Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Ipoh - Yayasan Amanah An Nur Maisarah memerlukan sumbangan orang ramai bagi membina bangunan baharu asrama anak yatim selepas diarah ber...


Ipoh - Yayasan Amanah An Nur Maisarah memerlukan sumbangan orang ramai bagi membina bangunan baharu asrama anak yatim selepas diarah berpindah dari tapak asal di Batu 9, Chemor.

Bangunan yang bakal menempatkan asrama dua tingkat, dewan terbuka dan bilik pentadbiran itu dianggarkan bernilai RM1.6 juta, dibina di atas tanah wakaf berkeluasan lebih satu hektar.

Pemegang Amanah YAAM, Tan Sri Abdul Rahman Abdul Hamid berkata, sebelum ini asrama yang menempatkan 59 anak yatim dan miskin itu beroperasi di atas tapak seluas 1.4 hektar dengan kadar sewaan RM450 sebulan sejak 2002 lalu.

Bagaimanapun menurutnya, awal tahun ini, waris pemilik tanah menghantar notis menuntut agar kawasan itu dikosongkan segera.

"Mengikut notis diberikan, bangunan ini perlu dikosongkan pada 31 Oktober lalu namun kami memohon tempoh sehingga bangunan baru dapat disiapkan.

"Buat masa ini, kerja-kerja awal termasuk pembersihan di tapak baru telah dimulakan sejak empat bulan lalu.

Kita belum mempunyai dana yang mencukupi untuk memulakan pembinaan yang dijangka mengambil masa satu tahun," katanya.

Turut sama Pengarah YAAM, Dr Fazillah Nordin dan Presiden Dewan Perhimpunan Melayu Perak, Datuk Zahar Hashim.

Abdul Rahman berkata, tapak baharu yang diwakafkan atas nama yayasan itu hanya terletak kira-kira 500 meter dari lokasi rumah kebajikan sekarang.

Katanya, YAAM yang menerima geran tahunan RM10,000 daripada JKM meneruskan misi kebajikan dan pendidikan dengan membela nasib anak yatim dan miskin dari seluruh negara.

"Setakat ini, kita mempunyai 75 penghuni yang berusia antara satu tahun hingga 18 tahun, 59 daripadanya tinggal di Asrama Anak Yatim dan Miskin An Nur Maisarah ini dan selebihnya sedang belajar di asrama penuh.

"Di bawah yayasan, kita turut melaksanakan bantuan saraan bulanan dan bekalan makanan seperti beras kepada 63 warga emas kurang berkemampuan yang tinggal di sekitar Kuala Kangsar, Chemor dan Kanthan," katanya.

Dalam pada itu, Zahar berkata, mana-mana badan korporat dan GLC yang berhasrat menyumbang di bawah program tanggungjawab sosial akan diberikan pelepasan cukai.

"Bagi menambah suntikan dana pembinaan bangunan ini, kita juga merancang mengadakan makan malam amal dengan menyasarkan kutipan RM500,000," katanya.

Mereka yang ingin menyumbang boleh salurkan bantuan ke akaun bank berikut atas nama Yayasan Amanah An-Nur Maisarah atau menghubungi mereka:

05-2014423
Progress:

RM2 raised

Goal: RM100000



blog counter views

Ipoh - Meor Adam Rafael Meor Harulsani yang berusia lima bulan memerlukan sumbangan untuk menampung kos pembedahan dan rawatan untuk pen...


Ipoh - Meor Adam Rafael Meor Harulsani yang berusia lima bulan memerlukan sumbangan untuk menampung kos pembedahan dan rawatan untuk penyakit jantung pediatrik berjumlah RM75,000.

Bayi lelaki itu yang juga merupakan seorang bayi down sindrom tinggal bersama keluarganya di Taman Temara, didiagnosis dengan penyakit itu setelah dilahirkan tidak cukup bulan iaitu lapan bulan dalam kandungan.

Ibunya, Rosmini Shafie, 36, berkata anak sulungnya terpaksa menjalani empat pembedahan di IJN dengan kos yang tinggi.

"Bayi kami dilahirkan kurang dari sebulan dan berat 1.6kg dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan.

"Selepas dilahirkan, doktor memberitahu dia tentang keadaannya dan mengalami down sindrom. Dia seorang bayi yang sangat aktif tetapi keadaan jantungnya membuatnya cepat letih," katanya.

Menurut beliau dan suaminya, Meor Harulsani Meor Zakaria, 25, hanya bekerja di sebuah restoran makanan segera untuk menampung kehidupan mereka.

"Adam perlu menjalani pembedahan kecacatan septum atrium, kecacatan septum ventrikel, kecacatan septal atrioventricular dan ductus arteriosus yang terbuka.

"Pembedahan itu akan dilakukan pada bulan Februari tahun depan mengikut keadaan dan kesihatannya," katanya di rumahnya di Taman Temara.

Rosmini berkata pembedahan kos sehingga RM70,000 dan lebih RM5,000 untuk rawatan.

"Sejak empat bulan yang lalu, kami cuba mengumpul wang dan merayu kepada IJN. Kami tidak mempunyai wang sebanyak itu walaupun mengeluarkan wang KWSP.

"Sukar bagi kami untuk berbuat demikian dan kami berharap seseorang dapat menyumbang supaya Adam dapat hidup seperti bayi biasa," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh salurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Rosmini Shafie atau menghubunginya:

017-4831306
Progress:

RM0 raised

Goal: RM70000



blog counter views

Rabat - Assalamualaikum w.b.t., dimaklumkan bahawa seorang ahli Persatuan Mahasiswa Malaysia Maghribi Mohd Hafizuddin bin Hazrul, berusia...


Rabat - Assalamualaikum w.b.t., dimaklumkan bahawa seorang ahli Persatuan Mahasiswa Malaysia Maghribi Mohd Hafizuddin bin Hazrul, berusia 20 tahun memerlukan bantuan rakyat Malaysia kerana menghidap leukimia.

Beliau merupakan mahasiswa Universiti Mohammed V Rabat, Maghribi tahun 1 Pengajian Islam, telah dimasukkan ke ICU di Hospital Cheikh Zayg, Maghribi.

Saudara Hafizuddin telah disahkan oleh doktor pakar bahawa beliau ditimpa penyakit leukimia petang semalam.

Persatuan Mahasiswa Malaysia Maghribi dengan rendah hati ingin memohon kepada semua untuk sama-sama menghulurkan sumbangan bagi membantu menampung kos rawatan saudara Haifuzzin.

Ia adalah memandangkan kos rawatan di Morocco terlalu tinggi untuk melalui proses dan segala kos perubatan yang berkaitan.

Mudah-mudahan dengan sumbangan ini mampu mengurangkan beban saudara Haifuzzin dan keluarganya dalam menjalankan rawatan.

Kami mohon agar kita semua sentiasa mendoakan kesembuhan saudara Hafizuddin daripada penyakitnya dan kembali meneruskan pengajian seperti biasa.

Segala jasa baik daripada pihak tuan/puan, hanya Allah yang dapat membalas dan kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. Terima kasih.

Orang ramai yang ingin membantu boleh salurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Mohd Hafizuddin bin Hazrul atau hubungi ayahnya:

012-6222583
Progress:

RM0 raised

Goal: RM5000



blog counter views

Seremban - Adik Nur Iman Fitriah baru berusia dua tahun dan terlantar sakit kerana menghidap sawan saraf menyebabkan dia diserang sawan ...


Seremban - Adik Nur Iman Fitriah baru berusia dua tahun dan terlantar sakit kerana menghidap sawan saraf menyebabkan dia diserang sawan dalam tujuh hingga sembilan kali sehari.

Siapa yang tidak sedih apabila anak yang dikandung sembilan bulan 10 hari menderita dan terlantar sakit dengan tiub di mulut. 

Lebih menyedihkan lagi apabila setiap hari mengalami sawan berulang-ulang sehingga tiada daya untuk menangis.

Ibu kepada kanak-kanak tersebut, Nurul Ashafiqah Azlan, 23, memberitahu bahawa dia dan suami telah dibuang kerja berikutan kerap mengambil cuti kecemasan kerana ingin menguruskan anaknya itu.

Mereka yang hanya mempunyai motosikal terpaksa berulang-alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan anaknya. 

Kini, mereka berdua mengusahkan perniagaan kecil-kecilan dengan membuat tauhu begedil dan dihantar ke tiga buah kedai.

