Penghuni rumah usang hampir roboh mohon bantuan - KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik di Malaysia yang memerlukan bantuan. Bantuan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang ada di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Kota Bharu - Rumah yang menjadi tempat berlindung lapan beranak ini berada dalam keadaan senget dan hampir roboh, namun mereka tiada pil...

Penghuni rumah usang hampir roboh mohon bantuan


Kota Bharu - Rumah yang menjadi tempat berlindung lapan beranak ini berada dalam keadaan senget dan hampir roboh, namun mereka tiada pilihan kerana itu satu-satunya tempat tinggal yang mereka ada. Lebih malang, Siti Hawa Kancil, 42, berkata, bila-bila masa sahaja mereka akan kehilangan tempat tinggal kerana tapak rumah itu berada di atas tanah milik jiran yang prihatin dan berhati mulia menumpangkan mereka sekeluarga.

“Rumah ini dulu saya bayar sewa RM60 dengan tuan terdahulu, tapi sejak tahun lepas saya tidak mampu bayar dan kemudian dijual kepada pemilik sekarang. “Sekarang saya tumpang tanah ini tanpa apa-apa bayaran dikenakan oleh jiran saya ini, tetapi bila-bila masa sahaja saya kena keluar dari sini kalau mereka mahu gunakan tanah ini pada masa depan,” katanya ketika ditemui di rumah di Kampung Kedai Buloh, Pantai Cahaya Bulan, di sini.

Menurutnya, rumah satu bilik yang didiami itu juga senget dan menunggu masa untuk roboh kerana kayu dinding dan lantai yang sudah reput. “Anak-anak saya semua sudah biasa dan tahu mana kawasan lantai yang tidak boleh dipijak dan sudah mahir selok belok lubang di dalam rumah ini. Cuma, kadang-kadang nasib tidak menyebelahi kami dan kami terjerlus dalam rumah sendiri.

“Acap kali juga anak tanya sampai bila hendak tinggal di sini, tapi saya tidak ada pilihan kerana tak cukup duit untuk baiki rumah ini atau menyewa di tempat lain,” katanya sebak.
Hidap sakit kulit, suami pula kencing manis. Siti Hawa bekerja mengambil upah mewarnakan batik dengan pendapatan RM130 seminggu, manakala suaminya, Mohd Ghani Deraman, 51, pula berpendapatan tidak menentu hasil mengambil upah mengutip kelapa.

Katanya, dia menghidap penyakit kulit, sementara Mohd Ghani pula sudah dua tahun tidak dapat bekerja kerana menghidap kencing manis dan keadaan bertambah serius selepas dia terkena ekzos motosikal sejak seminggu lalu. Mohd Ghani menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat berjumlah RM200 sebulan. “Suami saya kini berada di wad Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk menjalani rawatan dan akan membuang isi di bahagian betis kanan yang sudah mati akibat kejadian itu.

“Sekarang, dia dijaga oleh anak sulung, Mohd Khairul Sham, 21, yang bekerja kontrak kabel di Johor dan anak ketiga Nur Farisya Sabrina, 19, yang bekerja sebagai pembantu kantin sekolah di Pahang. Mereka pulang ke kampung untuk menjaga ayah mereka kerana tidak dapat berjalan dan perlu diusung jika ke tandas,” katanya. Selain mereka, pasangan itu juga mempunyai empat lagi anak yang perlu disara iaitu Mohd Khairul Anuar Faiz Mohd, 20; Mohd Khairul Asraf, 17, sudah tidak bersekolah, Nur Farisya Linda Ilyana, 11, bersekolah di Sekolah Kedai Buloh 1 dan Nur Farisya Adila, 5, pula tadika.

“Anak-anak saya semua biasa makan budu dan menu harian kami ala kadar sahaja, hanya bila saya ada duit lebih, saya akan beli ayam untuk dimasak kepada anak-anak tapi jarang sangat boleh makan ayam. “Saya bekerja biasa sahaja dan kadang kala ikat perut untuk beri makan anak-anak. Saya juga gagal sediakan rumah yang selesa kepada anak-anak saya. Tandas di rumah ini juga rosak dan tidak mampu dibaiki. Kalau hendak buang air besar, kami akan ke tepi sungai atau menumpang jiran,” katanya.

Kepada orang ramai yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini boleh hulurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Mohd Ghani Deraman atau hubunginya:

014-8112995
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini