Bagan Datoh - Gambaran infaq mereka ini sama ada yang banyak mahupun sedikit adalah bagaikan kebun yang memiliki tanah yang baik dan su...
Bagan Datoh - Gambaran infaq mereka ini sama ada yang banyak mahupun sedikit adalah bagaikan kebun yang memiliki tanah yang baik dan subur. Pepohon dan tumbuhannya berkembang dengan baik. Kebun ini terletak di dataran yang tinggi, yang memperoleh sinar matahari dan pengudaraan yang baik serta disirami oleh hujan yang lebat sehingga tumbuh-tumbuhannya menghasilkan buah dua kali ganda lebih banyak berbanding yang lain.
Kami warga Irshadiah memohon bantuan kewangan dari Dato'/Tuan/Puan/En/Cik
Untuk membaik pulih surau Irshadiah yang sudah semakin uzur.
Anggaran perbelanjaan untuk proses baik pulih tersebut menelan perbelanjaan kewangan sebanyak +- RM200,000.
"Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang kamu lakukan."
(Surah al-Baqarah: 265)
“Sesungguhnya Allah menerima amalan sedekah dan mengambilnya dengan tangan kanan-Nya. Lalu Allah mengembangkan pahalanya untuk salah seorang dari kamu, sebagaimana kamu membiakkan seekor anak kuda. Sehingga sedekah yang hanya sebiji boleh berkembang hingga sebesar gunung Uhud.”
Riwayat al-Tirmizi (662)
Sumbangan tuan/puan amatlah kami hargai. Wassalam.
Sumbangan tuan/puan bolehlah di salurkan ke akaun bank berikut atas nama Tetuan Jawatankuasa Khas Baik Pulih Surau SMAR Irshadiah Batu 26 36100 Bagan Datoh, Perak atau untuk sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Ustaz Yazid:
views
Kota Bharu - Bagaikan peribahasa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang begitulah bagi kebanyakan keluarga daif di Malaysia dit...
Kota Bharu - Bagaikan peribahasa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang begitulah bagi kebanyakan keluarga daif di Malaysia ditambah dengan tekanan ekonomi negara yang tidak menentu. Jika kita merasa kehidupan kita susah, ingatlah masih ramai lagi yang diuji dengan kesusahan yang mungkin kita sendiri belum tentu boleh menghadapinya.
Rasa sebak kisah yang dikongsi tentang seorang remaja berusia 16 tahun yang terpaksa tinggalkan zaman persekolahan untuk membantu keluarga.
Remaja ini tinggal di Kampung Kota Jembal, Kelantan terpaksa berhenti sekolah sejak beberapa tahun lalu demi menjaga ayahnya yang lumpuh akibat angin ahmar.
Alif Iqbal Fauzi bekerja sebagai penjual jagung madu di pasar malam untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga dan juga menanggung persekolahan tiga adiknya yang berada ditadika dan sekolah rendah.
Disebabkan penyakit diabetes yang dihadapi oleh ayahnya, dia juga perlu menyediakan keperluan ubat ubatan ayahnya yang dianggarkan lebih kurang RM3000 sebulan termasuk lampin pakai buang.
Allahu beratnya dugaan keluarga ini. Manakala ibunya, Noor Razira Seman tidak mampu untuk menukar lampin ayahnya seorang diri jadi dia akan pulang ke rumah untuk membantu ibunya selepas menghantar adik-adiknya ke sekolah sebelum keluar semula untuk berkerja.
Walaupun minat terhadap bidang automotif, namun Remaja ini terpaksa melupakan seketika hasratnya untuk belajar kerana perlu memikul tanggungjawab sebagai anak sulung. Rata-rata netizen mendoakan agar urusan keluarga ini dipermudahkan oleh Allah.
Semoga urusan Remaja ini dan keluarganya dipermudahkan dan teruskan untuk berbakti kepada kedua ibu bapa kerana insyaAllah hidup akan lebih diberkati.
Kalau ada yang lalu di kawasan adik ini berniaga, sama-samalah kita bantu mereka dengan membeli jualan jagung mereka.
Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh berbuat demikian ke akaun bank berikut atas nama Norazira Seman atau hubunginya:
views
Bangi - Selepas dua minggu menjalani pembedahan jantung berlubang yang dihidapi sejak lahir, seorang bayi lelaki sekali lagi diuji apab...
Bangi - Selepas dua minggu menjalani pembedahan jantung berlubang yang dihidapi sejak lahir, seorang bayi lelaki sekali lagi diuji apabila disahkan menghidap injap jantung berlubang di sebelah kanan.
Tidak menjangkakan kejadian itu, ibunya Siti Fatimah Abdullah berkata, doktor merawat Muhammad Furqan Mateen memaklumkan mengesan kewujudan lubang kecil pada jantung anaknya selepas menjalani pembedahan.
Wanita berusia 24 tahun itu berkata, anaknya yang mesra dipanggil Mateen sedang mendapatkan rawatan di Hospital Serdang masih bergantung kepada alat bantuan mesin oksigen untuk bernafas.
“Sudah dua minggu lebih Mateen menggunakan oksigen yang sama. Doktor memberitahu akan melakukan prosedur endoskopi (kamera masuk melalui mulut sampai ke perut) untuk cari punca mengapa alat bantuan mesin oksigen masih tidak boleh ditanggalkan.
“Ini kerana jika ditanggalkan, degupan jantung Mateen menjadi laju dan jika dia menangis bibirnya menjadi biru,” katanya hari ini.
Fatimah yang kini tidak bekerja kerana sepenuh masa menjaga Mateen buntu memikirkan cara untuk menanggung kos perubatan anaknya.
Beliau yang juga sentiasa berulang-alik dari kediamannya di Ampang ke Hospital Serdang berkata, dana yang diterima dari orang ramai sebelum ini hampir susut susulan membayar kos rawatan Mateen di Hospital Ampang sebelum dipindahkan serta perbelanjaan keperluan anaknya itu.
Justeru, ibu kepada bayi malang itu merayu kepada rakyat Malaysia yang prihatin untuk bersama-sama membantu meringankan beban yang dipikul.
Bagi mereka yang menghulurkan bantuan boleh salurkan ke akaun bank berikut atas nama Siti Fatimah Abdullah atau boleh menghubungi beliau:
views
Tawau - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, itulah perumpamaan buat Mimi Minerva dan pasangan yang kini sedang diuji den...
Tawau - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, itulah perumpamaan buat Mimi Minerva dan pasangan
yang kini sedang diuji dengan keadaan anak yang masih kecil dan baru sahaja disahkan menghidap kanser
Limfoma atau kanser darah.
Menurut Mimi dalam perkongsiannya di Facebook, anak perempuannya yang diberi nama Aqila Almeera,
dimasukkan ke hospital pada 28 Januari yang lalu disebabkan ada jangkitan kuman dalam paru-paru.
Kena jangkitan kuman dalam paru-paru, Aqila ditahan di wad
Assalamualaikum sya ibu aqila almeera.
Anak saya terkena jangkitan kuman dalam paru paru skrng anak sya bergantung pernafasan oksigen
yg level kuat.
Saya mau tanya leher anak sya membengkak dan lebam. Anak saya dalam icu keadaan
yg kritikal disebabkan leher membengkak lama lama jadi lebam seluruh leher dia. Pada awal nya
anak saya duduk wad biasa 13 hari. Dan tiba2 semakin teruk terus masuk icu. Hari demi hari bawa
leher anak sya membengkak dan lebam.
Doktor sndiri tidak boleh kesan bengkak dan lebam tu dtg
dari mana. Ada siapa2 perna lalui tak ? Lebam dan bengkak tu berapa lama akan hilang ?
Siapa perna alami leher anak jadi mcm ni ?
Membengkak dan lebam
Pendarahan di leher, anak masuk ICU
Namun keadaan anaknya itu sedikitpun tidak menampakkan untuk sembuh malah semakin teruk dengan
dengan leher yang membengkak, lebam dan mula mengeluarkan darah. Hal tersebut membuatkan Mimi agak
gusar tambahan pula anaknya itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital berkenaan.
Salam, Aqila pendarahan bahagian leher sebab kekurangan darah kuning doktor selalu tambah
darah kuning jugak . Makin hari makin bengkak lebam tu makin merebak kebawa risiko boleh kacau
pernafasan aqila . Siapa yang perna lalui mcm ni berapa lama akan surut dan hilang ? Sebab apa
sampai jadi mcm ni
Aqila duduk wad 13 hari sebab jangkitan kuman dalam paru2 subuh tu aqila makin teruk dan terus
masuk dlm icu.
Saya tanya doktor aqila pendarahan bahagian leher sebab kekurangan darah kuning .
Hari2 masuk darah kuning tapi smpai skrng tiada perubahan. Siapa perna alami mcm ni berapa lama
ambil masa untuk sembuh dari bengkak dan lebam.
Jangkitan kuman dalam paru2 aqila ada lagi.
Tu sebab aqila kekurangan darah kuning sebab virus tu
Anak disahkan menghidap kanser darah dan semakin kritikal, perlu RM150 ribu untuk
rawatan
Menerusi perkongsian terbaru Mimi di Facebook miliknya, dengan rasa rendah hati dia memohon doa dari
semua untuk anaknya Aqila yang telah disahkan menghidap kanser limfoma atau kanser darah.
Dalam perkongsiannya itu juga, dia turut memohon bantuan kepada yang sudi membantu keluarganya bagi
membantu menampung kos rawatan kimoterapi dan rawatan susulan yang lain yang menelan belanja sebanyak
RM150 ribu.
Assalaimualaikum Dengan ini saya rendah hati ingin meminta doa dari saudara saudari yg mengenali
saya dan suami mahu pun yang tidak mengenali untuk doakan anak kesayangan kami Aqila almeera
yang kini dirawat di ICU hospital tawau akibat kanser plymfoma kanser darah..
Setakat ini tiada ucapan yang saya dapat luahkan selain meminta pertolongan dari allah dan doa
rakan2. Anak sya memerlukan kos sebanyak Rm150k untuk rawatan kimoterapi di hospital likas
untuk rawatan selanjutnya… keadaan anak saya semakin hari semakin kritikal..dan perlukan
rawatan segera
terima kasih Semoga ada keajaiban untuk anak saya yang belum ada perkembangan saat ini.
Mohon
doanya semua Amin ya rabbal Al-Amin
Yang ingin memberi sumbangan seiklas hati boleh terus pm saya ibu kepada aqila almeera semoga
dengan sumbangan sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang anak kami alami
Untuk sumbangan bole disumbangkan ke akaun bank berikut atas nama Zulkifli irwansyah atau hubungi No hp ibu:
views
Rawang - "TCD ditubuhkan bagi mengenang ketabahan seorang ibu, Che Dah Said yang membesarkan anak-anaknya sehingga ke menara gading...
Rawang - "TCD ditubuhkan bagi mengenang ketabahan seorang ibu, Che Dah Said yang membesarkan anak-anaknya sehingga ke menara gading.
"TCD ialah simbolik kepada kesinambungan kasih sayang seorang ibu yang menitikberatkan pendidikan rohani dan jasmani anak-anak kurang bernasib baik.
"Ia juga bagi memastikan anak-anak yang ditimpa masalah sama ada kematian ibu bapa atau kemelaratan hidup masih mampu ke sekolah untuk melakar kejayaan," katanya.
Setiap jam 7 pagi selepas pelajar bersarapan, kenderaan milik TCD akan menghantar anak-anak ke Sekolah Kebangsaan Sri Kundang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kundang manakala pada waktu petang, mereka belajar kelas agama.
Timbalan Pengerusi TCD, Ameer Firdaus Shreef berkata, pengambilan TCD bagi sesi 2015 masih dibuka dan pusat itu akan mengadakan temu duga bagi mengisi beberapa jawatan tenaga kerja.
Beliau berkata, bermula sesi orientasi 12 Januari ini, TCD akan menguruskan semua perihal kemasukan ke sekolah baru termasuk yuran sekolah dan pembelian buku serta pakaian sekolah," katanya.
Syarat kemasukan ke TCD mestilah lelaki, berusia tujuh hingga 15 tahun, kematian ibu atau bapa atau kedua-duanya, anak golongan asnaf (miskin), boleh membaca, menulis dan mengira, berminat tinggal di asrama, mempunyai potensi dalam bidang kurikulum dan kokurikulum, tingkah laku yang baik dan bersedia mematuhi disiplin ditetapkan.
Menurutnya, penghuni TCD amat bertuah kerana segala kelengkapan disediakan termasuk pakaian harian, sekolah, bilik tidur, buku, peralatan pembelajaran, duit saku dan kenderaan ke sekolah.
"Pihak sekolah terutamanya pengetua dan guru besar sekolah rendah, menengah dan agama memberikan kerjasama, malah mengadakan kelas tambahan selepas waktu sekolah untuk pelajar kami," katanya.
Penghuni di TCD, katanya, diibaratkan seperti anak kandung dan TCD adalah rumah mereka.
"Pelajar diberikan RM3 sebagai wang saku dan pada sebelah petangnya untuk sekolah agama, kami beri RM2 selain sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam," katanya.
Bermula tahun ini, hasil perbincangan dengan tujuh keluarga di sekitar kawasan itu, mereka bersetuju menjadi keluarga angkat kepada penghuni TCD pada hujung minggu.
Ameer berkata, usaha itu dilakukan bagi mengurangkan kerinduan mereka kepada keluarga masing-masing.
"Kami juga akan meningkatkan aktiviti membabitkan anak-anak di pusat ini dengan penduduk kampung seperti membantu jika ada gotong-royong, kenduri, ceramah agama dan berkhatan.
"Aktiviti ini melatih anak-anak ini berkomunikasi sesama mereka dan golongan dewasa selain semangat jati diri," katanya.
Katanya, anak-anak di pusat itu gemar membaca al-Quran dan selepas solat Maghrib, mereka membaca kitab suci itu di hadapannya.
"Rutin itu sentiasa dilakukan hari demi hari dan ia menjadi bekalan apabila dewasa kelak," katanya.
Layari laman sesawang www.teratakchedah.com atau hubungi Ameer Firdaus.
Jika mahu memberi sumbangan, salurkan ke akaun bank berikut:
views
Temerloh - Mesti semua terlupa bahawa setiap pakaian yang kita pakai, tidak semua yang mampu pakai.. Tempat tinggal yang kita duduk, tid...
Temerloh - Mesti semua terlupa bahawa setiap pakaian yang kita pakai, tidak semua yang mampu pakai.. Tempat tinggal yang kita duduk, tidak semua yang mampu milik dan makan minum yang kita jamah, tidak semua yang dapat merasai kenikmatan makanan itu
Terutamanya, para tahfiz dan anak yatim yang sangat memerlukan untuk teruskan kehidupan sebagai pejuang, panji dan pemimpin Islam pada masa depan.
Kami sangat memerlukan sumbangan
ikhlas daripada tuan & puan untuk pembangunan penginapan pelajar Maahad Tahfiz Al Istiqamah Temerloh Pahang
Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, Pada suatu masa kami di dalam perjalanan, tiba-tiba datanglah seorang lelaki yang menunggang binatang, lalu dia memandang ke kanan dan ke kiri.
Lalu Rasulullah SAW bersabda,
“Sesiapa yang mempunyai kenderaan lebih hendaklah diberikan kepada orang yang tidak ada kenderaan dan sesiapa yang mempunyai bekalan lebih diberikan kepada orang yang tidak ada mempunyai bekalan.”
Seterusnya Baginda menyebut berbagai-bagai lagi harta yang patut dibelanjakan, sehinggalah kami semua faham dan sedar bahawa sesiapa pun di antara kami mempunyai harta yang banyak dan berlebihan daripada keperluan sendiri. Maka mereka tidak lagi berhak ke atas harta-harta tersebut.
(Riwayat Muslim)
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”
(Surah al-Baqarah, ayat 261)
Kami memerlukan sumbangan ikhlas Tuan /Puan sebanyak mungkin untuk dana pengurusan dan pembangunan asrama pelaja.
.
Permintaan yang sangat ramai untuk memasuki ke Tahfiz Istiqamah Temerloh, maka kami merancang untu membuat persiapan awal supaya kami dapat memastikan prasarana bagi para tahfiz muda ini dapat disediakan.
Salurkan sumbangan anda ke akaun bank berikut atas nama Maahad Tahfiz Al Istiqamah atau hubungi Pengurusan:
views
Pasir Puteh - "Jijik." Itu mungkin kata masyarakat terhadap makanan yang dijual seorang ibu tunggal di Kampung Padang Pak Amat...
Pasir Puteh - "Jijik." Itu mungkin kata masyarakat terhadap makanan yang dijual seorang ibu tunggal di Kampung Padang Pak Amat yang anak-anaknya tersisih dari masyarakat hanya terkurung di rumah selepas menghidap penyakit kulit sejak mereka berusia 12 tahun. Itulah kisah derita mereka sejak belasan tahun yang tidak ada orang ambil tahu.
Penyakit kulit menyebabkan badan dan wajah Muhammad Farhan Naim, 31, Muhammad Furizad, 29, dan Siti Sarah, 26, tumbuh benjolan sehingga mereka berasa malu dan terpinggir.
Bagaimanapun, Zainab Awang Draman, 59, seorang ibu tunggal tetap tenang dengan ujian malah kasih dan sayang untuk ketiga-tiga anaknya tidak pudar, tetap bersemangat untuk memenuhi tanggungjawab menjaga tiga permatanya itu.
"Semua anak-anak saya lahir normal dan membesar seperti kanak-kanak lain tetapi apabila mereka mencapai usia 12 tahun, tubuh melalui mulai tumbuh benjolan-benjolan.
"Kemudian pada tahun ini mereka juga mengalami masalah saraf yang menyebabkan Muhammad Furizad hanyaterlantar di tempat tidur sejak lapan bulan yang lalu.
"Muhammad Farhan berkerusi roda sudah lima tahun dan Siti Sarah menghidap penyakit paru-paru berair," katanya.
Beliau berkata ketiga-tiga adik beradik itu kini bergantung sepenuhnya kepada beliau untuk menguruskan kehidupan seharian mereka.
Dia menambah bahawa jika dia sebelum ini mengambil upah menjahit untuk menyara keluarganya, tetapi selepas ketiga-tiga anaknya tidak mampu berdikari, sukar untuk dia bekerja.
Zainab berkata beliau cuba menjual makanan dan minuman di depan rumah tetapi tidak mendapat sambutan kerana orang berasa jijik untuk membelinya.
"Mereka mungkin jijik melihat anak-anak saya. "Saya tidak boleh meninggalkan mereka kerana mereka memerlukan saya untuk makan, ke tandas dan bergerak," katanya.
Beliau berkata mereka kini bergantung pada bantuan bulanan RM400 yang diterima oleh Muhammad Farhan serta sumbangan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan rapat.
Zainab berkata setiap bulan beliau membelanjakan kira-kira RM1,000 untuk makanan, lampin pakai buang dan kos hantar-jemput ke Hospital Universiti Sains Malaysia.
Dia berkata rumah lama yang dia tinggalkan adalah warisan suaminya yang meninggal dunia 20 tahun yang lalu.
Dia berkata dia telah kehabisan wang ketika dua anaknya dimasukkan ke HUSM selama 31 hari, yang menyebabkan mereka hanya mengandalkan makanan di hospital.
"Semua ini saya dan anak-anak perlu lalui kerana ini semua ujian Allah bagi kami," katanya.
Orang yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini boleh salurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Zainab Awang Draman:
views
Johor Bahru - Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itu realiti kehidupan yang dihadapi oleh pemuda Mohd Fakrul Hakim...
Johor Bahru - Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itu realiti kehidupan yang dihadapi oleh pemuda Mohd Fakrul Hakimi Yusoff yang menderita sakit sendi punggung dan memerlukan bantuan orang ramai bagi menampung kos pembedahan yang dianggarkan melebihi RM40,000.
Pemuda berusia 25 tahun itu berkata pembedahan kali kedua itu adalah bagi memasukkan besi di kaki kanannya yang telah reput bagi membolehkan dia untuk bergerak dengan mudah menggunakan kerusi roda.
Dia yang menghidap Cerebral Palsy sejak lahir, kini terlantar sakit sejak menderita sakit sendi punggung pada 2016.
"Sakitnya hanya tuhan sahaja yang tahu. Sejak daripada itu, saya terus tidak dapat berjalan dan tidak dapat bangun langsung serta perlu diangkat untuk ke hospital.
Malahan untuk urus diri sendiri, saya juga tidak mampu," kata anak sulung daripada tiga adik-beradik itu.
Mohd Fakrul Hakimi berkata, dia hanya mengharapkan bantuan ayahnya Yusoff Mohd Noor, 65, yang terpaksa berhenti kerja sebagai buruh untuk membantunya mengurus diri dan membawanya ke hospital untuk menerima rawatan.
Graduan Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu itu juga memberitahu pembedahan pertamanya pada tiga tahun lepas untuk membuang sendi paha yang turut terjejas dan reput tidak menjadikan tahap kesihatannya bertambah baik, malah semakin memburuk.
"Saya harapkan pembedahan kali ini dapat dilakukan kerana saya tidak mahu susahkan abah lagi, doktor beritahu peluang untuk saya bergerak semula ada walaupun tidak dapat berjalan, guna kerusi roda pun dah cukup bagi saya.
"Pada 25 Mac nanti saya akan berjumpa doktor di Hospital Sultanah Aminah untuk menentukan sama ada pembedahan itu akan dilakukan, memandangkan ia dianggarkan menelan kos yang agak tinggi, saya harap ada orang dapat membantu," katanya.
Sementara itu, Yusoff berkata dia hanya mengharapkan bantuan orang ramai untuk membeli barang keperluan semenjak anak sulungnya itu terlantar sakit. Kini, dia hanya menerima RM250 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
"Saya tidak beli susu dan lampin pakai buang kerana mahal, saya tidak mampu, kalau ada orang beri, saya bersyukur. Kalau dia nak buang air pun saya bantu dari atas katil, tadah baldi dan bersihkan di situ," katanya sambil menambah anak kedua dan ketiga baru sahaja habis belajar.
Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban Mohd Fakrul Hakimi boleh menghulurkan bantuan terus ke akaun bank milik bapanya Yusoff Mohd Noor seperti berikut:
views
Kuantan - Anda boleh membantu kami untuk memberi makan kepada kanak-kanak dan wanita yang terjejas dengan masalah dadah dan HIV/AIDS di ...
Kuantan - Anda boleh membantu kami untuk memberi makan kepada kanak-kanak dan wanita yang terjejas dengan masalah dadah dan HIV/AIDS di Casa Harapan dan anak-anak yatim di Rumah Anak-Anak Yatim Permata Al-Insyirah di Kuantan dengan mendermakan makanan dalam tin seperti:
• Sardin
• Sup cendawan
• Kari ayam
 |
Can Food Drive 10th February - 10th March 2020 |
Anda boleh drop-off barangan di alamat di bawah. Untuk sebarang pertanyaan hubungi Ain:
views
Follow Us
”Jika kalian menampakkan sedekah maka hal itu baik sekali. Dan jika kalian menyembunyikannya dan memberikannya kepada orang-orang fakir maka hal itu lebih baik bagi kalian…” (QS: Al-Baqarah [2]: 271)