Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia: kelantan

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Memaparkan catatan dengan label kelantan. Papar semua catatan

Pasir Puteh - Keluarga pelajar kurang upaya di Kampung Gong Tengah, Semerak, dekat sini, memerlukan bantuan bagi membolehkan anak sulung...



Pasir Puteh - Keluarga pelajar kurang upaya di Kampung Gong Tengah, Semerak, dekat sini, memerlukan bantuan bagi membolehkan anak sulungnya meneruskan persekolahan.

Keluarga miskin lima beranak ini tinggal di sebuah rumah yang pada awalnya adalah reban ayam organik yang gagal diusahakan sejak lima tahun lalu.

Raja Safari Raja Ibrahim, 38, berkata, anak sulungnya Raja Amirul Mukmin, 13, ditawarkan ke Sekolah Menengah Sains Machang selepas cemerlang Pelaporan Pentafsiran Sekolah Rendah dengan capaian 6A dalam UPSR.

Menurutnya, pada awalnya Raja Amirul yang cacat fizikal enggan menerima tawaran kerana tidak mahu membebankan ibu bapa menanggung kos persekolahan.

“Hasil sokongan Guru Besar SK Gong Manak, Rosli Ismail, kami mengambil keputusan Raja Amirul perlu belajar di SMS Machang walaupun menghadapi kekangan kewangan.

“Hanya kelengkapan asas berjaya disediakan selain terpaksa menggunakan uniform sekolah tahun lepas. Segala perbelanjaan membeli keperluan sekolah berasrama penuh adalah melebihi RM300 dari wang elaun khas OKU yang disalurkan oleh Jabatan Kebajian Masyarakat. Dia akan mendaftar sebagai pelajar baharu pada 8 Januari ini, “ katanya.

Raja Safari berkata, hasil pendapatannya yang tidak menentu dari kerja kampung sekadar cukup untuk menampung perbelanjaan harian keluarga.

“Alhamdulillah saya bersyukur kerana masih ada ikhtiar untuk berteduh dan membesarkan anak-anak walaupun tinggal dalam keadaan daif dengan membaiki pulih reban ayam:

“Isteri saya, Rozilawati Mamat, 36, tidak dapat membantu mencari sumber pendapatan kerana terpaksa menjaga dua lagi anak yang masih kecil,” katanya.

Menurutnya, keperluan rumah yang selesa adalah perkara kedua bagi mereka sekeluarga kerana yang lebih utama pendidikan anak-anak terutama Raja Amirul perlu diberi keutamaan.

“Saya sudah memohon bantuan rumah rakyat termiskin namun sehingga kini bukan lagi rezeki kami. Untuk membina sendiri rumah yang lebih selesa, ianya diluar kemampuan saya,” katanya.

Pembaca yang sudi menghulurkan sumbangan ikhlas kepada Raja Amirul boleh menghubungi Raja Safari di talian dibawah atau menyalurkan bantuan ke akaun bank berikut:

011129192220
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

“ANAK saya bukan hilang begitu saja tapi diculik,” kata ibu kepada Siti Khadijah Razali, 16, yang tidak pulang ke rumah di Kampung Beceh ...


“ANAK saya bukan hilang begitu saja tapi diculik,” kata ibu kepada Siti Khadijah Razali, 16, yang tidak pulang ke rumah di Kampung Beceh di Kota Bharu, sejak 16 Disember lalu. Zawiah Yaacob, 45, berkata, pada hari kejadian dia bersama suami, Razali Hussin, 47, berada di Kuala Krai dan diberitahu anak lelakinya yang Siti Khadijah tidak pulang ke rumah.

“Sejurus dimaklumkan anak bongsu kami itu tiada di rumah, kami bergegas pulang ke Kota Bharu dan cuba mencarinya. “Selepas gagal mencarinya di seluruh kampung dan di tempat kerja sementaranya di Pengkalan Chepa, kami membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah di Pengkalan Chepa,” kata ibu kepada tiga anak ketika ditemuinya di rumah mereka di Kota Bharu, hari ini.

Apa Terjadi Malam Sebelum Dia Hilang

Sementara itu, Razali berkata, pada malam sebelum Siti Khadijah hilang, dia dimaklumkan anaknya itu yang dua lelaki mengekorinya pulang ke rumah selepas membeli barang di kedai runcit berhampiran. “Khadijah beritahu kami seorang daripada lelaki yang menunggang motosikal itu menyentuh tangannya menyebabkan dia memecut motosikalnya.

“Kejadian ini berlaku selepas tiga hari kami membenarkan dia mengikut kawannya bekerja di sebuah kedai makan di Pengkalan Chepa, menggantikan pekerja yang berhenti buat sementara,” katanya. Razali yang bekerja sendiri berkata, selain membuat laporan polis, mereka sekeluarga juga berusaha mencari Siti Khadijah dengan meminta pertolongan ulama dan pakar perubatan tradisional untuk mengesan anaknya. “Kebanyakan daripada mereka memberitahu kami Khadijah sudah tiada lagi di negeri ini dan disembunyikan oleh seseorang di tempat lain.

Kelibat Anak Kelihatan

“Ada rakan saya mendakwa melihat kelibat anak saya di Pekan Sungai Golok. Ini menguatkan lagi gerak hati saya yang anak saya dilarikan orang sama ada dia sedar atau dipukau kerana dia tidak membawa kad pengenalan dan juga pakaian,” katanya.

Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh hubungi IPD Pengkalan Chepa: 09-775 2200

Kota Bharu - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Itu yang dialami Muhammad Faris Amsyar Mohd Zurairi yang menderita pe...


Kota Bharu - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Itu yang dialami Muhammad Faris Amsyar Mohd Zurairi yang menderita penyakit kulit rapuh (Epidermolysis bullosa) sejak lahir.

Lebih menyedihkan, penyakit yang dihadapi kanak-kanak berusia empat tahun itu tidak mempunyai ubat dan doktor mengesahkan masalah itu akan berlarutan sehingga akhir hayatnya.

Akibat penyakit yang dialaminya itu menyebabkan anak sulung daripada dua beradik itu tidak seperti kanak-kanak lain kerana sering berkurung di rumah kerana tidak boleh terdedah kepada cuaca panas.

Penyakitnya itu semakin hari semakin teruk kerana ia bukan sahaja luka di seluruh tubuh badan, sebaliknya dalam mulut juga mengalami masalah sama sehingga menyukarkan kanak-kanak itu untuk makan atau minum.

Ibunya, Norazilawani Zi, 34, berkata, siapa sangka Allah menguji mereka sekeluarga dengan kesihatan dan penyakit yang dialami anaknya sejak kecil.

Katanya, dia nekad berhenti kerja sejak tiga tahun lalu kerana Muhammad Faris Amsyar memerlukan penjagaan rapi kerana kulitnya kini rapuh di seluruh badan.

“Sejak lahir anak saya disahkan menghidap penyakit kulit rapuh dan ketika itu masalah itu hanya dapat dilihat di kaki kiri sahaja, namun ketika membesar keadaan semakin teruk bermula dari tapak kaki sehingga atas kepala.

“Malah, matanya kini juga menghadapi masalah kesan daripada penyakit yang dialami. Doktor memaklumkan anak saya kekurangan satu lapisan kulit dan masalah yang dihadapi itu tiada ubat.

“Siapa tidak sedih memikirkan keadaan anak yang menderita penyakit rapuh hingga akhir hayatnya. Kulitnya terlalu sensitif dan tidak boleh digaru serta terkena benda tajam termasuk mainan,” katanya di Kampung Teluk Kitang, Kota Bharu.

Norazilawani berkata, anaknya hampir setiap hari meminta kebenarannya untuk bermain di luar kerana mungkin kebosanan akibat terkurung, namun apa dayanya.

“Ada ketika saya membawanya keluar untuk meronda di sekitar kampung kerana terlalu kasihankannya yang sentiasa merayu untuk keluar.

“Sebagai ibu setiap kali solat, saya sentiasa berdoa supaya berlaku keajaiban terhadap Muhammaf Faris Amsyar walaupun pihak hospital memaklumkan penyakit yang dialaminya tiada ubat,” katanya.

Katanya, kos bulanan yang dibelanjakan Muhammad Faris Amsyar mencecah RM2,000 sebulan sedangkan dia tidak bekerja dan suami hanya bekerja sebagai tukang rumah.

“Bantuan daripada JKM sebanyak RM150 sebulan tidak mencukupi dan saya berharap ada pihak yang prihatin terhadap Muhammad Faris Amsyar,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyumbang ke akaun bank berikut atas nama Norazlinawani Zi:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kuala Krai - Derita pesakit kanser hidung tahap empat, Mohamad Faris Hashim, 29, yang sedang bertarung nyawa melawan penyakit dihidapi se...


Kuala Krai - Derita pesakit kanser hidung tahap empat, Mohamad Faris Hashim, 29, yang sedang bertarung nyawa melawan penyakit dihidapi sejak setahun lalu mendapat perhatian orang ramai.

Terbaharu, Mohamad Faris menerima kunjungan Pengerusi Malaysian Relief Agency, Datuk Dr Rosemi Salleh yang menyampaikan sumbangan susu, lampin pakai buang, barangan keperluan harian serta wang tunai.

Ibunya, Siti Timah Mat meluahkan rasa syukur orang ramai tampil menghulurkan bantuan sejak kisahnya disiarkan media minggu lalu.

"Terima kasih kepada semua penyumbang termasuk rombongan hari ini yang menyampaikan sumbangan serta turut memberikan khidmat nasihat tentang penyakit dihidapi Mohamad Faris.

"Rombongan MRA turut memberikan kata-kata semangat buat kami sekeluarga, ia benar-benar bermakna buat kami ketika ini," katanya yang kematian suami akibat penyakit sama Oktober tahun lalu.

Sementara itu, Dr Rosemi berkata, MRA merupakan badan bukan kerajaan pelbagai latar
belakang yang ditubuhkan sejak 2014 aktif membantu golongan memerlukan.

"Kami tidak mempunyai dana khas, sebaliknya wang adalah hasil dari sumbangan ahli, jadi kami turut mengalu-alukan orang ramai untuk sama-sama membantu golongan sasar," katanya.

Dalam pada itu, Dr Rosemi juga akan menyampaikan sumbangan berupa tilam dan kerusi roda khas kepada keluarga Siti Timah bagi memudahkan mereka menguruskan Mohamad Faris dalam masa terdekat.

Bachok - “Selama ini dia rajin mengambil upah memotong rumput, memasang pendawaian, membaiki paip dan buat kerja kampung. Dapatlah upah ...


Bachok - “Selama ini dia rajin mengambil upah memotong rumput, memasang pendawaian, membaiki paip dan buat kerja kampung. Dapatlah upah RM300 ke RM350 seminggu, tetapi kini tiada lagi.

“Kehidupan kami yang sekadar cukup makan semakin terhimpit dan terpaksa menagih simpati jiran untuk makan minum dan keperluan harian lain.

“Pernah ada ketika dua hari kami kehabisan makanan dan sudah lama tidak beli susu dan lampin pakai buang anak disebabkan tiada wang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Cherang Hangus, Jelawat di Bachok.

Nabilah berkata, untuk mengisi perut anaknya, dia hanya memasak nasi kosong yang dimakan tanpa lauk atau berkuahkan budu, manakala menggantikan susu dengan air kosong atau teh.

“Pernah suatu ketika saya menangis tanpa henti kerana memikirkan nasib anak, namun kini saya reda dan kuat kerana mereka. Sepatutnya saya bersyukur kerana suami masih hidup walaupun koma 15 hari selepas kemalangan itu,” katanya.

Anaknya, Muhammad Izzat Izhan, 8; Nurul Izzah Izzati, 7; Muhammad Izzu Izzuddin, 2, dan Nurul Irma Syafiqa, 1, memahami derita mereka.

Dia juga memberitahu menerima bantuan kewangan penduduk kampung dan berjimat cermat dengan sumbangan itu memandangkan suami masih perlu menjadi rawatan susulan dan fisioterapi di HUSM Kubang Kerian.

Orang ramai yang mahu membantu keluarga itu boleh menyalur bantuan ke akaun bank berikut atas nama Nabilah Bahri:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Pulau Pinang - Mohon sumbangan ikhlas bagi membantu meringankan beban saudara Feris Iskandar bin Khalid menghidap kanser lidah tahap k...



Pulau Pinang - Mohon sumbangan ikhlas bagi membantu meringankan beban saudara Feris Iskandar bin Khalid menghidap kanser lidah tahap kritikal.

Beliau sedang bertarung nyawa di Hospital Kubang Kerian kemudian la ni dipindahkan ke Hospital Pakar Pulau Pinang.

Sumbangan dari segi kewangan amat diperlukan untuk rawatan dan perbelanjaan susu. Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun beliau atas nama Feris bin Khalid:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kota Bharu - Akibat kemiskinan, sepasang suami isteri terpaksa menyerahkan anak bongsu daripada enam beradik kepada keluarga ipar pada 20...


Kota Bharu - Akibat kemiskinan, sepasang suami isteri terpaksa menyerahkan anak bongsu daripada enam beradik kepada keluarga ipar pada 2015.

Tindakan pasangan suami isteri berkenaan bukan disebabkan tidak sayangkan anak mereka, namun bebanan hidup menyebabkan mereka mengambil keputusan demikian.

Wan Rohani Wan Mamat, 41, berkata, perasaannya sebagai seorang ibu tidak keruan apabila berpantang tanpa anak di sisinya, namun dia terpaksa menguatkan semangat demi memastikan kebajikan anak bongsunya, Nur Nabila Syakira Ismail.

“Saya menyerahkan Nur Nabila Syakira ketika berusia seminggu kepada keluarga sebelah suami yang tidak mempunyai anak dan kini mereka menetap di Gua Musang.

“Keputusan untuk menyerahkan anak yang lahir daripada rahim sendiri kepada orang lain untuk dijaga adalah keputusan yang sukar pernah dibuat, tetapi apakan daya memandangkan kos sara hidup yang tinggi,” katanya.

Terdahulu keluarga berkenaan menerima kunjungan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Pengkalan Chepa, Nasruddin Abdullah yang turut menghulurkan sumbangan kelengkapan persekolahan.

Wan Rohani berkata, suaminya, Ismail Razak, 42, hanya bekerja sebagai tukang kayu dengan pendapatan yang tidak menentu bagi menanggung keluarga termasuk lima anak berusia lapan hingga 17 tahun.

“Bagi meringankan beban suami, saya mengambil upah mencanting batik dengan pendapatan RM300 sebulan selain bekerja sebagai pembantu kedai makan di Pantai Cahaya Bulan (PCB) dengan kadar upah RM40 sehari,” katanya.

Katanya, dua anaknya iaitu Mohd Shahrul Akma, 17, dan Mohd Faris Amirul, 16, terpaksa berhenti sekolah untuk bekerja kampung dengan pendapatan sekitar RM20 hingga RM30 sehari.

Sementara itu, Nasruddin berkata, dia mengetahui kesusahan keluarga itu melalui maklumat yang diberikan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijang dan terpanggil untuk melihat sendiri kedaifan mereka.

“Dalam kes ini, saya akan membantu dua anak keluarga ini yang tidak bersekolah untuk membantu mereka dalam bidang kemahiran bagi meringankan beban keluarga.

“Pada masa sama, kami juga akan cuba membaik pulih rumah keluarga ini dan turut mengalu-alukan sebarang kerjasama untuk membantu meringankan beban keluarga ini,” katanya.

Kota Bharu - Tak lagi hiraukan rasa malu dan tanggapan orang sekeliling, menjadi satu rutin bagi Rosilawati Ramli, 37 untuk mengutip sis...


Kota Bharu - Tak lagi hiraukan rasa malu dan tanggapan orang sekeliling, menjadi satu rutin bagi Rosilawati Ramli, 37 untuk mengutip sisa makanan di pasar, dekat sini bagi mengisi perut anak-anaknya yang menunggu di rumah.

Ibu tunggal ini akan ke Pasar Minggu di Kampung Kedai Lalat setiap minggu untuk mengutip sisa sayur, buah dan lauk yang tidak boleh dijual untuk dibawa pulang.

Menurut Rosilawat, terdapat segelintir peniaga baik hati yang memberikan makanan kepadanya, malah ada juga makanan yang dikutipnya di tong sampah asalkan dirasanya masih boleh dimakan dan dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Babong, Sering di sini.

“Malu dan sedih sudah tidak saya pedulikan lagi asalkan perut anak terisi kerana saya tidak mampu menyediakan makanan sedap untuk mereka.

“Kelengkapan dalam rumah seperti tilam, bantal termasuk pakaian juga kebanyakannya diperoleh daripada tong sampah,” katanya yang sudah menjadi ibu tunggal selepas bercerai dengan suami sejak dua tahun lalu.

Rosilawati mengambil upah mencuci rumah penduduk kampung selama dua jam sehari untuk lima hari seminggu dengan bayaran RM10 sejam bagi menampung kehidupannya bersama empat anaknya yang berusia dua hingga 12 tahun.

Bagaimanapun, Rosilawati melakukan kerjanya hanya pada sebelah petang kerana terpaksa menunggu anaknya Asmida Taqifah Ahmad Rusidi, 12, yang belajar di Tahun Enam di sebuah sekolah pulang terlebih dahulu untuk menjaga anak bongsunya yang berusia 2 tahun.

Lebih memeritkan apabila mereka berlima kini terpaksa menumpang di rumah jiran untuk beberapa hari kerana terpaksa keluar dari rumah sewa selepas tidak mampu untuk menjelaskan hutang bil elektrik yang mencecah hampir RM700.

“Saya ada dapat rumah sewa sekitar RM200-RM250 tapi tuan rumah meminta wang deposit dua bulan, manalah saya mampu,” katanya yang turut menerima bantuan JKM sebanyak RM200 sebulan untuk dua anaknya yang masih bersekolah.

Nasib yang menimpa Rosilawati sekeluarga mendapat perhatian Yayasan Amal Datuk Zul Wisma yang hadir melawat dan memberikan sumbangan melalui pengerusinya Datuk Dr Zulkepli Mohamed.

Jelas Zulkepli, pihaknya akan cuba sedaya upaya bagi membantu keluarga Rosilawati termasuk menyediakan rumah kediaman sekiranya Rosilawati mempunyai tanah dan cuba mencari rumah sewa dan membantu membayar sewa bulanannya jika sebaliknya.

Kota Bharu - Seorang ibu sarat mengandung berdepan dugaan berat apabila bayi perempuannya berusia setahun disahkan menghidap kanser tisu ...


Kota Bharu - Seorang ibu sarat mengandung berdepan dugaan berat apabila bayi perempuannya berusia setahun disahkan menghidap kanser tisu tahap empat sejak Mei lalu.

Siti Nur Ashima Makhatar, 28, yang sedang hamil anak keempat tidak dapat menahan pilu melihat bayinya, Nur Syifa Aulia Mohd Firdaus sering menangis kesakitan.

Beliau berkata, pada mulanya, Nur Syifa Aulia diserang demam berpanjangan pada April lalu sebelum timbul benjolan di kiri leher yang kemudian semakin membesar.

“Saya membawa Nur Syifa Aulia ke klinik berhampiran rumah dan doktor memberikan ubat antibiotik. Namun apabila melihat keadaan anak masih tidak berubah, saya membawanya ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

“Selepas pemeriksaan dan sampel diambil, doktor mengesahkan Nur Syifa Aulia menghidap kanser tisu,” katanya ketika ditemui di HUSM, di sini.

Siti Nur Ashima berkata, sejak Mei lalu, bayinya itu sudah tujuh kali menjalani rawatan kemoterapi tetapi keadaan dilihat tidak banyak berubah.

“Malah, benjolan di leher semakin membesar setiap hari dan kini anak saya terpaksa bergantung dengan susu kerana tidak mampu menelan makanan,” katanya.

Katanya, beliau pernah berasa amat tertekan melihat penderitaan ditanggung Nur Syifa Aulia sehingga terfikir ketika itu untuk menggugurkan kandungan.

“Mujurlah saya masih waras dan diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk terus bersabar.

“Saya dijangka bersalin pada Disember ini, namun akan terus menjaga Nur Syifa Aulia walaupun ketika berpantang kerana tiada pilihan lain,” katanya.

Siti Nur Ashima berkata, suaminya, Mohd Firdaus Abdul Rahim, 32, terpaksa berhenti kerja sebagai pengawal keselamatan kerana perlu berulang-alik dari rumah mereka di Kampung Kubang Golok, Bachok, ke hospital dengan menunggang motosikal serta menjaga dua lagi anak berusia lapan dan tiga tahun.

Dalam pada itu, beliau berkata, mereka baru menerima bantuan Persatuan Kebajikan Pesakit Kanak-kanak HUSM dan Majlis Kanser Nasional untuk menampung kos rawatan Nur Syifa Aulia.

“Bagaimanapun, untuk susu dan lampin pakai buangnya, saya perlu menggunakan duit sendiri yang kini diperoleh hasil bantuan keluarga dan orang ramai,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan melalui akaun bank berikut milik Siti Nur Ashima:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Tumpat - Kemiskinan suami isteri bersama 10 anak di Kampung Chenderong Batu di Tumpat, semakin menghimpit sehingga menyebabkan anaknya te...


Tumpat - Kemiskinan suami isteri bersama 10 anak di Kampung Chenderong Batu di Tumpat, semakin menghimpit sehingga menyebabkan anaknya terjejas untuk melanjutkan pelajaran.

Roslan Zakaria, 55, yang memperoleh sumber pendapatan sebagai tukang urut dan pencari akar kayu, buntu memikirkan bagaimana lagi cara untuk menambah pendapatan bagi menampung perbelanjaan sembilan anaknya yang masih bersekolah.

Anak sulungnya, Mohd Nazirul Hakim, 20, terpaksa menangguhkan hasrat untuk melanjutkan pelajaran di Pusat GiatMARA Tumpat Ahad lalu kerana kesempitan hidup.

Roslan berkata, anak keduanya pula, Siti Nor Rushainie, 18, terpaksa melepaskan peluang melanjutkan pengajian ke Matrikulasi berikutan kekangan kewangan dan memilih Kolej Komuniti Pasir Mas sebagai pilihan kedua.

“Dua anak lagi yang akan memperoleh keputusan UPSR hari ini dan PT3 Disember ini mungkin tidak dapat berbuat demikian kerana yuran kecemerlangan sekolah masing-masing belum dilunaskan.

“Begitu juga anak ketiga yang sedang menduduki peperiksaan SPM yang mana yuran kecemerlangan sekolahnya sebanyak RM150 tidak mampu lagi dibayar dan biarpun semua bayaran itu tidak banyak tapi apabila dikumpulkan, ia menjadi jumlah yang besar buat kami,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Tumpat.

Menurutnya, anaknya tidak membawa wang saku ke sekolah sebaliknya hanya dibekalkan nasi berlauk berharga RM2 yang dibeli dalam perjalanan ke sekolah.

“Setiap anak hanya memiliki sepasang pakaian sekolah yang akan terus dipakai biarpun lusuh dan koyak,” katanya.

Roslan berkata, dia juga perlu membayar sewa rumah sebanyak RM150 sebulan serta membeli dua gelen air bersih setiap hari untuk memasak dengan kos sebanyak RM5.

“Di rumah, kami bergantung dengan sumber air dari perigi yang dipam menggunakan enjin yang digunakan untuk mandi dan membasuh sahaja,” katanya

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan di akaun bank berikut milik Muhammad Nazirul Hakim:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kota Bharu - Rumah yang menjadi tempat berlindung lapan beranak ini berada dalam keadaan senget dan hampir roboh, namun mereka tiada pil...


Kota Bharu - Rumah yang menjadi tempat berlindung lapan beranak ini berada dalam keadaan senget dan hampir roboh, namun mereka tiada pilihan kerana itu satu-satunya tempat tinggal yang mereka ada.

Lebih malang, Siti Hawa Kancil, 42, berkata, bila-bila masa sahaja mereka akan kehilangan tempat tinggal kerana tapak rumah itu berada di atas tanah milik jiran yang prihatin dan berhati mulia menumpangkan mereka sekeluarga.

“Rumah ini dulu saya bayar sewa RM60 dengan tuan terdahulu, tapi sejak tahun lepas saya tidak mampu bayar dan kemudian dijual kepada pemilik sekarang. “Sekarang saya tumpang tanah ini tanpa apa-apa bayaran dikenakan oleh jiran saya ini, tetapi bila-bila masa sahaja saya kena keluar dari sini kalau mereka mahu gunakan tanah ini pada masa depan,” katanya ketika ditemui di rumah di Kampung Kedai Buloh, Pantai Cahaya Bulan, di sini.

Menurutnya, rumah satu bilik yang didiami itu juga senget dan menunggu masa untuk roboh kerana kayu dinding dan lantai yang sudah reput. “Anak-anak saya semua sudah biasa dan tahu mana kawasan lantai yang tidak boleh dipijak dan sudah mahir selok belok lubang di dalam rumah ini. Cuma, kadang-kadang nasib tidak menyebelahi kami dan kami terjerlus dalam rumah sendiri.

“Acap kali juga anak tanya sampai bila hendak tinggal di sini, tapi saya tidak ada pilihan kerana tak cukup duit untuk baiki rumah ini atau menyewa di tempat lain,” katanya sebak.

Hidap sakit kulit, suami pula kencing manis. Siti Hawa bekerja mengambil upah mewarnakan batik dengan pendapatan RM130 seminggu, manakala suaminya, Mohd Ghani Deraman, 51, pula berpendapatan tidak menentu hasil mengambil upah mengutip kelapa.

Katanya, dia menghidap penyakit kulit, sementara Mohd Ghani pula sudah dua tahun tidak dapat bekerja kerana menghidap kencing manis dan keadaan bertambah serius selepas dia terkena ekzos motosikal sejak seminggu lalu.

Mohd Ghani menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat berjumlah RM200 sebulan. “Suami saya kini berada di wad Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk menjalani rawatan dan akan membuang isi di bahagian betis kanan yang sudah mati akibat kejadian itu.

“Sekarang, dia dijaga oleh anak sulung, Mohd Khairul Sham, 21, yang bekerja kontrak kabel di Johor dan anak ketiga Nur Farisya Sabrina, 19, yang bekerja sebagai pembantu kantin sekolah di Pahang. Mereka pulang ke kampung untuk menjaga ayah mereka kerana tidak dapat berjalan dan perlu diusung jika ke tandas,” katanya.

 Selain mereka, pasangan itu juga mempunyai empat lagi anak yang perlu disara iaitu Mohd Khairul Anuar Faiz Mohd, 20; Mohd Khairul Asraf, 17, sudah tidak bersekolah, Nur Farisya Linda Ilyana, 11, bersekolah di Sekolah Kedai Buloh 1 dan Nur Farisya Adila, 5, pula tadika.

“Anak-anak saya semua biasa makan budu dan menu harian kami ala kadar sahaja, hanya bila saya ada duit lebih, saya akan beli ayam untuk dimasak kepada anak-anak tapi jarang sangat boleh makan ayam.

“Saya bekerja biasa sahaja dan kadang kala ikat perut untuk beri makan anak-anak. Saya juga gagal sediakan rumah yang selesa kepada anak-anak saya. Tandas di rumah ini juga rosak dan tidak mampu dibaiki. Kalau hendak buang air besar, kami akan ke tepi sungai atau menumpang jiran,” katanya.

Kepada orang ramai yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini boleh hulurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Mohd Ghani Deraman atau hubunginya:

014-8112995
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Jeli - Bayi derita masalah usus pendek memerlukan sekurang-kurangnya RM30,000 bagi mendapatkan beberapa peralatan dan kelengkapan khas ba...


Jeli - Bayi derita masalah usus pendek memerlukan sekurang-kurangnya RM30,000 bagi mendapatkan beberapa peralatan dan kelengkapan khas bagi membolehkan dia menjalani rawatan di rumah.

Ibunya, Che Rosniarma Mohamad Nor, 31 berkata, kelengkapan dan peralatan tersebut amat diperlukan anaknya, Nur Aisyah Aleesa Mohd Azreen yang kini berusia setahun lapan bulan sekali gus mengurangkan kebergantungannya terhadap hospital.

"Sebelum ini Aisyah pernah menghuni Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu sejak dilahirkan hingga usianya setahun dua bulan.

"Saya minta izin untuk pulang ke rumah di Ayer Lanas di sini, kerana memikirkan kos yang terpaksa ditanggung, memandangkan saya tidak bekerja dan pendapatan suami yang tidak menentu," katanya.

Menurutnya, bagaimanapun Aisyah tetap perlu dirujuk ke hospital berkenaan terutama jika kondisinya memerlukan pemantauan dari pasukan perubatan.

Mengulas lanjut, Rosniarma berkata, ketika dilahirkan usus anak sulungnya itu dikatakan tersumbat sehingga memaksa dia dibedah seawal usianya 13 hari.

"Pembedahan kali pertama untuk membuang bahagian yang bermasalah menyebabkan usus Aisyah kini pendek dan disahkan menghidap Short Bowel Syndrome (sindrom usus pendek)," katanya.

Tambahnya, disebabkan sindrom dihadapinya itu, Aisyah perlu menjalani rawatan pemakanan parenteral atau Total Parenteral Nutrition bagi mengatasi masalah kekurangan zat sehingga memaksa dia menjadi penghuni tetap di hospital berkenaan.

Che Rosniarma berkata, kos RM30,000 itu diperlukan untuk dia dan suami, Mohd Azreen Ibrahim, 27 menyediakan kelengkapan bagi membolehkan Aisyah menjalani TPN di rumah.

"Antara yang diperlukan termasuk katil berpagar, sinki yang mempunyai elbow tap, penyaman udara, peti dan troli meja serta beberapa kelengkapan lain," katanya.

Dalam pada itu, Rosniarma berkata, Aisyah kini sedang dirawat di Wad Anggerik HRPZ II selepas dimasukkan ke hospital berkenaan hujung Oktober lalu disyaki jangkitan dalam darah.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menyumbang, boleh menyalurkannya melalui akaun bank berikut atas nama Che Rorniarma atau menghubunginya:

013-2726746
Progress:

RM0 raised

Goal: RM30000

Pasir Mas - Sayoti Mat Taib 55, bapa kepada empat anak ( 7 - 21 tahun) ini disahkan mengidap kanser paru paru (tahap 3B) dan perlu ber...


Pasir Mas - Sayoti Mat Taib 55, bapa kepada empat anak ( 7 - 21 tahun) ini disahkan mengidap kanser paru paru (tahap 3B) dan perlu bergantung pada oksigen 24 jam serta tidak dapat lagi bekerja.

Kos keperluan khas beliau mencecah RM2,000 sebulan termasuk susu dan sewa oksigen.

Keperluan keluarganya kini hanya bergantung pada sumbangan jiran dan sanak saudara namun tidak mencukupi untuk keperluan khasnya itu.

Menurut isterinya Rohani Ab Ghani, buat masa ini keluarganya belum menerima sebarang bantuan bulanan dari mana-mana pihak berwajib.

Petang tadi wakil KELSS menyantuni keluarga ini di Kg Gelam, Tok Uban sambil hulurkan sedikit sumbangan.

Mereka yang ingin membantu keluarga ini boleh menyumbang kepada Rohani Ab Ghani (Isteri):

010-825 4483
https://www.bankislam.biz/rib/login/landing#
Progress:

RM0 raised

Goal: RM2000

Kota Bharu - Seorang ibu tunggal empat anak dihimpit kesusahan dan terpaksa tinggal di dalam sebuah stor deretan kedai di depan bangunan ...


Kota Bharu - Seorang ibu tunggal empat anak dihimpit kesusahan dan terpaksa tinggal di dalam sebuah stor deretan kedai di depan bangunan Koperasi Guru Agama Kelantan Berhad di Jalan Long Yunus.

Lebih menyedihkan, bilik stor tersebut terletak berhampiran tangki najis yang menjadi “taman permainan” anak-anak Najwa Lipayang, 31, yang berusia antara dua hingga 10 tahun.

Turut tinggal bersama mereka, ibu Najwa, Ruzana Amat, 53.

Najwa yang berasal dari Thailand dan berkahwin dengan lelaki tempatan dikurniakan empat cahaya mata, Nur Airis Natasha Mohd Khalis, 10, Muhamad Hafiz Danial, 6, Muhamad Hazim, 4 dan Nur Aina Syuhada, 2, kesemuanya memiliki sijil kelahiran Malaysia.

Pasangan suami isteri itu, bagaimanapun bercerai pada Januari lalu, menyebabkan Nawja hilang tempat bergantung.

Kerana kesempitan hidup itu juga, Nur Airis Natasha dan Muhamad Hafiz Danial berjalan kaki sejauh dua kilometer untuk ke Sekolah Sultan Ismail 2 selain kadang kala dihantar oleh nenek mereka.

Najwa berkata, stor yang menjadi tempat tinggal mereka itu ditumpangkan tanpa bayaran, namun malangnya perlu dikosongkan pada penghujung bulan ini.

“Stor inilah tempat kami tidur, walaupun tidak ada bilik, tiada tandas, tapi kami masih boleh berteduh dan berehat di sini.

“Kalau mandi kami mandi di luar sebab di sini tidak ada bilik air dan tandas kami tumpang milik bangunan kedai, tetapi selepas ini tidak tahu apa nasib kami kerana sudah tiada tempat tinggal,” katanya.

Menurutnya, dia ada mencari rumah sewa, namun perlu memikirkan kemampuan untuk menjelaskan bayaran bulanannya kerana hanya bekerja sebagai pembantu gerai.

“Pendapatan saya hanya RM20 hingga RM25 sehari bergantung kepada keuntungan jualan dan duit itulah yang digunakan untuk membeli lauk pauk dan makanan kepada anak-anak.

“Kadang-kadang kalau tidak ada duit sangat, saya bagi anak-anak sajalah makan nasi bersama lauk, saya pula makan nasi dengan kuah sahaja pun tidak apa-apa,” katanya.

Dalam pada itu, tinjauan ke stor berkenaan menimbulkan rasa kagum terhadap wanita itu kerana menitik beratkan aspek kebersihan dengan baju-baju yang didermakan orang ramai kepada Nawja serta anak-anak berada dalam keadaan tersusun rapi.

Hanya ada sekeping tilam nipis, bantal, kipas kecil dan periuk nasi elektrik berserta sebuah meja buruk terletak kemas di bahagian masing-masing.

Menurutnya, dia sangat menghargai pemberi orang ramai dan menjaga baju itu dengan rapi selain meletakkan plastik di luar bagi mengelak habuk atau terkena kotoran.

“Saya pula suka mengemas dan diri sendiri pun selalu berhias, tetapi kerana melihat kepada pemakaian saya yang kemas ini menyebabkan kadang-kala orang salah erti dan tidak percaya saya orang susah.

“Sebenarnya ini semua baju derma dan walaupun kami dalam keadaan serba kekurangan, saya kena jaga kebersihan kerana bimbang anak terkena penyakit, takut nanti sudahlah susah, sakit pula,” katanya.

Bagi yang ingin menghulurkan bantuan boleh disalurkan ke akaun bank berikut atas nama Nur Airis Natasha Mohd Khalis atau menghubungi Najwa di talian:

016-2552846
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kongsi Portal Ini