Derita bayi hidap penyakit spina bifida berkemungkinan lumpuh seumur hidup - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Perak Tengah - Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Dia tidak meminta untuk dilahirkan seperti ini tetapi itulah takdir hidup ...

Derita bayi hidap penyakit spina bifida berkemungkinan lumpuh seumur hidup


Perak Tengah - Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Dia tidak meminta untuk dilahirkan seperti ini tetapi itulah takdir hidup yang perlu dihadapi oleh seorang bayi berusia 27 bulan di Kampung Sadang, Belanja Kiri dimana dia tidak dapat menjalani kehidupan seperti insan lain selepas dikesan menghidap penyakit spina bifida sejak lahir.

Spina bifida adalah kecacatan kelahiran di mana terdapat penutupan tulang belakang dan selaput di sekitar saraf tunjang yang tidak lengkap semasa perkembangan awal kehamilan.

Bayi tersebut, Muhammad Wasir Abdul Salam@Saharuddin kini terpaksa menderita penyakit tersebut seumur hidup dan bergantung kepada rawatan hospital setiap bulan.

Ibunya, Mariana Abu, 32, berkata, Muhammad Wasir sudah menjalani pembedahan seawal umur tiga hari untuk menutup tulang belakang yang terbuka sewaktu dilahirkan itu.

"Sejak awal kelahirannya, saya terpaksa berulang-alik setiap minggu ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk membawa Muhammad Wasir menjalani rawatan neuro dan tulang- menaiki bas bersama seorang anak lelaki berusia 11 tahun.

"Suami saya bekerja kampung memang tak dapat teman lagi pun kami tak ada kenderaan lain dan sumber pendapatan hanya mengharapkan suami," katanya di rumahnya di Kampung Sadang, Belanja Kiri, Parit.

Mariana berkata, disebabkan jarak yang jauh untuk berulang-alik ke HRPB dan memerlukan kos, beliau berbincang dengan doktor supaya rawatan susulan yang ditetapkan seminggu sekali dibuat setiap bulan.

Katanya, kos sebanyak RM50 sebulan diperlukan untuk tambang dan keperluan lain bagi rawatan susulan Muhammad Wasir, namun memberitahu beban sekeluarga semakin ringan apabila menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Baitulmal, masing-masing bernilai RM300.

"Bila doktor setuju dan benarkan untuk buat sebulan sekali rawatan, saya rasa lega. InshaAllah, saya akan teruskan rawatan untuk pastikan Muhammad Wasir terus sihat," katanya.

Bercerita mengenai keadaan anaknya itu, Mariana berkata, Muhammad Wasir hanya boleh duduk dan mengiring, selain terdapat benjolan di belakang badan Muhammad Wasir yang jika dibuang boleh menyebabkan bayi berkenaan berisiko lumpuh kerana ia melibatkan saraf.

Dalam pada itu, sempena Hari Ibu, Mariana turut mengharapkan anaknya diberi kesihatan dan kesembuhan agar boleh terus menjalani kehidupan bersama keluarga.

"Saya mengharapkan doa seluruh rakyat Malaysia agar Muhammad Wasir terus sihat dan panjang umur. Itu saja yang saya minta.

"Saya tak mengharapkan yang lain. Cukuplah dapat tengok anak-anak saya sihat pun bersyukur sangat," katanya sebak.

Dalam satu hadis Nabi SAW daripada Anas bahawa seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dan berkata: “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling dicintai oleh Allah?”

Baginda bersabda: “Manusia yang paling dicintai oleh Allah ialah yang membahagiakan seseorang muslim; mengatasi kesulitannya, membayar hutangnya atau menghilangkan rasa laparnya, serta berjalan bersama saudaraku untuk satu keperluan lebih aku cintai daripada aku beriktikaf di masjid ini selama satu bulan."

Orang ramai yang ingin menyumbang terus kepada Mariana boleh berbuat demikian menerusi akaun bank berikut atas nama Mariana binti Abu:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000

0 comments:

Kongsi Portal Ini