Tak mampu bayar sewa..bersahur, berbuka puasa dengan biskut sahaja - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Seremban - Susah dan senang bercampur, silih berganti. Kata orang tua-tua, “Asam garam hidup.” Lima beranak yang menyewa dua bilik di T...

Tak mampu bayar sewa..bersahur, berbuka puasa dengan biskut sahaja



Seremban - Susah dan senang bercampur, silih berganti. Kata orang tua-tua, “Asam garam hidup.” Lima beranak yang menyewa dua bilik di Taman AST dekat sini hanya mampu bersahur dan berbuka puasa dengan hanya memakan biskut dan air kosong disebabkan ketiadaan wang berikutan tidak lagi bekerja sejak pandemik COVID-19 melanda negara.

Ibu tunggal, Rohani Ab Ghani, 41, berkata dia sudah dua bulan tidak bekerja sebagai tukang cuci di hotel selepas negara dilanda Covid-19 dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Dua anak saya, Mohd Fitri Lotpi, 21, dan Nurayuni Lotpi, 17, terpaksa bercuti bekerja sebagai pembantu kedai makan manakala dua lagi anak, Nuralini Lotpi, 14, dan Mohd Aswari Lotpi, 11, masih bersekolah.

"Keadaan semakin meruncing kerana gagal melunaskan sewa dua bilik (RM500 sebulan) selama dua bulan. Kami sudah diberi amaran akan dihalau jika sewa tertunggak tiga bulan sedangkan duit nak beli makanan pun sudah habis," katanya.

Katanya, dia bernasib baik kerana semua empat anaknya memahami masalah dihadapi dan tidak merungut kelaparan.

"Anak akan turut menangis jika saya menangis dan mereka tidak pernah menyesali takdir, tetapi ibu mana yang tahan melihat anak kelaparan selepas seharian berpuasa.

"Mungkin mereka sudah biasa hidup susah bersama saya kerana kami pernah menjadi gelandangan di Kelantan dan di Seremban beberapa tahun lalu selepas saya berpisah dengan suami," katanya yang kini berusaha mencari pekerjaan baru sesuai untuk mencari belanja mereka lima beranak.

Rohani berkata, Nuralini dan Mohd Aswari yang masih bersekolah adalah orang kurang upaya (OKU) kategori lemah pembelajaran.

Katanya, mereka kerap ponteng sekolah kerana masalah tiada pengangkutan untuk ke sekolah dan hanya bersekolah jika abangnya menghantar mereka.

"Saya amat berharap agar masalah Covid-19 ini segera berakhir dan kami boleh keluar mencari pekerjaan sesuai. Sampai bila kami nak harapkan bantuan orang ramai," katanya yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan.

Sementara itu, Norfadilah berkata, pihaknya sedang berusaha mencari kediaman sesuai kerana bilik disewa keluarga itu sangat sempit.

Beliau berkata, orang ramai yang ingin membantu keluarga berkenaan boleh menghubunginya di talian:

012-9805132
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini