Anak sedih gerai rojak ibu terbakar dan kerugian RM30k - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Temerloh - Tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan sedih seorang gadis apabila dia dimaklumkan bahawa kedai makan milik ibunya musna...

Anak sedih gerai rojak ibu terbakar dan kerugian RM30k


Temerloh - Tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan sedih seorang gadis apabila dia dimaklumkan bahawa kedai makan milik ibunya musnah dalam satu kejadian kebakaran, minggu lalu.

Menurut Ummairah Abd Rahman, 19, dia hanya mampu mengalirkan air mata apabila memikirkan kedai berusia lebih 20 tahun yang terletak di Batu Angin, Temerloh, Pahang itu hangus dalam kejadian berkenaan. 

Susulan kejadian itu, ibunya, Jamaliah Abd Rahman, 63, yang terkesan dengan peristiwa itu terus memaklumkan hasratnya untuk bersara dan menyerahkan perniagaan kepada salah seorang anak “Mak memang menangis, tapi dia reda dengan apa yang berlaku. Dia cakap, dah sampai masa dia berehat dan bersara. 

“Memang dah lama dia nak bagi kedai dekat abang, tapi tak sangka pula jadi macam ni. Mungkin ia satu permulaan baharu, perniagaan ni mungkin akan lebih berkembang selepas ini,” katanya. Menurut Ummairah lagi, kebakaran itu berlaku pada Ahad minggu lepas (17 Mac) tetapi dia hanya pulang bertemu ibunya beberapa hari selepas itu, iaitu pada Khamis. 

“Saya belajar di Kuantan, saya tak sanggup balik Temerloh tengok mak bersedih. Saya call sahaja, dia memang menangis. “Mestilah terkesan, setiap kali cuti memang saya akan bantu mak di kedai. Ia merupakan mata pencarian kami. Ayah dah bersara dan kurang sihat. “Pelanggan mak saya pun sedih, mereka kata dah tak ada port untuk makan rojak sedap,” katanya lagi. 

Kedai ibunya yang lebih dikenali sebagai Gerai Kak Zee popular dengan hidangan seperti rojak buah, rojak ayam, rojak mee, rojak tauhu, mee Jawa, laksa asam dan pelbagai makanan lain. Dalam kejadian itu, kedai ibunya mengalami 80 peratus kerosakan yang membawa kerugian sekitar RM30,000. 

Malah, hanya beberapa peralatan kedai sahaja yang berjaya diselamatkan. Tambah Ummairah lagi, kejadian dikatakan berpunca daripada litar pintas di salah sebuah kedai lain sebelum ia merebak ke 15 premis lain termasuk kedai milik ibunya. Berkongsi kisah itu di laman Twitter, posting Ummairah mengundang simpati ramai sehingga beberapa individu tampil memberi sumbangan dana untuk dia dan ibunya.

Turut disertakan dengan beberapa foto kemusnahan akibat kejadian itu, posting Ummairah menerima lebih 7,000 ulang kicau (Retweet) daripada pelayar laman sosial itu. “Tak sangka ramai yang direct message (DM) dan cuba membantu. Saya sangat berterima kasih. Setakat ini ada beberapa individu yang bantu dan jumlahnya sudah mencapai RM350. “Pada saya bukan nilai yang menjadi ukuran sebaliknya keihklasan mereka nak bantu yang buat saya terharu,” katanya lagi.


Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini