Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Tanah Merah - Tidak seperti kanak-kanak seusia dengannya yang lincah berlari dan petah bercakap, nasib seorang kanak-kanak di Kampung A...



Tanah Merah - Tidak seperti kanak-kanak seusia dengannya yang lincah berlari dan petah bercakap, nasib seorang kanak-kanak di Kampung Alor Stor, di sini, amat berbeza kerana hanya mampu terbaring akibat penyakit yang dihidapinya.

Nur Qhayla Rania Mohamad Firdaus, 4, yang menderita penyakit hydrocephalus atau lebihan air di kepala sejak lahir tidak boleh melakukan aktiviti normal seperti kanak-kanak lain kerana mempunyai saiz kepala yang besar.

Biarpun tidak mampu bercakap, namun anak bongsu kepada pasangan Mohamad Firdaus Abdullah dan Che Siti Nor Azreen Che Ishak itu memahami apa yang dituturkan dan akan membuat reaksi dengan gerakan tangan dan senyuman.

Bertambah malang, sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan hampir tiga bulan lalu, keluarga ini buntu mencari pendapatan untuk menampung keperluan anak istimewanya itu yang mencecah hampir RM1,000 sebulan melibatkan kos susu khas, lampin pakai buang, selain perbelanjaan ulang-alik ke hospital.

"Musim PKP ini saya ambil tempahan popia simpul. Susah jugalah musim PKP ini sebab nak gerak pun susah, untuk cari rezeki buat dia, cari susu dia, cari lampin dia dekat RM1,000 sebulan.

"Raya tahun ini pun ala kadar sajalah, sekadar mampu sediakan baju raya untuk dia, kakak dia, bagi dia gembira," kata Che Siti Nor Azreen.

Walaupun Qhayla menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan, namun ia tidak mencukupi untuk menampung keperluannya selain perlu membayar rumah yang disewa sebanyak RM200 sebulan.

Menurutnya, pada hari biasa, suaminya mengambil upah membuat kerja kampung seperti membersihkan kebun dan menoreh getah dengan pendapatan sekitar RM30 sehari.

Bagaimanapun, sejak PKP dilaksanakan, punca pendapatannya hilang, ditambah dirinya juga tidak bekerja dan hanya sebagai suri rumah sahaja.

Dia tidak boleh meninggalkan Qhayla untuk keluar bekerja kerana Qhayla mudah terkena sawan dan perlu segera dibawa ke hospital yang jaraknya 15 kilometer dari rumah.

Katanya lagi, Qhayla mudah diserang sawan apabila terkejut atau mengalami demam akibat cuaca terlalu sejuk atau panas.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian ke akaun bank berikut atas nama Che Siti Nor Azreen Che Ishak atau hubungi:

017-9439037
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500



blog counter views

Sabak Bernam - Seorang pesakit serangan pundi hempedu kronik (Kolesistisis) yang menetap di Lorong 3 Tebuk Jaya, Parit 13 di sini, hidu...



Sabak Bernam - Seorang pesakit serangan pundi hempedu kronik (Kolesistisis) yang menetap di Lorong 3 Tebuk Jaya, Parit 13 di sini, hidup serba daif apabila hanya tinggal di sebuah pondok kecil tanpa kemudahan bekalan air dan elektrik.

Rahman Sahran, 51, berkata, dia tidak berkemampuan untuk hidup lebih selesa memandangkan penyakit dialami sejak setahun lalu.

Malah, katanya, dia juga menjaga seorang anaknya yang berstatus orang kurang upaya (OKU) fizikal saraf, Muhammad Arif Hakimi,18, bersendirian selepas berpisah dengan bekas isteri.

"Walaupun dalam keadaan kudrat saya terhad kerana tidak mampu melakukan kerja berat, tetapi demi anak saya kuatkan semangat untuk menempuh segala dugaan dihadapi," katanya.

Rahman berkata, ketika ini dia hanya mampu mencari rezeki dengan keluar mencari belut di sawah pada setiap malam.

"Pendapatan saya memang tidak menentu, mungkin hari ini boleh dapat hasil lebih, tetapi esok atau lusa pula berkurangan," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Rahman, keadaan bertambah teruk apabila peraih tidak lagi datang membeli belut berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Jualan belut jauh merosot disebabkan kebanyakan restoran dan kedai makan tidak dibuka hingga pendapatan saya terjejas teruk," katanya.

Katanya, dia terpaksa mengambil keputusan berpindah ke pondok itu sejak lebih setahun lalu kerana tidak mampu membayar sewa rumah.

"Saya juga terpaksa menumpangkan anak di rumah seorang warga emas setiap kali saya keluar mencari belut," katanya.

Ujarnya, adakalanya dia berasa takut tinggal di pondok itu kerana bukan sahaja terdedah dengan gigitan nyamuk, malah berdepan serangan haiwan berbisa.

"Sudah banyak kali juga saya terserempak dengan ular di belakang rumah pada waktu malam dan bimbang jika reptilia itu masuk ke dalam rumah," katanya.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Parit 13 Sungai Panjang, Mohamad Fauzi Saladri berkata, nasib menimpa Rahman itu turut mendapat perhatian Timbalan Menteri Pendidikan II, Muslimin Yahaya.

Katanya, Muslimin telah menziarahi penduduk terbabit dan sedang berusaha membantu keluarga berkenaan.

"Sebarang permohonan bantuan masih dalam tindakan dan kita berharap nasib keluarga ini terbela," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan ke dalam akaun bank berikut atas nama Rahman Sahran atau hubungi:

019-3173500
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500



blog counter views

Alor Gajah - Dalam negara dilanda pandemik Covid-19, kebanyakan rakyat Malaysia menyambutnya secara ssederhana. Aidilfitri kali ini leb...



Alor Gajah - Dalam negara dilanda pandemik Covid-19, kebanyakan rakyat Malaysia menyambutnya secara ssederhana. Aidilfitri kali ini lebih terasa begitu pilu sekali buat adik Diaz Putra Aqil Norhisham yang menghidap leukimia di kediaman keluarganya di sini semalam.

Dalam ziarah Ustaz Haji Ahmad Bilal Rahudin, beliau telah bersua muka dan memberi sedikit sumbangan berbentuk wang tunai kepada keluarga adik Diaz bagi meringankan beban mereka sekeluarga sebagai tanda simpati atas apa yang berlaku.

Selain itu, beliau turut mendoakan semoga adik Diaz yang juga pelajar kelas lima tahun dari PASTI Smart Soleh Alor Gajah semoga segera sembuh dan dipermudahkan segala urusan mereka sekeluarga.

“Tidak lupa juga ucapan terima kasih kami kepada pihak yang telah memberikan sumbangan serta ucapan doa kepada adik ini.” Ujar beliau.

Mari kita berdoa dalam situasi apapun. Baik saat sihat mahupun tidak. Kerana berdoa itu adalah bacaan untuk menjaga kebaikan dan mencegah terjadinya keburukan. Dengan berdoa kita memohon dan mensyukuri nikmat yang diberikan Allah SWT.

Tidak hanya doa untuk melakukan aktiviti. Ini adalah doa untuk orang lain yang sedang sakit. Kita berdoa agar penyakit orang itu akan dapat terangkat.

Berikut beberapa doa yang dilafazkan Nabi Muhammad S.A.W untuk mendoakan orang sakit.

1. Menurut hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari Aisyah RA, doa ini dibaca Rasulullah SAW untuk keluarganya.

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقْمًا

Allāhumma rabban nāsi, adzhibil ba’sa. Isyfi. Antas syāfi. Lā syāfiya illā anta syifā’an lā yughādiru saqaman.

Ertinya, “Tuhanku, Tuhan manusia, hilangkanlah penyakit. Berikanlah kesembuhan kerana Kau adalah penyembuh. Tiada yang dapat menyembuhkan penyakit kecuali Kau dengan kesembuhan yang tidak meninggalkan rasa sakit,” (Lihat Imam An-Nawawi, Al-Adzkar, [Damaskus: Darul Mallah, 1971 M/1391 H], halaman 113).

2. Menurut Abu Dawud dan At-Tirmidzi, Nabi Muhammadi S.A.W, membaca doa sebanyak 7 kali di hadapan orang sakit. Doa ini, diharapkan dapat mengangkat penyakit yang diderita orang tersebut.

أَسْأَلُ اللهَ العَظِيْمَ رَبَ العَرْشِ العَظِيْمِ أَنْ يَشْفِيَكَ

As’alullāhal azhīma rabbal ‘arsyil ‘azhīmi an yassfiyaka.

Kepada mereka yang ingin menyumbang, bolehlah memasukkan terus sumbangan anda ke akaun bank berikut atas nama Nurul Hafizah Affendie bagi meringankan beban mereka sekeluarga.

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500



blog counter views

Jempol - Barangsiapa yang membantu menghilangkan satu kesedihan dari sebagian banyak kesusahan orang mukmin ketika didunia maka Allah a...



Jempol - Barangsiapa yang membantu menghilangkan satu kesedihan dari sebagian banyak kesusahan orang mukmin ketika didunia maka Allah akan menghilangkan satu kesusahan dari sekian banyak kesusahan dirinya pada hari kiamat kelak.

Dan barangsiapa yang memberikan kemudahan kepada orang yang kesusahan, nescaya Allah akan membantu memudahkan urusannya didunia dan di akhirat.

Dan barangsiapa yang menutup aib orang muslim, nescaya Allah akan menutup aibnya dunia dan akhirat.Sesungguhnya Allah akan selalu menolong seorang hamba selama dia gemar menolong saudaranya.

Bukan sekali, malah kanak-kanak ini memerlukan pembedahan untuk kali yang keenam bagi merawat masalah jantung berlubang dan beberapa masalah berkaitan.

Demikian nasib seorang anak yang sangat ceria Zakuan Harith, 8 tahun ketika Muslim Care Malaysia Society menziarahinya di Jempol, Negeri Sembilan hari ini.

Masih jelas kelihatan parut pembedahan yang lepas jelas berbekas ditubuh beliau.

Ibu beliau, Fazlina Mohd Said seorang ibu tunggal merayu bantuan dari mereka yang bersimpati diatas masalah kesihatan anak beliau.

“Mohon bantulah anak saya kalau tidak dengan wang tolonglah doakan kesihatan anak saya Zakuan,” antara ungkapan rayuan Fazlina dengan nada yang agak sedih semasa mendengar luahan ibu tunggal ini.

Bagi meringankan beban dan memastikan pembedahan Zakuan berjalan lancar, Muslim Care Malaysia Society merayu orang ramai membantu mencukupkan dana untuk menampung kos perubatan dan pembedahan.

“Semoga Allah mengganjari dengan sebaik-baik ganjaran diatas segala sumbangan yang dihulurkan,” kata Timbalan Presiden Muslim Care Malaysia Society, Mohd Johari Ismail.

Sebarang bantuan boleh disalurkan ke akaun bank berikut atas nama Muslim Care Malaysia Society atau untuk makluman lanjut hubungi Johari:

016-9978323
Progress:

RM0 raised

Goal: RM10000



blog counter views

Jeli - "Sebaik mendengar takbir raya pagi semalam, dia menangis teresak-esak memberitahu rasa sedih kerana terpaksa beraya di atas ...


Jeli - "Sebaik mendengar takbir raya pagi semalam, dia menangis teresak-esak memberitahu rasa sedih kerana terpaksa beraya di atas katil tahun ini," kata Zamilah Setapa, 47, ibu kepada pesakit kanser limfoma, Che Mohd Azmi Che Hassan, 24.

Che Mohd Azmi yang juga anak sulung daripada lima beradik menderita penyakit itu sejak Disember lalu, namun hanya terbaring kerana keadaan kesihatannya merosot.

Zamilah berkata, setiap kali mendengar takbir raya di televisyen, Azmi akan menangis kerana sedih dengan keadaan dirinya.

Menurutnya, berikutan itu dia bersama suami, Che Hassan Che Kob, 53, terpaksa menasihati agar bersabar dengan ujian Tuhan.

"Bermula dengan hanya ketulan kecil di leher pada Jun tahun lalu, saya tidak sangka ia adalah kanser yang merubah kehidupan Azmi sehingga berat badannya susut ke 35 kg berbanding 80 kg sebelum ini.

"Azmi sudah menjalani pembedahan membuang ketulan di lehernya, namun keadaan menjadi semakin teruk apabila lukanya semakin membesar sehingga ke bahu, selain dia menjadi pelat apabila bertutur.

"Sejak Februari lalu, tahap kesihatannya semakin merosot dan hanya terbaring menyebabkan kami perlu memberi perhatian penuh kepadanya," katanya di rumahnya di Kampung Gunung Reng, Jeli.

Zamilah berkata, sebaik kisah anaknya tular di media sosial, baru-baru ini, ada wakil daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat tampil membantu dan bersedia memberi bantuan setiap bulan.

Katanya, dia tidak bekerja manakala suami hanya menoreh getah dengan pendapatan tidak menentu menyebabkan mereka buntu kerana perlu menampung keperluan lampin pakai buang serta susu khas untuk Azmi yang mencecah lebih RM1,000 sebulan.

"Semalam, ramai kawan-kawan anak yang datang beraya untuk melawatnya. Sayu hati apabila melihat Azmi hanya mampu menangis malah memberitahu kawannya bahawa dia sedih tidak dapat melayan mereka seperti sebelumnya.

"Sebelum ini dia seorang periang, ramah dan petah berbicara selain aktif bermain bola sepak di kampung.

"Bagaimanapun, kami reda dengan ujian ini selain terus memberi semangat serta sokongan buat Azmi agar terus tabah melawan penyakitnya dan berdoa supaya dia boleh sihat seperti biasa," katanya.

Orang ramai yang bersimpati boleh menghubungi Che Hassan di talian berikut bagi menghulurkan bantuan:

013-9700644
Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000



blog counter views

Port Dickson - Aidilfitri paling menyedihkan kerana kali ini ia begitu mencabar buat ibu tunggal, Hajijah Pawi, 47, kerana menyambutnya ...


Port Dickson - Aidilfitri paling menyedihkan kerana kali ini ia begitu mencabar buat ibu tunggal, Hajijah Pawi, 47, kerana menyambutnya di hospital sementara dua anaknya masing-masing berusia lapan dan 14 tahun ditinggalkan sendirian di rumah.

Hajijah, dimasukkan ke Hospital Port Dickson sehari sebelum Aidilfitri bagi membuang cecair yang membusung dalam perutnya.

"Saya dan anak, Muhammad Zulirfan Zulkifli, 14, dan Nur Qariesha Safira, 8, baru sahaja berpindah ke rumah sewa di Taman Wawasan, Lukut sejak seminggu lalu atas bantuan pertubuhan bukan kerajaan.

"Sebelum ini kami menyewa hampir tiga tahun di rumah kedai di Taman Naga tidak jauh dari sini," katanya.

Tambahnya, kedua-dua anaknya itu menyambut Aidilfitri dengan jiran tetangga selain berharap mereka memahami kesusahan dan cabaran hidup yang perlu dilalui.

"Saya harap kesusahan ini akan menjadikan mereka rajin belajar untuk mengubah kehidupan di masa hadapan kerana saya tidak pasti setakat mana usia saya," katanya sambil menangis.

Hajijah berkata, dia dimasukkan ke hospital kerana penyakit misteri dan doktor mengeluarkan sebanyak 7.5 liter cecair berwarna kuning daripada perutnya tetapi masih tidak dapat mengesan apakah penyakitnya.

Dia yang sebatang kara di Semenanjung, berasal dari Miri, Sarawak menerima bantuan e-Kasih RM250 sebulan sehingga hujung tahun ini.

"Saya mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM270 sebulan dan perlu membayar sewa rumah RM500 sebulan.

"Saya pening kepala memikirkan hal ini kerana baki yang tinggal di tangan hanya RM20, belum lagi bil ulititi seperti air dan api," katanya.

Hajijah berkata, anak-anaknya tidak merasa berbaju baharu pada hari raya tetapi mereka memahami sebaiknya. Apa yang lebih utama, mereka sekeluarga masih hidup sebagai keluarga.

Kesempitan hidup mereka sebelum ini menarik perhatian beberapa NGO dan individu prihatin yang membantu membeli peralatan rumah.

"Terima kasih kepada penyumbang, hanya Allah yang dapat membalas budi baik mereka, saya amat terharu.

"Namun saya perlu juga memikirkan beberapa perkara terutama berkaitan persekolahan anak-anak di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Jumaat dan Sekolah Kebangsaan Kampung Gelam.

"Saya berharap anak-anak tabah kerana saya nak berjalan pun tak mampu, hanya menggunakan kerusi roda atau tongkat. Duit simpanan pun habis digunakan untuk membayar deposit sewa rumah sebanyak RM1,500," katanya.

Orang ramai yang mahu menyumbang bagi meringankan beban keluarga ini boleh menghubungi Hajijah di talian berikut:

019-5826405
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500



blog counter views

Gua Musang - Seorang ibu tunggal buntu memikirkan nasib anak lelakinya yang menghidap penyakit misteri yang menyebabkannya tidak dapat ...



Gua Musang - Seorang ibu tunggal buntu memikirkan nasib anak lelakinya yang menghidap penyakit misteri yang menyebabkannya tidak dapat bercakap dan tidak mampu bergerak bebas.

Zawiah Hassan berkata, anaknya, Muhammad Safwan Mohd Afizan, 23 tahun, terkena penyakit misteri selepas sering histeria ketika belajar di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Kota Bharu sejak Ogos tahun lalu.

Pelbagai usaha dilakukan bagi mengubati penyakit anak sulung daripada tiga beradik itu termasuk membawanya ke hospital dan berubat secara tradisional.

Namun, penyakit misteri yang dialami Muhammad Safwan tidak dapat dikenalpasti.

Zawiah, 44 tahun, berkata, mereka sekeluarga juga terpaksa melupakan sambutan Aidilfitri tahun ini kerana penyakit misteri anaknya masih belum sembuh.

"Tidak terbilang banyak juga (usaha berubat). Rata-rata sudah pergi. Paling jauh Kota Bharu. Tetapi sejak akhir-akhir ini, tidak boleh pergi.

"Pernah kena imbas kepala. Pergi periksa di hospital, katanya tiada ada-apa. Malah, hendak ambil air tulang belakang. Kita pun balik berubat cara kampung. Masih tidak sembuh," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Mentara Lama, di sini.

Terdahulu, Zawiah menerima bantuan daripada Pengerusi E-Mutiara Berhad, Che Ibrahim Che Ismail dan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani.

Zawiah sebelum ini bekerja sebagai pembantu di kantin sekolah, namun kini tidak mempunyai sebarang pendapatan apabila terpaksa memberi tumpuan sepenuhnya menjaga Muhammad Safwan.

Bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan hanya cukup untuk membeli barangan kelengkapan dan lampin pakai buang Muhammad Safwan.

Orang ramai yang bersimpati dan ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Zawiah di talian berikut atau menerusi akaun bank berikut atas nama Zawiah Hassan:


017-9396791
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Ipoh - Dia dilahirkan anak istimewa sindrom down dan lebih menyayat hati menanggung derita bengkak otak akibat sawan yang dihidapinya. S...


Ipoh - Dia dilahirkan anak istimewa sindrom down dan lebih menyayat hati menanggung derita bengkak otak akibat sawan yang dihidapinya. Semasa remaja lain belajar dan bermain, Mohamad Zainil Iqmal Mohd Zaini dari Taman Sri Cahaya di sini hanya mampu berbaring di atas katil kerana sebahagian tengkoraknya dikeluarkan untuk melegakan bengkak otak setelah menderita demam lima tahun lalu .

Anak lelaki berusia 15 tahun itu didiagnosis menghidap Cerebral Palsy dan kelainan genetik kongenital yang dikenali sebagai Angelman's Syndrome sejak berusia enam bulan.

Ibunya, Norwaniza Jamaluddin, 39, mengatakan pada awalnya, anak sulung dari empat beradik itu demam tinggi dan mengalami sawan sebelum dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun selama dua bulan setelah menjalani pembedahan membuang tengkorak.

Pilu hati seorang ibu apabila dimaklumkan jangka hayat anak sulungnya mungkin tidak dapat bertahan lama kerana mengalami bengkak otak selain disahkan sebagai orang kurang upaya sindrom down.

Dia dilahirkan cacat mental sehingga tidak boleh berdikari untuk menyuap makanan dan menguruskan diri sendiri dan lebih menyedihkan, apabila anak sulungnya menjalani pembedahan di kepala pertengahan September lalu akibat bengkak pada otak.

“Zainil diserang demam panas yang teruk selepas mengalami sawan, lalu saya menghantarnya ke hospital. Pihak hospital memaklumkan otak Zainil tidak menerima udara serta membengkak hingga dibedah untuk memotong separuh tempurung kepalanya bagi udara masuk.

“Pada mulanya, doktor mengatakan anak saya tidak mempunyai harapan untuk bertahan hidup dan meminta saya untuk membawanya pulang tetapi Alhamdulillah, dia dapat bertahan.

Sekarang dia menjalani pemeriksaan perubatan tiga bulan sekali untuk memeriksa perkembangannya. Dia hanya boleh minum susu melalui tiub 11 kali sehari, ”katanya dengan nada menangis.

Katanya, Mohamad Zainil Iqmal memerlukan susu khas yang berharga RM1,300 untuk 12 tin dan lampin pakai buang serta barang keperluan lain setiap bulan.

Walaupun Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak memberikan bantuan bulanan sebanyak RM650 untuk anaknya, ia masih belum mencukupi, tambahnya.

Dia mengatakan bahawa kos untuk mengurus anaknya menjadi terlalu banyak untuk ditanggung keluarganya, yang meminta pertolongan daripada orang ramai kerana suaminya hanya memperoleh sekitar RM70 sehari sebagai pembersih penghawa dingin semasa dia menjual makanan di hadapan rumah.

Bagi sesiapa yang ingin membantu, mereka boleh menyalurkan sumbangan mereka ke akaun bank berikut atas nama Norwaniza Jamaluddin atau menghubungi dia:

016-5548956
Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000

Sabak Bernam - Bagai sudah jatuh ditimpa tangga, setelah bahu kanannya cedera terkena sabit di ladang kelapa sawit dua tahun lalu, seora...


Sabak Bernam - Bagai sudah jatuh ditimpa tangga, setelah bahu kanannya cedera terkena sabit di ladang kelapa sawit dua tahun lalu, seorang petani di Kampung Banting, di sini, diuji ketika isterinya didiagnosis menghidap barah tulang tahap empat.

Bagaimanapun, Ariffin Abd Hamid, 55, menghadapi cabaran Allah dengan menguruskan Harlina Mohd Twan, 42, yang kini berkerusi roda.

Menurut Ariffin, dia menerima 14 jahitan berikutan kejadian itu dan kini tidak dapat melakukan kerja berat.

Bapa lapan anak berusia dari 1 tahun ke 21 tahun itu mengatakan bahawa isterinya sebelum ini didiagnosis menghidap barah payudara peringkat kedua ketika dia melahirkan anak bongsu mereka dua tahun lalu.

"Hati saya sakit ketika doktor memberitahu isteri mengenai penyakit yang paling dahsyat. Secara kebetulan, isteri berusia empat bulan dan dia harus menjalani pembedahan untuk membuang sel barah, untuk mencegahnya merebak ke organ lain.

"Setelah operasi, dia menjalani kemoterapi enam kali, tiga kali sebelum melahirkan dan tiga kali setelah melahirkan rambutnya.

"Malah, isteri juga harus berulang-alik ke Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani rawatan kemoterapi setiap tiga minggu sekali dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi," katanya ketika ditemui hari ini.

Ariffin mengatakan bahawa dia menyangka keadaan kembali normal setelah Harlina dilahirkan sehingga doktornya memberitahu isterinya menghidap barah tulang tahap empat dua bulan lalu.

"Tidak ada yang dapat menahan takdir Tuhan. Air mata saya jatuh ketika isteri saya menangis kerana dia tidak dapat menahan kesakitan yang ditanggungnya.

"Sebenarnya, ketika doktor memberitahu saya mengenai perbelanjaan yang harus saya tanggung, saya hancur seketika dan terpaksa menjual van kegemaran saya tahun lalu, untuk mendapatkan wang.

"Nasib baik ahli keluarga dan rakan-rakan bersimpati dengan situasi yang dihadapi isteri. Saya bersyukur kerana mereka memberikan sokongan dan sokongan kewangan untuk menghadapi ujian ini," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai persekolahan anak-anak, Ariffin mengatakan enam dari lapan kanak-kanak masih bersekolah.

Menurut Ariffin, puteri sulungnya, Fatin Nursyafiqa, 21, telah menerima tawaran untuk belajar di Universiti Sains Islam Malaysia pada bulan Julai tahun lalu, tetapi harus ditolak kerana keadaan Harlina.

"Ketika rakan-rakan lain melanjutkan pelajaran, dia (Fatin) menawarkan diri untuk membantu menjaga isteri dan adik-beradiknya di rumah ketika saya keluar bekerja," katanya.

Ariffin berkata, semua ujian itu menjadikan sambutan Ramadan dan Aidilfitri sederhana tahun ini.

"Saya dan keluarga telah lulus ujian ini. Setiap hari kami berdoa agar isteri kami pulih dari penyakitnya dan berharap dapat menikmati suasana," katanya.

Orang ramai yang ingin menderma boleh salurkan ke akaun bank berikut atas nama Harlina Mohd Tuan atau boleh menghubungi Ariffin di talian berikut:

019-3187044
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kongsi Portal Ini