Berusia 26 tahun masih dijaga seperti bayi kerana lebihan air dalam kepala - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Kota Bharu - Seorang ibu tunggal terpaksa melalui kehidupan yang getir apabila dia yang menghidap penyakit saraf neuro fibromotosis, ta...

Berusia 26 tahun masih dijaga seperti bayi kerana lebihan air dalam kepala



Kota Bharu - Seorang ibu tunggal terpaksa melalui kehidupan yang getir apabila dia yang menghidap penyakit saraf neuro fibromotosis, talasemia dan buasir berdarah terpaksa menjaga dua daripada tiga anaknya yang menghidap barah.

Akibat penyakit saraf itu, Norma Mahmood, 62, turut mempunyai ketumbuhan sebesar bola tenis pada belakang badannya.

Norma memberitahu, anak bongsunya, Mohd. Hakimi Hakim Mohd. Shukri, 26, hanya mampu terlantar di atas katil sejak lapan tahun lalu apabila muka sebelah kanan membengkak disebabkan masalah air berlebihan di dalam kepala.

Katanya, mata sebelah kanan Mohd. Hakimi pula tidak berfungsi ekoran pembedahan yang dilakukan untuk membuang ketumbuhan pada bahagian tersebut sejak masih bayi.

“Anak kedua saya, Mohd. Azam Hidayat berusia 29 tahun pula menghidap barah otak sejak 1991.

Norma berkata, sejak terlantar dengan kudrat tuanya itulah dia menjadi penjaga setia untuk menukarkan lampin, memberi susu dan makan bahkan membersihkan diri anaknya itu.

Norma berkata, dia menganggap itu semua ujian yang perlu tempuhinya dan seharusnya dihadapinya dengan tenang supaya anak-anaknya tidak terabai meskipun jauh di lubuk hati mahu melihat ‘si kecil’ itu gagah seperti insan lain.

“Makcik sedar yang hidup kami tidak mewah tetapi demi anak makcik kena kuat. Kalau diikutkan memang berat dugaan keluarga kami tetapi makcik merasakan ada insan yang lagi teruk dan lebih perlukan perhatian.

“Dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan kasih sayang mereka yang bersimpati dengan kami termasuk penghulu dan badan bukan kerajaan, makcik sedikit lega mahupun ia tidak dapat membantu secara keseluruhannya,” katanya semalam.

Menurutnya, dia tidak sesekali berputus asa untuk menjaga anaknya biarpun dia sendiri juga menanggung derita masalah usus dan perlu berulang ke hospital untuk rawatan.

“Baru beberapa bulan lalu makcik jalani pembedahan menggantikan usus yang rosak. Jadi sekarang ini mahu buat benda berat memang makcik akan terasa sakit lagi.

“Cuma makcik teruskan berdoa supaya diberikan kekuatan untuk berpuasa penuh tahun ini dan dikurniakan kesihatan baik supaya makcik dapat menjaga anak-anak sesempurna mungkin,” katanya.

Katanya, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini ia memberi rahmat kepada keluarganya kerana selalu ada bantuan yang sampai dan dengan sumbangan itulah dia perlu berjimat cermat.

“Kalau dulu makcik boleh bekerja, ambil upah jadi tukang cuci, tukang kebun dan macam-macam tetapi sekarang itu semua sudah tidak dapat dilakukan lagi," katanya.

Norma berkata, selain mengharapkan bantuan bulanan JKM anak sulungnya yang bekerja swasta di Kuala Lumpur turut membantu sekadar mampu.

Orang ramai yang simpati dan ingin membantu keluarga ini boleh berbuat demikian dengan salurkan bantuan ke akaun bank berikut atas nama Norma Mahmood atau hubunginya:

016-3385974
Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000

0 comments:

Kongsi Portal Ini