Ibu bayi injap jantung berlubang rayu sumbangan, perlu alat bantuan - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Bangi -  Selepas dua minggu menjalani pembedahan jantung berlubang yang dihidapi sejak lahir, seorang bayi lelaki sekali lagi diuji apab...

Ibu bayi injap jantung berlubang rayu sumbangan, perlu alat bantuan


Bangi -  Selepas dua minggu menjalani pembedahan jantung berlubang yang dihidapi sejak lahir, seorang bayi lelaki sekali lagi diuji apabila disahkan menghidap injap jantung berlubang di sebelah kanan.

Tidak menjangkakan kejadian itu, ibunya Siti Fatimah Abdullah berkata, doktor merawat Muhammad Furqan Mateen memaklumkan mengesan kewujudan lubang kecil pada jantung anaknya selepas menjalani pembedahan.

Wanita berusia 24 tahun itu berkata, anaknya yang mesra dipanggil Mateen sedang mendapatkan rawatan di Hospital Serdang masih bergantung kepada alat bantuan mesin oksigen untuk bernafas.

“Sudah dua minggu lebih Mateen menggunakan oksigen yang sama. Doktor memberitahu akan melakukan prosedur endoskopi (kamera masuk melalui mulut sampai ke perut) untuk cari punca mengapa alat bantuan mesin oksigen masih tidak boleh ditanggalkan.

“Ini kerana jika ditanggalkan, degupan jantung Mateen menjadi laju dan jika dia menangis bibirnya menjadi biru,” katanya hari ini.

Fatimah yang kini tidak bekerja kerana sepenuh masa menjaga Mateen buntu memikirkan cara untuk menanggung kos perubatan anaknya.

Beliau yang juga sentiasa berulang-alik dari kediamannya di Ampang ke Hospital Serdang berkata, dana yang diterima dari orang ramai sebelum ini hampir susut susulan membayar kos rawatan Mateen di Hospital Ampang sebelum dipindahkan serta perbelanjaan keperluan anaknya itu.

Justeru, ibu kepada bayi malang itu merayu kepada rakyat Malaysia yang prihatin untuk bersama-sama membantu meringankan beban yang dipikul.

Bagi mereka yang menghulurkan bantuan boleh salurkan ke akaun bank berikut atas nama Siti Fatimah Abdullah atau boleh menghubungi beliau:

019-7606590
Progress:

RM0 raised

Goal: RM5000



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini