
Alor Gajah - Dalam negara dilanda pandemik Covid-19, kebanyakan rakyat Malaysia menyambutnya secara ssederhana. Aidilfitri kali ini lebih terasa begitu pilu sekali buat adik Diaz Putra Aqil Norhisham yang menghidap leukimia di kediaman keluarganya di sini semalam.
Dalam ziarah Ustaz Haji Ahmad Bilal Rahudin, beliau telah bersua muka dan memberi sedikit sumbangan berbentuk wang tunai kepada keluarga adik Diaz bagi meringankan beban mereka sekeluarga sebagai tanda simpati atas apa yang berlaku.
Selain itu, beliau turut mendoakan semoga adik Diaz yang juga pelajar kelas lima tahun dari PASTI Smart Soleh Alor Gajah semoga segera sembuh dan dipermudahkan segala urusan mereka sekeluarga.
“Tidak lupa juga ucapan terima kasih kami kepada pihak yang telah memberikan sumbangan serta ucapan doa kepada adik ini.” Ujar beliau.
Mari kita berdoa dalam situasi apapun. Baik saat sihat mahupun tidak. Kerana berdoa itu adalah bacaan untuk menjaga kebaikan dan mencegah terjadinya keburukan. Dengan berdoa kita memohon dan mensyukuri nikmat yang diberikan Allah SWT.
Tidak hanya doa untuk melakukan aktiviti. Ini adalah doa untuk orang lain yang sedang sakit. Kita berdoa agar penyakit orang itu akan dapat terangkat.
Berikut beberapa doa yang dilafazkan Nabi Muhammad S.A.W untuk mendoakan orang sakit.
1. Menurut hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari Aisyah RA, doa ini dibaca Rasulullah SAW untuk keluarganya.
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقْمًا
Allāhumma rabban nāsi, adzhibil ba’sa. Isyfi. Antas syāfi. Lā syāfiya illā anta syifā’an lā yughādiru saqaman.
Ertinya, “Tuhanku, Tuhan manusia, hilangkanlah penyakit. Berikanlah kesembuhan kerana Kau adalah penyembuh. Tiada yang dapat menyembuhkan penyakit kecuali Kau dengan kesembuhan yang tidak meninggalkan rasa sakit,” (Lihat Imam An-Nawawi, Al-Adzkar, [Damaskus: Darul Mallah, 1971 M/1391 H], halaman 113).
2. Menurut Abu Dawud dan At-Tirmidzi, Nabi Muhammadi S.A.W, membaca doa sebanyak 7 kali di hadapan orang sakit. Doa ini, diharapkan dapat mengangkat penyakit yang diderita orang tersebut.
أَسْأَلُ اللهَ العَظِيْمَ رَبَ العَرْشِ العَظِيْمِ أَنْ يَشْفِيَكَ
As’alullāhal azhīma rabbal ‘arsyil ‘azhīmi an yassfiyaka.
Kepada mereka yang ingin menyumbang, bolehlah memasukkan terus sumbangan anda ke akaun bank berikut atas nama Nurul Hafizah Affendie bagi meringankan beban mereka sekeluarga.
0 comments: