Bayi disahkan hidap kanser limfoma dan perlu RM150K untuk rawatan - KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Tawau - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, itulah perumpamaan buat Mimi Minerva dan pasangan yang kini sedang diuji den...

Bayi disahkan hidap kanser limfoma dan perlu RM150K untuk rawatan


Tawau - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, itulah perumpamaan buat Mimi Minerva dan pasangan yang kini sedang diuji dengan keadaan anak yang masih kecil dan baru sahaja disahkan menghidap kanser Limfoma atau kanser darah.

Menurut Mimi dalam perkongsiannya di Facebook, anak perempuannya yang diberi nama Aqila Almeera, dimasukkan ke hospital pada 28 Januari yang lalu disebabkan ada jangkitan kuman dalam paru-paru.

Kena jangkitan kuman dalam paru-paru, Aqila ditahan di wad Assalamualaikum sya ibu aqila almeera. Anak saya terkena jangkitan kuman dalam paru paru skrng anak sya bergantung pernafasan oksigen yg level kuat.

Saya mau tanya leher anak sya membengkak dan lebam. Anak saya dalam icu keadaan yg kritikal disebabkan leher membengkak lama lama jadi lebam seluruh leher dia. Pada awal nya anak saya duduk wad biasa 13 hari. Dan tiba2 semakin teruk terus masuk icu. Hari demi hari bawa leher anak sya membengkak dan lebam.

Doktor sndiri tidak boleh kesan bengkak dan lebam tu dtg dari mana. Ada siapa2 perna lalui tak ? Lebam dan bengkak tu berapa lama akan hilang ? Siapa perna alami leher anak jadi mcm ni ? Membengkak dan lebam

Pendarahan di leher, anak masuk ICU Namun keadaan anaknya itu sedikitpun tidak menampakkan untuk sembuh malah semakin teruk dengan dengan leher yang membengkak, lebam dan mula mengeluarkan darah. Hal tersebut membuatkan Mimi agak gusar tambahan pula anaknya itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital berkenaan.

Salam, Aqila pendarahan bahagian leher sebab kekurangan darah kuning doktor selalu tambah darah kuning jugak . Makin hari makin bengkak lebam tu makin merebak kebawa risiko boleh kacau pernafasan aqila . Siapa yang perna lalui mcm ni berapa lama akan surut dan hilang ? Sebab apa sampai jadi mcm ni Aqila duduk wad 13 hari sebab jangkitan kuman dalam paru2 subuh tu aqila makin teruk dan terus masuk dlm icu.

Saya tanya doktor aqila pendarahan bahagian leher sebab kekurangan darah kuning . Hari2 masuk darah kuning tapi smpai skrng tiada perubahan. Siapa perna alami mcm ni berapa lama ambil masa untuk sembuh dari bengkak dan lebam. Jangkitan kuman dalam paru2 aqila ada lagi. Tu sebab aqila kekurangan darah kuning sebab virus tu

Anak disahkan menghidap kanser darah dan semakin kritikal, perlu RM150 ribu untuk rawatan Menerusi perkongsian terbaru Mimi di Facebook miliknya, dengan rasa rendah hati dia memohon doa dari semua untuk anaknya Aqila yang telah disahkan menghidap kanser limfoma atau kanser darah.

Dalam perkongsiannya itu juga, dia turut memohon bantuan kepada yang sudi membantu keluarganya bagi membantu menampung kos rawatan kimoterapi dan rawatan susulan yang lain yang menelan belanja sebanyak RM150 ribu. Assalaimualaikum Dengan ini saya rendah hati ingin meminta doa dari saudara saudari yg mengenali saya dan suami mahu pun yang tidak mengenali untuk doakan anak kesayangan kami Aqila almeera yang kini dirawat di ICU hospital tawau akibat kanser plymfoma kanser darah..

Setakat ini tiada ucapan yang saya dapat luahkan selain meminta pertolongan dari allah dan doa rakan2. Anak sya memerlukan kos sebanyak Rm150k untuk rawatan kimoterapi di hospital likas untuk rawatan selanjutnya… keadaan anak saya semakin hari semakin kritikal..dan perlukan rawatan segera terima kasih Semoga ada keajaiban untuk anak saya yang belum ada perkembangan saat ini.

Mohon doanya semua Amin ya rabbal Al-Amin Yang ingin memberi sumbangan seiklas hati boleh terus pm saya ibu kepada aqila almeera semoga dengan sumbangan sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang anak kami alami Untuk sumbangan bole disumbangkan ke akaun bank berikut atas nama Zulkifli irwansyah atau hubungi No hp ibu:

016-2485798
Progress:

RM0 raised

Goal: RM150000



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini