
Pengerusinya, Jamaluddin Yasat berkata, kerja membina masjid itu dimulakan sejak sebulan lalu dan dijangka siap sepenuhnya tahun hadapan.
Bagaimanapun katanya, ia bergantung kepada kemasukan dana. "Masjid ini dibina dua tingkat bagi memudahkan masyarakat setempat menunaikan solat lima waktu, selain mengadakan kelas agama.
"Kos keseluruhan membina masjid ini dianggarkan sekitar RM400,000 dan kita memerlukan kira-kira RM300,000 lagi untuk disiapkan sepenuhnya," katanya.
Menurut Jamaluddin, beliau bangga dengan golongan muda di kampung berkenaan kerana ramai yang hadir mengimarahkan masjid.
Justeru katanya, surau lama tidak dirobohkan dan akan digunakan pakai sementara menunggu masjid baharu siap sepenuhnya.
"Kita adakan kuliah Maghrib sebagai pengisian rohani. Kebiasaannya generasi muda yang hadir ke surau ini sama ramai dengan golongan tua.
"Sebab itu kita mengalu-alukan sumbangan orang ramai bagi membolehkan masjid ini siap secepat mungkin. Sumbangan boleh disalurkan melalui cek atau tunai ke akaun masjid," katanya.
![]() |
|
Progress:
|
Goal: RM1000 |
0 comments: