Rakan rayu netizen bantu ibu tunggal anak lima, hidap kanser pangkal rahim - KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik di Malaysia yang memerlukan bantuan. Bantuan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang ada di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Putatan - Sebak melihat keadaan si ibu tunggal yang mempunyai lima orang anaknya. Puan Saerah Sabturahim yang dahulunya sihat, kini menja...

Rakan rayu netizen bantu ibu tunggal anak lima, hidap kanser pangkal rahim


Putatan - Sebak melihat keadaan si ibu tunggal yang mempunyai lima orang anaknya. Puan Saerah Sabturahim yang dahulunya sihat, kini menjadi kurus kerana menghidap kanser pangkal rahim tahap empat.

Rakannya, Jessy Foo, tidak sampai hati melihat keadaan Saerah sebegini merayu kepada orang ramai tampil membantu ibu tunggal berkenaan.

Assalamualaikum semua. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merayu kepada sesiapa yang ikhlas untuk membantu salah seorang sahabat saya yang sama-sama menyertai Mrs Kebaya 2018 pada Disember lalu.

Beliau telah lama menyepikan diri. Rupanya berbulan-bulan ditahan di hospital kerana mengalami kanser pangkal rahim tahap empat.

Anak-anaknya masih kecil lagi dan beliau merupakan seorang ibu tunggal, sudah tentu memerlukan perbelanjaan yang sangat tinggi untuk membiayai kos perubatan beliau.

Bersama-samalah kita membantu wanita malang ini kerana hanya beliau yang menyara anak-anaknya dalam keadaan sakit tenat ini.

Kita tidak pasti sama ada anak beliau mampu pergi ke sekolah atau tidak, ataupun ada makan ke tidak di bilik sewa ini. Beliau hanya menyewa sebuah bilik yang sempit di area Putatan. Bantulah rakan saya ini walaupun hanya RM10 setiap seorang.

Saya sebagai sahabat yang seagama, sama status dan sama jantina ingin melihat rakan saya ini kembali pulih. Luluh sangat hati dan perasaan saya sebagai seorang wanita dan ibu melihat keadaannya begini.

Saya berharap beliau mendapat rahmat dan kesembuhan segera kerana anak-anaknya masih memerlukan ibu mereka di sisi. Mudah-mudahan ada insan yang sudi membantu beliau dengan seikhlas hati tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Saerah seorang ibu tunggal anak lima, seorang pesakit kanser pangkal rahim yang sangat-sangat memerlukan sokongan dan bantuan kita semua.

Jika ingin menghulurkan sumbangan, boleh salurkan terus ke akaun bank Puan Saerah binti Sabturahim 6372242201 (Public Bank). Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi talian 011-33211799.

0 comments:

Kongsi Portal Ini