KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia: kelantan

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Memaparkan catatan dengan label kelantan. Papar semua catatan

Pasir Mas - Pengorbanan seorang guru yang bertungkus lumus mengecat bilik darjah, bagi membolehkan murid-muridnya menyertai pertandingan ...


Pasir Mas - Pengorbanan seorang guru yang bertungkus lumus mengecat bilik darjah, bagi membolehkan murid-muridnya menyertai pertandingan kebersihan dan keceriaan peringkat sekolah telah mengubah keseluruhan hidupnya.

Nik Muhammad Yusrizal Kamaruzaman, 36, yang sebelum itu bertugas di SK Bukit Indah, Ampang kini lumpuh dan hilang upaya sepenuhnya sejak tujuh bulan lalu.

Semua ini berlaku apabila Nik Muhammad Yusrizal diserang asma selepas menyelesaikan kerja-kerja mengecat di sekolah yang menyebabkan dia rebah.

Ekoran kejadian itu, Nik Muhammad Yusrizal koma selama dua bulan menyebabkan dia lumpuh dan hilang upaya.

Ibunya, Tuan Nor Azizah Tuan Mat, 61, berkata, selepas kejadian itu anaknya banyak menghabiskan masa terlantar di atas katil.

"Disebabkan itu saya memerlukan perbelanjaan kira-kira RM2,000 sebulan untuk menguruskan kehidupannya.

"Nik Muhammad Yusrizal bergantung sepenuhnya kepada susu untuk meneruskan hidup yang merupakan sumber utama tenaganya.

"Satu tin susu yang bernilai RM85 itu hanya mampu bertahan selama tiga hari sahaja dan Nik Muhammad Yusrizal perlu minum setiap empat jam sekali," katanya di rumahnya di Kampung Landar, Kasar di sini.

Menurutnya, selain susu anak kedua daripada empat beradik itu perlu memakai lampin pakai buang setiap masa dan semua itu memerlukan perbelanjaan besar.

Katanya, Nik Muhammad Yusrizal menghidap penyakit asma kronik itu sejak kecil lagi dan tidak boleh terdedah kepada habuk dan debu-debu.

Mengimbau semula kejadian itu, Tuan Nor Azizah berkata, pada 24 Mac lalu dia menerima panggilan dari salah seorang anaknya yang memberitahu Nik Muhammad Yusrizal telah koma dan berada di dalam ICU.

Katanya, Nik Muhammad Yusrizal dirawat selama dua bulan di ICU sebelum dibawa pulang ke rumah pada Ramadan lalu.

"Sejak hari itu saya hanya berkomunikasi menggunakan isyarat mata dengan Nik Muhammad Yusrizal. "Dia akan kerdipkan mata sebagai tanda memahami apa yang saya ingin sampaikan," katanya.

Tuan Nor Azizah berkata, ketika ini isteri Nik Muhammad Yusrizal yang berkerja sebagai guru berada di Kuala Lumpur bersama anaknya berusia 12 tahun.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank berikut milik Tuan Nor Azizah:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kota Bharu - Kekerapan sakit kepala dalam tempoh dua tahun memberi petanda seorang bekas pemandu lori menghidap penyakit barah otak taha...


Kota Bharu - Kekerapan sakit kepala dalam tempoh dua tahun memberi petanda seorang bekas pemandu lori menghidap penyakit barah otak tahap empat.

Penyakit itu dikesan selepas Mohd Yasin Mat Said @ Muhammad, 39, yang tinggal di Kampung Gelong Gajah, Machang tidak dapat menahan sakit sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Krai, Februari lalu dan dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

Kakak sulungnya, Hasmirah, 47, berkata adik ketiganya itu masih bujang kini terlantar dan tidak boleh bercakap selepas menjalani tiga pembedahan di kepala termasuk membuang air.

Katanya, sebelum ini adik ketiganya normal dan kerap mengalami sakit kepala dalam tempoh dua tahun.

“Adik saya ingat sakit kepala itu biasa dan hanya mengambil ubat yang dibeli di kedai untuk menahan sakit tanpa pergi mendapatkan rawatan di klinik atau hospital.

“Namun, keadaannya menjadi semakin teruk Februari lalu sebelum menjalani pemeriksaan mesin CT Scan di HUSM dan disahkan menghidap barah otak tahap empat.

“Susulan itu adik menjalani tiga kali pembedahan di kepala antara Julai hingga September lalu termasuk terakhir bagi membuang air sebelum dimasukkan wayar dari kepala disalurkan ke perut serta menjalani 20 kali rawatan kemoterapi,” katanya di sini, semalam.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan ke akaun bank berikut atas nama Remelah Mat San:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kota Bharu – Malaysian Humanitarian Aid And Relief aktif menjalankan kerja-kerja kebajikan melalui pelancaran sumbangan awam sejak Jun...


Kota Bharu – Malaysian Humanitarian Aid And Relief aktif menjalankan kerja-kerja kebajikan melalui pelancaran sumbangan awam sejak Jun 2018.

Pengerusi Mahar, Jismi Johari berkata, terkini pihaknya melancarkan Kempen ’RM10 untuk Ibu Eshah’ melalui media sosial pertubuhan tersebut kepada keluarga Eshah Mat, 77, dan anaknya Sulaiman Yassin, 53 bagi memperbaiki kehidupan keluarga.

Menurutnya, bantuan motosikal roda tiga disalurkan kepada keluarga berkenaan melalui inisiatif sumbangan rakyat Malaysia yang dilancarkan sekaligus memberi kemudahan mereka menjaja buah-buahan dan sayur-sayuran di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu dan pasar malam di sekitar Gua Musang.

"Walaupun hidup dalam serba kekurangan, mereka tidak pernah menyerah kepada nasib, malah terus berusaha meraih pendapatan melalui aktiviti berjualan di pasar berkenaan.

"Dengan motosikal usang yang dimiliki oleh Sulaiman, mereka berulang alik dari Gual Periuk, Rantau Panjang ke Kota Bharu setiap hari dan sesekali ke Gua Musang untuk berniaga, malah Eshah turut mendapatkan bekalan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan dari negara jiran untuk dijual setiap hari," katanya.

Jismi berkata, kedua-dua beranak ini telah beberapa kali berdepan dengan kemalangan apabila kenderaan yang dinaiki sudah uzur dan tidak selamat. Katanya, pada masa yang sama terpaksa mengangkut barang-barang jualan yang banyak dan mengakibatkan kenderaan yang dinaiki tidak stabil.

“Kami bertekad untuk membantu mereka kerana di sebalik kehidupan mereka yang serba kekurangan, mereka tidak mengalah kepada nasib malah berdikari meneruskan kehidupan dengan saki-baki kederat yang ada.

"Mereka merupakan ikon masyarakat kepada mana-mana individu yang banyak memberikan alasan hidup susah atas faktor kemiskinan,” katanya. Lebih malang, Jismi berkata, keluarga ini juga tidak mempunyai rumah yang selamat untuk dihuni.

Walaupun mempunyai sebidang kecil tanah, mereka tidak mampu untuk membina rumah kerana tidak mempunyai wang yang cukup. "Buat masa ini mereka menumpang teduh di bangsal milik saudara yang terletak jauh di pedalaman tanpa sebarang keperluan asas seperti sumber air bersih dan tenaga elektrik.

"Wakil Mahar di Kelantan telah berjumpa dengan keluarga berkenaan dan memanjangkan perkara tersebut kepada pihak yang bertanggungjawab namun masih belum mendapat sebarang maklumbalas," katanya.

