Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia: melaka

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Memaparkan catatan dengan label melaka. Papar semua catatan

Melaka - Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, itulah nasib dialami seorang penjual besi buruk dan barangan terpakai, Mohd Afrizal Zainuddin, ...




Melaka - Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, itulah nasib dialami seorang penjual besi buruk dan barangan terpakai, Mohd Afrizal Zainuddin, 40, yang terus cekal menjalani kehidupan.

Bukan sahaja nasibnya bersama enam beranak diuji dengan kesempitan hidup, tetapi anak sulungnya, Mohd Amirul Ridhuan, 17, pula disahkan mengidap kanser paru-paru tahap empat yang kini sudah merebak ke tulang.

Malah, perbelanjaan hariannya juga kini bertambah apabila isterinya, Siti Norlina Mohd Rashid, 36, baharu melahirkan anak kelima mereka berusia 10 hari pada 3 Ogos lalu.

“Kami dapat tahu anak sulung mengidap kanser pada pertengahan tahun lalu apabila dia kerap mengadu sakit kaki sebelum pemeriksaan di Hospital Melaka yang mengesahkan anak mengidap kanser paru-paru tahap empat.

“Selepas lebih sebulan dirawat, tidak lama selepas itu baharulah doktor beritahu kanser itu sudah itu sudah merebak pula ke tulang kaki kirinya menyebabkan ia berlubang dan anak terpaksa menggunakan kerusi roda,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Semabok, Semabok di sini semalam.

Menurutnya, luluh hatinya memikirkan masa depan Mohd Amirul walaupun dia adalah anak isteri bersama bekas suami sebelum ini namun sudah dianggap seperti anak sendiri bersama empat anak-anaknya yang lain berusia lapan, tiga dan satu tahun serta bayi lelaki berusia 10 hari.

“Kalau sebelum ini, mungkin juga sedikit sebanyak saya boleh meletakkan harapan kepada Mohd Amirul untuk mengubah nasib keluarga dengan belajar bersungguh-sungguh, tapi rupanya ujiannya lebih berat daripada saya pada usia yang sangat muda.

“Sebab itu, sekarang ini selagi ada kudrat saya akan terus mencari rezeki dengan menjual besi buruk, buat kerja-kerja kampung atau ambil upah kait sawit selagi ia mampu menyara isteri dan anak-anak,” katanya sebak.

“Walaupun pendapatan saya hanyalah sekitar RM900 hingga RM1,200 sebulan, saya bersyukur kerana turut mendapat bantuan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) RM300 sebulan, selain wakil rakyat dan penduduk kampung yang banyak membantu,” katanya.

Sementara itu, Siti Norlina berkata anaknya itu perlu menjalani pembedahan segera bagi mengelakkan lutut kaki kirinya rosak yang akan menyebabkannya lumpuh.

“Waktu anak disahkan mengidap kanser paru-paru tahap empat saya memang tak boleh terima takdir Allah ini namun perlahan-lahan menerima ujian ini.

“Sebagai ibu, rasa sedih teramat sangat melihat kesakitan ditanggung anak lebih-lebih lagi selepas dia menjalani rawatan kimoterapi,” katanya sebak.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian melalui nombor akaun bank berikut atas nama Siti Norlina Mohd Rashid.

Progress:

RM150 raised

Goal: RM5000



Melaka - Usianya baru tiga tahun namun tubuh kecil itu diuji apabila dia disahkan menderita ketumbuhan di kepala. Akibat ketumbuhan itu, ke...




Melaka - Usianya baru tiga tahun namun tubuh kecil itu diuji apabila dia disahkan menderita ketumbuhan di kepala.

Akibat ketumbuhan itu, keadaan mata kanan Ayu Umairah Mohd Zamberi tidak seperti kanak-kanak normal dan semakin membengkak.

Ibu kanak-kanak itu, Norhayati Mohamad, 41, berkata, dia hanya mengetahui penyakit anak bongsu daripada empat beradik ketika berusia tiga bulan.

"Ketika dilahirkan dia seperti bayi normal lain namun ketika usianya tiga bulan mula, perubahan mula berlaku antaranya mata kanan sering berair dan dahi membengkak malah berat badan turun mendadak.

"Selepas dibawa untuk pemeriksaan serta menjalani CT Scan (ujian imbasan tomografi berkomputer), doktor mengesahkan ada ketumbuhan yang menghimpit saraf antara mata dan otak Umairah," katanya.

Norhayati berkata, buat waktu ini doktor belum memutuskan sebarang prosedur pembedahan sebaliknya Umairah perlu dibawa untuk pemeriksaan susulan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Sudah pasti kos untuk ulang-alik dari Melaka ke Kuala Lumpur agak membebankan kerana saya tidak mempunyai pengangkutan. Sebelum ini kami berdua pernah menaiki bas untuk ke HKL.

"Saya hanya bekerja sebagai pembantu kedai dengan gaji harian RM50 manakala suami pula tidak dapat bekerja kerana menghidap penyakit tibi," katanya yang mempunyai tiga anak masih bersekolah.

Menurutnya, sebagai ibu sudah pasti dia mengharapkan kesembuhan buat anaknya dan membesar seperti kanak-kanak seusia yang lain.

Sementara itu pihak berwajib akan merujuk dengan doktor pakar yang terbabit bagi mendapatkan status terkini mengenai rawatan dan prosedur pembedahan yang akan dilakukan.

"Kita mengharapkan rawatan akan dipercepatkan kerana keluarga menyuarakan rasa bimbang sekiranya pembedahan lambat akan beri kesan kepada penglihatan Umairah.

"Malah saya juga akan membantu kos ulang-alik mereka ke HKL termasuk penginapan selain turut menyerahkan bantuan awal," katanya.

Sementara itu, orang ramai yang ingin membantu hulurkan sumbangan boleh melalui akaun bank berikut atas nama Norhayati Mohamad:

Progress:

RM1060 raised

Goal: RM5000



blog counter views

Ayer Keroh - Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran pasti disertai kemudahan. “Kalau boleh saya nak tukar nyawa saya dengan anak”. Demikian l...



Ayer Keroh - Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran pasti disertai kemudahan. “Kalau boleh saya nak tukar nyawa saya dengan anak”. Demikian luahan hiba seorang bapa, Mohd Yusriah Mohd Yunus, 36, apabila mendapat tahu anak sulungnya menghidap penyakit Kanser Leukimia All Type B.

Katanya, penyakit anaknya, Muhammad Adam Naufal Mohd Yusriah, 5, hanya diketahui kira-kira dua bulan lalu apabila melihat perubahan pada anaknya yang kelihatan tidak bermaya sewaktu bermain, selain wajahnya yang semakin pucat.

“Masa mula-mula kena, dia memang tak pernah mengadu sakit ke apa. Cuma, saya dapat lihat dia jadi cepat penat.

Biasa dia boleh main basikal dua ke tiga pusingan, tetapi kali ini dia hanya bermain satu pusingan dan dah nampak penat. Wajahnya pun pucat.

“Kalau bermain di kampung pun saya tengok dia hanya pandang sahaja. Jadi, dari situ saya dah rasakan dia ada masalah.

“Saya terus bawanya jumpa doktor dan sewaktu nak periksa darah, doktor cucuk, darah itu terus terpancut keluar. Darah dia terlalu cair. Bacaan normal sepatutnya 12, tapi bacaan dia hanya 4.2, 4.3.

“Jadi, doktor tak ada kata putus dan terus suruh kami ke hospital. Jadi, bila sudah buat ujian darah semua doktor beri pengesahan 90 percent anak saya menghidapi Leukimia All Type B,” katanya.

Menurut bapa tiga anak itu, selepas mendengar berita tersebut, hatinya luluh dan hilang arah, namun apabila mengenangkan anaknya, dia dan isteri, Nurhayati Mohd Yusop perlu terus kuat untuk membolehkan anaknya kembali sembuh seperti sedia kala.

Ujarnya, hatinya sedikit lega apabila diberitahu bahawa penyakit tersebut masih di peringkat awal dan doktor memberi jangkaan 90 peratus penyakit itu boleh sembuh melalui rawatan-rawatan yang disediakan.

Bagaimanapun, kos rawatan yang diperlukan untuk tempoh dua tahun ini dianggarkan mencecah RM60,000 melibatkan rawatan kemoterapi, ubat-ubatan dan sebagainya.

Dia yang hanya bekerja sebagai pekerja di sebuah kilang di Batu Berendam dengan pendapatan sekitar RM2,000 sebulan kini mengharapkan sumbangan mereka yang prihatin bagi menampung kos di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

“Saya ucapkan terima kasih kepada pihak kilang yang memahami masalah anak saya dan sudi menghulurkan sumbangan untuk meringankan beban kami sekeluarga.

“Begitu juga buat Ketua Menteri, Datuk Haji Sulaiman Md Ali dan kerajaan negeri melalui Bahagian Khidmat Musaadah yang menghulurkan bantuan. Saya betul-betul tak sangka, tak sampai sebulan memohon, saya sudah menerima sumbangan untuk menampung kos rawatan ini,” katanya.

Bagi orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada adik Muhammad Adam Naufal bolehlah menghulurkan sumbangan menerusi akaun atas nama Mohd Yusriah Mohd Yunus (bapa):

Progress:

RM0 raised

Goal: RM40000



blog counter views

Melaka - Setiap pasangan suami isteri menginginkan anak yang dilahirkan normal dan sihat namun bagi Siti Aishah Rafiee, 27, dan suami...



Melaka - Setiap pasangan suami isteri menginginkan anak yang dilahirkan normal dan sihat namun bagi Siti Aishah Rafiee, 27, dan suaminya, Mohd Taufiq Yosuf, 25, mereka reda apabila bayinya dilahirkan tanpa tulang belakang (Spina bifida).

Selain tiada tulang belakang, Mohd Fauzan Syakir yang berusia 3 bulan juga menghidap penyakit 'Cyanotic Heart Disease' dan 'Diabetes embryopathy'.

Siti Aishah berkata, anaknya juga mempunyai satu injap jantung dan kini kaki anaknya juga terkepak dipercayai disebabkan tiada tulang belakang.

Menurutnya, walaupun anaknya dilahirkan tidak normal seperti bayi lain namun dia reda dengan ketentuan ALLAH SWT.

"Apa pun keadaan bayi saya, saya terima, dia darah daging saya dan bersyukur kerana keluarga sentiasa memberikan sokongan kepada saya untuk terus kuat," kata Siti ketika ditemui di rumah keluarganya di Taman Rumpun Bahagia Bachang.




Dalam pada itu, Siti Aishah berkata, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pendapatan keluarganya juga terjejas.

"Suami saya bekerja sebagai pengayuh beca dan sejak PKP dia juga tidak bekerja.

"Mujurlah kami ada menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan namun kos untuk menampung keperluan anak saya kira-kira RM500 termasuk untuk memberi susu dan lampin pakai buang," katanya.

Menurutnya, doktor tidak mencadangkan anaknya untuk melakukan sebarang pembedahan kerana masih kecil selain risiko yang besar.

"Saya sangat berharap anak saya dapat sembuh dan membesar seperti bayi normal lain," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh salurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Siti Aishah atau menghubunginya:

018-2706810
Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000

Alor Gajah - Dalam negara dilanda pandemik Covid-19, kebanyakan rakyat Malaysia menyambutnya secara ssederhana. Aidilfitri kali ini leb...



Alor Gajah - Dalam negara dilanda pandemik Covid-19, kebanyakan rakyat Malaysia menyambutnya secara ssederhana. Aidilfitri kali ini lebih terasa begitu pilu sekali buat adik Diaz Putra Aqil Norhisham yang menghidap leukimia di kediaman keluarganya di sini semalam.

Dalam ziarah Ustaz Haji Ahmad Bilal Rahudin, beliau telah bersua muka dan memberi sedikit sumbangan berbentuk wang tunai kepada keluarga adik Diaz bagi meringankan beban mereka sekeluarga sebagai tanda simpati atas apa yang berlaku.

Selain itu, beliau turut mendoakan semoga adik Diaz yang juga pelajar kelas lima tahun dari PASTI Smart Soleh Alor Gajah semoga segera sembuh dan dipermudahkan segala urusan mereka sekeluarga.

“Tidak lupa juga ucapan terima kasih kami kepada pihak yang telah memberikan sumbangan serta ucapan doa kepada adik ini.” Ujar beliau.

Mari kita berdoa dalam situasi apapun. Baik saat sihat mahupun tidak. Kerana berdoa itu adalah bacaan untuk menjaga kebaikan dan mencegah terjadinya keburukan. Dengan berdoa kita memohon dan mensyukuri nikmat yang diberikan Allah SWT.

Tidak hanya doa untuk melakukan aktiviti. Ini adalah doa untuk orang lain yang sedang sakit. Kita berdoa agar penyakit orang itu akan dapat terangkat.

Berikut beberapa doa yang dilafazkan Nabi Muhammad S.A.W untuk mendoakan orang sakit.

1. Menurut hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari Aisyah RA, doa ini dibaca Rasulullah SAW untuk keluarganya.

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقْمًا

Allāhumma rabban nāsi, adzhibil ba’sa. Isyfi. Antas syāfi. Lā syāfiya illā anta syifā’an lā yughādiru saqaman.

Ertinya, “Tuhanku, Tuhan manusia, hilangkanlah penyakit. Berikanlah kesembuhan kerana Kau adalah penyembuh. Tiada yang dapat menyembuhkan penyakit kecuali Kau dengan kesembuhan yang tidak meninggalkan rasa sakit,” (Lihat Imam An-Nawawi, Al-Adzkar, [Damaskus: Darul Mallah, 1971 M/1391 H], halaman 113).

2. Menurut Abu Dawud dan At-Tirmidzi, Nabi Muhammadi S.A.W, membaca doa sebanyak 7 kali di hadapan orang sakit. Doa ini, diharapkan dapat mengangkat penyakit yang diderita orang tersebut.

أَسْأَلُ اللهَ العَظِيْمَ رَبَ العَرْشِ العَظِيْمِ أَنْ يَشْفِيَكَ

As’alullāhal azhīma rabbal ‘arsyil ‘azhīmi an yassfiyaka.

Kepada mereka yang ingin menyumbang, bolehlah memasukkan terus sumbangan anda ke akaun bank berikut atas nama Nurul Hafizah Affendie bagi meringankan beban mereka sekeluarga.

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500



blog counter views

Melaka - PASTI Negeri Melaka merayu sumbangan ikhlas dari orang ramai untuk membantu meringankan beban guru PASTI terjejas akibat Covid-...


Melaka - PASTI Negeri Melaka merayu sumbangan ikhlas dari orang ramai untuk membantu meringankan beban guru PASTI terjejas akibat Covid-19.

Menurut Ahli Lembaga Pengarah (Pengurusan) PASTI Melaka, Ustaz Mohd Norfaizal Nordin, terdapat seramai 326 orang guru PASTI di dalam negeri Melaka dan majoriti mereka di dalam golongan B40.

“Jasa guru tidak ternilai harganya. Tolong kami bantu mereka kerana guru-guru dan pengurusan PASTI di semua peringkat terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

“Semoga Allah melindungi dan merahmati kita semua. Terima kasih kerana membantu” ujar Faizal.

Pusat Asuhan Tunas Islam atau PASTI merupakan sebuah pusat pendidikan prasekolah milik Dewan Pemuda PAS Malaysia. Ia dikelola oleh Jabatan PASTI, sebuah jabatan di bawah Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Cetusan untuk menubuhkan pusat prasekolah Islam telah bemula sejak akhir tahun 1970-an. Perkembangan pemdidikan yang semakin pesat dan pertumbuhan pusat-pusat didikan prasekolah yang semakin meningkat telah menyemarakkan lagi semangat para pejuang dan pencinta Islam untuk memberikan suatu alternatif kepada sistem pendidikan yang sedia berjalan. Hasil daripada itu timbullah idea untuk menubuhkan pusat pendidikan prasekolah Islam yang pada peringkat awalnya diberi nama TADIKA ISLAM.

Antara negeri-negeri awal yang melaksanakan program ini ialah Kedah dan Terengganu. Namun di sana terdapat sesuatu yang menarik daripada segi pengasasan, pengolahan dan pengendalian pusat-pusat berkenaan, suasana di mana berlakunya persefahaman antara jamaah Islam khususnya

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah membahagikan peranan pendidikan ini kepada ABIM. Seawal tahun 1980 telah lahirnya pusat-pusat pendidikan prasekolah Islam yang diberi nama Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI).

Di Terengganu pada tahun 1985 TASKI dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Negari Terengganu. Manakala di Kelantan pusat prasekolah yang dikenali sebagai Putra Islam dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Negari Kelantan sejak tahun 1988.

Di Kedah dan beberapa negeri lain khususnya di sebelah utara telah wujud pusat-pusat prasekolah yang diberi nama Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang dikendalikan oleh Dewan Pemuda Pas negeri masing-masing. Pada tahun 1988 hasil daripada penyelarasan semula semua TASKI yang dikelolakan oleh ahli-ahli PAS. Tanggal 10 April 1987 Dewan Pemuda PAS Pusat melalui muktamar Tahunan ke-28 telah meluluskan usul pendidikan yang mendesak diwujudkan program pendidikan untuk anak-anak ahli PAS.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat yang bersidang pada 6 Mei 1988 telah memutuskan penggunaan nama PASTI untuk semua institusi prasekolah milik ahli PAS dan sebuah jabatan yang dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Prasekolah dibentuk di peringkat Pusat diketuai oleh Ustaz Abu Bakar Abdullah untuk menyelaraskan PASTI

Pada 29-30 Mei 1988 tekah berlangsung Seminar Prasekolah di Masjid Rusila Marang Terengganu yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat. Dua kertas kerja telah dbentangkan iaitu "Struktur Organisasi dan Pendidikan Prasekolah" oleh Ustaz Abd Halim Arshat dan "Penyelarsan Manhaj Pendidikan Prasekolah" oleh Ustaz Harun Taib. Ustaz Abu Bakar Abdullah telah dilantik sebagai Ketua Pengarah PASTI Pusat yang pertama pada 18 Mei 1989 bersama saudara Haji Mohd Najib Fahami Haji Yahya sebagai sebagai Timbalan Ketua Pengarah, saudara Ishak Ismail sebagai Setiausaha dan saudara Noh Ahmad sebagai Bendahari serta Pengarah-Pengarah PASTI Negari sebagai Ahli Jawatankuasa PASTI Pusat.

Pada 21 Julai 1991 Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat telah megarahkan semua PASTI menggunakan logo baru yang rasmi dalam semua urusan PASTI. Logo ini telah direka oleh Raja Abdul Aziz Raja Ailan yang memenangi Pertandingan Mencipta Logo PASTI yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat.

PASTI terus berkembang seiring dengan perkembangan zaman dan kemajuan dunia hari ini dengan penambahan kelas-kelas di seluruh negara dan pada suatu ketika meratai kesemua 14 buah negeri dan Wilayah Persekutuan.

Mereka yang ingin menyumbang boleh menyalurkan sumbangan anda ke akaun bank berikut atas nama PASTI Negeri Melaka atau hubungi Ust Mohd Norfaizal:

012-2361121
Progress:

RM0 raised

Goal: RM5000



blog counter views

Melaka - "Patutlah orang tak nak hantar kereta ke bengkel saya untuk dibaiki, rupa-rupanya orang kasihan tengok saya buat kerja. Ja...


Melaka - "Patutlah orang tak nak hantar kereta ke bengkel saya untuk dibaiki, rupa-rupanya orang kasihan tengok saya buat kerja. Jangan kasihankan saya." Itulah luahan seorang mekanik OKU dengan gelaran Pak Busu di Batu Hampar, Melaka.

Rezeki setiap orang adalah berbeza, ada yang bekerja keras, rezekinya lebih. Kalau yang biasa-biasa mungkin rezeki dia luar biasa. Itu semua milik dan ujian Allah. Kita perlu tahu, di dunia hanya ujian bagi kita.

Walau berat ujian itu, tidaklah diuji melainkan sekadar kemampuan kita. Jangan berputus asa, teruskan berdoa dan tawakal.

Seperti perkongsian daripada seorang lelaki ‘istimewa’ dimana dia tidak mempunyai kaki dan tangan yang sempurna tetapi dengan kecekalan diri sebagai ‘ketua keluarga’, dia sanggup berkorban.

Pemilik Facebook, Pak Busu memuat naik satu kiriman di laman Facebooknya mengenai pelanggan di bengkelnya semakin berkurang kerana katanya pelanggan kesian tengok keadaan dirinya.

Sepatutnye korang semua, kesiankan anak bini saya nak makan ape nanti. Ini dah tanggunggjawab saya buat keje.

Cari rezeki bagi anak bini makan, bagi duit perbelanjaan anak sekolah harian, bayar bil api air, bayar sewa rumah dan macam-macam lagi.

Sape-sape yang kereta rosak tu, hantarlah ke bengkel “IM Auto Garage”. Bagi saya buat keje, dapatler saya bagi anak bini makan untuk meneruskn kehidupan nie.

Kegigihan yang ditunjukkan oleh Pak Busu sememangnya memberi inspirasi kepada orang di luar sana tentang kekurangan diri tidak bermakna tidak boleh berjaya.

Rata-rata netizen meninggalkan komen yang pelbagai serta doa untuk Pak Busu dan keluarga. Orang ramai terutama di Melaka sokonglah bengkel ini supaya dia terus dapat mencari rezeki. Sila hubungi Pak Busu, IM Auto Garage melalui:



blog counter views

Masjid Tanah - *Al-fatihah kepada keluarga anak syurga, Nur Annissa Zaki yang telah meninggal dunia pada 18 Ogos 2019 yang lalu di Masjid ...

Masjid Tanah - *Al-fatihah kepada keluarga anak syurga, Nur Annissa Zaki yang telah meninggal dunia pada 18 Ogos 2019 yang lalu di Masjid Tanah, Melaka akibat lahir tanpa tempurung kepala.

Masjid Tanah - “Doktor kata anak saya mungkin boleh hidup dua atau tiga hari sahaja selepas dilahirkan,” ujar ibu, Norwati Saad, 35, kepada bayi kelainan fizikal, Nur Annissa Zaki yang baru berusia lima hari.

Menurutnya, pihak hospital turut memaklumkan jangka hayat anaknya tidak lama, namun dia dan suami, Zaki Rosly, 40, hanya mampu berserah kepada Allah dan berharap anaknya terus hidup sihat seperti bayi lain.

Suri rumah kepada lima anak itu meluahkan rasa tidak kesalnya apabila seorang ibu yang diuji dengan melahirkan bayi perempuan yang tiada tempurung kepala sehingga menyebabkan otak berada di luar.

Bayi comel kelainan fizikal itu dilahirkan 4 Ogos lalu namun diuji dengan keadaan masalah kecacatan pada tempurung kepala yang dinamakan Holoprosencephaly (HPE),’ selain lelangit sumbing serta memiliki enam jari pada tangan kanan.

Norwati yang melahirkan anak kelimanya itu di Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan berkata, doktor pernah menyarankan supaya dia menggugurkan kandungan pada usia bayinya tujuh bulan selepas laporan imbasan (scan) ultrasound yang mendapati terdapat kecacatan dibahagian kepala janin.

“Saya anggap semua yang terjadi adalah ujian dan kelahiran Nur Annissa adalah satu pemberian atau pinjaman yang tidak ternilai Allah SWT yang diberi kepada kami suami isteri lebih-lebih lagi anak perempuan pertama dalam keluarga saya memandang empat anak saya yang lain adalah lelaki,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui dirumahnya di Kampung Kuala Linggi, Masjid Tanah, di sini, hari ini. Jelasnya sejak mengetahui keadaan fizikal bayinya itu dia sudah menerima hakikat bersedia menghadapi apa jua ujian dengan hati terbuka sehingga melihat sendiri didepan mata untuk menyentuh bayinya itu secara realiti.

“Hati ibu mana tak sedih lihat anak yang dikandung sembilan bulan lahir dalam keadaan fizikal tidak normal, tapi saya dah bersedia sejak kandungan tujuh bulan lagi, dan apa sahaja yang Allah SWT berikan saya terima dan reda.

“Doktor kata anak saya hanya mampu hidup dua, atau tiga hari sahaja selepas bersalin namun sehingga hari ini saya bersyukur umurnya panjang dan memang mudah menjaga Nur Annissa kerana tidak banyak ragam,” katanya.

Sementara itu, ayah kepada bayi comel itu, Zaki yang bekerja sebagai operator kilang di Tangga Batu berkata, anaknya juga tidak minum susu badan disebabkan turut mengalami masalah lelangit sumbing serta terpaksa menggunakan cawan sukatan plastik.

Katanya, dia berharap ada pihak yang dapat membantu anaknya terutama mereka yang pakar dalam bidang perubatan supaya anaknya dapat membesar dengan sihat dan menikmati kehidupan seperti kanak-kanak yang lain.

“Setakat ini pihak hospital tidak memaklumkan kami apa-apa untuk menjalani rawatan susulan dan kami sendiri tidak tahu apa yang boleh kami buat, cuma di bahagian kepala Nur Annissa kami mengalaskan dengan kapas kerana terdapat cecair kekuningan yang keluar dan setiap beberapa jam perlu dilap untuk mengelakkan jangkitan,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan atau menghulurkan bantuan, boleh menghubungi beliau melalui nombor telefon atau sumbang ke akaun bank berikut:

011-61673662
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Melaka - Seorang warga emas dari Muar, Johor sanggup berulang-alik ke sini setiap hari, semata-mata mencari rezeki dengan menjual ikan ma...


Melaka - Seorang warga emas dari Muar, Johor sanggup berulang-alik ke sini setiap hari, semata-mata mencari rezeki dengan menjual ikan masin untuk menyara kehidupannya dengan isteri yang uzur.

Md Zin Ahmad, 63, dari Bukit Pasir, Muar keluar dari rumah seawal jam 8 pagi menaiki bas ke Melaka Sentral, di sini, perjalanan kira-kira 100 kilometer.

Beliau menjual kira-kira 100 bungkus ikan masin yang diperoleh dari Parit Jawa, Muar. Katanya, beliau akan bergerak dari satu tempat ke tempat lain bagi memastikan semua ikan masin yang dibawa terjual.

Md Zin berkata, kadang-kadang orang ramai tidak peduli dengan jualannya, namun dia tidak sesekali mendesak.

Beliau berkata, isterinya, Fatimah Md Said, 73, terlantar di rumah akibat sakit tua dan dia perlu bekerja kuat mencari rezeki.

“Pak cik tidak mahu membebankan empat anak yang sudah dewasa kerana mereka mempunyai keluarga sendiri,” katanya ketika ditemui, di sini.

Md Zin hanya memperoleh komisen sebanyak 50 sen bagi setiap bungkus jualan ikan masin dan terpaksa berbelanja kira-kira RM30 sehari untuk tambang pergi dan pulang, perbelanjaan makan sehingga jam 9 malam.

“Saya terpaksa berjalan ke kawasan Melaka Sentral untuk menjual ikan masin dengan harga RM10 bagi empat bungkus kerana sambutan di situ lebih menggalakkan, berbanding tempat lain,” katanya yang turut menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Md Zin berkata, dia masih mempunyai kudrat untuk bekerja, walaupun terpaksa berjalan sendirian mendekati orang ramai menjual ikan gelama masin itu.

“Kadangkala ada rezeki lebih apabila pelanggan yang sedia tahu saya di sini (Melaka Sentral) akan mencari saya untuk menempah bekalan ikan masin untuk majlis kenduri kesyukuran dan kenduri perkahwinan,” katanya.

Katanya, jarak dari Muar hingga ke bandar Melaka bukanlah penghalang untuk mencari rezeki kerana dia menjaga pengambilan ubatan secara harian untuk penyakit yang dihidapi sejak beberapa tahun lalu.

Orang ramai yang ingin membantu pakcik ini boleh berbuat demikian melalui akaun bank berikut atas nama Md Zin bin Ahmad:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Jasin - "Saya harap kerajaan boleh bantu jika ada mana-mana rumah yang sesuai untuk saya duduki," demikian luah Rosnah Baba, 60...


Jasin - "Saya harap kerajaan boleh bantu jika ada mana-mana rumah yang sesuai untuk saya duduki," demikian luah Rosnah Baba, 60, seorang ibu tunggal yang menghidap kanser hidung tahap empat.

Menurut Rosnah, rumah didiami kini yang terletak di Jalan Loji Air, Chinchin sebenarnya dibina atas tanah bukan miliknya.

"Sebenarnya rumah yang kami duduki didirikan atas tanah pusaka sebelah arwah suami, namun setelah kematian suami pada 2010, ada waris yang maklum, ini bukan bahagian kami, jadi saya sudah duduk di atas tanah orang sebenarnya.

"Itu sebab saya berharap sekiranya ada belas ihsan pihak tertentu sekiranya ada mana-mana rumah kerajaan bolehlah bantu saya memohon," katanya.

Mengenai penyakit kanser yang dihidapi, Rosnah berkata, ia mula disahkan pakar perubatan di Hospital Melaka sejak Mac tahun lalu setelah dia mengalami selesema yang berpanjangan dan mengeluarkan darah.

"Apabila saya pergi ke sebuah klinik swasta di Jasin, doktor mengesan semacam ada ketumbuhan di bahagian dalam hidung dan menyarankan saya merujuk ke Hospital Jasin dan kes kemudiannya ke Hospital Melaka.

"Saya sendiri tidak pasti macam mana boleh dapat kanser cuma saya pernah bekerja di sebuah kilang membuat perabot selama lebih 10 tahun, sebelum berhenti kerja pada 2003, mungkin kesan habuk kayu membuatkan hidung saya jadi begini," katanya.

Sementara itu, anak bongsu Rosnah, Siti Aisyah Binti Wahid, 31, berkata, semenjak ibunya mengalami penyakit itu keadaannya agak lemah dan tidak boleh melakukan kerja-kerja berat selain terpaksa mendapatkan rawatan berjadual di Hospital Melaka.

"Sebelum ini saya mengikut suami yang bertugas sebagai anggota tentera di Mersing, tetapi selepas keadaan mak macam ini, saya terpaksa pindah Melaka dan duduk jaga emak bersama adik-beradik lain," katanya. Orang ramai yang ingin membantu ibu tunggal ini boleh berbuat demikian.


Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Ayer Molek - “Kos kelengkapan menukar tiub pada leher dan susu pula memerlukan kira-kira RM1,500 sebulan dan saya cuba sedaya upaya untuk...


Ayer Molek - “Kos kelengkapan menukar tiub pada leher dan susu pula memerlukan kira-kira RM1,500 sebulan dan saya cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik anak dan kami ketika ini menjual bertih jagung ‘Pop Corn Ainul Mardhiah’ untuk mendapatkan pendapatan sampingan,” katanya.

“Doakan semoga Ainul Mardhiah terus kuat untuk bertahan serta melawan kansernya,” kata Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, bapa kepada bayi perempuan berusia lapan bulan Ainul Mardhiah yang menghidap kanser ‘Germ Cell Tumor’.

Ahmad Safiuddin berkata, dia dan isteri, Nurul Erwani Zaidi, 24, sentiasa mengharapkan anak sulung mereka itu sembuh.

Katanya, bayi itu dilahirkan ketika usia kandungan isterinya tujuh bulan dan Ainul Mardhiah lahir dengan keadaan sudah diserang kanser berkenaan.

“Ainul Mardhiah yang dirawat di Hospital Melaka (HM) sebelum ini sudah stabil lalu dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mulut ketika berusia 10 hari. “Selepas menjalani pembedahan, dia seperti bayi lain mampu tersenyum dan kembali normal.

“Bagaimanapun pada Oktober tahun lalu, saya serta isteri dimaklumkan terdapat ketumbuhan baharu di bahagian leher anak dan kami tidak jangka keadaan menjadi sebegini,” katanya ketika ditemui di Ayer Molek, Melaka, hari ini.

Ahmad Safiuddin berkata, doktor menyarankan anaknya itu mengikuti kitaran kemoterapi Disember lalu, bagi mengelak ketumbuhan itu terus merebak.

“Bukan mudah untuk kami hadapi semua ini dan tempoh tiga bulan pertama amat mencabar buat saya dan keluarga,” katanya.

Katanya, walaupun dua kali menjalani kemoterapi, keadaan anaknya tiada perubahan dan ketumbuhan di mulutnya terus membesar.

“Bayangkan dengan saiznya kecil dan berat kira-kira 1.2 kilogram, anak kecil itu terpaksa menjalani kemoterapi. Hanya Allah SWT sahaja tahu perasaan saya saat melihat dia menanggung kesakitan itu.

Menurutnya, walaupun anaknya itu dalam keadaan sakit, pergerakannya tetap aktif selain berpaling dan memberi tindak balas setiap kali namanya dipanggil.

Katanya, selagi boleh berikhtiar, mereka akan cuba lakukan yang terbaik walaupun doktor ada memberitahu keputusan CT Scan mendapati ada sel kanser baharu merebak ke otak. “Selain itu, doktor memberitahu kanser pada mulutnya itu tidak boleh dibuang.

“Kami kini mencuba perubatan alternatif dengan menggunakan ubat memerlukan perbelanjaan tinggi selain kos peralatan menukar tiub pada leher dan minum susu.

“Untuk bekalan ubatnya selama tiga hari, saya memerlukan kira-kira RM1,000 dan baru-baru ini pernah terputus bekalan selama dua minggu kerana kekangan kewangan. Orang ramai yang ingin membantu boleh berbuat demikian.


Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kongsi Portal Ini