Ibu harapkan bantuan daripada orang ramai untuk anak hidap leukimia - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Jitra - Seorang peniaga pasar malam dari Kampung Telok Malek, di sini merayu sumbangan orang ramai bagi membantu meringankan beban yang...

Ibu harapkan bantuan daripada orang ramai untuk anak hidap leukimia



Jitra - Seorang peniaga pasar malam dari Kampung Telok Malek, di sini merayu sumbangan orang ramai bagi membantu meringankan beban yang ditanggung selepas anak perempuannya berusia 3 tahun disahkan menghidap leukemia sejak Julai tahun lepas.

Nur Afiza Mohd Yusoff, 31, berkata sejak mengetahui anak sulungnya, Nurul Izati Husna menghidap penyakit tersebut kehidupannya bersama suami Mohd Buyamin Samsuddin, 41, turut berubah kerana perlu memberi perhatian sepenuhnya kepada Nurul Izati Husna selain seorang lagi anak lelaki berusia setahun.

“Sebelum ini, saya dan suami menjual makanan dan minuman di pasar malam dengan pendapatan kira-kira RM900 sebulan, namun selepas mengetahui anak sakit kami jarang keluar berniaga kerana sentiasa menemani dia yang sering lemah dan tidak bermaya terutama selepas rawatan kimoterapi.

“Disebabkan jarang berniaga kami tidak mampu lagi menjual makanan kerana kekurangan modal dan jika ada kesempatan kami hanya menjual minuman sebagai sumber pendapatan kami,” katanya ketika ditemui di kediamannya.

Beliau berkata, kehidupan dia dan suami berasa sangat terhimpit apabila memerlukan belanja antara RM200 hingga RM300 sebulan untuk rawatan anaknya itu selain perbelanjaan lain.

“Kami perlu berulang alik ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar setiap minggu untuk pemeriksaan darah dan perlu ke Hospital Pulau Pinang (HPP) empat kali sebulan untuk rawatan kimoterapi,” katanya.

Justeru, dia sangat mengharapkan bantuan daripada orang ramai untuk meringankan beban yang ditanggung dan memastikan anaknya dapat terus diberikan rawatan.

Sementara itu, nasib yang menimpa Nurul Izati Husna mendapat simpati daripada sebuah badan bukan kerajaan Cancer Survivors Malaysia (CSM) yang berkunjung ke kediaman keluarga itu dan menghulurkan sumbangan.

Sumbangan berbentuk barangan keperluan makanan dan wang tunai disampaikan pengasas CSM Zuraini Kamal yang turut berharap lebih ramai pihak menghulurkan bantuan kepada keluarga itu.

“Kita harap orang ramai dan pihak korporat dapat menyumbang bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung kerana Nurul Izati Husna akan terus mendapatkan rawatan di HPP dan HSB yang memerlukan kos yang banyak,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan terus sumbangan menerusi akaun bank berikut atas nama Mohd Buyamin atau menghubunginya:

016-6767919
Progress:

RM0 raised

Goal: RM1500



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini