Ibubapa terkorban, tiga beradik jadi anak yatim piatu sekelip mata - KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik di Malaysia yang memerlukan bantuan. Bantuan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang ada di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Beaufort -  Tiga kanak-kanak terpaksa menjalani kehidupan sebagai yatim piatu selepas ibu bapa mereka meninggal dunia akibat penyakit kro...

Ibubapa terkorban, tiga beradik jadi anak yatim piatu sekelip mata


Beaufort -  Tiga kanak-kanak terpaksa menjalani kehidupan sebagai yatim piatu selepas ibu bapa mereka meninggal dunia akibat penyakit kronik dalam tempoh dua minggu berturut-turut.

Mohd Fareez Aiman Kassim, 10, Mohd Fareez Hafizul, 9 dan adik bongsu mereka, Nurhikmah, 6, yang menetap di Kampung Gerama kini terpaksa menumpang kasih dengan bapa saudara dan nenek mereka yang sudah tua.

Menurut Musa Juali, 50, arwah adiknya, Kassim, 49 dan isteri, Siti Mastura Zakaria, 38, dikesan menghidap kanser perut dan kencing manis sebelum masing-masing meninggal dunia dalam tempoh dua minggu berturut-turut.

“Adik saya dan isterinya menghidap penyakit kronik dan tidak berdaya bekerja menyara tiga anak mereka disebabkan masalah kesihatan dihadapi sebelum meninggal dunia dalam tempoh dua minggu berturut-turut.

“Sebelum ini, mereka lima beranak menetap di Sungai Koyan, Pahang, dan tahun lalu adik saya memaklumkan dia dan isterinya menderita akibat penyakit dihadapi,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Batandok Lubak, kelmarin.

Sebaik mendengar perkhabaran itu, Musa berkata, dia dan adik-beradik lain berbincang sebelum mengambil keputusan mengambil lima beranak itu di Semenanjung untuk dibawa pulang ke kampung pada November tahun lalu.

“Tahap kesihatan kedua-duanya semakin kritikal apabila kaki arwah adik ipar mulai buruk dan berulat manakala arwah adik saya pula dikesan menghidap kanser perut tahap empat ketika itu.

“Arwah ibu tiga beradik ini pergi terlebih dahulu pada 9 April lalu sebelum bapa mereka menyusul 13 hari kemudian iaitu pada 21 April lalu di Hospital Beaufort,” katanya.

Katanya, selepas kira-kira seminggu kehilangan kedua ibu bapa mereka, tiga beradik ini kini dalam jagaan abang dan ibunya yang berusia 70 tahun di Kampung Gerama.

“Buat masa sekarang, tiga beradik ini dalam jagaan abang saya di kampung dan kami juga bergilir-gilir menjaga termasuk menyara perbelanjaan persekolahan mereka.

“Bagaimanapun, disebabkan abang saya hanya bekerja sendiri dengan melakukan kerja kampung untuk menyara tiga beradik sekali gus bukan mudah dan disebabkan itu kami memerlukan ihsan orang ramai,” katanya.

Terdahulu, Mohd Fareez Aiman atau lebih mesra disapa Along berkata, walaupun sudah biasa dengan keadaan itu (tiada ibu bapa) disebabkan kedua arwah ibu bapanya kerap masuk ke hospital sebelum ini, namun mereka tiga beradik tetap merindui kedua orang tuanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin membantu anak yatim ini boleh berbuat demikian dengan memberikan sumbangan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) penjaga mereka, Samali Juali 12104-41-00008539-9 atau boleh berhubung terus di talian 019-327 2334.


0 comments:

Kongsi Portal Ini