Kuala Langat - Menempuh cabaran arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua menangani wabak Covid-19 ini membuatkan keluarga Mohamad Hilmi Abdul Rani@Atam, 34, terpaksa mencatu makanan.
Menurutnya, bekalan makanan untuk keluarganya hanya yang tinggal sedikit beras, bawang, telur dan minyak masak.
Mohamad Hilmi berkata, isterinya, Suriana Azliza Musa, 35, menghidap penyakit asma turut terkesan dengan situasi yang berlaku.
“Wang simpanan hanya tinggal RM50. Kami tidak mampu bertahan lagi untuk mencatu makanan yang ada ini.
“Saya masak ulam dan sayuran kampung untuk isteri dan dua anak kami yang masih kecil,” katanya di Bandar Mahkota, Banting.
Pekerja swasta kontrak itu berkata, gaji bulanan RM1,700 sebulan tidak cukup menyara keluarganya kerana sebahagian daripadanya dipotong majikan kerana cuti ketika PKP sejak 18 Mac lalu.
“Kami menyewa rumah selepas berpindah ke sini, akhir tahun lalu. Saya berharap kerajaan Selangor mendengar keluhan nasib kami dan menghulurkan bantuan kepada keluarga kami kategori miskin bandar ini,” katanya.
Dia berkata, keluarganya juga berdoa agar berjaya menerima sumbangan yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin baru-baru ini.
Manakala orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Mohamad Hilmi di talian berikut:
![]() |
017-3405509 |
Progress:
|
Goal: RM500 |
0 comments: