Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Petaling Jaya - Siapa sangka seorang lelaki boleh hidap penyakit ini. "Saya tidak menjangkakan jadi sebegini tetapi terima ujian in...


Petaling Jaya - Siapa sangka seorang lelaki boleh hidap penyakit ini. "Saya tidak menjangkakan jadi sebegini tetapi terima ujian ini sebagai takdir Tuhan," kata pesakit barah payudara, Md Fairul Ab Rahman, 42, bapa kepada enam anak yang disahkan menghidap penyakit itu Januari lalu.

Penyakit itu kini berada di tahap empat dan kini, Md Fairul tidak dapat bekerja sebaliknya hanya menjaga empat daripada enam anaknya berumur lima bulan hingga lima tahun manakala dua lagi tinggal bersama bekas isteri.

Berkongsi pengalamannya sebagai pesakit barah payudara, Md Fairul berkata, tanda penyakit itu mula ada sejak dua tahun lalu tetapi tidak dapat dipastikan sehingga doktor mengesahkannya.

"Payudara kanan saya mula membengkak selepas salah seorang anak melompat di dada dan saya ingatkan ia bisul.

"Lama kelamaan, bengkak itu semakin serius hingga nanah pecah dan berdarah selepas anak saya membaling mainan di bahagian dada.

"Akhirnya, bahagian bernanah itu jadi busuk dan pemeriksaan awal mendapati saya menghidap barah sebelum doktor mengesahkan penyakit berkenaan sudah di tahap tiga pada 20 Januari lalu," katanya di rumahnya di Pangsapuri Lagoon Perdana,Bandar Sunway, di Petaling Jaya.

Menurut Md Fairul, penyakit itu merebak dengan pantas kerana dua hari lalu, doktor memaklumkannya barah yang ada sudah berada di tahap empat.

Katanya, sukar untuk menerima kenyataan itu tetapi terpaksa kuat kerana memikirkan anak yang masih kecil.

"Rasa seperti hendak terjun bangunan sewaktu diberitahu doktor, kelmarin mengenai perkembangan penyakit saya namun cuba tenangkan diri dengan beristighfar.

" Sejak disahkan menghidap barah, emosi saya sukar dikawal malah penyakit ini juga menimbulkan rasa tidak selesa dan ada kalanya tertekan hingga tanpa sengaja melepaskan kemarahan pada anak.

" Namun, saya pujuk semula mereka kerana apa yang berlaku bukan salah sesiapa sebaliknya takdir dan ujian Allah buat saya," katanya.

Di sebalik ujian itu, Md Fairul bersyukur kerana keluarganya mahupun isteri banyak memberi sokongan termasuk bantuan kewangan sewaktu memerlukan.

" Dulu, saya ke klinik untuk mencuci luka tetapi kos untuk satu kali cucian saja mencecah RM60.

" Bagi menjimatkan kos, saya beli sendiri barangan diperlukan di farmasi manakala isteri membantu mencuci luka pada bahagian payudara saya di rumah," katanya

Sementara itu, isterinya, Siti Sapiah Hasan Basri, 28, berkata, sejak suaminya disahkan menghidap barah payudara, dia yang mengambil alih tanggungjawab untuk menyara keluarga.

Katanya, selain mencari rezeki, rutin hariannya kini kini adalah membantu mencuci luka suaminya ketika di rumah dengan mempelajarinya berdasarkan pemerhatian sendiri memandangkan tiada latar belakang dalam bidang perubatan.

"Ibarat patah kaki juga kerana sebelum ini, suami yang memandu untuk ke mana-mana tetapi sejak dia sakit, saya perlu berdikari.

"Namun, apa yang terjadi buat saya lebih kuat dan belajar untuk bersyukur kerana tahu, ramai lagi yang lebih susah dah kurang bernasib baik di luar sana.

"Alhamdulillah, majikan memahami keadaan saya dan ketika ini, biarlah saya berkorban demi suami serta anak," katanya.

Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan dan membantu keluarga ini boleh menyumbang menerusi akaun bank berikut atas nama Md Fairul Ab Rahman:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000



blog counter views

Hulu Selangor - Seorang warga emas yang kini terlantar akibat kanser rahim tahap empat merayu sumbangan orang ramai untuk membiayai kos...



Hulu Selangor - Seorang warga emas yang kini terlantar akibat kanser rahim tahap empat merayu sumbangan orang ramai untuk membiayai kos perubatannya kerana tiada sumber pendapatan.

Salmah Mat, 61, kini hanya mampu terbaring kerana keadaan kesihatannya semakin merosot selepas disahkan menghidap penyakit itu sejak setahun lalu.

Anak saudaranya, Mimi Suhaila Abd Rahman, 31 berkata, ibu saudaranya dipanggil 'Mak' itu memerlukan sejumlah dana untuk kos rawatan sedangkan simpanan yang ada hanya cukup untuk tempoh sebulan saja lagi.

Katanya, Salmah sebelum ini dirujuk ke Hospital Selayang untuk rawatan dan keadaannya semakin merosot kebelakangan ini menyebabkan keluarga mengambil keputusan untuk membawanya pulang ke Taman Desa Alam Ria di Batang Kali.

"Mak tinggal bersama ahli keluarga yang lain dan belum berkahwin. Dia menjaga saya sejak kecil dan kini saya pula mengambil tanggungjawab untuk menjaganya.

''Selepas puas berikhtiar, saya terfikir untuk mencuba perubatan secara rawatan Islam dari Kelantan dengan kos yang dikenakan RM1,500.

"Jumlah itu memang tidak terlalu tinggi, tetapi kerana saya pula terpaksa berhenti kerja untuk menjaga Mak, selain disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), duit yang ada perlu digunakan untuk tujuan penting dahulu," katanya.

Mimi Suhaila berkata, Salmah sepatutnya menjalani pembedahan Januari lalu, namun mengambil keputusan untuk membatalkannya ekoran kesihatannya yang terus merosot.

Menurutnya, ketika ini dia dan keluarganya membelanjakan kira-kira RM 800 sebulan untuk susu khas serta lampin pakai buang.

"Sebelum ini Mak langsung tidak dapat bercakap dan kebelakangan ini dia nampak begitu lemah.

"Sebagai anak saudara yang dijaga sejak kecil, saya kasihan melihat keadaannya dan sedang berusaha untuk mendapatkan wang bagi merawat penyakitnya," katanya.

Justeru beliau memohon orang ramai untuk menghulurkan sumbangan ke dalam akaun bank berikut atas nama Salmah Mat:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000



blog counter views

Kota Bharu - Seorang ibu tunggal terpaksa melalui kehidupan yang getir apabila dia yang menghidap penyakit saraf neuro fibromotosis, ta...



Kota Bharu - Seorang ibu tunggal terpaksa melalui kehidupan yang getir apabila dia yang menghidap penyakit saraf neuro fibromotosis, talasemia dan buasir berdarah terpaksa menjaga dua daripada tiga anaknya yang menghidap barah.

Akibat penyakit saraf itu, Norma Mahmood, 62, turut mempunyai ketumbuhan sebesar bola tenis pada belakang badannya.

Norma memberitahu, anak bongsunya, Mohd. Hakimi Hakim Mohd. Shukri, 26, hanya mampu terlantar di atas katil sejak lapan tahun lalu apabila muka sebelah kanan membengkak disebabkan masalah air berlebihan di dalam kepala.

Katanya, mata sebelah kanan Mohd. Hakimi pula tidak berfungsi ekoran pembedahan yang dilakukan untuk membuang ketumbuhan pada bahagian tersebut sejak masih bayi.

“Anak kedua saya, Mohd. Azam Hidayat berusia 29 tahun pula menghidap barah otak sejak 1991.

Norma berkata, sejak terlantar dengan kudrat tuanya itulah dia menjadi penjaga setia untuk menukarkan lampin, memberi susu dan makan bahkan membersihkan diri anaknya itu.

Norma berkata, dia menganggap itu semua ujian yang perlu tempuhinya dan seharusnya dihadapinya dengan tenang supaya anak-anaknya tidak terabai meskipun jauh di lubuk hati mahu melihat ‘si kecil’ itu gagah seperti insan lain.

“Makcik sedar yang hidup kami tidak mewah tetapi demi anak makcik kena kuat. Kalau diikutkan memang berat dugaan keluarga kami tetapi makcik merasakan ada insan yang lagi teruk dan lebih perlukan perhatian.

“Dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan kasih sayang mereka yang bersimpati dengan kami termasuk penghulu dan badan bukan kerajaan, makcik sedikit lega mahupun ia tidak dapat membantu secara keseluruhannya,” katanya semalam.

Menurutnya, dia tidak sesekali berputus asa untuk menjaga anaknya biarpun dia sendiri juga menanggung derita masalah usus dan perlu berulang ke hospital untuk rawatan.

“Baru beberapa bulan lalu makcik jalani pembedahan menggantikan usus yang rosak. Jadi sekarang ini mahu buat benda berat memang makcik akan terasa sakit lagi.

“Cuma makcik teruskan berdoa supaya diberikan kekuatan untuk berpuasa penuh tahun ini dan dikurniakan kesihatan baik supaya makcik dapat menjaga anak-anak sesempurna mungkin,” katanya.

Katanya, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini ia memberi rahmat kepada keluarganya kerana selalu ada bantuan yang sampai dan dengan sumbangan itulah dia perlu berjimat cermat.

“Kalau dulu makcik boleh bekerja, ambil upah jadi tukang cuci, tukang kebun dan macam-macam tetapi sekarang itu semua sudah tidak dapat dilakukan lagi," katanya.

Norma berkata, selain mengharapkan bantuan bulanan JKM anak sulungnya yang bekerja swasta di Kuala Lumpur turut membantu sekadar mampu.

Orang ramai yang simpati dan ingin membantu keluarga ini boleh berbuat demikian dengan salurkan bantuan ke akaun bank berikut atas nama Norma Mahmood atau hubunginya:

016-3385974
Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000

Perak Tengah - Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Dia tidak meminta untuk dilahirkan seperti ini tetapi itulah takdir hidup ...


Perak Tengah - Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Dia tidak meminta untuk dilahirkan seperti ini tetapi itulah takdir hidup yang perlu dihadapi oleh seorang bayi berusia 27 bulan di Kampung Sadang, Belanja Kiri dimana dia tidak dapat menjalani kehidupan seperti insan lain selepas dikesan menghidap penyakit spina bifida sejak lahir.

Spina bifida adalah kecacatan kelahiran di mana terdapat penutupan tulang belakang dan selaput di sekitar saraf tunjang yang tidak lengkap semasa perkembangan awal kehamilan.

Bayi tersebut, Muhammad Wasir Abdul Salam@Saharuddin kini terpaksa menderita penyakit tersebut seumur hidup dan bergantung kepada rawatan hospital setiap bulan.

Ibunya, Mariana Abu, 32, berkata, Muhammad Wasir sudah menjalani pembedahan seawal umur tiga hari untuk menutup tulang belakang yang terbuka sewaktu dilahirkan itu.

"Sejak awal kelahirannya, saya terpaksa berulang-alik setiap minggu ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk membawa Muhammad Wasir menjalani rawatan neuro dan tulang- menaiki bas bersama seorang anak lelaki berusia 11 tahun.

"Suami saya bekerja kampung memang tak dapat teman lagi pun kami tak ada kenderaan lain dan sumber pendapatan hanya mengharapkan suami," katanya di rumahnya di Kampung Sadang, Belanja Kiri, Parit.

Mariana berkata, disebabkan jarak yang jauh untuk berulang-alik ke HRPB dan memerlukan kos, beliau berbincang dengan doktor supaya rawatan susulan yang ditetapkan seminggu sekali dibuat setiap bulan.

Katanya, kos sebanyak RM50 sebulan diperlukan untuk tambang dan keperluan lain bagi rawatan susulan Muhammad Wasir, namun memberitahu beban sekeluarga semakin ringan apabila menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Baitulmal, masing-masing bernilai RM300.

"Bila doktor setuju dan benarkan untuk buat sebulan sekali rawatan, saya rasa lega. InshaAllah, saya akan teruskan rawatan untuk pastikan Muhammad Wasir terus sihat," katanya.

Bercerita mengenai keadaan anaknya itu, Mariana berkata, Muhammad Wasir hanya boleh duduk dan mengiring, selain terdapat benjolan di belakang badan Muhammad Wasir yang jika dibuang boleh menyebabkan bayi berkenaan berisiko lumpuh kerana ia melibatkan saraf.

Dalam pada itu, sempena Hari Ibu, Mariana turut mengharapkan anaknya diberi kesihatan dan kesembuhan agar boleh terus menjalani kehidupan bersama keluarga.

"Saya mengharapkan doa seluruh rakyat Malaysia agar Muhammad Wasir terus sihat dan panjang umur. Itu saja yang saya minta.

"Saya tak mengharapkan yang lain. Cukuplah dapat tengok anak-anak saya sihat pun bersyukur sangat," katanya sebak.

Dalam satu hadis Nabi SAW daripada Anas bahawa seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dan berkata: “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling dicintai oleh Allah?”

Baginda bersabda: “Manusia yang paling dicintai oleh Allah ialah yang membahagiakan seseorang muslim; mengatasi kesulitannya, membayar hutangnya atau menghilangkan rasa laparnya, serta berjalan bersama saudaraku untuk satu keperluan lebih aku cintai daripada aku beriktikaf di masjid ini selama satu bulan."

Orang ramai yang ingin menyumbang terus kepada Mariana boleh berbuat demikian menerusi akaun bank berikut atas nama Mariana binti Abu:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000

Kuala Muda - Berat mata memadang, berat lagi bahu yang memikul. Itu lah ungkapan yang paling sesuai menggambarkan kehidupan seorang ibu ...


Kuala Muda - Berat mata memadang, berat lagi bahu yang memikul. Itu lah ungkapan yang paling sesuai menggambarkan kehidupan seorang ibu tunggal, Puan Rogayah Binti Hasan yang membesarkan 6 orang anak. Menerusi perkongsian Natipah Abu memberitahu bahawa 4 daripada 6 orang anak Puan Rogayah kini sedang sakit.

Jika dipandang dari luar , rumah itu tiada bezanya dengan rumah kampung yang lain. Namun bila pintu dikuak dan langsir diselak, barulah kita sedar betapa hebatnya dugaan buat si ibu yang menjadi ketua keluarga setelah kematian suami tercinta akibat sakit jantung 16 tahun yang lalu itu. Pemergian suami telah meninggalkan dia dan 6 orang anak. 

Namun takdir Allah, 4 dari anaknya kini sakit. Hanya anak sulung dan anak ke 5 saja yang sihat. Ketika kita sampai, dia tiada di rumah. Kata Arisa, anak ke 5 yang baru menamatkan pengajian di IPTA itu, ibu baru sahaja keluar. Lalu kita pun memutuskan untuk menunggu. Jangkaan kita barangkali si ibu ke pasar dengan motosikalnya untuk membeli barangan keperluan dapur. Lama menunggu, si ibu pun pulang. Rupanya sejak diumumkan rakyat Malaysia kini dibenarkan merentasi sempadan, si ibu tanpa jemu ke sana-sini mencari kereta sewa untuk membawanya ke Kuala Lumpur.

Tujuannya ke sana ialah untuk membawa pulang anak ke 3, Ani berusia 26 tahun, yang telah melarikan diri ke Kuala Lumpur sejak bermulanya PKP. Wanita malang itu, mempunyai dua orang anak dan telah diceraikan oleh suami sejak bertahun lalu kerana ‘gila meroyan’. 

Awal Ramadhan, si ibu menerima panggilan telefon dari seseorang di Kuala Lumpur dan memaklumkan tentang Ani yang dijumpai dalam keadaan tidak terurus dan marayau-rayau di sana. Malangnya sehingga hari ini, tiada kereta sewa yang sudi membantu menunaikan hasrat si ibu.

Nasir merupakan satu-satunya anak lelaki dan anak ke 4 dalam keluarga itu, sudah lama menderita sakit kencing manis kronik. Akibatnya, telah merosakkan buah pinggang dan menggangu fungsi jantung Nasir. Nasir yang punya tiga anak itu, kini tidak lagi mampu bekerja untuk menyara hidup. Mujurlah isterinya pandai mencari rezeki dengan menjual segala macam jualan di atas talian. 

Di satu sudut lain rumah pula itu pula, terbaring sekujur tubuh anak bongsunya, Dayah 19 tahun, mengidap cerebral palsy. Anak itu memang tidak mampu bercakap sepatah pun walau untuk memanggil ibu. Biarpun matanya terbuka tetapi dunianya kelam, dia buta. Dayah hanya makan bubur nasi dan minum susu sahaja. Komunakasi Dayah hanyalah tangisan.

Sedekah Jumaat kita hari ini, selain bertujuan untuk memenuhi permintaan dan hajat ibu bagi mendapatkan kerusi roda dan katil khas buat Dayah, kita juga ingin membantu urusan membawa pulang Ani ke Kedah.

Anggaran kos untuk kedua kerusi roda dan katil khas ialah RM3K manakala RM2K lagi untuk perbelanjaan dan membantu urusan kepulangan Ani. Kita harap, dapatlah mengumpulkan RM5K untuk ibu ini. Kata ibu yang menerima bantuan JKM ini, beliau sudah lama mengimpikan keperluan khas itu utk memudahkan dia yang sudah berusia 63 tahun itu menguruskan Dayah. Semoga dengan sedekah jariah yang kita panjangkan kepada Puan Rogayah binti Hasan, akan meringankan segala urusan dan penanggungannya.

Jika ingin membantu ibu tunggal dan anak OKU ini, boleh hulurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Natipah Abu:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000



blog counter views

Bangi - Bantu membantulah sesama Muslim kerana ia adalah amalan mulia yang dituntut dalam Islam. Puan Norlaini Chow telah disahkan mengh...


Bangi - Bantu membantulah sesama Muslim kerana ia adalah amalan mulia yang dituntut dalam Islam. Puan Norlaini Chow telah disahkan menghidap kanser rahim tahap 4 oleh doktor pada bulan Mei 2020. Beliau tinggal bersama dengan tiga orang anaknya iaitu 2 lelaki (Muhammad Yafik umur 13 masih belajar, yang Muhammad Yamin umur 18 belum dapat kerja), dan seorang perempuan sulung Norliana binti Yusni (lepasan SPM – baru mula kerja).

Ekoran penyakit yang baru diketahui itu, beliau telah dimasukkan ke IKN Putrajaya untuk mendapatkan rawatan doktor bagi mengubati penyakit kanser rahim yang dihadapi (20/5/2020).

Anak sulungnya berulang alik dari rumah ke hospital untuk menjaganya di unit rawatan rapi, IKN. Namun hari demi hari, keadaan beliau semakin tenat dan tanggal 08 Jun beliau mula tidak sedarkan diri, perlukan bantuan pernafasan, dan akhirnya beliau telah dijemput penciptaNya pada tarikh 11 Jun 2020, jam 7.50 pagi, hari Khamis.

Jenazahnya telah dikebumikan di Perkuburan Islam Sungai Kantan Kajang jam 2.40 petang. Arwah telah bercerai dengan suami, suaminya kahwin lain, kini tidak dapat mengesan di mana ayah mereka.


Butiran Kematian

Nama : Norlaini Chow Abdullah
Umur : 48
Tinggal : Bangi lama
Status : Ibu Tunggal
Anak : 3 Orang
Bangsa : Cina

Masalah selepas pemergian arwah yang akan dihadapi oleh anak-anaknya:
Aqidah
Kewangan (Kebajikan dan Pendidikan)

Sebarang sumbangan boleh salur ke akaun bank berikut atas nama Norliana binti Yusni (anak sulung) atau hubungi Nurmaisarah Leong:

019-5041051
Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000



blog counter views

Teluk Intan - Malang tidak berbau. Kecelakaan boleh berlaku bila-bila masa. Itu yang dialami oleh kanak-kanak penghidap barah otak, Nuru...


Teluk Intan - Malang tidak berbau. Kecelakaan boleh berlaku bila-bila masa. Itu yang dialami oleh kanak-kanak penghidap barah otak, Nurul Adira Asheera Abdullah, 10 di G5, Batu 4, Ladang Selabak, Jalan Changkat Jong, di sini.

Berkongsi tragedi menimpa anaknya itu, ibu Adira, Nurul Razekin Amalin Mohd Salleh, 27, murid Darjah 4 Sekolah Kebangsaan Tabuk Banjar itu telah terlantar sakit sejak lebih setahun yang lalu setelah jatuh di sekolahnya.

“Puncanya dia terjatuh di sekolah dan mengalami sakit kepala hingga terpaksa dibedah, hasil pembedahan itulah doktor mengesahkan Adira mengalami barah otak.

“Kini, barah yang dideritainya sudah ditahap 4, berat badannya sudah semakin menyusut dan hanya minum susu menggunakan tiub melalui rongga hidung,” ujarnya.

Tambahnya, mereka memerlukan lebih RM400 sebulan bagi menampung kos 4 hingga 5 tin susu jenama Pediasure dan lampin pakai buang bersaiz XXL untuk kegunaan Adira.

Nurul tidak bekerja manakala suaminya, Zulhadi Atmajaya hanya bekerja sebagai pemandu jentolak di Ladang Selabak dan masih menanggung dua anak termasuk seorang lagi anak berusia 10 bulan.

Sakit menjadi salah satu ujian yang diberikan oleh Allah SWT dan itu menjadi penggugur dosa bagi mukmin yang sabar dan ikhlas menjalaninya.

Allah telah memberikan sakit kepada umat Islam sebagai bentuk ujian untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan dan memicu Muslim untuk banyak-banyak berdoa.

Nabi Muhammad SAW mengajarkan amalan doa-doa untuk kesembuhan orang yang sakit agar Allah memberikan kesihatan dan pulih kembali.

Pernah suatu hari Rasulullah menjenguk sahabatnya yang sedang sakit, yaitu Salman Al-Farisi RA. Lalu baginda mendoakannya dan bacaan baginda boleh diamalkan di masa sekarang. Doa Rasulullah tersebut:

شَفَى اللهُ سَقَمَكَ، وَغَفَرَ ذَنْبَكَ، وَعَافَاكَ فِي دِيْنِكَ وَجِسْمِكَ إِلَى مُدَّةِ أَجَلِكَ

Ertinya: “Wahai (sebut nama orang yang sakit), semoga Allah menyembuhkanmu, mengampuni dosamu, dan mengafiatkanmu dalam hal agama serta kesihatanmu sepanjang usia,”

Riwayat lain, sebagaimana diriwayatkan dalam Bukhari dan Muslim dari Aisyah RA. Kemudian Nabi pun mendoakannya, agar sahabatnya ini sembuh kembali. Sebagaimana diriwayatkan dalam Bukhari dan Muslim dari Aisyah RA:

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقْمًا

Ertinya: “Tuhanku, Tuhan manusia, hilangkanlah penyakit. Berikanlah kesembuhan kerana Kau adalah penyembuh. Tiada yang dapat menyembuhkan penyakit kecuali Kau dengan kesembuhan yang tidak mendatangkan rasa sakit,” (Imam An-Nawawi, Al-Adzkar).

Orang ramai tampil memberikan sumbangan buat meringankan bebanan keluarga ini dan boleh disalurkan ke akaun bank berikut milik Nurul Razekin Amalin Mohd Salleh:

Progress:

RM10 raised

Goal: RM2000



blog counter views

Kota Bharu - Kasihanilah mereka. Bukan niat keluarga kecil ini untuk merungut dan meminta-minta tetapi rumah usang yang disewa tiga ber...



Kota Bharu - Kasihanilah mereka. Bukan niat keluarga kecil ini untuk merungut dan meminta-minta tetapi rumah usang yang disewa tiga beranak sejak 10 tahun lepas di Kampung Kubang Gatal Lorong Telok, Peringat di sini, terlalu usang kerana bumbung bocor, lantai hampir runtuh dan dinding berlubang dimakan anai-anai.

Ibu yang sarat mengandung anak kedua, Azmah Ismail, 41, berkata beliau mendiami rumah itu bersama suami Nordin Nawang, 49, dan anaknya Muhammad Adif Mikhail Kamaruddin, 11 tahun.

"Rumah yang didiami ini adalah tinggalan arwah datuk dan nenek, namun tanpa pengetahuan saya rumah ini dijual oleh arwah bapa saudara kepada jiran yang berdekatan.

"Disebabkan tidak mempunyai tempat tinggal selepas berpisah dengan bekas suami pertama lebih 10 tahun lalu, saya terpaksa menyewa di rumah yang sudah dijual ini dengan kadar bayaran RM100 sebulan," katanya di Kampung Lorong Teluk Kubang Gatal, Peringat.

Menurut Azmah, beberapa tahun lepas, beliau mendirikan rumah tangga kali kedua dan bakal melahirkan anak kedua yang dijangka pada Ogos ini.

Kata Azmah, suaminya hanya bekerja sebagai buruh dengan pendapatan RM50 sehari namun tidak menentu dan baru beberapa hari memulakan kerja selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.

"Bagi meringankan beban suami yang hanya bekerja buruh dengan pendapatan yang tidak menentu, saya mengambil upah mengemas dan mencuci rumah penduduk kampung dengan upah RM30 sehari.

"Memandangkan saya juga perlu memperuntukkan belanja persekolahan untuk anak, saya juga mengambil upah mengadakan kelas tuisyen di rumah," katanya.

Katanya, sekiranya ada pihak yang boleh membantu mencari kediaman yang lebih selesa beliau amat menghargainya memandangkan kini sedang sarat mengandung dan perlu tempat selesa untuk berpantang selepas melahirkan anak nanti.

"Pada masa sama, saya juga mengharapkan ada pihak yang boleh membantu saya mencari pekerjaan yang mempunyai gaji tetap kerana saya ada Ijazah Bahasa Melayu dan Linguistik dari Universiti Putra Malaysia (UPM), sebelum ini sudah berusaha mencari pekerjaan tetap tetapi tidak berjaya," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya ke akaun bank berikut atas nama Azmah Ismail atau boleh menghubunginya:

013-9900450
Progress:

RM0 raised

Goal: RM1500



blog counter views

Kuala Kangsar - Seorang ibu tunggal yang kehilangan pendapatannya berikutan pelaksanaan PKP kini buntu memikirkan nasib anaknya yang di...



Kuala Kangsar - Seorang ibu tunggal yang kehilangan pendapatannya berikutan pelaksanaan PKP kini buntu memikirkan nasib anaknya yang ditawarkan pendidikan di Universiti Malaya.

Siti Khatijah Md Tahir, 38, mengatakan bahawa dia terdesak untuk mengumpulkan wang untuk membiayai kos pengajian itu selain keperluan anak perempuannya, Puteri Najiha Azni, 18, yang ditawarkan Asasi dalam Sains Fizikal di universiti itu.

Dia mengatakan bahawa dia memerlukan RM1,950 untuk membolehkan anaknya meneruskan pendidikannya.

"Saya berjuang untuk mengumpulkan wang untuk menampung kos sara hidup, tuisyen kuliah, dan yuran perkhidmatan berjumlah RM1,950 sebelum tarikh kemasukan ke universiti pada 27 Jun," katanya.

Dia mengatakan bahawa dia telah berpisah dengan bekas suaminya selama setahun sebelum mengalami keletihan.

"Itulah sebabnya saya terpaksa berhenti kerja sebagai pengemas barang di sebuah motel Februari lalu dan membuat perniagaan sendiri dengan menjual nasi lemak.

"Namun, pelaksanaan PKP sejak 18 Maret menyebabkan dia sekarang tinggal di rumah angkatnya dan kini hanya menyara hidup dengan membuat bantal kekabu untuk perbelanjaan hariannya.

"Sebelum saya dan suami berpisah, kehidupan keluarga kami sukar. Ketiga-tiga anak, termasuk seorang yang masih dalam jagaan saya, dan yang berusia 21 tahun bekerja sebagai pembantu restoran dengan pendapatan RM40 sehari," katanya.

Siti Katijah mengatakan bahawa dia bimbang jika dia gagal membayar yuran yang diperlukan, anaknya akan melepaskan peluang untuk melanjutkan pelajaran di bidang yang diminati.

"Ini seterusnya meletakkan harapan kita kepadanya untuk mengubah nasib keluarganya," katanya ketika ditemui di rumah angkatnya di Kampung Basong, Kuala Kangsar.

Sementara itu, Puteri Najiha, yang memperoleh keputusan 8A 2B dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu, mengatakan bahawa gurunya di sekolahnya juga menaruh harapan tinggi untuk dia melanjutkan pelajaran sehingga menjadi jurutera.

Katanya, RM1,950 hanya diperlukan untuk bayaran pada semester pertama, tidak termasuk perbelanjaan lain seperti keperluan dan peralatan harian, makanan, caj pemeriksaan kesihatan, komputer riba dan sebagainya.

"Saya bimbang sekiranya saya tidak berpeluang membayar pembayaran pada tarikh akhir saya yang akan datang, ini juga akan menjadi peluang bagi saya untuk mengubah nasib keluarga yang menjalani kehidupan yang sukar.

"Dalam jangka pendek, sukar bagi kita untuk mengumpulkan wang termasuk mendapatkan bantuan dari mana-mana agensi kerajaan kerana ia harus melalui proses yang panjang," katanya yang sebelumnya pernah bersekolah di Sekolah Menengah Bukit Jana di Kamunting, Taiping.

Orang ramai yang ingin membantu Puteri Najiha boleh membuat sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Siti Khatijah binti Md Tahir:

Progress:

RM1950 raised

Goal: RM1950



blog counter views

Kongsi Portal Ini