Kuala Langat - Menempuh cabaran arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua menangani wabak Covid-19 ini membuatkan keluarga Mo...
Kuala Langat - Menempuh cabaran arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua menangani wabak Covid-19 ini membuatkan keluarga Mohamad Hilmi Abdul Rani@Atam, 34, terpaksa mencatu makanan.
Menurutnya, bekalan makanan untuk keluarganya hanya yang tinggal sedikit beras, bawang, telur dan minyak masak.
Mohamad Hilmi berkata, isterinya, Suriana Azliza Musa, 35, menghidap penyakit asma turut terkesan dengan situasi yang berlaku.
“Wang simpanan hanya tinggal RM50. Kami tidak mampu bertahan lagi untuk mencatu makanan yang ada ini.
“Saya masak ulam dan sayuran kampung untuk isteri dan dua anak kami yang masih kecil,” katanya di Bandar Mahkota, Banting.
Pekerja swasta kontrak itu berkata, gaji bulanan RM1,700 sebulan tidak cukup menyara keluarganya kerana sebahagian daripadanya dipotong majikan kerana cuti ketika PKP sejak 18 Mac lalu.
“Kami menyewa rumah selepas berpindah ke sini, akhir tahun lalu. Saya berharap kerajaan Selangor mendengar keluhan nasib kami dan menghulurkan bantuan kepada keluarga kami kategori miskin bandar ini,” katanya.
Dia berkata, keluarganya juga berdoa agar berjaya menerima sumbangan yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin baru-baru ini.
Manakala orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Mohamad Hilmi di talian berikut:
views
Pulau Pinang - Keluarga malang ditimpa musibah Covid-19 kehabisan simpanan dan terputus bekalan makanan harian akibat tidak dapat men...
Pulau Pinang - Keluarga malang ditimpa musibah Covid-19 kehabisan simpanan dan terputus bekalan makanan harian akibat tidak dapat meneruskan bekerja akibat PKP.
Ketua keluarga ini bernama Mohamad Roshidy bin Elias berusia 36 tahun berkerja sebagai pembantu kedai makan dengan gaji sebanyak RM44.00 sehari cash untuk menyara kehidupan seorang isteri dan 6 orang anak. Lima orang anak masih bersekolah. .
Mereka tinggal menyewa bilik di alamat: No. 156, Jalan Dr Lim Chew Leong, Pulau Pinang (berhadapan dengan lorong belakang Masjid Jamek Prangin Penang).
Maklumat diterima melalui sukarelawan Prihatin Pulau Pinang, Puan Shariffah Nooriati telefon 019-4458361.
Mereka suami isteri merayu bantuan mana-mana pihak yang sudi membantu meringankan bebanan mereka 8 beranak supaya tidak hidup dalam kelaparan yang tak pasti bila akan berakhirnya PKP.
Oleh itu kami mengharapkan pelbagai pihak seperti agensi kerajaan dan komuniti setempat segera turun padang merungkaikan masalah ini.
Pihak yang kami harapkan untuk membantu seperti MPKK/JKKK, JKM, PUZ, Kariah Masjid, DUN, Parlimen dan sebagainya.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Encik Mohamad Roshidy bin Elias di talian bernombor seperti berikut:
views
Pasir Puteh - Seramai 80 pelajar di sebuah sekolah pondok daif di Bukit Gedombak hanya menikmati hidangan nasi putih berlauk telur goren...
Pasir Puteh - Seramai 80 pelajar di sebuah sekolah pondok daif di Bukit Gedombak hanya menikmati hidangan nasi putih berlauk telur goreng dengan air kosong sebagai menu hidangan mereka.
Menu tersebut terpaksa dihidangkan kepada mereka jika tiada lauk-lauk sumbangan orang ramai atau pihak pengurusan tidak mampu membelinya.
Walaupun menu itu tidak selalu dijadikan hidangan namun kesusahan dihadapi pelajar pusat tahfiz berusia 8 hingga 20 tahun itu menyentuh perasaan.
Menurut salah seorang pelajar di pusat tahfiz tersebut, selama belajar di situ dia pernah makan nasi bersama telur goreng berkuah air putih.
Namun begitu, dia tidak mengambil kisah lauk itu dihidangkan disebabkan tiada lauk lain serta pihak pengurusan tidak mampu menyediakan hidangan lain.
Apa yang menyedihkan pelajar juga terpaksa hidup dalam serba kekurangan dengan katil patah berlapik batu.
Ruang mengaji mereka turut tidak begitu sempurna kerana hanya menggunakan meja usang yang diperbuat daripada papan lapis dan kayu.
Bagi mereka kesusahan yang dihadapi merupakan ujian untuk terus belajar ilmu agama dan bergelar tahfiz.
Menurut salah seorang pelajar yang baru sahaja belajar hampir dua minggu di pusat tahfiz itu memberitahu dia seronok berada di pondok tersebut kerana mahu mencapai impian menjadi seorang penghafaz al-Quran.
Mudir pondok terbabit, Zakir Zakaria berkata, pihaknya menerima bantuan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sebanyak RM10,000 setahun namun masih belum mencukupi.
Mereka memerlukan sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan manakala RM100 diperlukan untuk belanja makan sehari. Terdapat beras dan lauk kadang-kadang didermakan oleh orang ramai dan juga orang korporat.
Menurut mudir pondok tersebut, demi mendalami al-Quran dan mahu melahirkan lebih ramai penghafaz al-Quran, beliau sanggup menerima pelajar tanpa mengenakan sebarang bayaran.
Pihaknya kenakan yuran bulanan sebanyak RM100 sebulan untuk menampung belanja anak-anak di sini tetapi ramai yang tidak mampu dan miskin.
Katanya, beliau mengajar pelajar dewasa memasak mengikut giliran dan setakat ini mereka dapat menjalankan tugas dengan baik.
Pondok berkenaan sudah beroperasi sejak tiga tahun lalu di atas tanah wakaf dan bergantung sepenuhnya kepada sumbangan ramai.
Orang ramai yang ingin menderma boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Madrasah Darul Uluum:
Pasir Gudang - Sepasang suami isteri serta empat anak mereka menyelongkar timbunan sampah di kawasan pembuangan sampah di Bandar Seri A...
Pasir Gudang - Sepasang suami isteri serta empat anak mereka menyelongkar timbunan sampah di kawasan pembuangan sampah di Bandar Seri Alam di sini untuk mencari barang kitar semula yang boleh dijual sebagai sumber rezeki mereka.
Zulkarnain Sabngadi, 28, sambil mengendong anak berusia dua tahun yang menghidap sakit jantung dibantu isterinya, Norazawati Yusof, 33, berusaha mengasingkan sampah yang dikutip.
Mereka mendakwa terpaksa mengharungi rutin harian yang amat perit untuk kelangsungan hidup terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana tiada pekerjaan malah mendakwa sebelum ini terpaksa tinggal dalam kanvas di bandar tersebut.
Pasangan tersebut mempunyai empat cahaya mata iaitu pasangan kembar Mohd Daniel Fakih dan Nursyah Malishah masing-masing berusia lapan tahun, Rekal Arif, 5, dan Mohd Adam Firaz, 8, yang menghidap sakit jantung berlubang sejak berusia sebulan.
Mohd Adam Firaz menjalani rawatan setiap bulan di Klinik Kesihatan Masai di sini dan pemeriksaan berkala di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk beberapa bulan.
Zulkarnain yang kini tidak mempunyai pekerjaan memberitahu, mereka mencari barang-barang yang boleh dijual dalam timbunan sampah untuk menampung kehidupan walaupun tahu arahan PKP.
"Apa yang boleh dibuat lagi, saya ada minta kerja sebagai kelindan lori tetapi disebabkan PKP kerja itu ditangguhkan terlebih dahulu. Bagaimana saya boleh duduk di rumah sahaja kalau tidak ada wang untuk menyara keluarga.
"Siapa mahu ambil bekerja dalam keadaan PKP tetapi saya perlu mencari rezeki untuk keluarga, tak kiralah apa pun asalkan halal," katanya di Flat Jalan Tasek 64, Bandar Seri Alam.
Ketika ini katanya, mereka sekeluarga menumpang di rumah ibu mertuanya bersama-sama adik iparnya yang juga orang kurang upaya (OKU) di flat tersebut.
"Sebelum tinggal dalam kanvas kami menyewa RM500 di sebuah rumah dalam kawasan flat ini selama dua bulan sejak Januari lalu tetapi apabila perniagaan yang saya lakukan bersama-sama seorang rakan tidak berhasil, kami tidak mampu membayar sewa tersebut dan dihalau keluar," katanya.
Selepas perniagaan secara kecil-kecilan itu gagal, Zulkarnain bekerja di sebuah kilang sebelum berhenti semasa PKP manakala isterinya tidak dapat bekerja kerana perlu menjaga Mohd Adam Firaz.
Zulkarnain yang berasal dari Felda Ulu Dengar, Kluang berkata, sebelum menyewa di flat berkenaan, mereka tinggal secara percuma di sebuah bilik di Masjid Nurul Hidayah di sini selama setahun.
Pendapatan mereka sekeluarga ketika ini hanya bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat berjumlah RM300, sesiapa yang mahu menghulurkan boleh berhubung dengan menghubungi mereka menerusi talian berikut:
views
Puchong - Saat ketika kita mengeluh dinasihatkan agar duduk di rumah sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan, masih ada orang di ...
Puchong - Saat ketika kita mengeluh dinasihatkan agar duduk di rumah sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan, masih ada orang di luar sana tidak bernasib baik harus mencari rezeki demi sesuap nasi.
Kisah dikongsi lelaki ini menyentuh hati kami apabila ibu tunggal anak lima ini terpaksa mengambil upah membeli barang keperluan demi meneruskan keberlangsungan hidupnya sepanjang tempoh kawalan ini kerana tidak dapat berniaga seperti sedia kala. Sebaknya.
Went to a neighbourhood grocer near my parents’ in Puchong and while queuing to pay, I saw this lady queuing behind me kept on checking her shopping list against the goods she has in the two trolleys she’s pushing. She seems friendly and chatty and hence i decided to say hi to her and we chatted. And my conversation opener surely was her huge shopping load.Bukan saya punya. Saya ambik upah tolong belikan barang utk orang, bang’. I later learned that she is a single mother of 5 who earns her living and provides for her children through selling nasi kerabu. But the current MCO of course didnt allow her to continue with her business.‘Hilang mata pencarian saya bang. So ni je lah yang saya boleh buat demi nak bagi makan anak2.’
Lelaki ini menegur seorang wanita yang sibuk mencari barang bersama dua troli kerana disangkakan sedang berbelanja besar ekoran dikuarantin di rumah. Namun, dia tersilap apabila wanita itu sebenarnya mengambil upah membelikan barang keperluan untuk orang lain. Wanita tersebut merupakan ibu tunggal yang menyara lima orang anaknya dengan hasil menjual nasi kerabu sebelum perintah kawalan pergerakan ini dilaksanakan.
Naik motor ambil upah
For a moment, i was lost for words. We wanna complain so much for having to confine ourselves to our home now but look at how severe Allah’s test can be to some. So for those living around Puchong particulary around Nusaputra, Putra Perdana, Pulau Meranti and its surrounding, if you are lazy to go out to get your grocery during this MCO, you may wanna get this amazing lady to help you with it. She can be contacted via her fb – @fira rahim or you can also whatsapp her at 01128510455.
Not only you will get your grocery to your doorstep, but more, you wil help this great mom bring food to the table for her 5 kids. ‘Hati2 bawak kereta dan hantar barang tu ye’, uttered me as a parting note whilst i saw her pushing away the two trolleys assisted by her eldest 15 year old son. ‘Oh, kami naik motor je bang…’. Again, i was lost for word and this time, she left my jaw dropped looking at the load of the trolleys..
Lelaki ini sebak memikirkan nasib ibu tunggal tersebut yang terpaksa mengambil upah membeli barang dalam keadaan wabak ini yang merbahaya. Lebih memilukan apabila ibu tunggal yang ditemani anaknya berusia 15 tahun ini cuma menunggang motosikal itu membeli segala keperluan ini. Semua dipermudahkan segala urusannya.
Orang ramai di sekitar Puchong yang ingin menggunakan perkhidmatan Fira boleh menghubunginya:
views
Tawau - Assalamualaikum w.b.t. Kutipan derma kilat bagi mangsa bencana kebakaran. Makluman mengenai seorang pelajar FTK UTHM Khairul Niz...
Tawau - Assalamualaikum w.b.t. Kutipan derma kilat bagi mangsa bencana kebakaran. Makluman mengenai seorang pelajar FTK UTHM Khairul Nizam bin Jatjo, tahun 3 semester 2 telah ditimpa bencana kebakaran di rumah keluarganya di Kg Sungai Imam, Tawau Sabah.
Segala kerjasama dan perhatian berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sehubungan itu, orang ramai digalakkan untuk menderma bagi membantu pelajar tersebut. Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun bank berikut atas nama Khairul Nizam bin Jatjo atau menghubunginya:
views
Jitra - Seorang peniaga pasar malam dari Kampung Telok Malek, di sini merayu sumbangan orang ramai bagi membantu meringankan beban yang...
Jitra - Seorang peniaga pasar malam dari Kampung Telok Malek, di sini merayu sumbangan orang ramai bagi membantu meringankan beban yang ditanggung selepas anak perempuannya berusia 3 tahun disahkan menghidap leukemia sejak Julai tahun lepas.
Nur Afiza Mohd Yusoff, 31, berkata sejak mengetahui anak sulungnya, Nurul Izati Husna menghidap penyakit tersebut kehidupannya bersama suami Mohd Buyamin Samsuddin, 41, turut berubah kerana perlu memberi perhatian sepenuhnya kepada Nurul Izati Husna selain seorang lagi anak lelaki berusia setahun.
“Sebelum ini, saya dan suami menjual makanan dan minuman di pasar malam dengan pendapatan kira-kira RM900 sebulan, namun selepas mengetahui anak sakit kami jarang keluar berniaga kerana sentiasa menemani dia yang sering lemah dan tidak bermaya terutama selepas rawatan kimoterapi.
“Disebabkan jarang berniaga kami tidak mampu lagi menjual makanan kerana kekurangan modal dan jika ada kesempatan kami hanya menjual minuman sebagai sumber pendapatan kami,” katanya ketika ditemui di kediamannya.
Beliau berkata, kehidupan dia dan suami berasa sangat terhimpit apabila memerlukan belanja antara RM200 hingga RM300 sebulan untuk rawatan anaknya itu selain perbelanjaan lain.
“Kami perlu berulang alik ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar setiap minggu untuk pemeriksaan darah dan perlu ke Hospital Pulau Pinang (HPP) empat kali sebulan untuk rawatan kimoterapi,” katanya.
Justeru, dia sangat mengharapkan bantuan daripada orang ramai untuk meringankan beban yang ditanggung dan memastikan anaknya dapat terus diberikan rawatan.
Sementara itu, nasib yang menimpa Nurul Izati Husna mendapat simpati daripada sebuah badan bukan kerajaan Cancer Survivors Malaysia (CSM) yang berkunjung ke kediaman keluarga itu dan menghulurkan sumbangan.
Sumbangan berbentuk barangan keperluan makanan dan wang tunai disampaikan pengasas CSM Zuraini Kamal yang turut berharap lebih ramai pihak menghulurkan bantuan kepada keluarga itu.
“Kita harap orang ramai dan pihak korporat dapat menyumbang bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung kerana Nurul Izati Husna akan terus mendapatkan rawatan di HPP dan HSB yang memerlukan kos yang banyak,” katanya.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan terus sumbangan menerusi akaun bank berikut atas nama Mohd Buyamin atau menghubunginya:
views
Bagan Datoh - Gambaran infaq mereka ini sama ada yang banyak mahupun sedikit adalah bagaikan kebun yang memiliki tanah yang baik dan su...
Bagan Datoh - Gambaran infaq mereka ini sama ada yang banyak mahupun sedikit adalah bagaikan kebun yang memiliki tanah yang baik dan subur. Pepohon dan tumbuhannya berkembang dengan baik. Kebun ini terletak di dataran yang tinggi, yang memperoleh sinar matahari dan pengudaraan yang baik serta disirami oleh hujan yang lebat sehingga tumbuh-tumbuhannya menghasilkan buah dua kali ganda lebih banyak berbanding yang lain.
Kami warga Irshadiah memohon bantuan kewangan dari Dato'/Tuan/Puan/En/Cik
Untuk membaik pulih surau Irshadiah yang sudah semakin uzur.
Anggaran perbelanjaan untuk proses baik pulih tersebut menelan perbelanjaan kewangan sebanyak +- RM200,000.
"Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang kamu lakukan."
(Surah al-Baqarah: 265)
“Sesungguhnya Allah menerima amalan sedekah dan mengambilnya dengan tangan kanan-Nya. Lalu Allah mengembangkan pahalanya untuk salah seorang dari kamu, sebagaimana kamu membiakkan seekor anak kuda. Sehingga sedekah yang hanya sebiji boleh berkembang hingga sebesar gunung Uhud.”
Riwayat al-Tirmizi (662)
Sumbangan tuan/puan amatlah kami hargai. Wassalam.
Sumbangan tuan/puan bolehlah di salurkan ke akaun bank berikut atas nama Tetuan Jawatankuasa Khas Baik Pulih Surau SMAR Irshadiah Batu 26 36100 Bagan Datoh, Perak atau untuk sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Ustaz Yazid:
views
Kota Bharu - Bagaikan peribahasa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang begitulah bagi kebanyakan keluarga daif di Malaysia dit...
Kota Bharu - Bagaikan peribahasa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang begitulah bagi kebanyakan keluarga daif di Malaysia ditambah dengan tekanan ekonomi negara yang tidak menentu. Jika kita merasa kehidupan kita susah, ingatlah masih ramai lagi yang diuji dengan kesusahan yang mungkin kita sendiri belum tentu boleh menghadapinya.
Rasa sebak kisah yang dikongsi tentang seorang remaja berusia 16 tahun yang terpaksa tinggalkan zaman persekolahan untuk membantu keluarga.
Remaja ini tinggal di Kampung Kota Jembal, Kelantan terpaksa berhenti sekolah sejak beberapa tahun lalu demi menjaga ayahnya yang lumpuh akibat angin ahmar.
Alif Iqbal Fauzi bekerja sebagai penjual jagung madu di pasar malam untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga dan juga menanggung persekolahan tiga adiknya yang berada ditadika dan sekolah rendah.
Disebabkan penyakit diabetes yang dihadapi oleh ayahnya, dia juga perlu menyediakan keperluan ubat ubatan ayahnya yang dianggarkan lebih kurang RM3000 sebulan termasuk lampin pakai buang.
Allahu beratnya dugaan keluarga ini. Manakala ibunya, Noor Razira Seman tidak mampu untuk menukar lampin ayahnya seorang diri jadi dia akan pulang ke rumah untuk membantu ibunya selepas menghantar adik-adiknya ke sekolah sebelum keluar semula untuk berkerja.
Walaupun minat terhadap bidang automotif, namun Remaja ini terpaksa melupakan seketika hasratnya untuk belajar kerana perlu memikul tanggungjawab sebagai anak sulung. Rata-rata netizen mendoakan agar urusan keluarga ini dipermudahkan oleh Allah.
Semoga urusan Remaja ini dan keluarganya dipermudahkan dan teruskan untuk berbakti kepada kedua ibu bapa kerana insyaAllah hidup akan lebih diberkati.
Kalau ada yang lalu di kawasan adik ini berniaga, sama-samalah kita bantu mereka dengan membeli jualan jagung mereka.
Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh berbuat demikian ke akaun bank berikut atas nama Norazira Seman atau hubunginya:
views
Follow Us
”Jika kalian menampakkan sedekah maka hal itu baik sekali. Dan jika kalian menyembunyikannya dan memberikannya kepada orang-orang fakir maka hal itu lebih baik bagi kalian…” (QS: Al-Baqarah [2]: 271)