KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia: ibu tunggal

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik di Malaysia yang memerlukan bantuan. Bantuan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang ada di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Memaparkan catatan dengan label ibu tunggal. Papar semua catatan

Jasin - "Saya harap kerajaan boleh bantu jika ada mana-mana rumah yang sesuai untuk saya duduki," demikian luah Rosnah Baba, 60...


Jasin - "Saya harap kerajaan boleh bantu jika ada mana-mana rumah yang sesuai untuk saya duduki," demikian luah Rosnah Baba, 60, seorang ibu tunggal yang menghidap kanser hidung tahap empat.

Menurut Rosnah, rumah didiami kini yang terletak di Jalan Loji Air, Chinchin sebenarnya dibina atas tanah bukan miliknya.

"Sebenarnya rumah yang kami duduki didirikan atas tanah pusaka sebelah arwah suami, namun setelah kematian suami pada 2010, ada waris yang maklum, ini bukan bahagian kami, jadi saya sudah duduk di atas tanah orang sebenarnya.

"Itu sebab saya berharap sekiranya ada belas ihsan pihak tertentu sekiranya ada mana-mana rumah kerajaan bolehlah bantu saya memohon," katanya.

Mengenai penyakit kanser yang dihidapi, Rosnah berkata, ia mula disahkan pakar perubatan di Hospital Melaka sejak Mac tahun lalu setelah dia mengalami selesema yang berpanjangan dan mengeluarkan darah.

"Apabila saya pergi ke sebuah klinik swasta di Jasin, doktor mengesan semacam ada ketumbuhan di bahagian dalam hidung dan menyarankan saya merujuk ke Hospital Jasin dan kes kemudiannya ke Hospital Melaka.

"Saya sendiri tidak pasti macam mana boleh dapat kanser cuma saya pernah bekerja di sebuah kilang membuat perabot selama lebih 10 tahun, sebelum berhenti kerja pada 2003, mungkin kesan habuk kayu membuatkan hidung saya jadi begini," katanya.

Sementara itu, anak bongsu Rosnah, Siti Aisyah Binti Wahid, 31, berkata, semenjak ibunya mengalami penyakit itu keadaannya agak lemah dan tidak boleh melakukan kerja-kerja berat selain terpaksa mendapatkan rawatan berjadual di Hospital Melaka.

"Sebelum ini saya mengikut suami yang bertugas sebagai anggota tentera di Mersing, tetapi selepas keadaan mak macam ini, saya terpaksa pindah Melaka dan duduk jaga emak bersama adik-beradik lain," katanya. Orang ramai yang ingin membantu ibu tunggal ini boleh berbuat demikian.

Pasir Puteh - Kekangan kemiskinan memaksa seorang ibu tunggal dan tiga anak tinggal dalam reban ayam di belakang rumah ibunya, di Kampung...


Pasir Puteh - Kekangan kemiskinan memaksa seorang ibu tunggal dan tiga anak tinggal dalam reban ayam di belakang rumah ibunya, di Kampung Banggol Tiga Daerah, Bukit Abal, di sini tanpa sebarang kemudahan.

Rabiatuladawiyah Ayub, 32, yang berpisah dengan suaminya sejak enam bulan lalu memilih reban ayam yang dibaiki dengan dinding zink terbuang sebagai kediaman mereka sekeluarga kerana tidak mahu mengganggu dan membebankan ibunya.

Menurutnya, bekalan letrik disambung dari rumah ibunya sekadar untuk satu lampu sahaja dan tiada ruang dapur mahupun bilik tidur. "Saya juga mendapat bekalan air dari rumah ibu dan sekali sekala memasak dan makan di luar rumah yang dahulunya adalah reban ayam.

" Rumah ibu juga kecil dan hanya ada satu bilik sahaja sememangnya tidak sesuai untuk kami tinggal di situ. Apa lagi ibu baharu sahaja berkahwin dengan lelaki pilihannya," katanya yang tinggal di situ sejak dua bulan lalu.

Rabiatuladawiyah berkata, anaknya, Wan Nurdhia Irdina Wan Rubuan, 7, Wan Mohd. Aniq Anaqi, 6, dan Wan Mohd Firas Irfan, setahun, hanya makan nasi sekali sehari kerana tidak ada sumber pendapatan.

"Saya juga gagal membekalkan wang saku sekolah kepada Wan Nurdhia Irdina. Saya tidak memasak kerana tidak ada dapur, duit jiran bagi saya gunakan untuk beli makanan. Paling utama empat bungkus nasi untuk sekali makan," katanya.

Kisah keluarga ini tular di laman sosial selepas pemderitaan hidup mereka dikesan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diketuai Mohd. Asri Abdullah. Menurut Mohd. Asri gabungan lebih 12 NGO bersetuju untuk membantu keluarga tersebut dengan pelbagai pendekatan bagi membela nasib ibu tunggal berkenaan.

Katanya, salah seorang pimpinan NGO, Mohd. Zamrud Hassan sedang berusaha mendapatkan dana untuk membina rumah bagi menggantikan reban ayam. Sementara itu, Ketua Jajahan Pasir Puteh, Abd. Pattah Hasbullah berkata, kisah keluarga berkenaan sudah mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“JKM telah menghulurkan bantuan segera bagi meringankan bebanan ibu tunggal yang tinggal dalam ruang sempit di atas tanah yang hanya beralaskan tikar.

"Kita juga sedang mengurus bantuan bulanan untuk anaknya sebanyak RM300 sebulan, manakala siasatan lebih terperinci sedang dilakukan oleh penggawa kawasan tersebut," katanya.

Kota Bharu - Akibat kesempitan hidup, ibu tunggal dikenali sebagai Nurliza Yaakob yang menetap di Kampung Langgar, Kota Bharu ini terpaks...


Kota Bharu - Akibat kesempitan hidup, ibu tunggal dikenali sebagai Nurliza Yaakob yang menetap di Kampung Langgar, Kota Bharu ini terpaksa memberi minum air kosong kepada bayinya yang berusia dua tahun sebagai pengganti susu.

Sudahlah diri sendiri menghidap sakit tulang belakang, ibu tunggal berusia 36 tahun ini buntu memikirkan nasib dua lagi anaknya apabila terpaksa menjalani kehidupan seharian tanpa sumber kewangan tetap. 

Seorang lagi anaknya berusia 11 tahun pula mendapat wang saku sebanyak RM5 setiap hari hasil sumbangan kelab guru dan pengurusan Sekolah Kebangsaan (SK) Langgar.

Memetik laporan media, Nurliza hanya bergantung kepada kerja membuat kuih secara kecil-kecilan untuk menampung hidupnya tiga beranak.

Dalam masa sama, dia terpaksa berjimat cermat kerana terpaksa membayar sewa rumah sebanyak RM250 sebulan.

Semoga ada jalan penyelesaian untuk mereka sekeluarga termasuk ihsan orang ramai untuk meringankan beban keluarga ini.

Pembedahan untuk tulang belakang Nurliza akan dibuat dalam tempoh terdekat namun dia masih dalam dilema terhadap pelbagai kemungkinan termasuk pengurusan hidup dua anaknya. Sehubungan itu, orang ramai yang sudi membantu boleh berbuat demikian.

Kluang - Ibu kepada tujuh orang anak berusia antara dua hingga 16 tahun yang enggan mendedahkan nama suaminya itu merayu suaminya pulang ...


Kluang - Ibu kepada tujuh orang anak berusia antara dua hingga 16 tahun yang enggan mendedahkan nama suaminya itu merayu suaminya pulang selepas menghilangkan diri tanpa sebab sejak awal Januari lalu.

“Saya terpaksa memberikan alasan ayah mereka bekerja jauh semata-mata tidak mahu mereka bersedih,” kat Siti Norafizah Gahlidin, 47, yang mengharapkan kepulangan suaminya kepangkuan keluarga.

“Saya tidak tahu apakah punca suami hilang secara tiba-tiba meninggalkan saya bersama anak-anak tanpa sebarang khabar berita.

“Selama ini, kehidupan keluarga kami tidak berdepan masalah dan keadaan baik, selain tiada perselisihan faham berlaku,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Sri Lambak dekat Kluang, hari ini.

Katanya, dia cuba menghubungi suaminya, namun setiap kali panggilan dibuat, talian berkenaan seakan diputuskan dan suaminya enggan bercakap.

“Akibat daripada itu, anak-anak sering bertanyakan mengenai ayah mereka menyebabkan saya hanya mampu memberikan alasan bekerja di tempat jauh dan tidak boleh balik dalam masa terdekat ini bagi mengelakkan mereka terus mencari,” katanya.

Katanya, dia terpaksa keluar bekerja kerana tidak mahu anak-anaknya terputus rezeki akibat kehilangan tempat bergantung hidup.

“Tiga daripada anak saya bersekolah di sekolah menengah, dua di sekolah rendah dan seorang di tadika. “Saya juga terpaksa menumpangkan anak bongsu bersama jiran ketika keluar untuk bekerja,” katanya.

Katanya, sebelum ini dia pernah bekerja di kilang berdekatan rumah, namun berhenti pada tahun 2009 semata-mata untuk memberikan tumpuan penuh pada suami dan anak-anak.

“Kini saya terpaksa melakukan kerja sebagai pembantu di kedai makan dengan gaji sekitar RM20 sehari untuk menyara keluarga.

“Sebelum ini memang kami bergantung harap kepada pendapatan suami untuk menyara keluarga, namun sejak dia menghilangkan diri saya terpaksa melakukan kerja-kerja seperti ini demi anak-anak,” katanya.

Katanya, keluarganya itu pernah terputus bekalan makanan kerana ketiadaan duit untuk membeli keperluan dapur.

“Kadang kala emak dan adik beradik datang menghantar makanan untuk anak-anak termasuk juga kawan-kawan serta jiran yang mengetahui serta bersimpati dengan nasib kami sekeluarga,” katanya.

Siti Norafizah berkata, dia berharap suaminya bertanggungjawab keatas anak-anak yang ditinggalkan tanpa sebarang nafkah dan punca kewangan.

“Saya dan anak-anak tidak mahu dibiarkan dalam keadaan begini kerana ia penting untuk kami meneruskan kehidupan keluarga,” katanya.

“Jika dia ada perancangan untuk terus meninggalkan kami, buatlah dengan cara yang betul dan janganlah digantung tidak bertali seperti ini. Orang ramai yang ingin membantu meringakan beban keluarga ini boleh berbuat demikian.

Permatang Pauh - “Kalau tak berniaga sehingga ke ‘tengah jalan’, kami tak boleh makan,” kata Maryam Ayob, 62. Kisah keperitan hidup Marya...


Permatang Pauh - “Kalau tak berniaga sehingga ke ‘tengah jalan’, kami tak boleh makan,” kata Maryam Ayob, 62. Kisah keperitan hidup Maryam dan anaknya, Mohd Sahir Rozalee, 34, tular di laman sosial apabila dua beranak itu sanggup menggadai nyawa sehingga menjaja jualan makanan di jalan raya.

Ibu tunggal itu berkata, sejak kematian suami pada 2103, dia hilang tempat bergantung dan terpaksa mencari rezeki menjual bihun goreng, nasi lemak serta kuih-muih untuk menyara hidup bersama anak lelaki yang juga Orang Kurang Upaya (OKU). “Saya sebelum ini menjual di tepi jalan, namun tidak laku hingga saya buntu untuk mencari wang.

“Akhirnya, saya bersama anak menarik kereta roda dari rumah kami di Permatang Janggus ke Permatang Rawa kemudian menjualnya dengan mengetuk tingkap kenderaan di tengah jalan bagi melariskan jualan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Permatang Pauh, hari ini.
Menurutnya, mereka terpaksa menjaja makanan yang dijual sehingga ke tengah jalan kerana tidak mampu menyewa gerai.

“Ada kalanya hendak makan pun kami tidak mampu dan melalui cara menjual ‘di tengah jalan’ ini membuatkan jualan kami laris hingga memperoleh hasil antara RM120 ke RM270 sehari,” katanya.

Sebelum itu, Maryam menerima kunjungan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menyampaikan surat tawaran gerai percuma bagi membantu mereka berniaga dalam keadaan selesa serta tidak membahayakan diri.

Maryam memperoleh bantuan zakat sebanyak RM300 sebulan, manakala anaknya pula menerima bantuan JKM sebanyak RM400 sebulan.

Bagaimanapun, Maryam berkata, wang yang diperoleh itu tidak cukup memandangkan kos sara hidup yang terlalu tinggi.

“Jadi, mahu tidak mahu saya perlu berniaga juga untuk mencari wang dengan dibantu anak lelaki.

“Saya sedar berniaga di tengah jalan ini salah dan membahayakan diri, namun apa boleh buat kerana saya terpaksa demi mencari sesuap nasi,” katanya.

Dalam pada itu, Maryam bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang sudi menghulurkan bantuan kepadanya.

“Syukur sangat sebab saya dan anak tidak tahu apa-apa, nak menyewa gerai sudah tentu kami tidak mampu. “Jadi, apabila ditawarkan gerai secara percuma, ia melegakan hati saya,” katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis MPSP, Shuhada Abdul Rahim berkata, pihaknya menyedari keadaan yang dilalui Maryam dan anaknya apabila terpaksa berbuat demikian demi kelangsungan hidup mereka.

“Difahamkan mereka sudah berniaga selama tiga tahun sebelum video serta gambar dua beranak itu tular di laman sosial.

“Kita memang lama menyedari apa yang berlaku dan beberapa kali meminta dua beranak itu berhenti berniaga di tengah jalan dengan membawa ke gerai yang lebih selesa, namun mereka menolaknya.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana dua beranak terbabit akhirnya menerima gerai yang diberikan kepada mereka hari ini,” katanya.

Gua Musang - Seorang ibu tunggal di sini, buntu memikirkan nasib lima anaknya yang membesar dalam serba kedaifan. Suzani bersama lima ana...


Gua Musang - Seorang ibu tunggal di sini, buntu memikirkan nasib lima anaknya yang membesar dalam serba kedaifan. Suzani bersama lima anak dan ibunya di hadapan rumah mereka.

Hanya bergantung kepada kediaman ihsan peneroka Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Felda Chiku 1, enam beranak itu ada tempat bergantung. Lebih memeritkan, rumah didiami ada sebarang kelengkapan malah terletak di dalam kebun kelapa sawit dan keadaannya pula bocor sana sini. 

Suzani Ali, 37, berkata, pada awalnya dia mengikut suami ke daerah ini tiga tahun lalu, namun suaminya meninggal dunia menyebabkan dia dan lima anaknya merempat. Menurutnya, dia hanya mengambil upah menebas tanah hutan dengan pendapatan RM35 sehari untuk menyara keluarga. 

“Selain anak, ibu saya juga tinggal bersama saya kerana bapa sudah ada. Nasib baik peneroka di sini bagi kami tempat nggal. “Anak saya, tiga masih bersekolah iaitu Mohd Riduan Sazali, 14, Mohd Amin Shukri, 11, dan Nur Kamilia Darahana, 7. 

Dua lagi, Mohd Abdul Rahman Solihi, 5, dan Nurul Fitriah Raudhah, 7 bulan. Apabila saya bekerja, saya tinggalkan anak-anak dengan ibu,” katanya. 

Suzani yang berasal dari Terengganu berkata, kesempitan hidup memaksa dirinya membanting tulang empat kerat demi keluarga tanpa memikirkan keperluan diri. 

“Memang saya susah. Saya bekerja untuk memastikan anak-anak ke sekolah. Selagi ada upaya, saya bekerja. “Cuma kalau boleh, saya mahu kediaman lain yang lebih selesa. Itu saya tidak mampu, setakat keperluan makan sekadar ada kami anak beranak, bolehlah,” katanya.


Ketabahan Puan Idayu ni, beliau menghidap Kanser Tahap 4, beliau yang merupakan ibu tunggal berniaga sekitar kawasan rumah untuk menyara...


Ketabahan Puan Idayu ni, beliau menghidap Kanser Tahap 4, beliau yang merupakan ibu tunggal berniaga sekitar kawasan rumah untuk menyara tiga orang anaknya, orang ramai yang melalui area Salak Selatan tu bolehlah support Puan Idayu ni.
Lokasi: Perumahan Program Awam Kos Rendah Jalan 13, Salak Selatan.
*Dapat rawatan kanser di HUKM
*Puan Idayu juga merupakan salah seorang penerima bantuan zakat dari Baitulmal
Kredit: @Belahan Jiwa




Tanah Merah - Hanya berbekalkan dengan menjual ikan kering termasuk mengambil upah mengemas rumah sebanyak RM20 sehari, seorang ibu tungg...


Tanah Merah - Hanya berbekalkan dengan menjual ikan kering termasuk mengambil upah mengemas rumah sebanyak RM20 sehari, seorang ibu tunggal tujuh anak nekad menyara kehidupan mereka sekeluarga walaupun turut mengalami masalah kesihatan. Rohaya Roni, 33, tidak mampu melakukan kerja-kerja berat ekoran menghadapi penyakit jantung, buah pinggang rosak tahap dua, dan penglihatan kabur berpunca dari penyakitnya itu.

Lebih memeritkan kehidupan ibu itu, anak sulungnya, Roselina Abdullah,16, juga mengalami masalah injap jantung rosak. Rohaya juga menambah, bebanan dirinya bertambah kerana dia bersama tujuh anak berumur antara 4 hingga 16 tahun, terpaksa tinggal di rumah yang disewa dengan bayaran RM150 sebulan yang hanya mempunyai dua bilik tidur.

Dengan upah sebanyak RM20 sehari, Rohaya terpaksa berjimat cermat memandangkan dari sumber itulah dia menampung kehidupan seharian selain memperolehi bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan. Menurut Rohaya, dia dan anak sulungnya, Roselina, juga perlu berulang alik ke Hospital Tanah Merah untuk menjalani rawatan susulan ekoran penyakitnya itu dengan menunggang motosikal.

"Inilah kenderaan yang saya gunakan untuk menjalankan urusan harian termasuk menghantar anak-anak saya ke sekolah. "Buat masa ini, saya memerlukan bantuan kewangan untuk membiayai kos perbelanjaan sekolah anakanak di samping kos pengangkutan ulang alik ke hospital. "Lagipun kos perbelanjaan yang diperolehi dari wang ambil upah jual ikan kering dan kemas rumah dan bantuan bulanan JKM saya simpan untuk belanja dapur dan sewa rumah.

"Itupun tidak mencukupi kerana kos belanja ke hospital, duit minyak dan belanja sekolah anak-anak terpaksa saya catu," katanya. Rohaya ditemui dalam kunjungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Jom Cakna Asnaf di kediamannya di Klewek di sini.

BACHOK: Dua keluarga termasuk ibu tunggal bersama tiga anaknya mendiami sebuah rumah kecil yang uzur dan dipenuhi lubang di Kampung Pad...


BACHOK: Dua keluarga termasuk ibu tunggal bersama tiga anaknya mendiami sebuah rumah kecil yang uzur dan dipenuhi lubang di Kampung Padang Lati Hilir, Bukit Marak.
Lantai kayunya yang sudah reput membahayakan nyawa 10 penghuni itu terutama anak kecil berusia antara enam bulan hingga 10 tahun.
Malah rumah itu tidak mempunyai bilik tidur dan hanya ditutup dengan tirai kain untuk memisahkan dapur dua keluarga.
Ibu tunggal, Siti Nur Azlina Ghani, 27, berkata, dia bersama abang kandungnya, Mohd Maliki, 29, dan isteri serta empat anak mereka tinggal di rumah milik abang sulung mereka Mohd Azmi, 38.


Katanya, dia sudah dua bulan menumpang di situ selepas suaminya, Mohd Zulkifli Abd Ghaffar, 48, yang bekerja sebagai pemandu lori meninggal dunia akibat serangan jantung.
“Selepas suami meninggal, saya dan tiga anak hilang tempat bergantung sebelum mengambil keputusan menumpang di rumah ini.
“Walaupun rumah ini menunggu masa untuk menyembah bumi, saya tiada pilihan disebabkan tiada tempat tinggal lain dan ibu bapa juga orang susah.
“Tiga anak juga masih kecil berusia antara lapan bulan hingga tujuh tahun yang menyukarkan saya untuk keluar bekerja,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Terdahulu, Siti Nur Azlina dikunjungi Ketua Cabang PKR Bachok, Datuk Mohd Rowi Dollah yang menghulurkan sumbangan barangan keperluan harian.
Siti Nur Azlina berkata, dia kini mengharap belas ihsan keluarga untuk meneruskan kelangsungan hidup manakala keperluan sekolah anak sulungnya, Muhammad Danial, 7, dibantu ahli keluarga dan jiran tetangga.
Kepada orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh salurkan ke akaun Maybank 156094465273 milik Siti Nur Azlina Ghani.


SETIU - Seorang ibu tunggal buntu memikirkan pendapatan untuk menyara lima anaknya selepas kematian suami dua bulan lalu. Rahimah Lateh...


SETIU - Seorang ibu tunggal buntu memikirkan pendapatan untuk menyara lima anaknya selepas kematian suami dua bulan lalu.

Rahimah Lateh, 52, dari Perumahan Binjai Manis, Bandar Permaisuri di sini, berkata, sebelum itu mereka sekeluarga bergantung pada arwah suami yang bekerja sebagai pemandu bas.

Menurutnya, anak sulungnya yang berusia 22 tahun kini sedang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) manakala anak kedua sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM.

"Tiga lagi anak saya masih bersekolah iaitu anak ketiga berusia 16 tahun, ke empat 15 tahun manakala anak bongsu saya pula berusia 12 tahun," katanya.

Rahimah berkata demikian ketika dikunjungi Naib Ketua Wanita Umno Setiu, Mariani Ibrahim untuk menghulurkan sumbangan mewakili Adun Permaisuri, Datuk Abd Halim Jusoh, kelmarin.

Kata Rahimah, perbelanjaan harian mereka kini hanya bergantung kepada sedikit wang simpanan yang semakin lama makin susut.

Menurutnya, dia sangat sedih kerana tidak dapat memenuhi keperluan anak-anaknya memandangkan wang yang ada hanya cukup-cukup untuk makan sahaja.

“Simpanan yang ada hanya cukup untuk membeli makan sahaja dan itupun tidak bertahan lama,” katanya.

Tambah Rahimah, secara zahirnya mungkin orang melihat dia senang tetapi hakikatnya saban hari dia bertemankan air mata kerana kesempitan hidup.

Rahimah berkata, dia berharap pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dapat mempertimbangkan permohonanya untuk mendapatkan bantuan bulanan bagi ibu tunggal.

"Saya sudah mengisi borang sebulan lalu, dengan bantuan bulanan itu sudah tentu dapat menampung perbelanjaan harian saya," katanya. - Sinar

AKIBAT kesempitan hidup, lima beranak terpaksa menumpang teduh di rumah tinggal di Mantin, Nilai, dalam keadaan serba kekurangan termasuk...


AKIBAT kesempitan hidup, lima beranak terpaksa menumpang teduh di rumah tinggal di Mantin, Nilai, dalam keadaan serba kekurangan termasuk tiada bekalan elektrik dan air sejak sebulan lalu.

Ibu tunggal, Suraya Ahmad, 36, mendakwa tinggal di situ bersama empat anak berusia tiga hingga 16 tahun termasuk seorang anak perempuan lembam.

“Saya tiada pilihan kerana tidak mampu membayar sewa rumah disebabkan tidak bekerja tetap sejak ditinggalkan suami tiga tahun lalu. Saya diceraikan suami ketika anak bongsu masih dalam perut dan hingga sekarang terpaksa hidup berpindah-randah.

“Kami hanya bergantung hidup dengan bantuan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) sebanyak RM400 sebulan yang diberi kepada anak perempuan saya berusia 16 tahun yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU). Dia juga sebenarnya menghidap penyakit buah pinggang.

“Saya mempunyai dua anak yang bersekolah masing-masing perempuan dan lelaki berusia 13 dan 12 tahun, manakala yang bongsu adalah lelaki berusia tiga tahun.

“Selain perbelanjaan sekolah, paling merisaukan saya ialah pengangkutan mereka dan saya sendiri kerana kami tidak mempunyai kenderaan.

“Ketiadaan kenderaan juga menyukarkan saya untuk ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban bagi mengambil ubat anak dan mendapatkan bantuan lain termasuk daripada Baitulmal. Kadang-kadang kos pengangkutan lebih mahal daripada nilai barangan yang hendak diambil,” dakwanya.

Dia ditemui ketika menerima bantuan berupa barangan makanan daripada Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih Negeri Sembilan (PERKASIH N9) di rumahnya, hari ini.

Katanya, selain menerima bantuan JKM, mereka juga menerima bantuan Baitulmal berupa baucer barangan makanan sebanyak RM80 untuk tempoh tiga bulan.

“Saya amat berharap mendapat bantuan rumah yang mempunyai kadar sewa murah dan peluang kerja yang sesuai. Sementara ini saya melakukan kerja membersihkan kediaman tetapi sukar untuk memberi komitmen disebabkan lokasi rumah yang jauh dan tiada kenderaan,” katanya.

Sementara itu, Presiden PERKASIH N9, Norfadilah Mansor berkata, pihaknya cuba membantu dengan menyumbang barangan makanan.

“Insya-Allah, PERKASIH N9 akan menyenaraikan keluarga ini dalam senarai keluarga asnaf yang perlu dibantu. Dalam masa terdekat, dua anaknya akan diberi bantuan ‘Back To School’. Kami akan berusaha membantu mereka keluar kerana rumah tinggal tanpa bekalan elektrik dan air ini menyukarkan mereka.

“Orang ramai boleh menyumbang kepada keluarga ini melalui nombor akaun Bank Simpanan Nasional (BSN)

11500-29-00022459-5 (Suraya Ahmad) atau menghubungi saya, Norfadilah di talian 012-9805132 untuk maklumat lanjut,” katanya.

KOTA BHARU – Tak lagi hiraukan rasa malu dan tanggapan orang sekeliling, menjadi satu rutin bagi Rosilawati Ramli , 37 untuk mengutip ...



KOTA BHARU – Tak lagi hiraukan rasa malu dan tanggapan orang sekeliling, menjadi satu rutin bagi Rosilawati Ramli, 37 untuk mengutip sisa makanan di pasar, dekat sini bagi mengisi perut anak-anaknya yang menunggu di rumah.

Ibu tunggal ini akan ke Pasar Minggu di Kampung Kedai Lalat setiap minggu untuk mengutip sisa sayur, buah dan lauk yang tidak boleh dijual untuk dibawa pulang.

Menurut Rosilawat, terdapat segelintir peniaga baik hati yang memberikan makanan kepadanya, malah ada juga makanan yang dikutipnya di tong sampah asalkan dirasanya masih boleh dimakan dan dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Babong, Sering di sini.

“Malu dan sedih sudah tidak saya pedulikan lagi asalkan perut anak terisi kerana saya tidak mampu menyediakan makanan sedap untuk mereka.

“Kelengkapan dalam rumah seperti tilam, bantal termasuk pakaian juga kebanyakannya diperoleh daripada tong sampah,” katanya yang sudah menjadi ibu tunggal selepas bercerai dengan suami sejak dua tahun lalu.

Rosilawati mengambil upah mencuci rumah penduduk kampung selama dua jam sehari untuk lima hari seminggu dengan bayaran RM10 sejam bagi menampung kehidupannya bersama empat anaknya yang berusia dua hingga 12 tahun.

Bagaimanapun, Rosilawati melakukan kerjanya hanya pada sebelah petang kerana terpaksa menunggu anaknya Asmida Taqifah Ahmad Rusidi, 12, yang belajar di Tahun Enam di sebuah sekolah pulang terlebih dahulu untuk menjaga anak bongsunya yang berusia 2 tahun.

Lebih memeritkan apabila mereka berlima kini terpaksa menumpang di rumah jiran untuk beberapa hari kerana terpaksa keluar dari rumah sewa selepas tidak mampu untuk menjelaskan hutang bil elektrik yang mencecah hampir RM700.

“Saya ada dapat rumah sewa sekitar RM200-RM250 tapi tuan rumah meminta wang deposit dua bulan, manalah saya mampu,” katanya yang turut menerima bantuan Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan untuk dua anaknya yang masih bersekolah.

Nasib yang menimpa Rosilawati sekeluarga mendapat perhatian Yayasan Amal Datuk Zul Wisma yang hadir melawat dan memberikan sumbangan melalui pengerusinya Datuk Dr Zulkepli Mohamed.

Jelas Zulkepli, pihaknya akan cuba sedaya upaya bagi membantu keluarga Rosilawati termasuk menyediakan rumah kediaman sekiranya Rosilawati mempunyai tanah dan cuba mencari rumah sewa dan membantu membayar sewa bulanannya jika sebaliknya.

KOTA BHARU - Seorang ibu tunggal empat anak dihimpit kesusahan dan terpaksa tinggal di dalam sebuah stor deretan kedai di depan bangunan ...


KOTA BHARU - Seorang ibu tunggal empat anak dihimpit kesusahan dan terpaksa tinggal di dalam sebuah stor deretan kedai di depan bangunan Koperasi Guru Agama Kelantan Berhad di Jalan Long Yunus.

Lebih menyedihkan, bilik stor tersebut terletak berhampiran tangki najis yang menjadi “taman permainan” anak-anak Najwa Lipayang, 31, yang berusia antara dua hingga 10 tahun.

Turut tinggal bersama mereka, ibu Najwa, Ruzana Amat, 53.

Najwa yang berasal dari Thailand dan berkahwin dengan lelaki tempatan dikurniakan empat cahaya mata, Nur Airis Natasha Mohd Khalis, 10, Muhamad Hafiz Danial, 6, Muhamad Hazim, 4 dan Nur Aina Syuhada, 2, kesemuanya memiliki sijil kelahiran Malaysia.

Pasangan suami isteri itu, bagaimanapun bercerai pada Januari lalu, menyebabkan Nawja hilang tempat bergantung.

Kerana kesempitan hidup itu juga, Nur Airis Natasha dan Muhamad Hafiz Danial berjalan kaki sejauh dua kilometer untuk ke Sekolah Sultan Ismail 2 selain kadang kala dihantar oleh nenek mereka.

Najwa berkata, stor yang menjadi tempat tinggal mereka itu ditumpangkan tanpa bayaran, namun malangnya perlu dikosongkan pada penghujung bulan ini.

“Stor inilah tempat kami tidur, walaupun tidak ada bilik, tiada tandas, tapi kami masih boleh berteduh dan berehat di sini.

“Kalau mandi kami mandi di luar sebab di sini tidak ada bilik air dan tandas kami tumpang milik bangunan kedai, tetapi selepas ini tidak tahu apa nasib kami kerana sudah tiada tempat tinggal,” katanya.

Menurutnya, dia ada mencari rumah sewa, namun perlu memikirkan kemampuan untuk menjelaskan bayaran bulanannya kerana hanya bekerja sebagai pembantu gerai.

“Pendapatan saya hanya RM20 hingga RM25 sehari bergantung kepada keuntungan jualan dan duit itulah yang digunakan untuk membeli lauk pauk dan makanan kepada anak-anak.

“Kadang-kadang kalau tidak ada duit sangat, saya bagi anak-anak sajalah makan nasi bersama lauk, saya pula makan nasi dengan kuah sahaja pun tidak apa-apa,” katanya.

Dalam pada itu, tinjauan Sinar Harian ke stor berkenaan menimbulkan rasa kagum terhadap wanita itu kerana menitik beratkan aspek kebersihan dengan baju-baju yang didermakan orang ramai kepada Nawja serta anak-anak berada dalam keadaan tersusun rapi.

Hanya ada sekeping tilam nipis, bantal, kipas kecil dan periuk nasi elektrik berserta sebuah meja buruk terletak kemas di bahagian masing-masing.

Menurutnya, dia sangat menghargai pemberi orang ramai dan menjaga baju itu dengan rapi selain meletakkan plastik di luar bagi mengelak habuk atau terkena kotoran.

“Saya pula suka mengemas dan diri sendiri pun selalu berhias, tetapi kerana melihat kepada pemakaian saya yang kemas ini menyebabkan kadang-kala orang salah erti dan tidak percaya saya orang susah.

“Sebenarnya ini semua baju derma dan walaupun kami dalam keadaan serba kekurangan, saya kena jaga kebersihan kerana bimbang anak terkena penyakit, takut nanti sudahlah susah, sakit pula,” katanya.

Bagi yang ingin menghulurkan bantuan boleh disalurkan ke akaun Nur Airis Natasha Mohd Khalis BSN 03011-41-00008747-3 atau menghubungi Najwa di talian 016-2552846 atau menyumbang melalui:


Pasir Mas - Ibu tunggal menderita penyakit kanser payudara tahap empat kini hanya mampu terlantar sejak tiga bulan lalu. Lebih menyedih...


Pasir Mas - Ibu tunggal menderita penyakit kanser payudara tahap empat kini hanya mampu terlantar sejak tiga bulan lalu.

Lebih menyedihkan, ibu kepada tiga cahaya mata berusia 46 tahun itu, diceraikan suami di saat wanita itu memerlukan sokongan insan tersayang ketika bertarung dengan penyakit berkenaan.

Nasib Siti Narizan Mustapha ibarat jatuh ditimpa tangga menyebabkan mereka sekeluarga terpaksa diuruskan ibunya, Limah Hassan, 76, termasuk makan minum hasil bantuan zakat yang diperoleh warga emas itu sebanyak RM150 sebulan.

Tiga anak Siti Narizan iaitu Nor Shafiqah Amira Mohamad Afendi, 22; Mohd Zulhilmi Abdul Rahman, 17, dan Nur Alia Safiya Abdullah, 5.

Siti Narizan berkata, Nor Shafiqah Amira dan Nur Alia Safiya tinggal bersamanya manakala Mohd Zulhilmi tinggal dengan keluarga bekas suami keduanya sejak kecil lagi.

Katanya, sebelum ini dia bekerja sebagai penoreh getah bagi membantu ibunya demi meneruskan hidup, namun kini sudah tidak mampu melakukan sebarang kerja kerana kanser dihadapinya semakin teruk.

“Ketika berusia 29 tahun saya sudah menghidap kanser namun tidak teruk dan masih sihat untuk mencari pendapatan, sehinggalah awal tahun ini kanser semakin teruk dan doktor memaklumkan sudah pada tahap empat.

“Saya tidak mahu menjalani kemoterapi kerana tidak tahan menanggung kesakitan dan kini hanya berserah kepada Allah dan bersedia sekiranya ajal sudah tiba.

“Namun, jauh di sudut hati saya bimbang dengan nasib anak sekiranya saya sudah tiada terutama Nor Shafiqah Amira yang mempunyai masalah lembam dan anak bongsu yang masih kecil.

“Siapa mahu menjaga mereka kerana bapa mereka sendiri tidak pernah memberi nafkah,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Mokel Tok Uban, Pasir Mas, hari ini.

Hadir sama, wakil Kelab Kebajikan dan Sukarelawan Sosial (KELSS) diketuai Ketua Unit Komunikasi dan Media, Akidi Hamid yang tampil memberi bantuan.

Siti Narizan berkata, dia reda jodohnya dengan ketiga-tiga suami tidak panjang dan bekas suami ketiga turut meninggalkannya ketika dia bertarung dengan penyakit.

“Mungkin perjalanan hidup saya sudah tertulis begini, namun saya bimbang nasib anak-anak nanti. Kami sekeluarga hanya bergantung dengan duit ibu diperoleh daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) iaitu RM150 sebulan.

“Dalam keadaan sakit terlantar saya sepatutnya memakai lampin pakai buang, namun disebabkan tidak mampu menyebabkan saya terpaksa buang air kecil di tempat pembaringan,” katanya.

Sementara itu, Limah berkata, dia sudah beberapa kali ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapatkan bantuan namun gagal menyebabkan dia terpaksa bekerja di usia tua untuk menampung keperluan anak serta cucunya.

Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun BSN atas nama Siti Narizan 0300741000192327.

Orang ramai yang ingin memberi bantuan boleh menghubungi Che Wan di talian 019-5167814

Orang ramai yang ingin memberi bantuan boleh menghubungi Che Wan di talian 019-5167814

Orang ramai yang ingin membantu boleh hubungi: No Tel: 011-3681 0278 (Ruslida)

Orang ramai yang ingin membantu boleh hubungi:
No Tel: 011-3681 0278 (Ruslida)

Sumbangan boleh disalurkan terus kepada akaun bank beliau: CIMB Bank : 07290034033524 (Puan Aniza Binti Mohd [email protected])

Sumbangan boleh disalurkan terus kepada akaun bank beliau:
CIMB Bank: 07290034033524 (Puan Aniza Binti Mohd [email protected])

REMBAU 15 Mac – Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Perumpamaan itu sesuai menggambarkan kesukaran hidup yang terpaksa dila...


REMBAU 15 Mac – Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Perumpamaan itu sesuai menggambarkan kesukaran hidup yang terpaksa dilalui seorang ibu tunggal, Mazliana Ahmad, 34.

Selepas kematian suaminya pada tahun lalu, dia diuji lagi apabila anak keduanya daripada tiga beradik, Muhammad Adam Awaludin Helmey, 6, tahun di-sahkan menghidap kanser darah.
“Sebelum ini Muhammad Adam pernah mengadu sakit perut dan kaki tapi saya anggap itu perkara biasa. Bagaimanapun, pada satu hari dia terjatuh di rumah semasa hendak ke bilik air dan banyak kesan lebam di bahagian kakinya.

“Bimbang dengan keadaan itu, saya membawanya ke Klinik 1Malaysia tapi doktor meminta dia dirujuk ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Kampung Nyatoh, Rantau, di sini baru-baru ini.

Mazliana memberitahu, setelah dirawat selama lima hari dan menjalani pemeriksaan di hospital berkenaan doktor mengesahkan penyakit Adam.

“Selepas itu dia dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan menjalani rawatan kimoterapi selama sembilan bulan. Sepatutnya rawatan hanya dalam tempoh enam bulan sahaja tetapi memandangkan dia terlalu kerap di­serang demam panas, doktor menasihatkan rawatan dilanjutkan,” katanya.

Suri rumah itu berkata, sejak kematian suami dialah yang bertanggungjawab sepenuhnya menyara keluarga.

“Pada masa ini, saya menjual kek coklat dan mempromosikan makanan tersebut di laman sosial, Facebook.

“Harga yang dijual antara RM1 hingga RM35. Pendapatan yang diperoleh menjual kek coklat itulah saya guna untuk menampung keperluan harian keluarga,” katanya.

Menurutnya, dalam tempoh dua bulan, Adam perlu menjalani pemeriksaan di HKL dan pemeriksaan darah di HTJ yang dianggarkan kira-kira RM200 setiap kali mendapatkan rawatan.

Orang ramai yang ingin membantu boleh salurkan kepada Mazliana melalui akaun berikut:

Orang ramai yang ingin membantu boleh salurkan sumbangan: Nor Hamizah Maybank : 152050143028

Orang ramai yang ingin membantu boleh salurkan sumbangan:
Nor Hamizah
Maybank: 152050143028

Kota Bharu - Seorang ibu tunggal penghidap HIV resah memikirkan masa depan empat anaknya termasuk seorang yang kurang upaya. Saleha, 48...


Kota Bharu - Seorang ibu tunggal penghidap HIV resah memikirkan masa depan empat anaknya termasuk seorang yang kurang upaya.

Saleha, 48, (bukan nama sebenar) dari Kampung Baung, Pengkalan Chepa, dekat sini, disahkan menghidap HIV kira-kira lapan tahun lalu, selepas kematian suaminya.

Ibu tunggal itu yang mencari rezeki sebagai tukang jahit, berkata beliau hanya tahu menghidap penyakit berkenaan apabila berhasrat berkahwin lain pada 2012 dan membuat pemeriksaan darah.

"Pemeriksaan darah mengesahkan saya dijangkiti HIV. Hancur luluh hati menerima berita itu, hampir putus asa kerana memikirkan tidak lagi memiliki masa depan.

"Namun, mengenangkan empat anak termasuk sepasang kembar dan seorang daripada mereka yang bisu, saya cekalkan perasaan untuk meneruskan hidup seperti biasa.

"Sejak disahkan menghidap HIV, saya berulang alik ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu untuk mendapatkan rawatan sebelum dikesan menghidap satu lagi penyakit berbahaya," katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini.

Katanya, beliau turut disahkan menghidap talasemia atau ketidakmampuan tubuh menghasilkan sel darah merah dan hemoglobin.

Masyarakat bertanggungjawab membantu wanita ini dan memastikan anaknya tidak keciciran sekolah. Beliau juga pohon bantuan membaik pulih rumahnya supaya beliau dapat menjahit dengan lebih selesa.

Setakat ini, Saleha terpaksa melakukan kerja menjahit di luar rumah kerana tempat tinggalnya sempit.
Bantuan sewajarnya termasuk memastikan rawatan di hospital dapat diteruskan secara teratur selain membekalkan sebuah lagi mesin jahit serta bilik tambahan untuk kerja hariannya.

Kongsi Portal Ini