Suami isteri tabah jual pakaian bundle RM1 tepi jalan - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Ipoh - Bagai jatuh ditimpa tangga. Itulah nasib menimpa sebuah keluarga apabila kehilangan mata pencarian ketika menunggu kelahiran c...

Suami isteri tabah jual pakaian bundle RM1 tepi jalan


Ipoh - Bagai jatuh ditimpa tangga. Itulah nasib menimpa sebuah keluarga apabila kehilangan mata pencarian ketika menunggu kelahiran cahaya mata keempat pada bulan hadapan.

Hashrudy Afero Idris, 37, dan isterinya Asma Ismail, 42, kini hanya bergantung hidup dengan pendapatan daripada menjual pakaian terpakai berharga RM1 sehelai di hadapan taman perumahan itu selepas kedai makan tempat mereka bekerja ditutup.

Hidup dalam serba kemiskinan membuatkan pasangan yang memiliki tiga anak iaitu Irma Fatehah Batrisya, 12, Don Daniel Don Biyajid, 7, dan Armel Syarifah Qhasif ,4, tidak dapat menghantar dua anak mereka yang sepatutnya bersekolah ke sekolah.

Malah, mereka pernah hidup bergelandangan di ibu kota sekitar 2014, selain turut tidak mendaftarkan kelahiran dua anak iaitu Don Daniel Don Biyajid dan Armel Syarifah Qhasif sehingga kini.

Hashrudy berkata, dia yang sebelum ini bekerja sebagai penebar roti canai di kedai makan terpaksa berhenti selepas kedai makan berkenaan ditutup dan kini sedang berusaha untuk mencari pekerjaan lain.

“Saya tidak suka meminta-minta, kalau boleh saya nak mencari rezeki sendiri kerana saya sihat tubuh badan dan rasa mampu untuk bekerja bagi menampung keluarga, saya akan berusaha untuk mencari kerja.

“Memang saya langsung tidak sangka kisah keluarga kami ini akan jadi ‘viral’ kerana menjual baju bundle di hadapan taman perumahan ini. Dulu kami berniaga bundle di rumah sahaja selepas isteri berhenti kerja di kedai makan kerana mengandung.

“Namun selepas melihat orang tidak tahu yang kami menjual bundle di rumah, isteri mengambil keputusan untuk menjualnya di hadapan taman perumahan ini pada sebelah petang. Semua pakaian ini diperoleh daripada penjual yang memberikannya kepada kami untuk dijual tanpa meminta untung,” katanya di rumah sewanya di Taman Cempaka, Ipoh, hari ini.

Sementara itu, Asma berkata, dia dijangka melahirkan anak pada 18 Februari ini, namun terpaksa masuk wad pada Selasa ini kerana mempunyai pelbagai komplikasi penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan jantung.

“Lebih menyusahkan hati saya ketika ini adalah terpaksa membayar sewa rumah sebanyak RM500 pada Isnin ini. Memang kami tidak ada duit ketika ini dan berharap ada pihak yang akan membantu keluarga kami,” katanya.

Ditanya mengenai kisah hidup keluarganya, Asma berkata, mereka sebelum ini tinggal di Klang sebelum suaminya yang ketika itu bekerja sebagai pengawal keselamatan berhenti dan mereka membawa diri ke ibu kota untuk mencari pekerjaan.

Katanya, namun nasib keluarganya tidak baik apabila mereka tidak mendapat pekerjaan sekaligus terpaksa menjadi gelandangan di ibu kota selama beberapa tahun sebelum berhijrah ke negeri ini.

Orang ramai yang bersimpati dengan nasib keluarga berkenaan boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Asma Ismail:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini