Duda terlantar sakit akibat pendarahan dalam kepala, perlu alat pernafasan - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top





Jerantut - Sudah dua tahun, Mohd. Hamidi Khairudeen, 49, terlantar sakit berpunca pendarahan dalam kepala dan kemudian membawa kepada pembe...

Duda terlantar sakit akibat pendarahan dalam kepala, perlu alat pernafasan




Jerantut - Sudah dua tahun, Mohd. Hamidi Khairudeen, 49, terlantar sakit berpunca pendarahan dalam kepala dan kemudian membawa kepada pembedahan pada Ogos tahun lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, ibunya, Hasanah Mahamud Yusoff, 64, berkata, Mohd. Hamidi yang merupakan anak sulung daripada enam adik-beradik itu baharu sahaja dibawa pulang dari Hospital Jerantut di sini selepas menerima rawatan akibat demam dan jangkitan kuman.

“Keadaannya semakin teruk apabila sukar bernafas dan ketika bernafas melalui mulut serta tiub yang dipasang di kerongkong, ia berbunyi dengan kuat dan nampak dia begitu sukar menarik dan menghela nafas.

“Pihak hospital memberitahu anak saya perlu disediakan peralatan pernafasan oksigen di rumah dan sehingga kini kami masih belum menyediakannya kerana tidak mampu membelinya,” katanya di Felda Kota Gelanggi Dua di sini semalam.

Menurut Hasanah, dia amat sedih melihat anaknya yang sukar bernafas selepas kembali dari rawatan minggu ini malah keadaannya semakin teruk sekiranya tanpa bantuan peralatan tersebut.

“Saya tidak tahu hendak kata apa lagi hanya bertawakal dan berserah kepada Allah SWT di bulan Ramadan ini apabila melihat penderitaan anak saya,” katanya.

Menyingkap penyakit Mohd. Hamidi, Hasanah berkata, anaknya pernah mengalami penyakit bahagian dalam kepala agak serius dan mula menjalani pembedahan kali pertama pada 8 Ogos tahun lalu di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan.

“Susulan penyakit bahagian dalam kepala agak serius, dia (Mohd. Hamidi) dibedah kali kedua di hospital sama pada 11 Ogos 2021 kemudian disusuli pembedahan bahagian tekak sehingga keadaan sakitnya masih tidak berubah sehingga ini.

“Sebelum bulan puasa ini, dia mengalami demam yang teruk dan dihantar untuk rawatan di Hospital Jerantut selama hampir seminggu dan kemudiannya pulang ke rumah dan keadaan pernafasan Mohd Hamidi bertambah teruk,” katanya.

Hasanah berkata, akibat tekanan kesakitan yang dialaminya menyebabkan Mohd. Hamidi kerap meracau dan meronta apabila dia sedar dari tidur sehinggalah membimbangkan mereka sekeluarga.

Selanjutnya, bekas pekerja kebersihan sekolah itu menambah, dia bersama seorang anak perempuannya, Juliayana bergilir-gilir menjaga Mohd. Hamidi yang terlantar dipakaikan lampin pakai buang bagi memudahkan pembuangan najis termasuk menyediakan susu khas yang disalurkan melalui tiub di bahagian mulut.

Katanya, Mohd. Hamidi yang merupakan duda anak seorang ketika sihat sebelum ini merupakan harapan keluarga kerana banyak membantu bapa, Khairudeen Ismail, 77, menguruskan ladang sawit di Felda Kota Gelanggi Dua.

Sementara itu, Juliayana berkata, mereka terpaksa berbelanja sebanyak RM900 sebulan untuk membeli 10 tin susu khas sebagai makanan Mohd. Hamidi dalam tempoh dia terlantar sakit.

“Kami juga berbelanja lampin pakai buang yang kesemuanya termasuk susu khas mencecah perbelanjaan. hampir RM1,500 perlu disediakan untuk kebajikannya.

“Bebanan semakin bertambah apabila abang saya memerlukan peralatan pernafasan oksigen yang dianggarkan harga mencecah hampir RM3,000 sebuah bagi membolehkan dia bernafas tanpa gangguan dan mereka tidak mampu menyediakannya,” katanya.

Juliayana berharap kerajaan dan dermawan dapat membantu mereka membelikan sebuah alat pernafasan bagi membolehkan Mohd Hamidi bernafas untuk meringankan sedikit penderitaannya.

Orang ramai dan dermawan yang ingin memberikan sumbangan boleh salurkan kepada nombor akaun bank berikut atas nama Hasanah Mahamud Yusoff atau menghubungi Juliayana.


013-9978993
Progress:

RM50 raised

Goal: RM10000



0 comments:

Kongsi Portal Ini