Kedaifan hidup keluarga ibu tunggal terhimpit dengan penyakit dan kemiskinan - KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Kota Bharu - Bagi mencari pendapatan tambahan, dia juga menjual barangan terbuang seperti tin minuman, kotak, kertas dan besi buruk untu...

Kedaifan hidup keluarga ibu tunggal terhimpit dengan penyakit dan kemiskinan


Kota Bharu - Bagi mencari pendapatan tambahan, dia juga menjual barangan terbuang seperti tin minuman, kotak, kertas dan besi buruk untuk dijual di tempat penjualan barangan kitar semula di sekitar bandar Kota Bharu.

Budu, kicap dan air kosong. Itulah menu harian Nooroslinawati Wahab, 43, yang juga ibu tunggal dan dua anaknya, Wan Maaisaroh Wan Mohamed, 13, dan Wan Maalih, 15, menyifatkan menu berkenaan sudah sebati dengan mereka sekeluarga kerana kesusahan hidup.

Tiga beranak dari Kampung Lundang di sini hanya mampu makan nasi berkuahkan budu, kicap atau air yang dibancuh bersama perencah mi segera akibat kemiskinan hidup.

“Kebiasaannya kami akan makan nasi kosong tanpa lauk apabila saya tidak dapat keluar bekerja disebabkan kurang sihat selain menghidap penyakit darah tinggi.

“Bagaimanapun, ada kalanya saya terpaksa menebalkan muka dengan meminta simpati daripada saudara terdekat hanya untuk meminta sedikit lauk mentah untuk dimasak apabila tidak lagi sanggup makan nasi kosong.

“Saya selalu berpesan kepada dua anak, mungkin sekarang kehidupan kita susah, namun dengan pendidikan dan usaha yang bersungguh-sungguh untuk berjaya, tidak mustahil dapat mengubah kehidupan keluarga satu hari kelak,” katanya.

Nooroslinawati berkata, selepas arwah suami, Wan Mohamed Wan Ibrahim meninggal dunia pada 2016 disebabkan kencing manis kronik, dia kini menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga untuk menyara dua anaknya yang masih masing-masing bersekolah di SMK Kubang Kerian 1.

“Ketika arwah suami masih hidup, kami bersama-sama mencari rezeki dengan berniaga menjual air tebu, namun kini tanggungjawab itu terpaksa digalas bersendirian dan anak-anak menjadi sumber kekuatan saya.

“Bagi meneruskan kelangsungan hidup, saya melakukan pelbagai pekerjaan sebelum ini termasuk mengemas rumah penduduk kampung dan kini menjadi pembantu masakan untuk tempahan katering di Padang Bongor dengan kadar upah RM30 sehari.

“Upah yang diperoleh hanya cukup untuk membeli keperluan harian selain perbelanjaan persekolahan dua anak tanpa ada baki untuk disimpan.

“Pada masa sama, saya juga bersyukur kerana dua anak masing-masing mendapat bantuan bulanan daripada JKM sebanyak RM100 sebulan yang sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung,” katanya.

Katanya, bagi mencari pendapatan tambahan, dia juga menjual barangan terbuang seperti tin minuman, kotak, kertas dan besi buruk untuk dijual di tempat penjualan barangan kitar semula di sekitar bandar Kota Bharu.

“Saya akan mengumpul semua barangan terbuang yang dikutip ini dan dijual setiap tiga atau empat minggu sekali bergantung kepada jumlah kutipan yang diperoleh.

“Jualan yang saya dapat daripada kutipan barangan terbuang ini memanglah tidak seberapa iaitu sekitar RM35, namun ia dapat digunakan untuk membeli keperluan anak-anak,” katanya.

Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Nooroslinawati Wahab di talian berikut:

012-9394577
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini