Hulurkan bantuan untuk pondok asrama kayu di Temerloh hangus terbakar - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Temerloh - Lapan daripada 64 unit pondok asrama kayu lelaki di Madrasah Ad-dinniah Al-islamiah, di Temerloh hangus terbakar. Ketua Bal...

Hulurkan bantuan untuk pondok asrama kayu di Temerloh hangus terbakar


Temerloh - Lapan daripada 64 unit pondok asrama kayu lelaki di Madrasah Ad-dinniah Al-islamiah, di Temerloh hangus terbakar.

Ketua Balai Bomba Bukit Angin Temerloh, Hashnuddin Hussin mengesahkan kejadian yang berlaku pada 10.38 pagi semalam.

Ketika kejadian, asrama pelajar itu kosong kerana pelajar bercuti. Api dapat dipadam sepenuhnya pada kira kira pukul 1.25 tenghari. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Ketika ini pasukan bomba masih melakukan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian dan jumlah kerugian," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, bomba yang menerima panggilan pada pukul 10.28 pagi tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian dan memulakan operasi pemadaman.

Katanya, bomba berjaya mengawal kebakaran pada pukul 10.51 pagi sebelum menamatkan operasi pada pukul 1.25 petang.

Sumbangan amat dialu-alukan bagi meringankan beban madrasah ini di Temerloh. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah melalui akaun berikut:

LOT 5825 Kampung Paya Jauh
017-947 5433
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini