Pesakit kanser hidung derita sejak setahun lalu - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Kuala Krai - Derita pesakit kanser hidung tahap empat, Mohamad Faris Hashim, 29, yang sedang bertarung nyawa melawan penyakit dihidapi se...

Pesakit kanser hidung derita sejak setahun lalu


Kuala Krai - Derita pesakit kanser hidung tahap empat, Mohamad Faris Hashim, 29, yang sedang bertarung nyawa melawan penyakit dihidapi sejak setahun lalu mendapat perhatian orang ramai.

Terbaharu, Mohamad Faris menerima kunjungan Pengerusi Malaysian Relief Agency, Datuk Dr Rosemi Salleh yang menyampaikan sumbangan susu, lampin pakai buang, barangan keperluan harian serta wang tunai.

Ibunya, Siti Timah Mat meluahkan rasa syukur orang ramai tampil menghulurkan bantuan sejak kisahnya disiarkan media minggu lalu.

"Terima kasih kepada semua penyumbang termasuk rombongan hari ini yang menyampaikan sumbangan serta turut memberikan khidmat nasihat tentang penyakit dihidapi Mohamad Faris.

"Rombongan MRA turut memberikan kata-kata semangat buat kami sekeluarga, ia benar-benar bermakna buat kami ketika ini," katanya yang kematian suami akibat penyakit sama Oktober tahun lalu.

Sementara itu, Dr Rosemi berkata, MRA merupakan badan bukan kerajaan pelbagai latar
belakang yang ditubuhkan sejak 2014 aktif membantu golongan memerlukan.

"Kami tidak mempunyai dana khas, sebaliknya wang adalah hasil dari sumbangan ahli, jadi kami turut mengalu-alukan orang ramai untuk sama-sama membantu golongan sasar," katanya.

Dalam pada itu, Dr Rosemi juga akan menyampaikan sumbangan berupa tilam dan kerusi roda khas kepada keluarga Siti Timah bagi memudahkan mereka menguruskan Mohamad Faris dalam masa terdekat.

0 comments:

Kongsi Portal Ini