Namun begitu, keuntungannya yang hanya mendapat RM500-RM900 sebulan tidak mampu menampung kos perbelanjaan memandangkan adik Nur Iman Fitriah hanya minum susu khas yang berharga RM500 sebulan.

Ibu kepada bayi tersebut juga menambah bahawa mereka terpaksa mengutip barangan terpakai bagi memulakan perniagaan sebelum ini dan sewa rumah sudah hampir setahun tidak berbayar berikutan lebih menfokuskan kepada kos rawatan anak.

Sehubungan dengan itu, sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah menyalurkannya ke akaun bank berikut atas nama Nurul Ashafiqah atau boleh menghubunginya:

017-6796954
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500



blog counter views

Kuala Lumpur - Melalui satu perkongsian di Facebook Nurnarissa Asyikin: Assalamualaikum dan salam sejahtera, tuan/puan, mohon bantuan doa...


Kuala Lumpur - Melalui satu perkongsian di Facebook Nurnarissa Asyikin: Assalamualaikum dan salam sejahtera, tuan/puan, mohon bantuan doa dan sumbangan ikhlas dari pihak tuan/puan.

Ia berkenaan rawatan anak kedua Nurkuintan Safina bt Sapian, iaitu Faaed Bin Faizal berusia 1 tahun 7 bulan, yang disahkan pada Mac 2019, mempunyai masalah Mitral Valve Stenosis iaitu injap jantung sempit dan bocor.

Dia yang perlu menjalani pembedahan membaiki/tukar injap di Institut Jantung Negara KL tetapi memerlukan kos anggaran pembedahan sebanyak RM80,000.

Pada masa sekarang Faaed sedang menjalani rawatan di unit rawatan rapi kanak kanak, bernafas melalui bantuan mesin pernafasan kerana jangkitan kuman pada paru-paru yang sangat teruk .

Sebaik sahaja Faaed sembuh dari masalah jangkitan paru-paru, pihak kami ingin melakukan pembedahan secepat mungkin d IJN kerana risau keadaan Faaed semakin teruk.

Semoga Allah membalas segala jasa kalian yang sudi membantu sama-sama meringankan beban.

Kepada orang ramai yang bermurah hati ingin membantu boleh berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Nurkuintansafina bt Sapian atau hubunginya:

014-6974006
Progress:

RM0 raised

Goal: RM80000

Pasir Mas - Bekalan elektrik rumah telah dipotong sejak tujuh tahun lepas akibat tunggakan bil elektrik sebanyak RM2,000 yang tidak mampu...


Pasir Mas - Bekalan elektrik rumah telah dipotong sejak tujuh tahun lepas akibat tunggakan bil elektrik sebanyak RM2,000 yang tidak mampu dilunaskan kata pasangan suami isteri di Kampung Batu Karang.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah nasib keluarga Mahasan Salleh, 44, dan Sulaina Ismail, 38, yang terpaksa mengharungi kehidupan hanya bercahayakan lilin dan pelita selama hampir tujuh tahun tanpa bekalan elektrik.

Lebih menyedihkan apabila rumah yang gelap dan berbumbung bocor itu juga tempat mereka membesarkan lima anak mereka yang berusia antara enam hingga 13 tahun.

Sulaina berkata, disebabkan kedaifan hidup juga, mereka perlu berulang alik sejauh 200 meter bagi mendapatkan bekalan air untuk kegunaan harian yang hanya diperoleh dari telaga tanah tidak jauh dari kawasan rumahnya.

Katanya, akibat buntu dengan keadaan hidup yang menakutkan apabila menjelang malam, sejak beberapa bulan lepas Sulaina mengambil inisiatif memasang lampu menggunakan bateri motosikal namun masih dalam cahaya yang malap.

Sulaina berkata, kehidupan dia sekeluarga sangat susah memandangkan dia mengambil upah membuat kerja kampung dengan mendapat upah RM30 sebulan dan pendapatan suami hanya RM700 sebagai pengutip kelapa sawit di Gua Musang.

"Kehidupan kami ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Apa yang ada di dapur itulah yang kami makan dan ada ketika kesempitan, anak hanya diberi nasi putih berlaukkan ulam yang dipetik sekitar rumah.

"Malah, dugaan yang lagi berat apabila anak kedua saya Muhammad Syamsul,12, disahkan menghidap sakit jantung sejak enam bulan lepas yang memerlukan dia berulang-alik ke Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu bagi mendapatkan rawatan susulan," katanya.

Sulaina juga penerima bantuan JKM sebanyak RM450 sebulan yang digunakan untuk keperluan persekolahan anak.

Terdahulu, Penggerak Thirdforce Rantau Panjang Tuan Zaimah Raja Omar mengunjungi keluarga ini dan menyampaikan sumbangan keperluan asas termasuk beras, susu dan gula.

"Pihak kami berharap sedikit sebanyak dengan sumbangan yang diberikan dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh keluarga ini dan kita akan cuba membantu mendapatkan sumbangan orang ramai jika ada," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada keluarga ini bagi meringankan beban boleh menyalurkan bantuan menerusi akaun bank berikut atas nama Sulaina Ismail:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM2000

Kasih ibu: Afiqah menatap wajah ibunya. *Al-fatihah Pasir Mas - Penderitaan wanita yang bernama Afiqah bermula pada bulan Ogos apabila ...

Kasih ibu: Afiqah menatap wajah ibunya. *Al-fatihah

Pasir Mas - Penderitaan wanita yang bernama Afiqah bermula pada bulan Ogos apabila pada awalnya sakit di beberapa bahagian badan dan tidur malamnya sering diganggu oleh peristiwa mistik.

Tubuhnya terasa sakit seperti dicucuk jarum, lehernya dicekik sehingga mati-matian dan perutnya terasa seperti benda yang bergerak.

Selain itu, badan Nur Izzati Afiqah Hussian, 29, dari Kg Gaung, Tendong di Pasir Mas, yang pada mulanya 150 kg, kini menimbang berat mencecah 300 kg dan perubahan itu berlaku secara drastik dalam masa tiga bulan.

Beliau, bekas pensyarah di sebuah kolej di Melaka, terpaksa berhenti kerja dan pulang ke kampung kerana keadaannya semakin teruk.

"Pada mulanya saya terkena penyakit misteri ini, saya masih dapat berjalan, sebelum semakin teruk memasuki bulan berikutnya, yang menyebabkan tubuh menjadi lebih besar dan terpaksa mengensot.

"Tiga minggu terakhir saya berada dalam keadaan yang sangat teruk dan tidak dapat bangun dan hanya terlantar," katanya lagi.

Kerana keadaan fizikalnya yang teruk, rutin harian Afiqah perlu dibantu oleh ibunya, Maheran Daud, 54, dan beberapa saudara mara lain untuk mengangkatnya dan sekurang-kurangnya empat orang individu diperlukan untuk mengurusnya terutama ketika dia hendak membuang air kerana tugas menukar talang dan membersihkan najis itu terlalu sukar.

"Saya tidak boleh pakai lampin pakai buang kerana tiada saiz dan ahli keluarga perlu membeli kepingan cadar dari farmasi untuk mengalas badan dan ditukar setiap kali saya buang air," katanya sambil menambah lebih daripada RM1,000 disediakan untuk membeli alas dan beberapa kegunaan lain termasuk krim sapu kerana badannya mudah berkudis akibat tidak bergerak.

Terdahulu, Afiqah telah dilawati oleh sebuah NGO Cakna Kelantan yang menyerahkan sedikit wang tunai kepada keluarganya.

Bukan sahaja dia menderita sakit belakang, Afiqah juga kerap pengsan dan situasi itu berlaku setiap hari memaksa anggota keluarga untuk menghubungi ustaz atau imam kampung datang mengubat di rumah.

Sementara itu, Maheran berkata banyak pengamal perubatan Islam dan tradisional dipanggil untuk merawat Afiqah, tetapi setakat ini, dia belum pulih dan dia telah merayu kepada orang ramai jika ada pakar yang boleh merawatnya.

Beliau berkata beberapa bahagian badan anaknya itu akan membesar tanpa mengira masa dan Afiqah sering menangis kesakitan dan mengambil masa beberapa jam sebelum dia kembali normal.

“Saya percaya Afiqah dibuat orang kerana kerap juga apabila dia membuang air kecil, najisnya mengandungi pasir, batu atau jarum yang ada kalanya menyebabkan Afiqah takut (membuang air) kerana terlalu sakit.

"Beberapa bahagian badannya termasuk payudara, pinggul dan kemaluannya membengkak kerap kali dan dia bersimpati setiap kali Afiqah menangis," katanya.

Orang yang ingin membantu Afiqah boleh membuat sumbangan kepada akaun bank berikut atas namanya Nur Izzati Afiqah Hussian atau hubungi beliau:

017-6115320
Progress:

RM1000 raised

Goal: RM1000


*Al-fatihah, Nur Izzati Afiqah Hussein telah meninggal dunia di Kampung Gaung, Tendong pada 10.50 malam, 18 Disember 2019 akibat pendarahan luar biasa. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.

Muhammad Khalish Arfa, berusia 31 hari ini, baharu sahaja menjalani pembedahan pertama untuk membuang gelembung di atas kepalanya. Ke...


Muhammad Khalish Arfa, berusia 31 hari ini, baharu sahaja menjalani pembedahan pertama untuk membuang gelembung di atas kepalanya.

Kes adik Khalish ini telah mendapat perhatian yang meluas di media sosial setelah dikongsikan oleh salah seorang pengguna Facebook, ZackXgaming.

Assalamualaikum, ini adalah anak sahabat aku, Khairul Khalid bernama Muhammad Khalish Arfa yang telah didiagnosis hydrocephalus (lebihan cecair dalam otak).

Sekarang beliau baru menjalani pembedahan pertama untuk gelembung di atas kepalanya. Dan untuk proses seterusnya beliau perlu mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya bagi mendapatkan rawatan dari doktor pakar di sana, memerlukan kos rawatan sebanyak RM15,000 - RM20,000.

Dengan ini, bolehlah kiranya kita sama-sama membantu baby Khalish ini untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik lagi buat dirinya.

Selain itu sama-sama kita doakan buat baby Khalish yang baru berusia 31 hari. Agar dipermudahkan segala urusannya, diberi kesihatan yang lebih baik dan diberi kekuatan kesabaran yang tinggi buat kedua ibubapa & keluarganya. Aamiin.

Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh salurkan ke akaun bank berikut atas nama
Mohamad Khairul bin Khalid:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM15000

Kinta - Nor Rohani Zainal Abidin, 54, terpaksa berhenti kerja sebagai pekerja kilang awal tahun lalu kerana ketidakmampuannya bekerja set...


Kinta - Nor Rohani Zainal Abidin, 54, terpaksa berhenti kerja sebagai pekerja kilang awal tahun lalu kerana ketidakmampuannya bekerja setelah melakukan pembedahan menggantikan tulang belakangnya dengan besi.

"Permohonan wang pampasan SOCSO saya ditolak kerana dari segi fizikalnya saya dilihat mampu berkerja, namun pergerakan saya terbatas kerana masalah kesihatan yang dialami serta terpaksa menjaga kebajikan anak sulung yang menghidap penyakit sawan," adunya ringkas.

Melalui program ziarah ini, PAS Medan Klebang Restu menemui salah seorang penerima sumbangan makanan asas dapur ini yang dipercayai tidak menerima wang pampasan SOCSO berikutan penyakit dihidapinya.

PAS Cawangan Medan Klebang Restu diketuai Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Medan Klebang Restu, Ustaz Mohd Imam Baihaqi Hassan telah mengadakan ziarah kebajikan di kawasan perumahan ini, di sini semalam.

"Kita mendapat tajaan daripada orang ramai bagi menjayakan program sumbangan infak tetap bulanan ini. Antara penerima yang layak menerima bantuan ialah ibu tunggal, golongan asnaf dan pesakit kronik," ujarnya.

Beliau kini sedang membuat rayuan kali kedua untuk menerima wang SOCSO berikutan komplikasi tulang belakang yang beliau hadapi.

Ketua Muslimat PAS Medan Klebang Restu, Jamani Azizan mengharapkan bantuan dan sumbangan orang ramai untuk disalurkan sumbangan buat Nor Rohani bagi membantu urusan kebajikannya.

Orang ramai yang ingin memberikan sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun bank berikut atas nama Nor Rohani Zainal Abidin atau menghubunginya:

017-5443946
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kongsi Portal Ini