![]() |
*Nur Aafiyah yang berusia sebulan menghembuskan nafas terakhirnya di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Wanita dan Kanak-Kanak di Likas, Kota Kinabalu, Sabah. |
Kota Kinabalu - Nur Aafiyah Maizarah Asri yang baru berusia sebulan dan dilahirkan dengan ‘hemangioma’ iaitu tanda lahir dalam bentuk ketumbuhan pada bahagian pipi kiri.
Bayi itu kini berada dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Wanita dan Kanak-Kanak di Likas, Kota Kinabalu sejak semalam.
Ibunya, Nesmenny Jimahin, 32, berkata, keadaan itu berlaku selepas anak bongsunya itu mengalami pendarahan pada 6.20 pagi semalam.
Lebih mencemaskannya apabila jantung Nur Aafiyah berhenti berdegup sebelum diselamatkan dengan bantuan pernafasan kecemasan (CPR).
“Pendarahan itu berlaku ketika saya bersama dengan Nur Aafiyah di wad dan doktor ada memberitahu kemungkinan anak saya tiada harapan untuk hidup kerana keadaannya yang kritikal.
“Namun, saya yakin Nur Aafiyah kuat dan dengan izin Allah SWT, dia dapat diselamatkan selepas menerima bantuan CPR.
“Cuma ketika ini, Nur Aafiyah ditempatkan di PICU untuk pemantauan rapi dan sebagai ibu hanya mampu berdoa dan mengharapkan keajaiban berlaku,” katanya hari ini.
Menurut Nesmenny, Nur Aafiyah masih belum sedar dan dia juga hanya dapat melawat anaknya itu mengikut masa lawatan yang ditetapkan saja.
Walaupun sedih, Nesmenny enggan berputus asa kerana yakin masih ada peluang untuk Nur Aafiyah sihat selagi anaknya itu masih bernyawa.
“Doktor tidak memberi jaminan atau harapan kepada saya, sebaliknya memberitahu bahawa segalanya kini bergantung kepada Nur Aafiyah sendiri.
Pendarahan serius pada 11 September lalu menyebabkan Nur Aafiyah ditahan di PICU dan keadaan bayi berkenaan masih kritikal sehingga hari ini.
“Jadi, apa yang boleh saya lakukan kini adalah berdoa dan berserah kepada Allah SWT dengan harapan anak saya terus diberi peluang untuk hidup,” katanya.
Orang ramai yang berhasrat membantu keluarga ini boleh menghulurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Nesmenny Jimahin:
0 comments: