Ketulan daging akibat terkena percikan api merencat harian adik Iqram - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Jengka - Malang tidak berbau. Selepas 9 tahun berlalu, mangsa terkena percikan api, Muhamad Iqram Hashim, 11, dari Felda Jengka 23, di sini...

Ketulan daging akibat terkena percikan api merencat harian adik Iqram



Jengka - Malang tidak berbau. Selepas 9 tahun berlalu, mangsa terkena percikan api, Muhamad Iqram Hashim, 11, dari Felda Jengka 23, di sini tetap tabah menjalani kehidupannya walaupun fizikalnya tidak normal seperti remaja lain.

Ketulan daging yang tumbuh di bahagian muka, tangan, telinga, dada dan paha itu semakin mengecut namun rasa gatal masih lagi dialami remaja itu terutamanya ketika berada di kawasan panas.

Ibunya, Suraya Abdul Manan, 39, memberitahu, anak sulung daripada dua beradik itu sudah lali dan tidak lagi janggal berbanding ketika mula memasuki zaman persekolahan.

Menurutnya, anaknya itu mengeluh ketika kulitnya terasa gatal apabila berpeluh dan Suraya hanya mampu meletakkan ubat krim terhadap Iqram.

"Lengan Muhamad Iqram akan dipasang suatu alat berikutan tangannya tidak boleh diluruskan selain berdepan masalah kerosakan gigi dan kulit.

"Namun, kos sebenar pemasangan alat itu masih belum diketahui namun mencecah ribuan juga dan saya juga sedang berusaha mencari dana" katanya.

Dalam insiden yang berlaku pada 2011 di Felda Kumai, Bera, Muhamad Iqram yang berusia dua tahun ketika itu melecur hampir 50 peratus selepas terkena percikan api ketika ibunya sedang membakar sampah.

Secara tiba-tiba ada sesuatu meletup dan terpelanting masuk menerusi tingkap bilik lalu terkena pada Muhamad Iqram yang sedang tidur.

Tambahnya, anaknya perlu ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh setiap dua bulan sekali untuk pemeriksaan dan rawatan.

Suraya kini bergelar ibu tunggal selepas suaminya, Hashim Mualaf, meninggal dunia pada April lalu akibat penyakit jantung.

"Saya kini menetap bersama keluarga di Jengka 23 dan bergantung hidup pada mereka," katanya lagi.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Suraya Binti Abdul Manan atau hubunginya:

01118845186
Progress:

RM0 raised

Goal: RM2000



blog counter views


0 comments:

Kongsi Portal Ini