Derita kanak-kanak comel hidap barah otak, mohon doakan dan bantu - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Teluk Intan - Malang tidak berbau. Kecelakaan boleh berlaku bila-bila masa. Itu yang dialami oleh kanak-kanak penghidap barah otak, Nuru...

Derita kanak-kanak comel hidap barah otak, mohon doakan dan bantu


Teluk Intan - Malang tidak berbau. Kecelakaan boleh berlaku bila-bila masa. Itu yang dialami oleh kanak-kanak penghidap barah otak, Nurul Adira Asheera Abdullah, 10 di G5, Batu 4, Ladang Selabak, Jalan Changkat Jong, di sini.

Berkongsi tragedi menimpa anaknya itu, ibu Adira, Nurul Razekin Amalin Mohd Salleh, 27, murid Darjah 4 Sekolah Kebangsaan Tabuk Banjar itu telah terlantar sakit sejak lebih setahun yang lalu setelah jatuh di sekolahnya.

“Puncanya dia terjatuh di sekolah dan mengalami sakit kepala hingga terpaksa dibedah, hasil pembedahan itulah doktor mengesahkan Adira mengalami barah otak.

“Kini, barah yang dideritainya sudah ditahap 4, berat badannya sudah semakin menyusut dan hanya minum susu menggunakan tiub melalui rongga hidung,” ujarnya.

Tambahnya, mereka memerlukan lebih RM400 sebulan bagi menampung kos 4 hingga 5 tin susu jenama Pediasure dan lampin pakai buang bersaiz XXL untuk kegunaan Adira.

Nurul tidak bekerja manakala suaminya, Zulhadi Atmajaya hanya bekerja sebagai pemandu jentolak di Ladang Selabak dan masih menanggung dua anak termasuk seorang lagi anak berusia 10 bulan.

Sakit menjadi salah satu ujian yang diberikan oleh Allah SWT dan itu menjadi penggugur dosa bagi mukmin yang sabar dan ikhlas menjalaninya.

Allah telah memberikan sakit kepada umat Islam sebagai bentuk ujian untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan dan memicu Muslim untuk banyak-banyak berdoa.

Nabi Muhammad SAW mengajarkan amalan doa-doa untuk kesembuhan orang yang sakit agar Allah memberikan kesihatan dan pulih kembali.

Pernah suatu hari Rasulullah menjenguk sahabatnya yang sedang sakit, yaitu Salman Al-Farisi RA. Lalu baginda mendoakannya dan bacaan baginda boleh diamalkan di masa sekarang. Doa Rasulullah tersebut:

شَفَى اللهُ سَقَمَكَ، وَغَفَرَ ذَنْبَكَ، وَعَافَاكَ فِي دِيْنِكَ وَجِسْمِكَ إِلَى مُدَّةِ أَجَلِكَ

Ertinya: “Wahai (sebut nama orang yang sakit), semoga Allah menyembuhkanmu, mengampuni dosamu, dan mengafiatkanmu dalam hal agama serta kesihatanmu sepanjang usia,”

Riwayat lain, sebagaimana diriwayatkan dalam Bukhari dan Muslim dari Aisyah RA. Kemudian Nabi pun mendoakannya, agar sahabatnya ini sembuh kembali. Sebagaimana diriwayatkan dalam Bukhari dan Muslim dari Aisyah RA:

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقْمًا

Ertinya: “Tuhanku, Tuhan manusia, hilangkanlah penyakit. Berikanlah kesembuhan kerana Kau adalah penyembuh. Tiada yang dapat menyembuhkan penyakit kecuali Kau dengan kesembuhan yang tidak mendatangkan rasa sakit,” (Imam An-Nawawi, Al-Adzkar).

Orang ramai tampil memberikan sumbangan buat meringankan bebanan keluarga ini dan boleh disalurkan ke akaun bank berikut milik Nurul Razekin Amalin Mohd Salleh:

Progress:

RM10 raised

Goal: RM2000



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini