Keluarga rayu anak gadis pulang sejak hilang empat tahun lalu - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Sandakan - Abdul Rosle Osman, 30, dari Sandakan, Sabah, tiada pilihan lain untuk meminta bantuan pihak media bagi merayu adiknya, Shila ...

Keluarga rayu anak gadis pulang sejak hilang empat tahun lalu


Sandakan - Abdul Rosle Osman, 30, dari Sandakan, Sabah, tiada pilihan lain untuk meminta bantuan pihak media bagi merayu adiknya, Shila atau nama sebenar Norshila Osman, 22, kembali ke pangkuan keluar setelah hampir empat tahun menghilangkan diri.

Menurut Abdul Rosle, mereka kini kebuntuan dan tidak mengetahui di mana lokasi sebenar Shila walaupun sudah puas mencari atau cuba menghubunginya.

"Kami sudah buntu mencarinya, jadi kami terpaksa menggunakan media untuk membantu mencari Shila.

"Shila dari Sandakan ke Semenanjung untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Pusat Dakwah Serantau di Kuala Lumpur. Kemudian dia menyambung pelajaran di sebuah kolej swasta di kawasan Cheras," katanya.

Namun, berlaku sesuatu di antara keluarga dengan Shila yang menyebabkan gadis itu melarikan diri daripada keluarganya. Abdul Rosle pula enggan mendedahkan perkara sebenarnya kepada media kerana bimbang akan membuka pekung dan aib keluarga terutamanya Shila.

"Selepas kehilangan Shila, keluarga kami dihujani permintaan beberapa lelaki yang datang menuntut hutang.

"Kami tidak akan marah (jika Shila balik), malah semuanya boleh diselesaikan dengan perbincangan keluarga. Apa yang penting Shila pulang dan hubungi kami," katanya

Bapa Shila, Osman Bacheril, bimbang dengan keselamatan anak perempuannya itu membuat laporan polis pada Disember 2018.

Orang awam yang mempunyai apa-apa maklumat boleh hubungi Balai Polis Sandakan di talian: 089-221 251.

0 comments:

Kongsi Portal Ini