Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia: ipoh

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Memaparkan catatan dengan label ipoh. Papar semua catatan

Ipoh - Plaster terpaksa digunakan untuk membuka kelopok mata isteri, itu luahan pilu pekebun, Nor Azmi Aminuddin, 50, yang menjaga isteriny...




Ipoh - Plaster terpaksa digunakan untuk membuka kelopok mata isteri, itu luahan pilu pekebun, Nor Azmi Aminuddin, 50, yang menjaga isterinya selepas suri hatinya itu diserang strok kekal, lapan tahun lalu.

Isterinya, Hasnah Abu Hassan, 49, kini terlantar dan tidak mampu menguruskan diri berikutan tidak dapat menggerakkan tangan dan kaki kirinya. Kedua-dua kelopak matanya tidak boleh dibuka, menyebabkan Azmi terpaksa menggunakan plaster bagi membolehkan isterinya boleh melihat walaupun sebelah mata.

“Semasa isteri saya berusia 42 tahun, satu hari dia pengsan di rumah. Saya bergegas ke hospital dan beliau dimasukan dalam unit kecemasan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Doktor memberitahu bahawa isteri saya telah diserang strok kekal akibat tekanan darah tinggi.

“Pada masa itu, anak bongsu saya hanya tiga tahun manakala anak ketiga saya pula berumur lapan tahun. Saya menjaga empat anak seorang diri. Kini anak bongsu sudah 11 tahun dan anak ketiga sudah 16 tahun,” ceritanya.

Hasnah menghidap kencing manis dan darah tinggi ketika mengandungkan anak bongsunya pada 2011. Azmi bekerja sambilan mencuci masjid dan pendapatannya amat terhad. Selain menjaga isterinya, beliau turut menguruskan persekolahan dua anaknya menyebabkannya tidak boleh mencari pekerjaan tetap.

Azmi juga bercucuk tanam di sebuah tanah lapang milik Jabatan Saliran dan Air (JPS) Perak, dan hasilnya dijual untuk menampung perbelanjaan keluarga. Namun, Azmi sekali lagi diduga apabila JPS Perak menuntut agar tanah itu dikosongkan.

“Sudahlah kami ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, kini saya tidak dapat berkebun lagi. Saya telah kehilangan pendapatan dan keadaan kewangan kini sangat tidak stabil.

“Saya tidak dapat bekerja sepenuh masa kerana perlu menjaga isteri yang terlantar sakit. Saya juga terpaksa menghantar dan mengambil anak pergi balik sekolah. Saya tidak mampu membiarkan mereka menaiki bas sekolah kerana tambangnya mahal,” katanya sebak.

Azmi bersyukur kediaman didudukinya kini adalah rumah pusaka, namun sudah terlalu uzur dan mengalami banyak kerosakan.

Enggan meratapi nasib, Azmi mahu bangkit dengan mengusahakan tanah pertanian milik kakaknya, yang berdekatan dengan rumahnya.

Namun, dia perlukan bantuan peralatan bagi mengusahakan pertanian jenis fertigasi untuk menanam sayur-sayuran yang diharap dapat menampung perbelanjaannya sekeluarga.

Anak Azmi, Nurizz, yang kini belajar di tingkatan empat Sekolah Menengah Pasir Putih berkata, “Saya sunyi sebab tidak dapat kasih sayang dan perhatian ibu. Tapi saya menerima hakikat saya perlu berdikari. Saya ingin belajar bersungguh-sungguh supaya boleh lanjut pelajaran dan bantu keluarga. Ayah saya tiada rehat kerana perlu menjaga ibu, menghantar kami ke sekolah dan membuat kerja rumah,” ujarnya penuh sebak.


018-5753649
Progress:

RM50 raised

Goal: RM5000



Ipoh - Menghidap penyakit genetik yang jarang berlaku sindrom Chromosome 13q deletion, Nur Mardhiah Shahadah terpaksa menderita sejak berus...


Ipoh - Menghidap penyakit genetik yang jarang berlaku sindrom Chromosome 13q deletion, Nur Mardhiah Shahadah terpaksa menderita sejak berusia tiga bulan.

Seperti satu daripada sejuta penyakit, sindrom gangguan genetik bukan sahaja menyebabkan Mardhiah mengalami tumbesaran lambat berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain, tetapi juga harus menghadapi masalah pergerakan dan kecacatan kekal seumur hidup.

Bukan hanya itu, dugaan gadis berusia tiga tahun itu nampaknya tidak ada akhirnya ketika mata kirinya terpaksa dikeluarkan kerana barah mata. Selain itu, dia juga menderita masalah pernafasan dan jangkitan telinga.

Bagi kita yang membaca tentang keperitan yang ditanggung oleh si kecil, sudah cukup untuk menyakitkan perasaannya, apatah lagi ibunya, Nur Natasya Rasid.

"Secara jujur ​​saya katakan, sebenarnya diri ini tidak cukup kuat, tetapi saya bertahan demi Mardhiah. Allah menguji kita dengan pelbagai penyakit yang terpaksa ditanggung oleh anak kecil ini, tetapi Alhamdullillah Mardhiah mudah dijaga.

"Mardhiah, anak bongsu dari tiga beradik ini sangat istimewa dan menyenangkan. Bagi saya, menjaga Mardhiah adalah pengalaman yang tidak ternilai dan saya tidak pernah menyesal melahirkannya," katanya yang tinggal di Ipoh, Perak dengan tangisan.

Ibu berusia 24 tahun itu mengakui bahawa walaupun tiga anaknya adalah hasil perkahwinan pertamanya, suaminya yang baru, Muhammad Iqmal Ramli, 24, yang bekerja sebagai pekerja kontrak pembinaan, sangat menyayangi Mardhiah.

"Bagi saya, mempunyai anak yang istimewa bukanlah suatu beban, tetapi ibadah yang harus dilaksanakan dengan penuh keikhlasan. 

Bagi saya, sepanjang hidup ada di dalam badan, saya akan memastikan bahawa keperluan Mardhiah mencukupi kerana inilah bekalan di akhirat. Doakan agar Mardhiah sentiasa aktif dan ceria kerana dia adalah sumber dorongan dan kekuatan untuk saya meneruskan kehidupan, "katanya.

Orang ramai ingin membantu menyumbang dana kewangan, boleh menyalurkan terus ke akaun bank berikut atas nama Nur Natasya Binti Rasid untuk menolong anaknya:

Progress:

RM50 raised

Goal: RM10000



blog counter views


Ipoh - Dia dilahirkan anak istimewa sindrom down dan lebih menyayat hati menanggung derita bengkak otak akibat sawan yang dihidapinya. S...


Ipoh - Dia dilahirkan anak istimewa sindrom down dan lebih menyayat hati menanggung derita bengkak otak akibat sawan yang dihidapinya. Semasa remaja lain belajar dan bermain, Mohamad Zainil Iqmal Mohd Zaini dari Taman Sri Cahaya di sini hanya mampu berbaring di atas katil kerana sebahagian tengkoraknya dikeluarkan untuk melegakan bengkak otak setelah menderita demam lima tahun lalu .

Anak lelaki berusia 15 tahun itu didiagnosis menghidap Cerebral Palsy dan kelainan genetik kongenital yang dikenali sebagai Angelman's Syndrome sejak berusia enam bulan.

Ibunya, Norwaniza Jamaluddin, 39, mengatakan pada awalnya, anak sulung dari empat beradik itu demam tinggi dan mengalami sawan sebelum dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun selama dua bulan setelah menjalani pembedahan membuang tengkorak.

Pilu hati seorang ibu apabila dimaklumkan jangka hayat anak sulungnya mungkin tidak dapat bertahan lama kerana mengalami bengkak otak selain disahkan sebagai orang kurang upaya sindrom down.

Dia dilahirkan cacat mental sehingga tidak boleh berdikari untuk menyuap makanan dan menguruskan diri sendiri dan lebih menyedihkan, apabila anak sulungnya menjalani pembedahan di kepala pertengahan September lalu akibat bengkak pada otak.

“Zainil diserang demam panas yang teruk selepas mengalami sawan, lalu saya menghantarnya ke hospital. Pihak hospital memaklumkan otak Zainil tidak menerima udara serta membengkak hingga dibedah untuk memotong separuh tempurung kepalanya bagi udara masuk.

“Pada mulanya, doktor mengatakan anak saya tidak mempunyai harapan untuk bertahan hidup dan meminta saya untuk membawanya pulang tetapi Alhamdulillah, dia dapat bertahan.

Sekarang dia menjalani pemeriksaan perubatan tiga bulan sekali untuk memeriksa perkembangannya. Dia hanya boleh minum susu melalui tiub 11 kali sehari, ”katanya dengan nada menangis.

Katanya, Mohamad Zainil Iqmal memerlukan susu khas yang berharga RM1,300 untuk 12 tin dan lampin pakai buang serta barang keperluan lain setiap bulan.

Walaupun Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak memberikan bantuan bulanan sebanyak RM650 untuk anaknya, ia masih belum mencukupi, tambahnya.

Dia mengatakan bahawa kos untuk mengurus anaknya menjadi terlalu banyak untuk ditanggung keluarganya, yang meminta pertolongan daripada orang ramai kerana suaminya hanya memperoleh sekitar RM70 sehari sebagai pembersih penghawa dingin semasa dia menjual makanan di hadapan rumah.

Bagi sesiapa yang ingin membantu, mereka boleh menyalurkan sumbangan mereka ke akaun bank berikut atas nama Norwaniza Jamaluddin atau menghubungi dia:

016-5548956
Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000

Ipoh - Yayasan Amanah An Nur Maisarah memerlukan sumbangan orang ramai bagi membina bangunan baharu asrama anak yatim selepas diarah ber...


Ipoh - Yayasan Amanah An Nur Maisarah memerlukan sumbangan orang ramai bagi membina bangunan baharu asrama anak yatim selepas diarah berpindah dari tapak asal di Batu 9, Chemor.

Bangunan yang bakal menempatkan asrama dua tingkat, dewan terbuka dan bilik pentadbiran itu dianggarkan bernilai RM1.6 juta, dibina di atas tanah wakaf berkeluasan lebih satu hektar.

Pemegang Amanah YAAM, Tan Sri Abdul Rahman Abdul Hamid berkata, sebelum ini asrama yang menempatkan 59 anak yatim dan miskin itu beroperasi di atas tapak seluas 1.4 hektar dengan kadar sewaan RM450 sebulan sejak 2002 lalu.

Bagaimanapun menurutnya, awal tahun ini, waris pemilik tanah menghantar notis menuntut agar kawasan itu dikosongkan segera.

"Mengikut notis diberikan, bangunan ini perlu dikosongkan pada 31 Oktober lalu namun kami memohon tempoh sehingga bangunan baru dapat disiapkan.

"Buat masa ini, kerja-kerja awal termasuk pembersihan di tapak baru telah dimulakan sejak empat bulan lalu.

Kita belum mempunyai dana yang mencukupi untuk memulakan pembinaan yang dijangka mengambil masa satu tahun," katanya.

Turut sama Pengarah YAAM, Dr Fazillah Nordin dan Presiden Dewan Perhimpunan Melayu Perak, Datuk Zahar Hashim.

Abdul Rahman berkata, tapak baharu yang diwakafkan atas nama yayasan itu hanya terletak kira-kira 500 meter dari lokasi rumah kebajikan sekarang.

Katanya, YAAM yang menerima geran tahunan RM10,000 daripada JKM meneruskan misi kebajikan dan pendidikan dengan membela nasib anak yatim dan miskin dari seluruh negara.

"Setakat ini, kita mempunyai 75 penghuni yang berusia antara satu tahun hingga 18 tahun, 59 daripadanya tinggal di Asrama Anak Yatim dan Miskin An Nur Maisarah ini dan selebihnya sedang belajar di asrama penuh.

"Di bawah yayasan, kita turut melaksanakan bantuan saraan bulanan dan bekalan makanan seperti beras kepada 63 warga emas kurang berkemampuan yang tinggal di sekitar Kuala Kangsar, Chemor dan Kanthan," katanya.

Dalam pada itu, Zahar berkata, mana-mana badan korporat dan GLC yang berhasrat menyumbang di bawah program tanggungjawab sosial akan diberikan pelepasan cukai.

"Bagi menambah suntikan dana pembinaan bangunan ini, kita juga merancang mengadakan makan malam amal dengan menyasarkan kutipan RM500,000," katanya.

Mereka yang ingin menyumbang boleh salurkan bantuan ke akaun bank berikut atas nama Yayasan Amanah An-Nur Maisarah atau menghubungi mereka:

05-2014423
Progress:

RM2 raised

Goal: RM100000



blog counter views

Ipoh - Meor Adam Rafael Meor Harulsani yang berusia lima bulan memerlukan sumbangan untuk menampung kos pembedahan dan rawatan untuk pen...


Ipoh - Meor Adam Rafael Meor Harulsani yang berusia lima bulan memerlukan sumbangan untuk menampung kos pembedahan dan rawatan untuk penyakit jantung pediatrik berjumlah RM75,000.

Bayi lelaki itu yang juga merupakan seorang bayi down sindrom tinggal bersama keluarganya di Taman Temara, didiagnosis dengan penyakit itu setelah dilahirkan tidak cukup bulan iaitu lapan bulan dalam kandungan.

Ibunya, Rosmini Shafie, 36, berkata anak sulungnya terpaksa menjalani empat pembedahan di IJN dengan kos yang tinggi.

"Bayi kami dilahirkan kurang dari sebulan dan berat 1.6kg dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan.

"Selepas dilahirkan, doktor memberitahu dia tentang keadaannya dan mengalami down sindrom. Dia seorang bayi yang sangat aktif tetapi keadaan jantungnya membuatnya cepat letih," katanya.

Menurut beliau dan suaminya, Meor Harulsani Meor Zakaria, 25, hanya bekerja di sebuah restoran makanan segera untuk menampung kehidupan mereka.

"Adam perlu menjalani pembedahan kecacatan septum atrium, kecacatan septum ventrikel, kecacatan septal atrioventricular dan ductus arteriosus yang terbuka.

"Pembedahan itu akan dilakukan pada bulan Februari tahun depan mengikut keadaan dan kesihatannya," katanya di rumahnya di Taman Temara.

Rosmini berkata pembedahan kos sehingga RM70,000 dan lebih RM5,000 untuk rawatan.

"Sejak empat bulan yang lalu, kami cuba mengumpul wang dan merayu kepada IJN. Kami tidak mempunyai wang sebanyak itu walaupun mengeluarkan wang KWSP.

"Sukar bagi kami untuk berbuat demikian dan kami berharap seseorang dapat menyumbang supaya Adam dapat hidup seperti bayi biasa," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh salurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Rosmini Shafie atau menghubunginya:

017-4831306
Progress:

RM0 raised

Goal: RM70000



blog counter views

Ipoh - Assalamualaikum. Mohon bantuan semua untuk kongsi & panjangkan doa kepada Huzaifah Haris. Beliau kritikal selepas kemalanga...


Ipoh - Assalamualaikum. Mohon bantuan semua untuk kongsi & panjangkan doa kepada Huzaifah Haris.

Beliau kritikal selepas kemalangan dengan sebuah bas dan kini dalam keadaan koma di wad ICU, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak.

Bantuan sumbangan dari kita semua sangat bermakna. Jasa baik anda, semoga Tuhan membalasnya.

Bagi yang ingin membantu meringankan beban beilau boleh berbuat demikian dengan menderma ke akaun bank atas nama Nurul Mutiaah Haris atau hubunginya:

012-5769678
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Alor Setar - "Tak tahu nak korek mana lagi duit, terpaksalah tebalkan muka pinjam duit dengan saudara-mara. "Nanti bila cuaca d...


Alor Setar - "Tak tahu nak korek mana lagi duit, terpaksalah tebalkan muka pinjam duit dengan saudara-mara. "Nanti bila cuaca dah baik, kami akan cuba bayar semula wang yang dipinjam bila keluar menoreh getah," ujarnya yang amat merindui anaknya yang disifatkan amat periang itu. Buat sementara waktu, mereka terpaksa 'ikat perut' untuk berjimat-cermat dengan wang yang ada.

Berbekalkan RM100 yang diberikan seorang rakan, pasangan penoreh getah ini menggunakan wang tersebut untuk menampung kos perjalanan dari Kuala Krai, Kelantan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, Perak.

Che Siti Zabidah Ismail, 51, dan suaminya Ab Rahim Ab Rahman, 64, menuju ke hospital tersebut selepas diberitahu bahawa anak perempuan mereka alami pecah usus akibat kemalangan jalan raya di Cameron Highlands. 

Pasangan tersebut terpaksa bermalam di dalam kereta kerana tidak mempunyai wang lebih sewaktu melawat anak mereka, Siti Nur Zulaihah, 22, di hospital itu. "Selepas mengetahui kami berdua tidur di dalam kereta, syukur ada kawan suami yang bantu sewakan bilik di depan hospital pada harga RM50 satu malam. 

"Kami berdua putus mata pencarian kerana tidak boleh keluar menoreh getah sejak memasuki musim hujan November lalu," katanya ketika dihubungi media pada Rabu. Insiden yang menimpa Siti Nur Zulaihah meraih perhatian netizen selepas ia dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter.

Che Siti Zabidah dan suaminya, Ab Rahim berharap ada pihak yang sudi membantu meringankan beban mereka. Posting tersebut mendapat lebih 1,700 retweet dan lebih 500 tanda suka. Siti Nur Zulaihah yang merupakan pekerja kedai makan di Cameron Highlands, terlibat dalam kemalangan pada 31 Disember lalu ketika membonceng motosikal yang ditunggang oleh rakannya untuk pulang menyambut tahun baharu bersama keluarganya. 

"Kawan dia beritahu ketika itu jalan licin dan motosikal pun hilang kawalan. "Anak makcik melambung ke udara dan perutnya terhentak ke atas pembahagi jalan hingga menyebabkan ususnya pecah," kata Che Siti Zabidah. 

Jelasnya, memandangkan Hospital Raja Permaisuri Bainun tidak mempunyai pakar yang boleh merawat Siti Nur Zulaihah, anaknya itu terpaksa dirujuk kepada pakar di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada Selasa. 

Ketika anaknya itu dibawa menaiki ambulans ke hospital tersebut, Che Siti Zabidah dan suaminya mengekori dengan menaiki kereta. Usus Siti Nur Zulaihah pecah akibat terhentak pada pembahagi jalan ketika ditimpa kemalangan di Cameron Highlands. Malangnya, kereta tersebut rosak di tengah jalan dan kos untuk membaiki berjumlah RM390. 

Menurut ibu kepada lapan anak tersebut, kadang-kadang dia mengalas perut dengan makan hidangan hospital yang disediakan untuk anak perempuannya itu. Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh menghubungi bapa Siti Nur Zulaihah, Ab Rahim di talian:

017-940 2754
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Ipoh 14 Jan. - Seorang wanita meminta kerjasama orang ramai untuk mencari adik perempuannya yang hilang selepas keluar rumah di Klebang ...


Ipoh 14 Jan. - Seorang wanita meminta kerjasama orang ramai untuk mencari adik perempuannya yang hilang selepas keluar rumah di Klebang Jaya, Chemor di sini bersama anak lelakinya yang berumur tiga tahun sejak lebih dua minggu lalu.

Erni Ismail, 37, berkata, adiknya Marina Ismail, 31, keluar rumah untuk ke pasar pagi berdekatan rumahnya bersama anaknya, Mohamad Adam Zafran Annuar pada pagi 30 Disember lalu sebelum menghilangkan diri.

Menurutnya, dia dan suami adiknya telah berusaha menghubungi dan mencarinya namun sehingga kini tiada sebarang maklumat mengenainya.

"Pada hari dia menghilangkan diri, kami menghubungi telefon bimbitnya namun tidak dijawab dan kali terakhir mesej pada Whatsappnya dibaca ialah pada pukul 10.18 pagi 30 Disember. Selepas itu telefon bimbitnya telah dimatikan sehingga hari ini.

"Kami juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Chemor mengenai kehilangannya pada 31 Disember lalu," katanya.

Menurut Erni, adiknya yang merupakan suri rumahtangga sepenuh masa tidak biasa keluar rumah seorang diri malah untuk balik kampung mereka di Tapah pun sentiasa ditemani oleh suaminya atau dijemput oleh ahli keluarganya.

"Mereka yang mempunyai maklumat atau menemui adik saya boleh menghubungi saya di talian 012-3200385," katanya.

Ipoh - Pernah ikat perut selama dua hari akibat tidak mempunyai wang mencukupi. Itu kedaifan hidup dihadapi enam beranak yang tinggal d...


Ipoh - Pernah ikat perut selama dua hari akibat tidak mempunyai wang mencukupi. Itu kedaifan hidup dihadapi enam beranak yang tinggal di sebuah rumah di Fasa 2 RPT Kampung Sri Aman, Menglembu, Ipoh, Perak.
Suri rumah, Haslina Nyusi, 43, tinggal di rumah yang berdindingkan lapisan zink dan papan lapis itu bersama suami serta empat anak yang berusia antara enam hingga 16 tahun.
Lebih meruntun hati, kaki kiri Haslina kudung dan dia terpaksa berkerusi roda.

Haslina berkata, dia bersama suami dan empat anak sebelum ini tinggal di rumah pangsa berdekatan, namun terpaksa berpindah ke rumahnya sekarang selepas kakinya terpaksa dipotong akibat menghidap kencing manis dan sakit buah pinggang setahun lalu.

Katanya, hidupnya selepas itu bertambah susah dan suaminya hanya bekerja sebagai pemandu lori tidak mempunyai pendapatan tetap dan cukup untuk menampung mereka anak-beranak.

“Saya dan anak-anak memang sudah terbiasa susah dan selalu tidak makan sehingga dua hari apabila tidak cukup wang.

“Tetapi nasib baik semua anak-anak memahami kerana nampak sendiri kesusahan mak mereka, mereka tidak pernah merungut,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Haslina berkata, dia yang bekerja sebagai tukang cuci di pejabat sebelum ini juga terpaksa berhenti berikutan masalah kesihatannya itu.

“Setakat ini, kami enam beranak hanya bergantung kepada bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM250 dan faedah pencen ilat daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial sebanyak RM475.

“Sebenarnya memang tidak mencukupi kerana semua anak masih bersekolah dan ditambah saya yang sakit begini.

“Anak terpaksa berjalan kaki dua kilometer ke sekolah dan saya pula perlu berulang-alik menaiki Grab untuk membuat rawatan dialisis sebanyak tiga kali seminggu di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini,” katanya dalam nada sebak.

Mereka yang mahu menghulurkan bantuan boleh terus menghubunginya di talian:

017-5892563
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Ipoh - Bagai jatuh ditimpa tangga. Itulah nasib menimpa sebuah keluarga apabila kehilangan mata pencarian ketika menunggu kelahiran c...


Ipoh - Bagai jatuh ditimpa tangga. Itulah nasib menimpa sebuah keluarga apabila kehilangan mata pencarian ketika menunggu kelahiran cahaya mata keempat pada bulan hadapan.

Hashrudy Afero Idris, 37, dan isterinya Asma Ismail, 42, kini hanya bergantung hidup dengan pendapatan daripada menjual pakaian terpakai berharga RM1 sehelai di hadapan taman perumahan itu selepas kedai makan tempat mereka bekerja ditutup.

Hidup dalam serba kemiskinan membuatkan pasangan yang memiliki tiga anak iaitu Irma Fatehah Batrisya, 12, Don Daniel Don Biyajid, 7, dan Armel Syarifah Qhasif ,4, tidak dapat menghantar dua anak mereka yang sepatutnya bersekolah ke sekolah.

Malah, mereka pernah hidup bergelandangan di ibu kota sekitar 2014, selain turut tidak mendaftarkan kelahiran dua anak iaitu Don Daniel Don Biyajid dan Armel Syarifah Qhasif sehingga kini.

Hashrudy berkata, dia yang sebelum ini bekerja sebagai penebar roti canai di kedai makan terpaksa berhenti selepas kedai makan berkenaan ditutup dan kini sedang berusaha untuk mencari pekerjaan lain.

“Saya tidak suka meminta-minta, kalau boleh saya nak mencari rezeki sendiri kerana saya sihat tubuh badan dan rasa mampu untuk bekerja bagi menampung keluarga, saya akan berusaha untuk mencari kerja.

“Memang saya langsung tidak sangka kisah keluarga kami ini akan jadi ‘viral’ kerana menjual baju bundle di hadapan taman perumahan ini. Dulu kami berniaga bundle di rumah sahaja selepas isteri berhenti kerja di kedai makan kerana mengandung.

“Namun selepas melihat orang tidak tahu yang kami menjual bundle di rumah, isteri mengambil keputusan untuk menjualnya di hadapan taman perumahan ini pada sebelah petang. Semua pakaian ini diperoleh daripada penjual yang memberikannya kepada kami untuk dijual tanpa meminta untung,” katanya di rumah sewanya di Taman Cempaka, Ipoh, hari ini.

Sementara itu, Asma berkata, dia dijangka melahirkan anak pada 18 Februari ini, namun terpaksa masuk wad pada Selasa ini kerana mempunyai pelbagai komplikasi penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan jantung.

“Lebih menyusahkan hati saya ketika ini adalah terpaksa membayar sewa rumah sebanyak RM500 pada Isnin ini. Memang kami tidak ada duit ketika ini dan berharap ada pihak yang akan membantu keluarga kami,” katanya.

Ditanya mengenai kisah hidup keluarganya, Asma berkata, mereka sebelum ini tinggal di Klang sebelum suaminya yang ketika itu bekerja sebagai pengawal keselamatan berhenti dan mereka membawa diri ke ibu kota untuk mencari pekerjaan.

Katanya, namun nasib keluarganya tidak baik apabila mereka tidak mendapat pekerjaan sekaligus terpaksa menjadi gelandangan di ibu kota selama beberapa tahun sebelum berhijrah ke negeri ini.

Orang ramai yang bersimpati dengan nasib keluarga berkenaan boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Asma Ismail:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Ipoh - ‘Alah bisa tegal biasa’ begitulah kata-kata Nor Azmi Aminuddin, 46, masih setia menjaga isterinya Cik Hasnah Abu Hasan, 45, yang m...


Ipoh - ‘Alah bisa tegal biasa’ begitulah kata-kata Nor Azmi Aminuddin, 46, masih setia menjaga isterinya Cik Hasnah Abu Hasan, 45, yang menghidap strok sejak lima tahun lalu.

Kata Nor Azmi, sudah ketentuan dan aturan ilahi yang sudah disusun cantik dimana beliau tidak menghadapi sebarang kesukaran dari segi material malah rezekinya tidak pernah putus walaupun pada tahun pertama dia menghadapi sedikit kesukaran bagi menguruskan isterinya.

“Bagi saya perjalanan hidup saya menjadi mudah kerana saya sempat berjasa kepada kedua ibu bapa saya sehingga habis hayat mereka,”katanya di kediamannya di Kampung Paloh di sini hari ini.

Terdahulu, beliau yang turut berkongsi kisah perjalanan hidup beliau dimana sebelum isterinya itu ditimpa musibah, bapa dan ibunya turut sakit dan perlu dijaga rapi sehingga beliau terpaksa berhenti kerja dan menjaga mereka sejak tujuh tahun yang lalu.

Dalam pada itu kata beliau, isterinya mula diserang strok berpunca daripada penyakit kencing manis dan darah tinggi yang dihidapinya apabila mengandungkan anak keempat mereka dan tanpa diduga, tiga tahun selepas melahirkan anak, beliau terus diserang strok.

“Pada peringkat awal ketika isteri saya diserang strok beliau masih boleh berinteraksi dan bercakap, namun sejak empat lalu, isteri saya telah diserang penyakit strok buat kali kedua sehingga beliau menghadapi masalah pernafasan dan terpaksa ditebuk dibahagian leher,”katanya.

Tambah Nor Azmi lagi, rutin harian yang beliau lakukan adalah mandikan isterinya itu, beri makan, menukar lampin setiap kali membuang air dan sentiasa perhatikan isterinya.

“Menjaga isteri saya ibarat menjaga seorang bayi dan rutin setiap waktu tengah hari saya akan bawa beliau untuk menonton televisyen dan sentiasa pasangkan radio,”katanya.

Menurut beliau, perbelanjaan bulanan isterinya kira-kira RM800 hingga RM900 yang melibatkan makanan dari segi susu dan lampin pakai buang yang diperlukan setiap hari.

Beliau kini tinggal bersama empat orang anak berusia kira-kira 23 tahun hingga 8 tahun hasil perkahwinan yang kini mencecah 24 tahun, turut menjaga seorang abangnya yang juga orang kelainan upaya dikediamannya.

“Tiada keperluan segera yang saya mahukan tetapi keselesaan tempat tinggal untuk kami sekeluarga,” katanya lagi.

Ipoh - "Mak, acu nak RM5 je, acu tak nak banyak. Nanti lepas kerja, acu ganti balik." Demikian permintaan terakhir Mohammad N...


Ipoh - "Mak, acu nak RM5 je, acu tak nak banyak. Nanti lepas kerja, acu ganti balik."

Demikian permintaan terakhir Mohammad Nor Ikram Mohd. Husni, 15, kepada ibunya, Nor Aziah Ropandi, 43, sebelum keluar bekerja bersama empat rakannya di sebuah premis rumah kedai yang terbakar di Kawasan Perindustrian Jelapang Maju, di sini hari ini.

Nor Aziah berkata, dia hanya tahu kejadian yang menimpa anak ketujuh daripada lapan beradik itu setelah dimaklumkan oleh jirannya yang juga bapa kepada salah seorang mangsa yang turut terkorban.

"Jiran datang dan beritahu, anak kita dah habis, anak kita dah rentung. Saya tak percaya tapi bila melihat keadaannya yang lembik, saya tahu dia cakap betul.

"Saya tidak sangka benda ini akan jadi. Acu memang anak yang baik dan selalu membantu saya. Dia bekerja pun katanya untuk cari duit lebih untuk belanja sekolah," katanya ketika ditemui di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.54 petang itu, enam lelaki termasuk lima remaja dan seorang dipercayai pemilik premis ditemukan rentung dalam kebakaran yang dikatakan berpunca daripada bahan letupan.

Mereka yang dikenal pasti terkorban ialah Ahmad Faizal Aminuddin, 16; Muhamad Azhar Shah Rosli, 19, Mohamad Ekmal Izzuddin Mohamad Kamari, 16; Mohammad Nuraiman Abdul Rahman, 16, dan Mohammad Nor Ikram Mohd. Husni, 15, serta P. Thiagarajan, 40.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman berkata, kesemua mayat rentung itu ditemui di bahagian atas rumah kedai dua tingkat terbabit.

Menurutnya, kesemua mayat dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk bedah siasat dan ujian DNA bagi mengenal pasti identiti mangsa.

Katanya, hasil siasatan awal pihaknya mendapati kejadian berlaku di tingkat atas bangunan itu, dan semakan juga mendapati ia tidak dilesenkan sebagai tempat simpanan bahan letupan.

“Polis sedang menyiasat bagaimana boleh ada bahan letupan di dalam premis itu kerana ia tidak dilesenkan sebagai tempat simpanan, jika kedai sebelah yang tertera pakar bahan letupan itu, ia memang dilesenkan.

“Sebab itu polis sedang menyiasat bagaimana ia boleh disimpan di premis ini. Jika pemilik premis sebelah dan premis ini (individu) sama pun, ia (bahan letupan) tidak boleh disimpan di lokasi lain dan perlu disimpan di lokasi sama,” katanya ketika ditemui media di lokasi kejadian.

Yahya berkata, pada masa ini polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 304 Kanun Kesesaan iaitu membunuh tanpa niat kerana dipercayai terdapat unsur jenayah membabitkan bahan letupan disimpan di lokasi yang tidak dilesenkan.

Menurutnya, terdapat seorang mangsa yang juga saksi terselamat kerana berada di bahagian luar dan pihaknya akan merakam keterangan daripada saksi itu bagi melengkapkan siasatan.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak Sayani Saidon berkata, seramai 20 pegawai dan anggota menyertai operasi berkenaan selepas pihaknya menerima maklumat terdapat mangsa dalam kebakaran terbabit.

Katanya, sebaik tiba, pihak bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke premis bersebelahan, namun mengambil masa lama untuk memadamkan keseluruhan kebakaran berikutan terdapat banyak bahan letupan.

“Bomba mendapati terdapat kesan letupan dan kesan bahan-bahan letupan. Berdasarkan papan tanda, ia adalah premis pengaturcara majlis, namun terdapat bahan letupan di tingkat atas.

“Kesemua mayat mangsa dibawa keluar dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kongsi Portal Ini