
Jeli - Bayi derita masalah usus pendek memerlukan sekurang-kurangnya RM30,000 bagi mendapatkan beberapa peralatan dan kelengkapan khas bagi membolehkan dia menjalani rawatan di rumah.
Ibunya, Che Rosniarma Mohamad Nor, 31 berkata, kelengkapan dan peralatan tersebut amat diperlukan anaknya, Nur Aisyah Aleesa Mohd Azreen yang kini berusia setahun lapan bulan sekali gus mengurangkan kebergantungannya terhadap hospital.
"Sebelum ini Aisyah pernah menghuni Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu sejak dilahirkan hingga usianya setahun dua bulan.
"Saya minta izin untuk pulang ke rumah di Ayer Lanas di sini, kerana memikirkan kos yang terpaksa ditanggung, memandangkan saya tidak bekerja dan pendapatan suami yang tidak menentu," katanya.
Menurutnya, bagaimanapun Aisyah tetap perlu dirujuk ke hospital berkenaan terutama jika kondisinya memerlukan pemantauan dari pasukan perubatan.
Mengulas lanjut, Rosniarma berkata, ketika dilahirkan usus anak sulungnya itu dikatakan tersumbat sehingga memaksa dia dibedah seawal usianya 13 hari.
"Pembedahan kali pertama untuk membuang bahagian yang bermasalah menyebabkan usus Aisyah kini pendek dan disahkan menghidap Short Bowel Syndrome (sindrom usus pendek)," katanya.
Tambahnya, disebabkan sindrom dihadapinya itu, Aisyah perlu menjalani rawatan pemakanan parenteral atau Total Parenteral Nutrition bagi mengatasi masalah kekurangan zat sehingga memaksa dia menjadi penghuni tetap di hospital berkenaan.
Che Rosniarma berkata, kos RM30,000 itu diperlukan untuk dia dan suami, Mohd Azreen Ibrahim, 27 menyediakan kelengkapan bagi membolehkan Aisyah menjalani TPN di rumah.
"Antara yang diperlukan termasuk katil berpagar, sinki yang mempunyai elbow tap, penyaman udara, peti dan troli meja serta beberapa kelengkapan lain," katanya.
Dalam pada itu, Rosniarma berkata, Aisyah kini sedang dirawat di Wad Anggerik HRPZ II selepas dimasukkan ke hospital berkenaan hujung Oktober lalu disyaki jangkitan dalam darah.
Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menyumbang, boleh menyalurkannya melalui akaun bank berikut atas nama Che Rorniarma atau menghubunginya:
![]() |
013-2726746 |
![]() |
|
Progress:
|
Goal: RM30000 |
0 comments: