Tiga beranak tinggal rumah sewa usang, perlu bantuan tempat tinggal - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Kota Bharu - Kasihanilah mereka. Bukan niat keluarga kecil ini untuk merungut dan meminta-minta tetapi rumah usang yang disewa tiga ber...

Tiga beranak tinggal rumah sewa usang, perlu bantuan tempat tinggal



Kota Bharu - Kasihanilah mereka. Bukan niat keluarga kecil ini untuk merungut dan meminta-minta tetapi rumah usang yang disewa tiga beranak sejak 10 tahun lepas di Kampung Kubang Gatal Lorong Telok, Peringat di sini, terlalu usang kerana bumbung bocor, lantai hampir runtuh dan dinding berlubang dimakan anai-anai.

Ibu yang sarat mengandung anak kedua, Azmah Ismail, 41, berkata beliau mendiami rumah itu bersama suami Nordin Nawang, 49, dan anaknya Muhammad Adif Mikhail Kamaruddin, 11 tahun.

"Rumah yang didiami ini adalah tinggalan arwah datuk dan nenek, namun tanpa pengetahuan saya rumah ini dijual oleh arwah bapa saudara kepada jiran yang berdekatan.

"Disebabkan tidak mempunyai tempat tinggal selepas berpisah dengan bekas suami pertama lebih 10 tahun lalu, saya terpaksa menyewa di rumah yang sudah dijual ini dengan kadar bayaran RM100 sebulan," katanya di Kampung Lorong Teluk Kubang Gatal, Peringat.

Menurut Azmah, beberapa tahun lepas, beliau mendirikan rumah tangga kali kedua dan bakal melahirkan anak kedua yang dijangka pada Ogos ini.

Kata Azmah, suaminya hanya bekerja sebagai buruh dengan pendapatan RM50 sehari namun tidak menentu dan baru beberapa hari memulakan kerja selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.

"Bagi meringankan beban suami yang hanya bekerja buruh dengan pendapatan yang tidak menentu, saya mengambil upah mengemas dan mencuci rumah penduduk kampung dengan upah RM30 sehari.

"Memandangkan saya juga perlu memperuntukkan belanja persekolahan untuk anak, saya juga mengambil upah mengadakan kelas tuisyen di rumah," katanya.

Katanya, sekiranya ada pihak yang boleh membantu mencari kediaman yang lebih selesa beliau amat menghargainya memandangkan kini sedang sarat mengandung dan perlu tempat selesa untuk berpantang selepas melahirkan anak nanti.

"Pada masa sama, saya juga mengharapkan ada pihak yang boleh membantu saya mencari pekerjaan yang mempunyai gaji tetap kerana saya ada Ijazah Bahasa Melayu dan Linguistik dari Universiti Putra Malaysia (UPM), sebelum ini sudah berusaha mencari pekerjaan tetap tetapi tidak berjaya," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya ke akaun bank berikut atas nama Azmah Ismail atau boleh menghubunginya:

013-9900450
Progress:

RM0 raised

Goal: RM1500



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini