Kempen kumpul dana untuk rumah anak yatim Teratak Che Dah - KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Rawang - "TCD ditubuhkan bagi mengenang ketabahan seorang ibu, Che Dah Said yang membesarkan anak-anaknya sehingga ke menara gading...

Kempen kumpul dana untuk rumah anak yatim Teratak Che Dah



Rawang - "TCD ditubuhkan bagi mengenang ketabahan seorang ibu, Che Dah Said yang membesarkan anak-anaknya sehingga ke menara gading.

"TCD ialah simbolik kepada kesinambungan kasih sayang seorang ibu yang menitikberatkan pendidikan rohani dan jasmani anak-anak kurang bernasib baik.

"Ia juga bagi memastikan anak-anak yang ditimpa masalah sama ada kematian ibu bapa atau kemelaratan hidup masih mampu ke sekolah untuk melakar kejayaan," katanya.

Setiap jam 7 pagi selepas pelajar bersarapan, kenderaan milik TCD akan menghantar anak-anak ke Sekolah Kebangsaan Sri Kundang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kundang manakala pada waktu petang, mereka belajar kelas agama.

Timbalan Pengerusi TCD, Ameer Firdaus Shreef berkata, pengambilan TCD bagi sesi 2015 masih dibuka dan pusat itu akan mengadakan temu duga bagi mengisi beberapa jawatan tenaga kerja.

Beliau berkata, bermula sesi orientasi 12 Januari ini, TCD akan menguruskan semua perihal kemasukan ke sekolah baru termasuk yuran sekolah dan pembelian buku serta pakaian sekolah," katanya.

Syarat kemasukan ke TCD mestilah lelaki, berusia tujuh hingga 15 tahun, kematian ibu atau bapa atau kedua-duanya, anak golongan asnaf (miskin), boleh membaca, menulis dan mengira, berminat tinggal di asrama, mempunyai potensi dalam bidang kurikulum dan kokurikulum, tingkah laku yang baik dan bersedia mematuhi disiplin ditetapkan.

Menurutnya, penghuni TCD amat bertuah kerana segala kelengkapan disediakan termasuk pakaian harian, sekolah, bilik tidur, buku, peralatan pembelajaran, duit saku dan kenderaan ke sekolah.

"Pihak sekolah terutamanya pengetua dan guru besar sekolah rendah, menengah dan agama memberikan kerjasama, malah mengadakan kelas tambahan selepas waktu sekolah untuk pelajar kami," katanya.

Penghuni di TCD, katanya, diibaratkan seperti anak kandung dan TCD adalah rumah mereka.

"Pelajar diberikan RM3 sebagai wang saku dan pada sebelah petangnya untuk sekolah agama, kami beri RM2 selain sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam," katanya.

Bermula tahun ini, hasil perbincangan dengan tujuh keluarga di sekitar kawasan itu, mereka bersetuju menjadi keluarga angkat kepada penghuni TCD pada hujung minggu.

Ameer berkata, usaha itu dilakukan bagi mengurangkan kerinduan mereka kepada keluarga masing-masing.

"Kami juga akan meningkatkan aktiviti membabitkan anak-anak di pusat ini dengan penduduk kampung seperti membantu jika ada gotong-royong, kenduri, ceramah agama dan berkhatan.

"Aktiviti ini melatih anak-anak ini berkomunikasi sesama mereka dan golongan dewasa selain semangat jati diri," katanya.

Katanya, anak-anak di pusat itu gemar membaca al-Quran dan selepas solat Maghrib, mereka membaca kitab suci itu di hadapannya.

"Rutin itu sentiasa dilakukan hari demi hari dan ia menjadi bekalan apabila dewasa kelak," katanya.

Layari laman sesawang www.teratakchedah.com atau hubungi Ameer Firdaus.

Jika mahu memberi sumbangan, salurkan ke akaun bank berikut:

019-2174110
Progress:

RM2 raised

Goal: RM500



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini