Suami isteri mohon bantuan ubati dua anak sakit sawan dan autisme - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Seremban - Sepasang suami isteri meminta pertolongan orang ramai untuk menolong kedua-dua anak mereka yang mengalami sawan kronik dan me...

Suami isteri mohon bantuan ubati dua anak sakit sawan dan autisme


Seremban - Sepasang suami isteri meminta pertolongan orang ramai untuk menolong kedua-dua anak mereka yang mengalami sawan kronik dan mengalami autisme.

Adzhar Andi, 37 dan Nurul Ashafiqah Azlan, 24, mengatakan bahawa mereka sekarang harus berhenti kerja kerana kedua-dua anak mereka memerlukan penjagaan rapi.

Menurut Nur Ashadiqah, anak pertamanya, Nur Iman Fitriyah, 3, menderita sawan kronik sejak berusia tiga bulan dan kini bergantung sepenuhnya kepada mesin oksigen.

"Dalam sehari dia mengalami sawan sembilan kali dan memerlukan perawatan sepenuhnya dan hanya bergantung pada susu.

"Anak kedua, Muhammad Iman Khalifah, 2, menderita asma dan autisme serta emosi yang tidak menentu dan perlu dikawal sepenuhnya," katanya di kediamannya di Pangsapuri Sri Perdana, Paroi.


Perlakuan menyusun sesuatu objek secara berterusan dan berulang kali sering kali dikaitkan dengan autisme.

Katanya, doktor mengesyaki bahawa anak keduanya menghidap autisme kerana dia mempunyai emosi yang tidak stabil dan agak lambat untuk berjalan serta kurang bergaul seperti kanak-kanak lain.

“Saya dan suami terpaksa berhenti bekerja di sebuah kedai mainan kanak-kanak di Senawang pada bulan Ramadan lalu kerana keadaan Nur Iman Fitriyah pada waktu itu.

"Kami juga menghadapi masalah membayar sewa rumah dan bil elektrik yang tinggi kerana Nur Iman Fitriyah menggunakan mesin oksigen sepenuh masa," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Nurul Ashafiqah di talian berikut atau menderma terus melalui nombor akaun bank berikut atas nama Nurul Ashafiqah Azlan:

017-6796954
Progress:

RM50 raised

Goal: RM3000



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini