Mana nak cari wang? rintih ibu tunggal hidap tiroid, anak sakit buah pinggang - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Nusantara

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Nusantara

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia / Indonesia / Singapura yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top





Temerloh - Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah apa yang dirasakan seorang ibu tunggal yang cekal membesarkan empat cahaya mata ber...

Mana nak cari wang? rintih ibu tunggal hidap tiroid, anak sakit buah pinggang




Temerloh - Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah apa yang dirasakan seorang ibu tunggal yang cekal membesarkan empat cahaya mata berusia antara tiga hingga 14 tahun selepas kematian suaminya pada Januari lalu.

Lebih pilu, Nor Faizah Mohamad Hamizam, 31, terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan demi menyara keluarga dan menampung kos perubatan si bongsu, Nur Airis Maisarah Mohd. Zulkarnaen, 3, yang mengalami masalah buah pinggang bocor.

"Saya kerja tak menentu. Saya buat macam-macam, mengikut tawaran yang ada. Kadang-kadang orang minta tolong berniaga, ada kalanya orang minta saya buat kerja penghantaran barang.

"Pada masa sama, saya juga ambil tempahan kuih-muih tradisional. Tapi sekarang kos bahan mentah semua dah meningkat, saya pun serba-salah untuk naikkan harga.

"Bila buat macam-macam kerja, memang saya terkejar dengan masa. Nak uruskan anak yang sekolah lagi, kemudian nak uruskan anak bongsu yang sakit. Masa saya kena atur sendiri," ujarnya.

Mesra disapa Faizah, dia yang menetap di Temerloh, Pahang mengakui perjalanan kehidupan mereka sekeluarga berubah sekelip mata selepas suaminya meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah.

Paling sedih katanya, dia juga terpaksa mengurangkan kekerapan rawatan untuk anak bongsunya kerana perbelanjaan dari Pahang ke ibu negara memakan belanja yang besar.

"Anak saya mula sakit masa dia umur setahun enam bulan. Dia menerima rawatan di Hospital Tunku Azizah (HTA) Kuala Lumpur.

"Dulu kami akan bawa dia untuk dimasukkan ubat sebanyak tiga kali seminggu. Tapi selepas kematian suami, saya minta doktor kurangkan kekerapan rawatan.

"Saya tak mampu nak pergi tiga kali seminggu. Saya minta budi bicara mereka agar rawatan dibuat sekali sebulan saja.

"Lepas suami tiada, saya memandu sendiri ke hospital. Kos sehala dah makan belanja lebih RM100 untuk minyak dan tol. Kami memang tak makan kalau ke sana, kami bawa bekal saja.

"Setiap kali pergi sana, anak-anak yang lain saya tinggalkan di rumah saya atau tumpangkan di rumah nenek mereka. Mujurlah nenek duduk dekat," ujarnya lagi.

Menurut Faizah, doktor juga tidak dapat memberi jaminan mengenai masa depan anaknya, malah peluang untuk sembuh sepenuhnya juga masih lagi samar.

"Bila dia alami buah pinggang bocor, kalau silap bagi makan, habis bengkak satu badan. Dia juga akan alami sakit perut dan cirit-birit," ujarnya lagi.

Selain anaknya, Faizah juga menghidap sakit tiroid, sekali gus memberi kesan untuknya menjalani kehidupan harian secara normal.

"Saya mula sakit selepas melahirkan anak bongsu. Kesannya, kadang-kadang saya akan rasa letih. Tiba-tiba dada jadi laju, macam kita rasa gemuruh. Sakit tak menentu.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Nor Faizah atau menghubunginya:


013-6958230
Progress:

RM20 raised

Goal: RM5000



0 comments:

Kongsi Portal Ini