di Facebook miliknya, dengan rasa rendah hati dia memohon doa dari
semua untuk anaknya Aqila yang telah disahkan menghidap kanser limfoma atau kanser darah.
Dalam perkongsiannya itu juga, dia turut memohon bantuan kepada yang sudi membantu keluarganya bagi
membantu menampung kos rawatan kimoterapi dan rawatan susulan yang lain yang menelan belanja sebanyak
RM150 ribu.
Assalaimualaikum Dengan ini saya rendah hati ingin meminta doa dari saudara saudari yg mengenali
saya dan suami mahu pun yang tidak mengenali untuk doakan anak kesayangan kami Aqila almeera
yang kini dirawat di ICU hospital tawau akibat kanser plymfoma kanser darah..
Setakat ini tiada ucapan yang saya dapat luahkan selain meminta pertolongan dari allah dan doa
rakan2. Anak sya memerlukan kos sebanyak Rm150k untuk rawatan kimoterapi di hospital likas
untuk rawatan selanjutnya… keadaan anak saya semakin hari semakin kritikal..dan perlukan
rawatan segera
terima kasih Semoga ada keajaiban untuk anak saya yang belum ada perkembangan saat ini.
Mohon
doanya semua Amin ya rabbal Al-Amin
Yang ingin memberi sumbangan seiklas hati boleh terus pm saya ibu kepada aqila almeera semoga
dengan sumbangan sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang anak kami alami
Untuk sumbangan bole disumbangkan ke akaun bank berikut atas nama Zulkifli irwansyah atau hubungi No hp ibu:
views
*Nur Aafiyah yang berusia sebulan menghembuskan nafas terakhirnya di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Wanita dan Kanak-Kanak ...
 |
*Nur Aafiyah yang berusia sebulan menghembuskan nafas terakhirnya di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Wanita dan Kanak-Kanak di Likas, Kota Kinabalu, Sabah. |
Kota Kinabalu - Nur Aafiyah Maizarah Asri yang baru berusia sebulan dan dilahirkan dengan ‘hemangioma’ iaitu tanda lahir dalam bentuk ketumbuhan pada bahagian pipi kiri.
Bayi itu kini berada dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Wanita dan Kanak-Kanak di Likas, Kota Kinabalu sejak semalam.
Ibunya, Nesmenny Jimahin, 32, berkata, keadaan itu berlaku selepas anak bongsunya itu mengalami pendarahan pada 6.20 pagi semalam.
Lebih mencemaskannya apabila jantung Nur Aafiyah berhenti berdegup sebelum diselamatkan dengan bantuan pernafasan kecemasan (CPR).
“Pendarahan itu berlaku ketika saya bersama dengan Nur Aafiyah di wad dan doktor ada memberitahu kemungkinan anak saya tiada harapan untuk hidup kerana keadaannya yang kritikal.
“Namun, saya yakin Nur Aafiyah kuat dan dengan izin Allah SWT, dia dapat diselamatkan selepas menerima bantuan CPR.
“Cuma ketika ini, Nur Aafiyah ditempatkan di PICU untuk pemantauan rapi dan sebagai ibu hanya mampu berdoa dan mengharapkan keajaiban berlaku,” katanya hari ini.
Menurut Nesmenny, Nur Aafiyah masih belum sedar dan dia juga hanya dapat melawat anaknya itu mengikut masa lawatan yang ditetapkan saja.
Walaupun sedih, Nesmenny enggan berputus asa kerana yakin masih ada peluang untuk Nur Aafiyah sihat selagi anaknya itu masih bernyawa.
“Doktor tidak memberi jaminan atau harapan kepada saya, sebaliknya memberitahu bahawa segalanya kini bergantung kepada Nur Aafiyah sendiri.
Pendarahan serius pada 11 September lalu menyebabkan Nur Aafiyah ditahan di PICU dan keadaan bayi berkenaan masih kritikal sehingga hari ini.
“Jadi, apa yang boleh saya lakukan kini adalah berdoa dan berserah kepada Allah SWT dengan harapan anak saya terus diberi peluang untuk hidup,” katanya.
Orang ramai yang berhasrat membantu keluarga ini boleh menghulurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Nesmenny Jimahin:
Papar - “Jika boleh digantikan tempatnya, biar saya saja didialisis dan andainya diperlukan semua badan saya, ambil saja,” kata ibu tungg...
Papar - “Jika boleh digantikan tempatnya, biar saya saja didialisis dan andainya diperlukan semua badan saya, ambil saja,” kata ibu tunggal, Nur Azurra Fitriana Wong Abdullah, 38, berhubung penderitaan anak lelakinya selepas kedua-dua buah pinggangnya gagal berfungsi.
Peluang Nahsyeem Ezuan Khalid, 9, untuk sembuh hanya dapat dilakukan melalui pemindahan buah pinggang daripada penderma dan perlu menjalani pelbagai prosedur bagi memastikan buah pinggang itu sesuai atau tidak untuknya.
Menurut Nur Azzura, pada mulanya anak kesayangannya itu dikesan mengalami masalah kebocoran buah pinggang ketika berusia empat tahun dan selepas didiagnosis, ia semakin teruk sehingga menyebabkan kegagalan fungsi di kedua-dua buah pinggang.
“Anak saya kemudian terpaksa makan ubat steroid sebanyak lapan biji sehari untuk sistem imunnya supaya tidak menyerang pada buah pinggang namun ia sudah tidak berkesan sehingga terpaksa menggunakan rawatan dialisis pada Mac lalu.
“Sejak itu, rutin harian kami pada setiap Selasa, Khamis dan Sabtu perlu ke Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) Likas untuk rawatan dialisis yang mengambil masa selama empat jam,” katanya ketika ditemui di Sabindo, Kinarut hari ini.
Katanya, sejak menerima rawatan dialisis, Nashyeem sudah tidak dapat ke sekolah kerana rawatan itu melalui saluran bahagian lehernya yang terdapat hos Internal Jugular Catheter (IJC) dan ia tidak boleh terlalu terdedah.
“Ini dilakukan melalui saluran di bahagian lehernya dan menyebabkan dia tidak boleh ke sekolah seperti biasa. Namun, dua minggu lalu dia baru saja selesai menjalani pembedahan kecil iaitu perut bahagian kirinya ditebuk untuk menjalani rawatan dialisis Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD).
“Jika tiada sebarang masalah, kemungkinan dia boleh kembali ke sekolah semula kerana bahagian perut tidak terlalu terdedah,” katanya.
Disebabkan keadaan anaknya itu, beliau kini terpaksa mengambil cuti tanpa gaji untuk menguruskan anaknya dan disebabkan itu, wang simpanannya juga semakin menyusut kerana terpaksa menampung kos perjalanan ke hospital.
“Sejak anak saya menjalani rawatan dialisis, saya terpaksa mengambil cuti untuk membawanya mendapatkan rawatan dialisis dan sudah tentu ia memerlukan kos yang tinggi setiap kali mendapatkan rawatan itu.
“Wang simpanan semakin menyusut ditambah pula saya terpaksa mengambil cuti. Kami turut diberi pilihan sama ada mahu meneruskan rawatan dialisis sepanjang hayat atau membuat pemindahan buah pinggang yang mana anak saya boleh sembuh seperti kanak-kanak lain.
Sehubungan itu, Nur Azzura berkata beliau kini sedang berusaha mengumpulkan wang RM30,000 sebelum membawa anaknya untuk menjalani rawatan pemindahan buah pinggang di Hospital Kuala Lumpur (HKL)
“Peluang untuk anak saya sembuh ada selepas doktor menyarankan ibu bapa sendiri mendermakan buah pinggang dan sekiranya buah pinggang saya atau bekas suami sesuai untuknya, kami akan menjalani rawatan itu di Kuala Lumpur.
“Bagaimanapun, kami memerlukan kos untuk perjalanan, penginapan dan perbelanjaan berkaitan sepanjang di ibu negara menjalani rawatan. Usaha mengumpul dana ini sudah saya mulakan untuk membawanya menjalani rawatan selepas buah pinggang saya atau bekas suami sesuai untuknya,” katanya.
Bantuan boleh disalurkan ke akaun bank berikut atas nama Nur Azurra Fitriana atau boleh berhubung terus dengannya:
Putatan - Sebak melihat keadaan si ibu tunggal yang mempunyai lima orang anaknya. Puan Saerah Sabturahim yang dahulunya sihat, kini menja...
Putatan - Sebak melihat keadaan si ibu tunggal yang mempunyai lima orang anaknya. Puan Saerah Sabturahim yang dahulunya sihat, kini menjadi kurus kerana menghidap kanser pangkal rahim tahap empat.
Rakannya, Jessy Foo, tidak sampai hati melihat keadaan Saerah sebegini merayu kepada orang ramai tampil membantu ibu tunggal berkenaan.
Assalamualaikum semua. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merayu kepada sesiapa yang ikhlas untuk membantu salah seorang sahabat saya yang sama-sama menyertai Mrs Kebaya 2018 pada Disember lalu.
Beliau telah lama menyepikan diri. Rupanya berbulan-bulan ditahan di hospital kerana mengalami kanser pangkal rahim tahap empat.
Anak-anaknya masih kecil lagi dan beliau merupakan seorang ibu tunggal, sudah tentu memerlukan perbelanjaan yang sangat tinggi untuk membiayai kos perubatan beliau.
Bersama-samalah kita membantu wanita malang ini kerana hanya beliau yang menyara anak-anaknya dalam keadaan sakit tenat ini.
Kita tidak pasti sama ada anak beliau mampu pergi ke sekolah atau tidak, ataupun ada makan ke tidak di bilik sewa ini. Beliau hanya menyewa sebuah bilik yang sempit di area Putatan. Bantulah rakan saya ini walaupun hanya RM10 setiap seorang.
Saya sebagai sahabat yang seagama, sama status dan sama jantina ingin melihat rakan saya ini kembali pulih. Luluh sangat hati dan perasaan saya sebagai seorang wanita dan ibu melihat keadaannya begini.
Saya berharap beliau mendapat rahmat dan kesembuhan segera kerana anak-anaknya masih memerlukan ibu mereka di sisi. Mudah-mudahan ada insan yang sudi membantu beliau dengan seikhlas hati tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
Saerah seorang ibu tunggal anak lima, seorang pesakit kanser pangkal rahim yang sangat-sangat memerlukan sokongan dan bantuan kita semua.
Jika ingin menghulurkan sumbangan, boleh salurkan terus ke akaun bank atas nama Puan Saerah binti Sabturahim atau untuk maklumat lanjut, boleh hubungi talian:
Beaufort - Tiga kanak-kanak terpaksa menjalani kehidupan sebagai yatim piatu selepas ibu bapa mereka meninggal dunia akibat penyakit kron...
Beaufort - Tiga kanak-kanak terpaksa menjalani kehidupan sebagai yatim piatu selepas ibu bapa mereka meninggal dunia akibat penyakit kronik dalam tempoh dua minggu berturut-turut.
Mohd Fareez Aiman Kassim, 10, Mohd Fareez Hafizul, 9 dan adik bongsu mereka, Nurhikmah, 6, yang menetap di Kampung Gerama kini terpaksa menumpang kasih dengan bapa saudara dan nenek mereka yang sudah tua.
Menurut Musa Juali, 50, arwah adiknya, Kassim, 49 dan isteri, Siti Mastura Zakaria, 38, dikesan menghidap kanser perut dan kencing manis sebelum masing-masing meninggal dunia dalam tempoh dua minggu berturut-turut.
“Adik saya dan isterinya menghidap penyakit kronik dan tidak berdaya bekerja menyara tiga anak mereka disebabkan masalah kesihatan dihadapi sebelum meninggal dunia dalam tempoh dua minggu berturut-turut.
“Sebelum ini, mereka lima beranak menetap di Sungai Koyan, Pahang, dan tahun lalu adik saya memaklumkan dia dan isterinya menderita akibat penyakit dihadapi,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Batandok Lubak, kelmarin.
Sebaik mendengar perkhabaran itu, Musa berkata, dia dan adik-beradik lain berbincang sebelum mengambil keputusan mengambil lima beranak itu di Semenanjung untuk dibawa pulang ke kampung pada November tahun lalu.
“Tahap kesihatan kedua-duanya semakin kritikal apabila kaki arwah adik ipar mulai buruk dan berulat manakala arwah adik saya pula dikesan menghidap kanser perut tahap empat ketika itu.
“Arwah ibu tiga beradik ini pergi terlebih dahulu pada 9 April lalu sebelum bapa mereka menyusul 13 hari kemudian iaitu pada 21 April lalu di Hospital Beaufort,” katanya.
Katanya, selepas kira-kira seminggu kehilangan kedua ibu bapa mereka, tiga beradik ini kini dalam jagaan abang dan ibunya yang berusia 70 tahun di Kampung Gerama.
“Buat masa sekarang, tiga beradik ini dalam jagaan abang saya di kampung dan kami juga bergilir-gilir menjaga termasuk menyara perbelanjaan persekolahan mereka.
“Bagaimanapun, disebabkan abang saya hanya bekerja sendiri dengan melakukan kerja kampung untuk menyara tiga beradik sekali gus bukan mudah dan disebabkan itu kami memerlukan ihsan orang ramai,” katanya.
Terdahulu, Mohd Fareez Aiman atau lebih mesra disapa Along berkata, walaupun sudah biasa dengan keadaan itu (tiada ibu bapa) disebabkan kedua arwah ibu bapanya kerap masuk ke hospital sebelum ini, namun mereka tiga beradik tetap merindui kedua orang tuanya.
Sehubungan itu, orang ramai yang ingin membantu anak yatim ini boleh berbuat demikian dengan memberikan sumbangan menerusi akaun bank milik penjaga mereka, Samali Juali atau boleh berhubung terus di talian:
Sandakan - Abdul Rosle Osman, 30, dari Sandakan, Sabah, tiada pilihan lain untuk meminta bantuan pihak media bagi merayu adiknya, Shila ...
Sandakan - Abdul Rosle Osman, 30, dari Sandakan, Sabah, tiada pilihan lain untuk meminta bantuan pihak media bagi merayu adiknya, Shila atau nama sebenar Norshila Osman, 22, kembali ke pangkuan keluar setelah hampir empat tahun menghilangkan diri.
Menurut Abdul Rosle, mereka kini kebuntuan dan tidak mengetahui di mana lokasi sebenar Shila walaupun sudah puas mencari atau cuba menghubunginya.
"Kami sudah buntu mencarinya, jadi kami terpaksa menggunakan media untuk membantu mencari Shila.
"Shila dari Sandakan ke Semenanjung untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Pusat Dakwah Serantau di Kuala Lumpur. Kemudian dia menyambung pelajaran di sebuah kolej swasta di kawasan Cheras," katanya.
Namun, berlaku sesuatu di antara keluarga dengan Shila yang menyebabkan gadis itu melarikan diri daripada keluarganya. Abdul Rosle pula enggan mendedahkan perkara sebenarnya kepada media kerana bimbang akan membuka pekung dan aib keluarga terutamanya Shila.
"Selepas kehilangan Shila, keluarga kami dihujani permintaan beberapa lelaki yang datang menuntut hutang.
"Kami tidak akan marah (jika Shila balik), malah semuanya boleh diselesaikan dengan perbincangan keluarga. Apa yang penting Shila pulang dan hubungi kami," katanya
Bapa Shila, Osman Bacheril, bimbang dengan keselamatan anak perempuannya itu membuat laporan polis pada Disember 2018.
Orang awam yang mempunyai apa-apa maklumat boleh hubungi Balai Polis Sandakan di talian:
089-221 251.
Tuaran - Asrama Pusat Tahfiz Tarbiyatun Nisa yang menempatkan 41 pelajar perempuan di Kampung Marabahai di sini, musnah dalam kebakaran, ...
Tuaran - Asrama Pusat Tahfiz Tarbiyatun Nisa yang menempatkan 41 pelajar perempuan di Kampung Marabahai di sini, musnah dalam kebakaran, pagi tadi.
Tiada yang cedera dalam kejadian jam 6.50 pagi itu apabila semua pelajar terbabit sempat keluar menyelamatkan diri.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar, berkata sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 6.58 pagi, seramai 11 anggota dikejarkan ke lokasi bersama dua jentera.
Sebaik tiba, bomba mendapati api sedang marak membakar bangunan asrama satu tingkat itu.
“Pemeriksaan mendapati semua penghuni sudah keluar dan berkumpul di kawasan lapang kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian,” katanya.
Abdul Qawie berkata, cuaca panas dan keadaan berangin menyebabkan api marak dengan cepat, namun bomba dapat mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah berhampiran.
“Kebakaran dapat dikawal pada jam 7.38 pagi namun punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
Sementara itu, pengurus asrama, Ustazah Aishah Abdul Halim, berkata kebakaran berlaku selepas sebahagian pelajar selesai mengikuti kuliah Subuh, manakala beberapa pelajar yang sakit berada di asrama.
“Sebaik semua pelajar kembali ke asrama, api mula marak di tingkat bawah dan seorang pelajar menjerit meminta semua penghuni keluar,” katanya.
Menurutnya, antara yang menghuni asrama itu adalah anak yatim dan fakir miskin berusia tujuh hingga 26 tahun dan sesiapa yang berhasrat menghulurkan bantuan, boleh menghubunginya:
Kota Samarahan - Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dengan rasa rendah diri saya Mohd Rashid bin Hajemi bekas pelajar SMKA Matang 2 ...
Kota Samarahan - Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dengan rasa rendah diri saya Mohd Rashid bin Hajemi bekas pelajar SMKA Matang 2 & SMKA SHOAW memohon bantuan sama ada dari segi doa dan bantuan kewangan bagi membiayai kos pembedahan jantung adik saya Mohd Hakim bin Hajemi yg dianggarkan bernilai RM24,000.
Beliau telah mengalami sakit jantung dan sedang terlantar di Hospital Jantung Kota Samarahan. Semoga dipermudahkan urusan beliau dan harap sumbangan anda dapat meringankan lagi beban yang ditanggung beliau. Insha Allah.
Bantuan boleh disalurkan ke no akaun berikut atas nama mak saya, Sabtuyah binti Samat:
Tawau - Hanya air mata yang mengalir di saat melihat sebuah pondok usang di Kampung Kalabakan di kawasan pedalaman Tawau, Sabah. Begitula...
Tawau - Hanya air mata yang mengalir di saat melihat sebuah pondok usang di Kampung Kalabakan di kawasan pedalaman Tawau,
Sabah.
Begitulah yang dirasai Pengetua SMK Kalabakan yang menyaksikan sendiri 'rumah' yang
dihuni salah seorang dari 580 pelajarnya.
Beliau bagaimanapun berkata, menerusi semakan butiran pelajar, Alvin disenaraikan di bawah pendapatan isi rumah yang
berkemampuan di mana pelajar itu di bawah jagaan bapa saudaranya, selepas diserahkan oleh ibunya yang sakit dan tidak
mampu menjaganya.
"Kami mengetahui keadaan Alvin daripada pekerja pembersihan di sekolah di mana anaknya baru berkawan dengan Alvin.
Anaknya pernah dibawa ke pondok itu sebelum ini.
"Jadi, kami membuat risikan dan mendapati memang Alvin tinggal di pondok itu, kira-kira 30 meter dari rumah bapa
saudaranya,".
Arbin yang menjadi pengetua SMK Kalabakan sejak empat tahun lalu mengambarkan keadaan pondok yang menjadi rumah
Alvin cukup daif, tanpa sebarang kemudahan elektrik dan mandi di perigi buta berdekatan.
Keadaan perigi buta untuk kemudahan Alvin mandi.
Tambah beliau, Alvin yang berpindah ke sekolah itu sejak setahun lalu memaklumkan dia akan pergi ke rumah bapa saudaranya
untuk makan dan minum.
"Sayu hati saya lihat pondok tu. Tak ada kemudahan apapun, dan tidur pun hanya beralaskan tikar saja, selain bantal buruk.
Bagi saya, ia tidak boleh dianggap sebagai rumah.
"Pertama kali saya melihatnya, saya mengalirkan air mata sambil terbayangkan anak-anak saya.
Dulu pun, saya hidup susah
dan menumpang rumah orang, tapi tak sangka keadaan Alvin 10 kali lebih susah," ujar bapa lima anak itu, sambil menambah
bahawa pondok usang itu terletak kira-kira dua kilometer dari sekolah.
Menurut Arbin, beliau dimaklumkan bahawa Alvin yang merupakan anak tunggal bekerja sebelah petang di ladang kelapa sawit
selepas waktu sekolah bagi menampung perbelanjaan seharian.
Sejak sesi persekolahan dibuka awal bulan ini, katanya, Alvin tinggal di rumah pekerja pembersihan sekolah yang merupakan
ibu tunggal dua anak, bersama dua keluarga lain di bawah satu bumbung.
Susulan 'terjahan' ke pondok itu dan kisahnya tular, katanya, pihak sekolah dan orang ramai memberikan bantuan wang
perbelanjaan dan kelengkapan sekolah.
"Selain itu, saya akan mengadakan mesyuarat bersama pihak sekolah mengenai bentuk bantuan lain bagi meringankan beban
Alvin. Kita juga akan meneruskan tabung kutipan mingguan untuk menjaga kebajikan pelajar-pelajar.
"Ini termasuk rancangan untuk mewujudkan asrama di bahagian bawah pejabat guru di SMK Kalabakan bagi menempatkan
beberapa pelajar yang kurang bernasib baik seperti Alvin," katanya sambil menambah bahawa orang ramai yang ingin
menghulurkan bantuan boleh berhubung terus ke pejabat SMK Kalabakan.
Ditanya mengenai status Alvin, Arbin berkata, pihak sekolah sedang berusaha untuk bertemu dengan penjaga Alvin di Kampung
Kalabakan termasuk ibu kandungnya yang tinggal di Kota Marudu, Kudat pada minggu depan. Orang ramai yang ingin menderma boleh hulurkan bantuan yang akan disalur terus kepada SMK Kalabakan.
Follow Us
”Jika kalian menampakkan sedekah maka hal itu baik sekali. Dan jika kalian menyembunyikannya dan memberikannya kepada orang-orang fakir maka hal itu lebih baik bagi kalian…” (QS: Al-Baqarah [2]: 271)