Beliau berkata, pada awalnya kempen ‘RM10 untuk Ibu Esah’ ini disasarkan untuk membantu keluarga ini dengan membina tempat tinggal yang lebih kondusif, namun jumlah sumbangan belum mencukupi sekaligus dana yang terkumpul sehingga kini digunakan untuk membeli kenderaan yang selamat untuk digunakan seharian.

Katanya, Mahar berharap pihak berkuasa tempatan akan membantu keluarga ini membina tempat tinggal yang selamat memandangkan faktor usia mereka yang sudah lanjut di samping tiada tempat lain untuk mengadu nasib sehingga hari ini.

Dalam pada itu, mereka yang ingin membantu dalam kempen ‘RM10 untuk Ibu Eshah’, bolehlah menyalurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Islamic Malaysian Humanitarian Aid and Relief:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Pasir Mas - Ibu tunggal menderita penyakit kanser payudara tahap empat kini hanya mampu terlantar sejak tiga bulan lalu. Lebih menyedih...


Pasir Mas - Ibu tunggal menderita penyakit kanser payudara tahap empat kini hanya mampu terlantar sejak tiga bulan lalu.

Lebih menyedihkan, ibu kepada tiga cahaya mata berusia 46 tahun itu, diceraikan suami di saat wanita itu memerlukan sokongan insan tersayang ketika bertarung dengan penyakit berkenaan.

Nasib Siti Narizan Mustapha ibarat jatuh ditimpa tangga menyebabkan mereka sekeluarga terpaksa diuruskan ibunya, Limah Hassan, 76, termasuk makan minum hasil bantuan zakat yang diperoleh warga emas itu sebanyak RM150 sebulan.

Tiga anak Siti Narizan iaitu Nor Shafiqah Amira Mohamad Afendi, 22; Mohd Zulhilmi Abdul Rahman, 17, dan Nur Alia Safiya Abdullah, 5.

Siti Narizan berkata, Nor Shafiqah Amira dan Nur Alia Safiya tinggal bersamanya manakala Mohd Zulhilmi tinggal dengan keluarga bekas suami keduanya sejak kecil lagi.

Katanya, sebelum ini dia bekerja sebagai penoreh getah bagi membantu ibunya demi meneruskan hidup, namun kini sudah tidak mampu melakukan sebarang kerja kerana kanser dihadapinya semakin teruk.

“Ketika berusia 29 tahun saya sudah menghidap kanser namun tidak teruk dan masih sihat untuk mencari pendapatan, sehinggalah awal tahun ini kanser semakin teruk dan doktor memaklumkan sudah pada tahap empat.

“Saya tidak mahu menjalani kemoterapi kerana tidak tahan menanggung kesakitan dan kini hanya berserah kepada Allah dan bersedia sekiranya ajal sudah tiba.

“Namun, jauh di sudut hati saya bimbang dengan nasib anak sekiranya saya sudah tiada terutama Nor Shafiqah Amira yang mempunyai masalah lembam dan anak bongsu yang masih kecil.

“Siapa mahu menjaga mereka kerana bapa mereka sendiri tidak pernah memberi nafkah,” katanya di kediamannya di Kampung Mokel Tok Uban, Pasir Mas, hari ini.

Siti Narizan berkata, dia reda jodohnya dengan ketiga-tiga suami tidak panjang dan bekas suami ketiga turut meninggalkannya ketika dia bertarung dengan penyakit.

“Mungkin perjalanan hidup saya sudah tertulis begini, namun saya bimbang nasib anak-anak nanti. Kami sekeluarga hanya bergantung dengan duit ibu diperoleh daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan iaitu RM150 sebulan.

“Dalam keadaan sakit terlantar saya sepatutnya memakai lampin pakai buang, namun disebabkan tidak mampu menyebabkan saya terpaksa buang air kecil di tempat pembaringan,” katanya.

Sementara itu, Limah berkata, dia sudah beberapa kali ke pejabat JKM untuk mendapatkan bantuan namun gagal menyebabkan dia terpaksa bekerja di usia tua untuk menampung keperluan anak serta cucunya.

Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun bank berikut atas nama Siti Narizan:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kota Bharu - Rumah terbakar di Kota Bharu, Kelantan. Mohon bantuan segera sahabat-sahabat sekalian. Semoga sumbangan anda boleh memban...


Kota Bharu - Rumah terbakar di Kota Bharu, Kelantan. Mohon bantuan segera sahabat-sahabat sekalian.

Semoga sumbangan anda boleh membantu mangsa. Tolong share beramai-ramai. Semoga ada yang sudi membantu.

Jika ada yang ingin memberi sumbangan bentuk wang tunai boleh terus transfer ke akaun bank berikut atas nama Mohd Razani bin Awang atau hubunginya:

017-9511975
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh hubungi 011-17953334

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh hubungi 011-17953334

Kota Bharu - Sebuah keluarga 13 orang terpaksa tidur berhimpit-himpit di rumah papan rosak, reput lagi usang dekat Pasir Tumbuh di sini...


Kota Bharu - Sebuah keluarga 13 orang terpaksa tidur berhimpit-himpit di rumah papan rosak, reput lagi usang dekat Pasir Tumbuh di sini.

Saadiah Samat, 63, tinggal bersama enam anak lelaki dan seorang anak perempuan, menantunya dan empat cucu di rumah berusia 30 tahun itu.

Katanya, anggota keluarganya tidur bersesak di rumah arwah suaminya yang mati 11 tahun lalu kerana mempunyai satu bilik.

"Bagi kami yang dewasa tidaklah kisah mengenai kesulitan tidur tetapi bagi kanak-kanak terutama yang kecil, mereka akan rasa tidak selesa," katanya.

Saadiah berkata kekangan kewangan menyebabkan beliau tidak mampu membaiki kerosakan dapur, bilik, ruang tamu termasuk lantai reput dan bumbung bocor.

Beliau berharap ada pihak sudi membantu membaiki rumahnya kerana enam anaknya itu, berusia 26 hingga 38 tahun, berpendapatan tidak menentu.

Sementara dua lagi anaknya, kini berusia 25 dan 27 tahun pula tinggal di kampung berdekatan dan juga di Johor, tambah wanita itu lagi.

Keluarganya memohon bantuan beberapa pihak untuk membaik pulih namun tiada tindakan susulan diterima. Orang ramai boleh menderma melalui:

Gua Musang - Kesusahan hidup selepas bercerai memaksa seorang ibu tunggal tujuh anak di Kampung Batu 5 di sini menjadikan kandang kambing...


Gua Musang - Kesusahan hidup selepas bercerai memaksa seorang ibu tunggal tujuh anak di Kampung Batu 5 di sini menjadikan kandang kambing yang telah diubah suai sebagai tempat berteduh.

Begitulah kehidupan Ruslida Kamarazaman, 38, yang hanya mengambil upah menoreh getah dengan pendapatan RM10 sehari.

Ruslida berkata, dia tinggal bersama anaknya di kandang berdindingkan zink dan lantai kayu terpakai berkenaan sejak setahun lalu selepas diceraikan suaminya.

"Keputusan mendiami kandang kambing itu diambil selepas enggan menyusahkan ibunya yang sudah tua. Hasil perkongsian hidup selama 22 tahun, kami dikurniakan tujuh anak berusia antara 2 hingga 21 tahun.

"Hanya enam orang anak tinggal bersama saya, manakala seorang lagi bersama bekas suami. Selepas bercerai kami anak-beranak meneruskan hidup di kandang ini," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Katanya, tiga daripada anaknya kini bekerja di Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

"Ketika ini hanya saya bersama tiga anak berusia dua, sembilan dan 13 tahun tinggal di bangsal kambing ini. Bangsal kambing ini juga tidak mempunyai bekalan elektrik dan hanya menggunakan lilin pada waktu malam," katanya.

Katanya, dia tidak pernah menyalahkan sesiapa kerana sebelum ini dia tidak pernah memohon bantuan rumah daripada pihak berwajib.

Ruslida bersyukur apabila tiga orang anaknya yang bekerja di kedai makan dan kilang tidak lupa mengirimkan sedikit wang belanja walaupun gaji mereka hanya cukup makan sahaja. Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh menghubungi Ruslida di talian berikut:

011-3681 0278
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Gua Musang - Setiap kali hujan mereka berdepan kesulitan kerana terpaksa menggunakan lebih 20 baldi untuk menadah air di­sebabkan bumbun...


Gua Musang - Setiap kali hujan mereka berdepan kesulitan kerana terpaksa menggunakan lebih 20 baldi untuk menadah air di­sebabkan bumbung bocor.

Mereka juga sedih memikirkan sambutan Aidilfitri yang bakal tiba dengan keadaan rumah mereka yang semakin uzur.

Khatijah berkata, kerana tidak mampu hidup menyewa, mereka sekeluarga terpaksa mendiami rumah pusaka bapanya yang sudah meninggal dunia.

Katanya, akibat kesempitan hidup, dia bersama suami, Mohd. Yusoff Abdullah, 39, serta lima orang berumur setahun sehingga 14 tahun tiada pilihan selain terpaksa berteduh di rumah tersebut walaupun dindingnya semakin reput serta berlubang dimamah anai-anai.

“Jika sebut tentang rumah, saya sangat sedih. Rumah peninggalan ayah yang serba kekura­ngan inilah tempat kami menyambut hari raya sejak 14 tahun lalu.

“Saya sedih kerana permohonan bantuan rumah kami belum ada tindakan dan jawapan daripada pihak atasan,” katanya di sini hari ini.

Khatijah berkata, pendapatan suaminya sebagai penoreh getah sebanyak RM500 sebulan ha­nya cukup untuk makan minum mereka sekeluarga.

Katanya, pernah suatu ketika anaknya tidak dapat ke sekolah selama seminggu kerana tiada wang. “Kami berharap pihak berwajib dapat membantu keluarga kami.

Kami juga tidak membuat sebarang persiapan hari raya dan menyambutnya ala kadar seperti tahun sebelumnya,” katanya.

Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh meng­hubungi Khatijah di talian:

011-25640832
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kota Bharu - Tatkala rakan sebaya berlari riang menikmati zaman kanak-kanak penuh warna-warni, si kecil ini pula terlantar membisu long...


Kota Bharu - Tatkala rakan sebaya berlari riang menikmati zaman kanak-kanak penuh warna-warni, si kecil ini pula terlantar membisu longlai di katil hospital berperang dengan nyawanya.

Itu yang diharungi Nur Ar’yana Arissa, 2, selepas tragedi terjatuh dari pelukan ibu, Nur Amizah Muhammad, 29, di rumah mereka di Balok, Kuantan, Pahang, setahun lalu.

Menceritakan kembali detik itu, dua beranak terbabit berada di dalam bilik dan secara tiba-tiba pelampung besar yang disimpan di atas almari dalam bilik berkenaan menggelongsor jatuh.

Katanya, dia yang mendukung anak tunggalnya itu sempat menepis pelampung berkenaan bagi mengelak dari menghempap Nur Ar’yana, malangnya dirinya gagal mengimbangi badan menyebabkan anaknya terlepas dari pangkuan.

“Nur Ar’yana jatuh dalam keadaan terduduk dan kepalanya pula pada terhantuk pada dinding almari. “Keadaan bertambah cemas apabila wajah Nur Ar’yana bertukar kebiruan dan menangis sekuat hati tanpa henti,” katanya.

Menurutnya, dalam keadaan panik itu, dia membawa anaknya ke hospital dan menghubungi suami, Mohd Nur Azimi Mahussin, 33, bagi memaklumkan kejadian.

Nur Amizah berkata, anaknya itu dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini, menyebabkan dia juga berpindah ke rumah mentua di Kutan Pasir Pekan, Tumpat, di sini, bagi memudahkan urusan menjaga anaknya itu.

“Pada malam raya lalu, keadaannya bertambah teruk menyebabkan dia dimasukkan ke wad untuk pemantauan rapi sehingga sekarang. “Kepalanya membengkak akibat sakit pada saraf selain paru-parunya dijangkiti kuman serta hanya bergantung pada mesin oksigen untuk bernafas,” katanya.

Beliau berkata, hospital itu kini umpama rumah kedua bagi mereka tiga beranak dan suamninya juga terpaksa bercuti tanpa gaji sejak November tahun lalu kerana bergilir-gilir menjaga anak mereka sambil dibantu keluarga yang lain.

“Dalam sebulan kami memerlukan lebih RM600 untuk beli keperluan dan kelengkapan Nur Ar’yana seperti lampin, susu dan tiub saluran pernafasan berharga RM381 setiap satu yang kerap perlu ditukar.

“Keadaan kewangan kami bertambah sukar kerana wang simpanan makin susut. Kami tidak makan pun tak apa, asalkan keperluannya cukup. Saya tidak putus berdoa dan minta semua berdoa agar anak saya pulih kerana saya sangat merindui keletahnya,” katanya.

Orang ramai boleh salurkan bantuan ke akaun bank berikut atas nama Nur Amizah Muhammad atau hubunginya:

018-9143923
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kota Bharu - Jika anda mendakwa hidup susah, percaya atau tidak, ada yang lebih melarat. Tidak makan dua hari kerana tiada beras. Cuma RM...


Kota Bharu - Jika anda mendakwa hidup susah, percaya atau tidak, ada yang lebih melarat. Tidak makan dua hari kerana tiada beras. Cuma RM1 untuk isi perut ke sekolah. Sama sekali tidak pernah merasa lazat ayam goreng hidangan restoran makanan segera terkenal.

Cerminan kesusahan itu menimpa sebuah keluarga di Kedai Lalat, Kota Bharu, Kelantan.

Susahnya hidup mereka, seumur hidup anak keluarga ini, yang berusia 14 dan 13 tahun, mereka tidak pernah menjamah ayam goreng hidangan restoran makanan segera terkenal.

Dua beradik ini cuma mengetahui rasa lazatnya ayam goreng itu melalui iklan di televisyen dan mendengar cerita keenakan ayam tersebut daripada rakan-rakan.

Kalau ke sekolah, pelajar Sekolah Menengah Raja Sakti ini, Mohd Ruzwan Kadir dan kakaknya Nurul Huda Hanim hanya membawa RM1 di dalam poket masing-masing.

“50 sen beli air, 50 sen lagi untuk nuget. Itu sahaja. Esok begitu lagi. Tidak pernah saya rasa keenakan ayam goreng, hanya tahu bila tengok televisyen dan dengar daripada kawan-kawan,’’kata Mohd Ruzwan ketika ditemui di rumahnya di Kedai Lalat, Kota Bharu, Kelantan.

Sepanjang bersekolah, dua beradik ini juga tidak membawa bekal, malah tidak mengambil sarapan kerana tiada lauk.

Dalam sehari, mereka sekeluarga hanya makan sekali sahaja. “Apa boleh buat, terpaksa ikat perut. Kalau makan juga tidak selera. Ada telur rebus dan budu, itu wajib,’’ kata Nurul Huda.

Situasi yang dialami Ruzwan dan kakaknya itu adalah disebabkan kesempitan hidup kedua ibu bapa mereka.

Bapanya Kadir Abdul Rahman, 51, mengalami penyakit saraf dan bekas pengidap angin ahmar yang menyebabkan beliau tidak mampu bekerja.

Ibunya mereka, Saemah Rashid, 50, juga tidak bekerja untuk menampung keluarga. Sebelum ini, keluarga ini menetap di Kuantan, Pahang.

Namun, selepas pulang ke Kelantan dua tahun lalu, hidup mereka semakin melarat sehingga pada satu tahap tidak makan selama dua hari kerana ketiadaan beras.

Keluarga ini menyewa di sebuah rumah di Kampung Kedai Lalat dengan kadar RM350 sebulan.

Sebelum ini mereka mendapat bantuan Pusat Zakat Pahang, namun selepas pulang ke Kelantan, bantuan tersebut terhenti serta merta.

Keadaan daif ini dialami keluarga berkenaan sejak dua tahun selepas Kadir tidak lagi mampu bekerja disebabkan tahap kesihatannya tidak mengizinkan.

Namun, selama dua tahun, Ruzwan dan Nurul Huda enggan menceritakan masalah yang dihadapi keluarganya itu.

Mereka memendam rasa untuk tempoh yang lama sehingga kisah mereka diketahui daripada seorang rakannya yang mendedahkan keluarga ini pernah tidak makan selama dua hari kerana tiada beras untuk dimasak menjadi nasi.

Kota Bharu - Seorang ibu tunggal penghidap HIV resah memikirkan masa depan empat anaknya termasuk seorang yang kurang upaya. Saleha, 48...


Kota Bharu - Seorang ibu tunggal penghidap HIV resah memikirkan masa depan empat anaknya termasuk seorang yang kurang upaya.

Saleha, 48, (bukan nama sebenar) dari Kampung Baung, Pengkalan Chepa, dekat sini, disahkan menghidap HIV kira-kira lapan tahun lalu, selepas kematian suaminya.

Ibu tunggal itu yang mencari rezeki sebagai tukang jahit, berkata beliau hanya tahu menghidap penyakit berkenaan apabila berhasrat berkahwin lain pada 2012 dan membuat pemeriksaan darah.

"Pemeriksaan darah mengesahkan saya dijangkiti HIV. Hancur luluh hati menerima berita itu, hampir putus asa kerana memikirkan tidak lagi memiliki masa depan.

"Namun, mengenangkan empat anak termasuk sepasang kembar dan seorang daripada mereka yang bisu, saya cekalkan perasaan untuk meneruskan hidup seperti biasa.

"Sejak disahkan menghidap HIV, saya berulang alik ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu untuk mendapatkan rawatan sebelum dikesan menghidap satu lagi penyakit berbahaya," katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini.

Katanya, beliau turut disahkan menghidap talasemia atau ketidakmampuan tubuh menghasilkan sel darah merah dan hemoglobin.

Masyarakat bertanggungjawab membantu wanita ini dan memastikan anaknya tidak keciciran sekolah. Beliau juga pohon bantuan membaik pulih rumahnya supaya beliau dapat menjahit dengan lebih selesa.

Setakat ini, Saleha terpaksa melakukan kerja menjahit di luar rumah kerana tempat tinggalnya sempit.
Bantuan sewajarnya termasuk memastikan rawatan di hospital dapat diteruskan secara teratur selain membekalkan sebuah lagi mesin jahit serta bilik tambahan untuk kerja hariannya.

Bachok - Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, namun ibu tunggal, Wan Fazilah Wan Yusof, yang OKU penglihatan, tidak pernah me...


Bachok - Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, namun ibu tunggal, Wan Fazilah Wan Yusof, yang OKU penglihatan, tidak pernah mengeluh membesarkan empat anaknya dalam keadaan serba kekurangan. Derita Wan Fazilah, 57, bertambah berat apabila lumpuh separuh badan diserang angin ahmar enam bulan ini, sehingga dia kini terpaksa mengharapkan belas ihsan jiran dan saudara untuk menanggung empat anak termasuk dua yang juga OKU.

Dua anak perempuannya Nur Farah Izzati, 18, dan Nur Fatin Inani, 12, OKU fizikal dan lembam sejak lahir manakala dua anak lelaki, Muhammad Afzainizam Che Ibrahim, 23; Muhammad Izzat Farhan, 20, normal. Suaminya pula, Che Ibrahim Che Leh, 52, meninggal dunia akibat pendarahan otak, dua minggu lalu.

"Suami juga OKU fizikal terpaksa berhenti kerja untuk jaga saya, malangnya dia pula meninggal dunia menyebabkan kehidupan kami semakin terhimpit," katanya ditemui di Kampung Padang, Jalan Nakhoda Saamah, di sini. Dengan keadaannya sekarang, Wan Fazilah terpaksa menumpang rumah saudaranya selepas terpaksa keluar dari rumah sewa kerana tidak mampu melunaskan tunggakan sewa.

Wan Fazilah berkata, dia kini sedih memikirkan masa depan keluarganya, tambahan pula perlu menanggung pelajaran anak sulungnya, Afzainizam yang juga penuntut semester tiga jurusan Pendidikan Biologi di Universiti Pendidikan Sultan Idris. "Sekurang-kurangnya saya memerlukan RM300 sebulan untuk membeli lampin pakai buang dan ubatan saya sendiri. Ia tidak termasuk perbelanjaan harian dan pengajian anak sulung saya.

"Kini hanya anak kedua, Izzat yang bekerja kampung di Terengganu menyara kami. Apabila Afzainizam pergi belajar, tinggal kami tiga beranak termasuk dua anak perempuan yang OKU di rumah mengharapkan bantuan makan minum daripada jiran dan saudara," katanya sebak. Wan Fazilah yang menerima bantuan RM300 sebulan daripada JKM, berkata ketika ini saudaranya, Siti Noraiha Mahmud, 50, yang paling banyak membantu mereka sekeluarga.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga Wan Fazilah Wan Yusof, boleh hubungi anaknya, Nur Farah Izzati di talian berikut:

016-9374385
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Pasir Puteh - Seorang ibu tunggal yang menghidap angin ahmar di Kampung Seligi, di sini, menjalani kehidupan tanpa sumber pendapatan s...


Pasir Puteh - Seorang ibu tunggal yang menghidap angin ahmar di Kampung Seligi, di sini, menjalani kehidupan tanpa sumber pendapatan selepas kematian suami enam bulan lalu.

Rosila Ahmad, 49, berkata, sebelum ini dia membantu menampung perbelanjaan keluarga dengan berkerja di sebuah restoran di Kota Bharu, tetapi terpaksa berhenti kerana diserang angin ahmar.

Katanya, dia sanggup berulang-alik dari Pasir Puteh ke Kota Bharu sejauh 40 kilometer setiap hari dengan menunggang motosikal kerana tidak mahu terlalu membebankan suaminya.

"Bila saya sendiri sakit, saya terpaksa berhenti kerja walaupun anak-anak yang masih belajar memerlukan banyak duit, kini saya langsung tidak ada pendapatan.

"Tangan saya ni ada ketikanya tidak boleh digerakkan dan ketika itu ingatan saya menjadi sangat lemah, macamana saya nak bekerja dalam keadaan begini," katanya.

Suaminya, Abdullah Junoh meninggal dunia pada usia 50 tahun pada Ogos tahun lepas akibat sakit jantung sementara Rosila mula diserang angin ahmar pada Oktober tahun sama.

Empat anak mereka adalah Mohd Zulkiffle 23, yang belajar pondok pengajian agama di Jerteh, Nur Iman Solehah, 22, belajar di UKM Bangi, Ahmad Azamuddin, 19, menunggu keputusan SPM dan Muhammad Amirul, 8, belajar di sekolah agama di Kampung Lepah, Selising.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank berikut atas nama Rosila Ahmad atau menghubunginya:

019-9402448
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kongsi Portal Ini